MyRAKAN

28 Jun 2011

PEROKOK

Rasanya semua orang memang dah sedia maklum ASAP rokok ni amat merbahaya..bukan merbahaya pada penghisap je pada orang-orang disekeliling dia jugak. kalau diikutkan orang yang menghidu asap rokok ni jauh lebih berisiko dari orang yang menghisap rokok..betul tak fakta aku ni kalau salah tolong perbetulkan..

walaupun kerajaan telah mewartakan banyak tempat-tempat tumpuan ramai sebagai kawasan larangan merokok tapi aku tengok ramai juga orang tanpa segan silu dan takut menghisap rokok ditempat-tempat tersebut. dimanakah keberkesanannya dan dimanakah pemantauannya dan siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk menegur atau menganbil tindakan ke atas orang-orang ini..adakah pihak polis, tentera atau doktor?

kawasan masjid dan kawasan restoran adalah salah satu kawasan yang diwartakan..kenapa ade diletakkan lagi tempat habuk rokok tu! ohh ya takut orang buang habuk rokok sepah-sepah atas lantai? nape tak tegur je orang-orang yang nak isap rokok tu...gambar ni aku amik kat selera putra putrajaya.

ada jugak sesetengah tempat sediakan bilik merokok yang aku rasa cukup selesa..dengan econnye dan siap dengan tempat keluar asap sama ada tingkap terbuka atau corong asap (yang ni ada ke hehe). pada aku napa nak sediakan semua tu..napelah tak sediakan bilik kecil yang tiada lubang tuk asap tu keluar..biar asap berkumpul..biar bilik tu penuh dengan asap..biar semua perokok-perokok tu rasa dan tau macam mana orang lain yang terpaksa hidu asap rokok dia...

memanglah selalu perokok-perokok ni cakap..golongan diorang nilah penyumbang kewangan kepada kerajaan..tiap tahun harga rokok naik. tapi kena ingat jugak kerana rokok jugaklah antara penyumbang penyakit dan kematian sama ada dikalangan perokok sendiri atau orang-orang disekelilingnya...

macam tu wat ape tanam tembakau..wat ape jual rokok..kan senang kalau haramkan penjualan terus. macam-macam lagi lah alasan. masing-masing memang TAK NAK kalah..jadi berjayalah kempem kerajaan

p/s; sekadar luahan aku sahaja..

24 Jun 2011

BILA SI SUAMI BERBLOG.. SI ISTERI ?

salam semua...
macam biasa join segmen ben ashaari...tapi kali ini lain skit sebab tuk para-para suami sahaja hehe..kalau si para-para suami nak join jugak boleh klik je SINI..memang tak rugi punye

bila si suami berbelog..si isteri bacalah...hehe. ok terus ke segmen ini...

luangkan masa ngan keluarga..luangkanlah mane yang boleh luangkan. berbelit-belit kan..aku pun tak paham hehe..ok sebenarnya aku berbelo ni masa kat opis je..time-time takde keje. bosan-bosan dari aku melayari internet yang entah ape-ape website baik aku berbelogging. dapat timba pengetahuan dan curi skit-skit pengalaman orang..disamping tu dapat berkongsi-kongsi cerita dan bertukar-tukar pengalaman dan idea...jadi masa aku berbelog ni opis hour jelah dari jam 8 pagi sampai 5 petang..isnin hingga jumaat. sabtu ahad dan cuti umum aku pun cuti.

oleh kerana kat rumah aku tak berbelogging maka banyak lah masa ngan keluarga..isteri dan anak-anak..opss anak baru sorang jadi anak sahaja hehe. kalau cuti pun macam tu memang fulltime lah ngan keluarga..dan kadang-kadang bagi masa jugaklah ngan kawan-kawan.

alhamdulillah setakat ni isteri aku memang sporting, boleh bertolak ansur dengan minat aku dan yang paling penting kepercayaan yang diberikan kepada aku. bukan nak bangga dirilah tapi aku memang bangga ngan isteri saya. kita sama-samalah "give and take" orang kata kan. dia sporting kita pun kenalah sporting ngan dia jugak tak adillah kalau nak kongkong dia aje duk umah jaga anak..camtu jugaklah kepercayaan dan minat dia..

p/s; cukuplah panjang-panjang nanti merapu je lebih hehe

23 Jun 2011

AKU TERINGIN NAK HACK BLOG

Salam bro ben..salam semua
kali ni makin mengganas nampaknya segmen ben ashaari..walauapepun aku nk jugak cube join..kalau korang nak join jugak klik je SINI..memang best

aku memang dah lama nak HACK belog dia ni..bukan ape..belog dia best sangat. kalau korang terjah belog dia mesti tak boring..entry dia pun buat aku tertarik, tak jemu-jemu kalau baca banyak kali...tapi geram tu pun ada jugak..trafik belog dia memang jem gile..jeles i tau hehe..

tunggulah...akan ku pergi bertapa di gunung ledang menuntut cara-cara nak HACK MENGEHACK belogger..

p/s; ermmmmm tungguuuuuuuu......

TERHARUNYA

Dari segmen BEN ASHAARI ramai yang telah jengok-jengok belog aku ni..eeee terharu aku. TERIMA KASIH SEMUA..rakan-rakan belogger aku pun dah bertambah..TERIMA KASIH BRO BEN ASHAARI..rasa bersemangat nak terus berbelogger walaupun kadang-kadang termiss jugak..maklumlah terbusy dengan kerja-kerja harian...

rakan-rakan belogger yang menyertai segmen semalam...korang pun bolehlah terjah belog diorang ni

1. Nadzirah K
2. Dianaa
3. maszmadi
4. MissNadh
5. ~HanAlia
6. Munna
7. NURUL AINI NORAZMAN  
8. fara
9. Подтверждаю
10. * Zaleta *
11. Alisya
12. Izyan Masri
13. Ly_Tulip
14. Alya Esprézzo
15. fara
16. osHin
17. Mr.Baiz
18. haha
19. pRiNCe
20. mieya atiera
21. bersama kak Es
22. Bro ahmad
23. missunguviolet
24. PapaMacho
25. FARAH AKAFAERRA
26. amirul helmi
27. fyna
28. MyLara Sarah Cullen

saya sangat-sangat menghargainya..akan ku terjah juga belog korang..

p/s; ini adalah entry khas tuk korang..

22 Jun 2011

ORANG DAH BAGI

Baru-baru ni adalah member-member aku yang baru balik dari luar negara bagi ole-ole kat aku..alhamdulillah ingat jugak beliau kat aku..

TERIMA KASIH DAUN KELADI
ADA SAPE-SAPE NAK BAGI LAGI

sebab ape aku ubah bunyi pantun tu..sebab kalau harap dia je memang tahun depan lum tentu dia gi lagi..jadi sape-sape yang pegi luar negara tu ingat-ingatlah aku kat malaysia ni hehe..

ohh ya ape aku dapat..ni dia

tali pinggang ni dari vietnam

ni pulak kompom-kompom dari singapura

memang tak besar pun..tapi terima kasih banyak-banyak..sape yang bagi?? ishh rasa tak payah lah citer kat sini nanti ada yang kecik hati pasal tak dapat hehee

p/s; ada tak orang nak sponser aku melancong ke luar negara..sila-silalah email aku

AKU PROMOSI KAU PROMOSI AKU

salam semua
sempat lagi ni nak cube join hehe..kalau kawan-kawan nak join sama klik je kat SINI..
selamat mencuba..

21 Jun 2011

BUKAN MUDA TAPI RINGAN

Ingat lagi tak aku penah citer pasal awet muda..pastu khamis lepas alang-alang aku ke klinik aku pun timbanglah berat aku..

nampaknya memang tetap maintain berat aku 51kg..last aku timbang 4 bulan lepas pun berat aku masa tu 51kg. dulu-dulu aku penah citer pasal aku ni nak dapat berat 50kg pun susah..ingat lagi tak..sekarang ni alhamdulillah dah statik pulak 51kg...mungkin lagi lima nam tahun dapat lah naik sampai 55kg hehe..orang sibuk nak turun berat badan aku plak kira-kira nak naik berat..tengok orang lah kannn..

kadang tu terasa gak orang kalau bercerita berat boleh sampai 70kg walaupun tengok pada zahirnya sama je besar ngan aku...mungkin itulah yang dinamakan urat dawai tulang besi..aku ni urat benang tulang kapas.

