MyRAKAN

18 April 2012

LASTDAY...

Terasa agak lama jugak rasanya nak abiskan 4 hari ni...kat sini pulak bukan bleh kemana-mana. semuanye jauh dari pusat bandar..nak-nak pulak tempat sejuk memang sesuai tidor jelah kalau ade masa free.

Petang ni free..urusetia bagi kebebasan tuk kemana sahaja. tapi ujan lebat plak..ape lagi..tidurrrr. nak tidur pun tak ke mana..kejap-kejap terjaga..kejap-kejap terjaga. jadi duduk jelah..layan fb.

Besok ada kursus blah pagi je..tengahari pas lunch dah boleh balik. tapi tak tau gak bleh sampai umah kul bape..harap-harap perjalanan lancar lah..tanpa sebarang masalah lagi-lagi JEM.

Ramai orang berpendapat, kalau gi kursus gomeng ni mesti ade masa nak shopping. memang ade bagi yang suka bershopping. aku ni pulak jenis yang suka dok bilik hotel je kalau time-time free ni..yerlah kalau kuar petang ni pun..nak kena balik sebelum kul 7 malam. mana taknye kul 8.30 dah ade program lagi..nak lunch lagi..jadi macam terkejar-kejar...AKU TAK SUKE......

p/s; masih kat awana...lambatnye nak besokk

17 April 2012

MENGANTOK...

Hari ni macam semalam jugak..kursus. satu hari penuh ok..takde masa nak gi jalan-jalan. kalau ade pun nak gi mana je..duk kat bilik tidor lah hahaha....

Pas lunch tadi macam biasalah ikut jadual...dengar ceramah. kali ni penceramah jemputan..NGO lah katakan. ceramah kali ini dalam bahasa orang putih ok..jadi sape-sape ade kamus tu sila-sila lah kuarkan. tapi takpe sangat..bukanlah tak paham 100 peratus..boleh lah dapat skit-skit input..sedang sedap-sedap dengar coleteh orang melayu cakap omputih..tiba-tiba...

"semua diam je ni..ngantuk. biasalah lepas lunch"

Situ aku dah ubah suara jadi melayu hehe..kalau ikut kan kompom-kompom cakap omputih..tapi aku paham le maksud dia..ok berbalik ingatan dia tu...memang biasa dengar, masa-masa ceramah ni. tapi bagi aku lah..bukan sebab lepas lunch atau lepas makan nasi lemak 3 pinggan buat kita mengantuk..mungkin itu salah satu sebabnye tapi tidaklah 100 peratus sebabnya. dan sebahagian sebabnya adalah kerana ceramah ko MEMBOSANKAN..setakat bagi ceramah baca nota kat projektor tu..aku pun leh baca sendiri kat bilik sambil baring-baring...

Cubalah paham..dan kaji kenapa time ko bagi ceramah semua orang monyok je..kadang tu ada yang terlampau bagi tumpuan sepenuhnya sampai tak sempat nak borak-borak ngan kawan sebelah. jadi ko dah paham takdelah nak salah kan orang lain..salahkan pinggan mangkuk, nasi lemak dan lain-lain lagi. bolehlah ko sambung belajar kat universiti dalam bidang berkaitan..

p/s; masih kursus lagi..so takde gambar hehe

16 April 2012

SURAT SOKONGAN

Baru-baru ni adalah sorang hamba allah pegi ke temuduga. jawatan ngan pejabat mane tak perlukan aku maklumkan kat sini tapi cukuplah sekadar aku bagi tau ia adalah kerja gomen..sampai-sampai situ cam biasalah, daftarkan diri dan masuk ke bilik temuduga bila tiba gilirannya. tapi mungkin  rezeki tidak menyebelahinya..jadi bila dah kata camtu semua taulah sebabnye kan...keputusannya mendukacitakan.

Balik umah terus citer kat mak dia...pastu tanpa pikir panjang mak dia pun pegi ke pejabat tempat temuduga tu, bertanyakan sebab kegagalan anaknye dalam temuduga.

Pegawai temuduga : ooo anak makcik tu gagal sebab terlebih berat badan...

Mak budak : terlebih bape?

Pegawai temuduga : terlebih 4 kilo..tapi kalau makcik serah surat sokongan ni awal..kita bleh pejam mata je.

Ada ke macam tu...perlu ke zaman sekarang ni, nak surat sokongan dari ketua kampung, ahli politik bagai! jawapan macam ni lah yang aku marah..buat orang kat luar sana beranggapan, kau boleh lah dapat keje..ada kabel baik punyer......

Aku ada gak pengalaman skit jadi urusetia temuduga ni...aku memang pantang kalau orang datang temuduga tunjuk surat sokongan ahli politik dulu. ingat berkuasa sangat surat tu! pastu mulalah lelong kat orang kampung, "aku dapat keje ni sebab pakai surat sokongan, ko tu lah tak nak mintak". datang-datang plak dengan lagak dia..kadang tu siap bawak bapak, abang, bapak sedara, atuk nenek..siap nak jumpe penemuduga...hampehh..

Bagi akulah kan..pendapat aku je lahh terpulang kat korang nak terima ke tidak. orang yang bawak surat temuduga ni orang yang tak yakin ngan diri sendiri. masih mengharapkan orang lain untuk dapat sesuatu. dan paling dasyat sekali biasa dia ni mesti kaki bodekk..kaki kipas bos punye. yer lah dia dapat keje pun pakai kabel..kononnya.

