MyRAKAN

28 Julai 2011

SELOKA RAMADAN

salam semua...
aku dapat ni kat surau opis aku..baca-baca macam menarik. so aku nak kongsi ngan korang semua..tak nampak..gambar kecik sangat..mehh aku Zooooooooom kan

SELOKA RAMADAN

Selamat Menyambut Bulan Ramadan
Selamat Berpuasa, Zahir Dan Batin

Jaga Nafsu Serakah
Jaga Pancaindera
Jaga Segala Rongga
Jaga Waktu Berbuka

Ingat Solat Tarawih
Ingat Khatam Al Quran
Ingat I'tikaaf Di Masjid
Ingat Malam Lailatul Qadar
Ingat Zakat Dan Sedekah

Dulu Sudah Buat? Pernah Buat? Tak Mau Buat?
Sendiri Jawab

Rebutlah Semua Ini, Sementara Masih Ada
Ramadan Untuk Kita

Selamat Menyambut Hari Raya
Maaf Zahir Batin

p/s; fikirlah sejenak ekk...

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !

salam semua...
sekali lagi join contest plak..hehe kalau korang nak join jugak klik SINI cara-cara syarat hadiah semua ada kat situ..

agak lambat gaklah nak join ni..tapi harap-harap sempatlah. bukan ape-ape dok pikir-pikir nak join ke tak. saya ni bukan setiap masa ngadap belog ni..time opis hour je. tu pun isi masa lapang kalau takde keje. selamat berjayalah sape-sape yang sempat join contest dan khatam join contest ini...
good luck semua..

BOSS KECIK

Salam semua...
Alhamdulillah makin besar dah budak ni..sekarang ni pun dia dah boleh duduk sorang-sorang kat belakang..tak payah kena teman atau kena pegang..

ok lah layan lagi gambar-gambar dia...

 p/s; umor 1 tahun 7 bulan...

26 Julai 2011

DURIAN DURIAN

Salam semua...
Minggu lepas aku sekeluarga balik kampung. mak aku ler tiba-tiba call suruh balik..durian banyak katanya. tapi takdelah banyak mane pun..cukuplah setakat makan kami sekeluarga. maklumlah cuma dua tiga je pun pokok durian kat kebun tu...tapi alhamdulillah tupai pun sampai naik muak nak makan jadi dapatlah kami sekeluarga makan hehehe

kenyang-kenyang makan durian malam plak kuar makan kat kfc..boleh lah katakan sambut birthday wife aku..lama dah rasanya tak makan kfc satu family ni..dulu last tak taulah bile tapi sebelum aku kawen..kalau makan kat luar kedai-kedai biasa tu biasalah...

kenyang-kenyang makan kfc lepak kat dataran segamat pulak...kat situ ade sikit-sikit jualan lah..tak taulah pulak sempena ape. tapi kat situ jugak ade forum perdana..topik aku dengar-dengar pasal bulan ramadan nantilah...

zaqwan kalau tempat-tempat orang ramai memang dia suka...lagi-lagi kalau ramai budak-budak..yerlah nak berkawan kan..boring agaknye main sorang-sorang kat umah. sekarang bahayanye budak ni dah pandai mintak-mintak mainan..nak je tangan tu mancapai...malam tu aku lepaskan dia main kat tempat permainan yang angin tu..

nak sangat kan..aku letak kat tepi-tepi je..benda tu kan bergoyang-goyang. jadi dia pun tak berani nak gerak-gerak sangat..lama-lama serik dah tak mau naik situ plak..berlari-larilah dia keliling dataran tu..sampailah ayah ngan ummi dia pancit hahhaha..agak-agak jam 11.00 malam baru balik.

p/s; baru nenek dia tau macam mana kecergasan cucu dia yang sorang ni

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU

kalau ade yang nak join sama klik je SINI..
cepat2 tutup kul 10 malam ni.