p/s; aduhh sakit bontot tak ilang lagi ni huhu

EVERYONE CAN SMASHHH

Malam tadi entah mimpi ape tiba-tiba ada orang ajak aku main badminton. fuhh gila lama dah aku tak main. last dua tiga empat tahun lepas kot masa sukan opis lama aku..tu pun pasal takde orang lain nak main...kira bidan terjunlah..

lama-lama tak main tiba-tiba main memang menyakitkan badan..sengal-sengal jangan cakap lahh sampai ke pagi ni...tapi walau ape pun memang enjoylah. bukan kita main betul-betul sangat pun just bagi peluh-peluh badan je..

aku ni kalau bab-bab sukan memang lemau skit..tak berapa nak berminat. tapi kalau ada kawan-kawan ajak join tu i follow jer lah..main suka-suka kan..kalau menang alhamdulillah, kalah pun takpe..janji kita enjoy...

masa main-main tu jumpe orang opis lama aku..dia pun dah tukar opis kerana naik pangkat..dia memang selalu main situ..seminggu dua kali katanya..tapi dia memang tere pun main..kalau lawan ngan aku kompom-kompom aku kene 21-0 hehe..rendah diri dulu...nak test jomlah...kerana dia jugaklah aku main dua tiga empat tahun lepas masa sukan opis lama aku..kalau orang lain huh jangan harap nak ajak aku..kena perli lagi ada "ady ni ke satu pasukan ngan aku"

memang berbulu jugaklah bile dengar..dia ingat aku ni takde nilai ape..aku walaupun tak main ape-ape tapi still bayar tuk makan minum pasukan dia..kos berlatih entah ape-ape menangnya tak jugak..buat perabis duit lagi ade..lainlah aku macam sesetengah orang tu tak nak bayar kerana tak main ape-ape.

p/s; kalau aku nak citer bab sukan ni nanti ada orang marah plak..buat perabis air liur perabis duit..dum

20 Jun 2011

KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN

Dulu-dulu memang biasa dengar perkataan ini..sama ada tertulis kat papan-papan kenyataan atau kat media massa macam radio ngan tv. tp sekarang sunyi mungkin dah takde cogankata macam ni..maka terjadilah macam ini....

pihak yang buat undang-undang..sendiri langgar undang-undang..ape kes!! sepatutnya dah terang-terang dia bawak kenderaan jabatan siap lambang ngan perkataan POLIS lagi..tunjuklah contoh yang baik kat pengguna lain...ini tidak. dialah hero dialah hebat "ada bran sound lah aku" 

jadi mana salahnya sekarang ni...

kepimpinan melalui tauladan..."polis pun boleh buat aku pun boleh lahh" teringat aku dulu naik keter ngan sorang bos aku..dia siap pesan kat pemandu tu suruh bawa keter secara berkhimat sebab dia bawa nama jabatan bersama..orang akan perhati dan memandang kita.

sekarang ni kereta jabatan kerajaan yang tak bayar saman pun kena blacklist..tak boleh perbaharui cukai jalan...jadi macam mana plak kereta jabatan polis yang macam tu..agak-agak ada ke polis saman polis..nak macam baling taik ayam ke atas jatuh ke muka sendiri..hehe ada betul ke

p/s: harapkan pagar..pagar makan padi

HARI BAPA

Semalam hari bapa ekk..aku pun baru tau hehehe. Kalau nak cerita pasal jasa seorang bapak ni memanglah banyak..

aku panggil bapa tu bapak..biasalah tu kot nampak kasar tapi panggil dengan penuh kasih sayang. dulu masa aku kecik-kecik bapak aku ni boleh kata garang jugak orangnya. pandangannya je dah boleh menakutkan anak-anak dia..

bapak aku ni seorang perokok tegar jugaklah..memang tak boleh dipisahkan lagi. tapi dia telah berjaya mendidik anak-anaknya tanpa rokok. aku tak pasti didikan macam mana bapak aku bagi kat anak-anak dia. setahu aku sejak di bangku tadika lagi aku dah disuruh ke kedai beli rokok. adik-adik aku pun macam tu jugak.

sekarang kerajaan tegah budak-budak bawah umur beli rokok walaupun beli untuk bapak dia..alasannya kerana kita akan menggalakkan kanak-kanak menghisab rokok. tapi tak terjadi pulak kat aku ngan adik-adik aku...dimanakah silapnya kajian itu?

