MyRAKAN

31 Mac 2011

SALAH SIAPA

Salam semua...
hari ni pagi pagi lagi dah hangin. kat penunggang penunggang motorlah. udahlah bawak motor macam siput. menonong je jalan kat tengah. sampai tak bagi ruang dan peluang kat aku nak potong. bayangkanlah keter aku yang power tu kena follow belakang dia bawak 40KM/J je. memang perabis petrol aku je.dah lah kerana dia jem kat belakang tu. orang lain masing masing sibuk nak memotong tukar line. nasib alhamdulillah takde berlaku apa2 malapetaka.

tapi memang tak patutlah. mereka mereka ini mementingkan diri sendiri. taulah kauorang pun bayar cukai jalan tapi kalau kemalangan diaorang jugak yang parah. orang lain setakat calar keter je.

satu lagi cukup hangin ngan orang melintas jalan dikala lampu aku dah hijau. pastu jalan pulak terhegeh hegeh tersengih sengih macam babun pun ada. "cepatlah jalan cik akak oi jap lagi lampu merah dah aku tak lepas" memang barua kan. kalau kita bawak kereta langgar lampu merah kena saman tapi orang jalan kaki tak kena saman pun TETAPI kalau belanggar mau MATI.

memanglah kalau jumpa golongan golongan macam ni, ikutkan rasa binasa memang nak langgar je. nanti padan dengan muka aku jugak. kuar masuk balai polis. naik turun mahkamah.

p/s: agak agak sape yang salah...

Tiada ulasan: