MyRAKAN

12 November 2016

SPAREPART SHOP VERVX

Hari ni walaupun sabtu, macam biasalah lepas asar pegi sparepart shop. turn aku jaga malam. siang ada partner jaga.

Kedai ni takde sangat pun orang datang. mungkin sebab jenama verv lube tak dikenali ramai lagi walaupun harga murah tapi orang tetap was2. mana tak nye zaman sekarang ni kan banyak cerita2 minyak recycle. bukan je minyak masak, minyak itam pun sama.

VervX....kalau bagi budak2 kelab kereta memang tak asing lagi. sebab dah lebih 100 kelab yang berpayung dibawah vervx. cuma tahun ni lah,mereka hendak memperluaskan lagi pasaran tapi masih inginkan privesi.

Aku pulak guna vervx ni sejak 2013 lagi. lepas tu persona aku memang bernadikan minyak verv lube sahaja. pasal ni nanti lain post aku bagitau.

Tujuan sparepart shop ini dibuka adalah untuk dikongsikan kepada penduduk setempat. produk yang dijual merupakan produk berkualiti disamping beberapa produk Bosch. jika tuan/puan inginkan maklumat lanjut boleh watsapp saya 018-5784948

SAY HI

Salam bahgia,
memang lama dah kan tak jengok belog ni. bersawang sangat dah. banyak kisah2 yang tak sempat aku nak kongsikan di sini.

ok, yang terbaru. aku ada membuka kedai sparepart sekarang. menjual alat ganti kenderaan khusus tuk service. tapi takde buat bengkel lagi. rasa tak yakin plak. kedai pun kecik je. alhamdulillah boleh lah. aku harap korang semua doakanlah bisnes aku sukses. berkaitan produk dan harga nanti kemudian aku update. tapi kalau ada yang tak sabar2 tu boleh search kat fb SPAREPART SHOP VERVX: SALAK TINGGI #06 atau whatsapp saya 018-5784948

oklah cukup dulu kot, besok ada masa aku update lagi hehe. sekian, terima kasih kerana masih sudi membaca

17 Julai 2015

SELAMAT HARI RAYA

Salam 1 Syawal,
Alhamdulillah hari ini sekali lagi kita masih diberi kesempatan menyambut Aidulfitri...hari kemenangan kita sebulan berpuasa di bulan ramadhan dan melawan hawa nafsu. Semoga semua amalan kita semasa bulan ramadhan diterima oleh Nya dan mendapat keampunan juga.

Dikesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua yang membaca belog saya ini jika ada mana-mana penulisan saya yang menyentuh hati mana-mana pihak. Jika ada bolehlah terus membuat teguran ke irrahady@gmail.com

Gambar saya bersama family tercinta. Si abang tu memang susah sikit bila diajak bergambar.