walau ape pun
SELAMAT HARI BAPA KEPADA SEMUA BAPA-BAPA
KATAKAN TAKNAK! PADA ROKOK..peace

p/s; macam mana aku nak latih anak aku beli rokok sekarang ni...aku pun tak isap rokok

16 Jun 2011

AWET MUDA

hensem tak..hahhaa
ramai orang kata aku ni nampak muda dari umur aku..ape berape umo aku..ko try cube test tekalah hehe..kalau dalam kepala otak aku umo aku 22 tahun sebab dah 10 tahun aku tak sambut birthday...

ramai gak yang tanya..ape rahsia hehe
jawapan aku senang je "perasan muda" kata-kata kita kan doa jadi bila kita perasan muda otomatik kita akan mengatakan diri kita muda lagi...aku bukanlah nak bangga diri atau tak sedar diri tapi itulah kenyataan

nak kata aku suka minum air suam/air masak..tak jugak. aku suka air manis-manis. nak kata aku suka makan sayur pun tak jugak..tapi still ada makanlah jugak tapi banyak lagi aku makan lauk macam ikan atau ayam.

tapi kalau awek muda jadi macam ni pulak

hehe..

p/s; perasan muda pun bukan bermakna tak tua

MINYAK TURUN ASTRO NAIK

Alhamdulillah bermula bermula tengahmalam tadi petrol RON97 turun 10 sen menjadikan harga sekarang RM2.80 selitir..walaupun aku dah agak lama tak memegang host pam minyak kala hijau tu tapi aku berterima kasih jugaklah kepada kerajaan kerana menurunkan harga petrol walaupun seposen dan aku tumpang gembira juga kepada kawan-kawan yang setia menggunakan RON97..

berkuatkuasa ogos tahun lepas kerajaan telah mengharamkan kereta berplate negara lain untuk membeli RON95 kecuali pembeli menunjukkan mykad..tapi semalam kerajaan telah menarik balik keistimewaan itu kerana ada warga malaysia kita semdiri yang tidak bertanggungjawab...dan aku rasa orang macam ni kita lucutkan hak kewarganegaraannya sahaja...geram bebeno

satu lagi pasal astro..malam tadi kat buletin utama ada pulak khabar-khabar astro nak buat penyelarasan harga mulai julai ini..sangat-sangat berharap pakej basic yang harga RM37++ tu tak naik. kalau nak di cerita pasal service terutama masa hujan memang susah ler..bertukarlah kepada astro byond hehe..

p/s; petrol dah turun walaupun seposen..tapi harga barang-barang turun tak???

15 Jun 2011

KENDURI KAWEN

Baru-baru ni aku pegi satu kenduri kawen ni..agak meriahlah walaupun ia adalah umah pengantin lelaki. amat jarang sekali lah kalau kenduri belah lelaki ni meriah-meriah sangat...

malam sebelum nya tu macam biasalah orang kampung..mesti buat kerja secara gotong-royong. ada yang melapah daging lembu..memang dibuat secara beramai-ramai jadi takdelah terasa letihnya walaupun lembu sekandang...


yang pompuan plak buat keje-keje ringan macam kopek bawang..potong-potong sayur dan sebagainya..tengah kusyuk-kusyuk wat keje tu tiba-tiba kompang berdentum-dentum menandakan pengantin sampai..

ada lagi bersanding sebelah malam..disamping tu ada jugak pertunjukkan bunga api walaupun tak semeriah macam kat tahun baru..

sebelah siangnya ada lagi..bersanding dan kali ini pengantin diarak dengan menaiki kereta antik..memang gempaklah bro..

diusung sampai depan pintu umah...

dan akhirnya acara yang dinantikan oleh orang ramai..cabutan bertuah..alhamdulillah syukur nikmat..malaysia maju rakyat selamat...

hamper cabutan bertuah tu atas nama atuk zaqwan ekk bukan bapak zaqwan

p/s; selamat pengantin baru bro..semoga kekal hingga ke akhir hayat

14 Jun 2011

AKADEMI FANTASIA 9

Walaupun dah lama berlalu..kata orang tu dah basi tapi aku nak buat jugak entry pasal AF9 ni. saje aku punya suka hehe...