Tapi kalau pikir dari segi positif plak..bagus gak. sebagai tanda dia kesungguhan dia tuk dapat keje tu. kira salah satu usaha dia lah untuk dapatkan kerja. sekarang ni kan saingan senget. kadang tu jawatan kosong 2-3 jawatan je tapi yang mohon sampai beribu-ribu..kalau tak panggil semua nanti jadi isu lain pulak...

p/s; yang penting yakin dengan diri sendiri..klau dah rezeki tu insya allah. banyak-banyakkanlah berdoa

12 April 2012

PPEOC TT OMG

Sabtu lepas 14 April 2012, bertempat di Casa Putra Cafe Saujana Utama, tercipta satu lagi sejarah di mana hampir seratus kereta dapat dikumpulkan dengan kehadiran mencapai 150 orang. Habis penuh kelab house tu dengan member-member PPEOC.

TT yang mula dibuat bertujuan untuk ahli-ahli PPEOC Central berkumpul dan beramah mesra menjadi detik bersejarah apabila ia menjadi sebahagian daripada aktiviti pertama selepas PPEOC sebagai kelab berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Berbagai-bagai acara telah berlangsung pada malam itu. Bacaan doa selamat, makan malam dan BBQ, tukar hadiah, cabutan bertuah, potong kek dan pulut kuning, karaoke, menonton EPL dengan skrin besar dan lain-lain aktiviti semuanye adalah sumbangan dari ahli-ahli ppeoc sendiri...

Nah layan serba sedikit gambar pada malam itu...
Bacaan Doa
Antara Hadirin yg Hadir
Jamuan BBQ
Kek dan Pulut Kuning
Cabutan Bertuah
Karaoke Live Band
p/s; TT Terbaik..dah macam dinner pun ade

10 April 2012

11 APRIL 2012

Rabu, 11 April 2012 telah di wartakan sebagai CUTI UMUM bagi semua rakyat malaysia termasuk sabah dan sarawak sempena Istiadat Pertabalan YDP Agung ke-XIV...

Sila klik pada gambar untuk gambaran sepenuhnya...


DAULAT TUANKU....

09 April 2012

ABPBH 25 TAHUN 2011

Demam ABPBH kembali lagi..mesti ramai yang duduk kat umah mengadap TV termasuk lah aku. semua gara-gara nak tengok sendiri ape kelainannya dan gimik kali ini...

Aku pun takde nak komen ape-ape pasal ABPBH25 ni..cuma mungkin ada beberapa keputusan yang diluar jangkaan..apepun layan dulu keputusan Anugerah Bintang Popular malam tadi..

ARTIS DUO/BERKUMPULAN
Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah

ARTIS BARU WANITA POPULAR
Tasha Shilla

PENYAMPAI RADIO LELAKI
Faizal Ismail

ARTIS KOMEDI WANITA
Didie Alias

ANUGERAH PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT
Dato' Shila Majid

PENGACARA TV LELAKI
Zizan Razak

ARTIS BARU LELAKI POPULAR
Johan Ariff As'ari

PELAKON TV LELAKI POPULAR
Fizz Fairuz

PENYAMPAI RADIO WANITA
Fara Fauzana

PENGACARA TV WANITA
Fara Fauzana

ARTIS KOMEDI LELAKI
Johan

ANUGERAH SERI PERAK
Dato' Siti Nurhaliza

PENYANYI LELAKI POPULAR
Hafiz

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
Aaron Aziz

PELAKON TV WANITA POPULAR
Fasha Sandha

PELAKON FILEM WANITA POPULAR
Maya Karin

PENYANYI WANITA POPULAR
Yuna

ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR 2011
Aaron Aziz

p/s; dato' siti kalau masuk lagi abpbh ni kompom-kompom tiap-tiap tahun menang

06 April 2012

PPEOC KELAB BERDAFTAR

Bermula dengan suka-suka..kini Proton Persona Elegance Owner Club (PPEOC) telah melangkah kehadapan dengan mendaftarannya dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Diluluskan pada tarikh keramat 04.04.2012 dengan nama Kelab Pemilik Proton Persona Elegance Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-013-10-04042012.

Tahniah PPEOC dan semoga terus gah dengan matlamat kelab...

"WE ARE NOT JUST DRIVER, WE ARE BROTHERS"

02 April 2012

GAJI NAIK BARANG NAIK

Adoi hari ni baru dapat rasa lega dapat naik gaji..tup tup tengok harga makanan dah naik..memang kureng tul lah diorang ni..pantang orang lain senang skit. ni baru benda yang aku tau..lain-lain makanan aku tak taulah...

Lunch tadi macam biasalah pegi lunch..kali ni warisan plak jadi destinasi. sampai sana tengok-tengok nasi ayam dah naik lima puluh sen..dulu 4 hinggit tapi hari ni dah 4 hinggit 50 sen..terus-terus tak jadi beli hahaha...

p/s; boikot..boikot

APRIL FOOLS

April 2012, terjawab semua kusut masai pasal kenaikan gaji seperti yang diumumkan oleh YAB perdana menteri selepas SBPA DIBATALKAN. dengan keluarnye pekeliling kenaikan gaji tersebut maka takde lagilah gosip-gosip dan khabar angin pasal gaji. di harapkan kakitangan awam keseluruhannya berpuas hati dengan ape yang telah diperolehi...

Untuk buat pengiraan gaji boleh lah klik sini PEMINDAHAN PENGIRAAN GAJI yang telah disediakan oleh pihak JPA bagi memudahkan semua. kalkulator tu pun kadang-kadang bukan betul...

p/s; terima kasih PM...rasa bersemangat datang keje ari ni hehe