betul ke af9 ni..akademi fantasia terakhir. ke cuma gimik sebab nak dapat rating penonton..kita pun tau kan akademi fantasia ni penuh dengan kejutan. kalau sebelum ni hanya ada AF MASUK tapi masa af9 ni ada pulak OPERASI GUGUR..gugurkan pelajar dan masukkan pelajar baru.

kalau pun tiada lagi akademi fantasia lagi..mungkin pihak astro akan buat satu rancangan realiti baru yang seakan-akan akademi fantasia sebagai penjenamaan baru..dengan wajah baru dan perjalanan cerita yang baru...


walau ape pun tahniah kepada HAZAMA menjadi juara akademi fantasia musim ke-9 ini...tapi aku suka sangat persembahan dia sebab ada si dia ni..

hehe...

p/s; lepas ni kita layan ustazah pilihan plak...

09 Jun 2011

KAWASAN SPEED TRAP

KAWASAN SPEED TRAP~

Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

Jaga-jaa :)



KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

p/s; sejauh mane kebenaran tak dapat aku nak tolong..tapi beringat-ingatlah yer. lainlah kalau ko tu orang kaya

PUJI ATAU KRITIKLAH ENTRI KU INI

Terpanggil jugak nak cuba segmen bro ben ashaari kali ni..kalau korang nak join sama klik je kat SINI. kali ni agak susah jugaklah..kena wat karangan berdasarkan gambar yang diberi dan kenalah ada kena mengena dengan dunia belogger. inilah dia gambar itu...

Sabar jelah bro dalam kesesakan lalulintas..macam tu jugaklah dalam kehidupan seorang blogger ni...hehe beloggerkah aku ni..perlu banyak bersabar. mungkin ada yang suka jadi pembaca setia setiap entry yang kita siarkan. tapi tak kurang hebat jugak yang mengkritik..memaki hamun..menyindir dan bermacam-macam lagi asam garam kehidupan. namun tahniah kepada blogger-blogger yang telah berjaya sampai ke destinasi. macam pemandu-pemandu itu sabar menempuh jem untuk sampai ke destinasi.

p/s: hehehe boleh ke ni...

SELAMAT PENGANTIN BARU

Kalau dah cuti sekolah tu..kompom-kompom banyak kenduri kawen. sampaikan terpaksa membuat keputusan mana lebih utama kena pegi. aku pun tak ketinggalan mengalami delima.

hari minggu lepas aku sekeluarga ada tiga jemputan kawen. semua hari sabtu..napelah diorang ni pilih sabtu. ahad kan ade..aku pun tak paham. kalau tempat dekat-dekat takpe jugak..boleh lah pegi kan. ini kat palong negeri sembilan..melaka..batu pahat johor.

setelah bincang-bincang kami pun amik keputusan untuk pegi dua daripada tiga jemputan itu. kira okey lah tu kan..mula pegi rumah member wife aku kat masjid tanah..

pengantin perempuan adalah kawan wife aku
kenduri yang kedua..sepupu aku kat batu pahat

pengantin perempuan adalah sepupu aku
dua-dua pengantin pompuan..yerlah kan sebab sekarang ni pun perempuan ramai..katanya lah tapi kalau ikutkan bancian penduduk 2010 hari tu..lelaki lagi ramai..manelah gaknya diorang ni semua menyorok.

SELAMAT PENGANTIN BARU 
KEPADA MEREKA BERDUA 
SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT

sebab tulah aku ngan member aku selalu pesan kat kawan-kawan. kalau nak buat majlis tu buatlah hari biasa..jangan buat masa cuti sekolah atau cuti umum sebab masa tulah orang ramai buat majlis..kenduri kendara, balik kampung, melancong dan macam-macam lagilah yang memang dah plann awal.

p/s; kesian aku tengok kalau kawan-kawan opis kawen tapi takde orang opis yang datang..gara-gara salah pilih TIME

03 Jun 2011

Tadi balik-balik dari masjid..ada orang tanya soalan yang dah lama takde orang tanya kat aku

pegawai : dah makan

aku : dah..tadi sebelum semayang

pegawai : boleh makan sebelum solat

aku : nape..??

pegawai : tak ngantuk ke...

aku : huh...tak

pegawai : kalau saya makan dulu bla bla bla...

kalau dulu-dulu masa kat opis lama ramailah yang bertanyakan soalan macam itu. tak ngantuk ke makan dulu sebelum solat..kalau saya dengar khutbah je dah lentokk...

macam pelik je plak bile orang tanya aku soalan macam tu..macam aku buat salah..macam berdosa makan sebelum semayang jumaat..nak nak plak tanya tu ngan wat muka-muka sekali...tak boleh blah.

aku ni memang dari sejak azali lagi makan sebelum semayang ngan member-member aku. kalau tak nanti semayang perut pun berbunyi-bunyi...lagi tak kusyukk semayang...betul tak..

pastu satu lagi mula lah makan kelam kabut sebab nak kejar masuk opis..dah tak sempat nak gosip-gosip citer pasal dunia...

p/s; bukan tak ngantuk tapi memang tak sempat nak tangkap lentokk kat masjid tu...

KONVOI

semalam lepas antar wife aku gi opis, dalam perjalanan nak ke opis aku tiba-tiba kena tahan dengan pak polisi..tunggu-tunggu rupanya ada konvoi basikal, sempena ape entah..tak sempat aku nak baca tapi ada keluar berita malam tadi tapi tak sempat jugak nak dengar betul-betul..nampak sangat tak amik berat kan..amikk kau

bukan aku nak citer pasal konvoi basikal tu...tapi gara-gara geng basikal nilah aku lambat sampai opis. agak tak boleh ke ko bergerak lepas peak hours, lepas 8.30 pagi orang semua dah sampai opis...

agak macam ni lah perasaan orang bila kita berkonvoi...nak nak plak ada eskot polis. siap kena tahan kat simpang..kat trafik light. kita dalam konvoi memang best..perasan VIP orang semua tengok sambil ternganga nganga..tak tau orang tu semua menyumpah nyumpah kat kita.

best bagi kita peserta konvoi..tapi sengsara bagi pengguna lain yang kena tahan bagi laluan kat kita. lagi-lagi pulak orang yang memang dah lambat terkejar-kejar sampai ke destinasi.

p/s; bukan senang nak puaskan hati semua orang...

02 Jun 2011

BAM BAM BOOM

semalam aku gi klinik sebab hantar zaqwan check-up ngan suntik-suntik. sampai-sampai je dalam jam 3.30 macam tu aku terus ke tandas, buang ape yang patut. sedang-sedang tu tiba-tiba siren berbunyi...nasib baik dah setel.

bila aku kuar tengok semua orang menuju ke jalan keluar klinik. aku pun terpinga-pinga lah sambil tu cuba untuk melawan arus manusia masuk ke dalam sebab nak cari wife dan anak aku. pastu ade misi tu tahan aku dan suruh aku keluar..dia kata "kebakaran"

aku pun kuar le..cari wife ngan anak aku kat luar..alhamdulillah dapat cari gak. pastu orang-orang klinik tu suruh kumpul kat satu tempat...TIBA-TIBA aku nampak ahli bomba kuar dari klinik. kompom kita kena tipu, diorang ni tengah buat reasell kebakaran. namun sangkaan tu benar belaka.

bukan tak bagus..tapi buatlah masa aku takde kat situ. dah le lambat tambah-tambah lambat pulak dah. keluar berpanas-panas..ishhh itam kulit aku..

p/s; apsal lah ko buat latihan kebakaran masa aku ade huhu...

FIRST TIME

hahahha....supriseeeeeee heheh..
setelah 8 tahun 4 bulan inilah pertama kalinya aku pakai baju batik. bukan nak riak atau berlagak tapi memang itulah tujuannya hahhaha...

sebenarnya bukan niat aku nak lawan arahan bos, atau bagi berbagai-bagai alasan tapi memang aku malas nak beli...kita kayakan tauke batik je wat pe, bagilah aku duit beli batik..

alasan yang biasa aku bagi kalau pegawai tanya "nape tak pakai batik" atau "batik mane?"
jawapan aku..."dulu baju ni batik tapi entah macam mana saya basuh corak ilang luntur semua corak-corak batik hehe" tak pun "pagi tadi ada corak batik pastu lepas iron ilang dah corangnye hehe" maknanya kedut-kedutlah

tapi bukan semua pegawai cakap macam tu..tengok temgok orang jugak. kalau tak mampus kena tindakan. selama ni pun bukan aku takde baju batik..tapi baju-baju tu semua aku pakai tuk dinner je..opss baju-baju macam banyak je

p/s; hensem jugak aku pakai batik ni...