SAYA MENANG MOTO

"Saya menang motor" tu kalau aku masuk GiveAway (GA) power root..tapi aku masuk GiveAway Blog Ryo jadinya aku menang ini...
cantekk kan..aku pun tak sangka leh menang hahha..gembiranya dalam hati. aku pun tak tau macam mana dia nilai sampai aku menang..ape pun terima kasih Ryo sebab pilih aku salah seorang pemenang GA pertama anda. sorang lagi pemenang adalah Sis HaSue. memang gempak gile kan ryo bagi aku hadiah...

ape2 pun aku dah menang...terima kasih ryo. aku menanti hadiah terbikar sarawak tu.

p/s; tak sabar tunggu hadiah dari sarawak

22 Julai 2011

DEMAM LAGI

Masuk ari ni dah 5 hari aku batuk. demam tak..aritu adalah skit-skit tapi hari rasa sihat dah..cuma batuk-batuk je tak ilang lagi. ubat bukan aku tak makan tapi kurang skit lah pasal sehari sekali je aku makan. aritu aku makan ubat belah pagi..skit je pun mak ai penangan dia ngantuk tak hingat..aku ni dah ler duk kat depan sekali tempat orang lalu lalang..nak kata tempat bertanya pun boleh jugak..

aku taulah aku ni batuk nampak cam teruk sangat je..sampai yang kata aku kena tibi..sampai hati kan kata aku macam tu. bukan aku tak gi klinik..doktor check aku dia kata semua ok normal. paru-paru..pernafasan..anak tekak semua okey.

aku kalau bab-bab batuk ni dah lali..pas kawen nilah aku rasa macam dah lama tak batuk lama-lama. dulu ada sampai tiga bulan batuk tak elok-elok. sampaikan 2 kali aku x-ray dada. doktor dah naik pening hehe..sebenarnya salah aku jugak. aku ni kalau batuk tak bleh minum air sejuk..baru nak baik je aku bedal. tak boleh makan yang minyak-minyak dan goreng-goreng..rasa cam elok skit je aku bedal. camne nak baik kan...tu aku tak citerlah kat doktor nanti tak pasal-pasal aku kena sepak keluar..

p/s; uhuk uhuk uhuk...itu sebenarnya senaman anak tekak. tulah kauorang tak tau

19 Julai 2011

AHLI BARU

Keluarga aku dah ada ahli baru..sebenarnya dah lama tapi aku tak sempat nak buat entrri khas tuk dia. maklumlah sejak dua tiga empat lima enam menjak ni sedikit kebizian hhuuhu..

korang jangan salah sangka plak ahli baru tu bukan adik zaqwan hahhaa...tu lama lagi kot

tapi yang aku maksudkan pengangkutan baru aku..hehe. jeng jeng inilah dia

moto ni bukan aku beli..aku ni tukang pakai je. dia adalah pemberian bapak aku. sebabnya dia dengar-dengar aku nak beli motor so dia pun offer kat aku moto tu..tapi sebenarnya aku tau dia nak beli motor baru sebab moto ni nak bawak 100 km/j pun seksa. tapi takpelah kan alhamdulillah free je pun..tak bayar ape-ape just kena tukar minyak itam ngan pluck je.

mulanya plan memanglah bile dah ada motor nak gi kerja pun naik motor..jimat pun jimat. parking pun senang..tapi tak boleh lagi mungkin tunggu zaqwan besar lagi skit. tapi ok lah jugak. takdelah aku gi kedai sekangkang kera tu naik keter..pusing-pusing cari parking.

p/s: terima kasih abah..terima kasih mak..

BEN ASHAARI AJAK PILIH BLOG

wow kali ini segmen bro ben agak menarik lain dari yang biasa..kalau nak join jugak bleh lah klik SINI macam biasa..

Belog ini saya namakan DUNIA ADY kerana saya buat belog ni pun nak kongsi cerita dan pendapat dari kawan-kawan dan orang yang baca belog ini. Kehidupan; Keluarga; Kekawan itulah ape yang ada di dalam belog saya ini. saya ingin kongsikan pengalaman dan pendapat dengan kawan-kawan yang lain. DUNIA ADY ini mula tercipta pada 7 Julai 2010 yang mane sebelum ni pun saya ada belog lain. tapi belog tu ada masalah sedikit jadi saya buat semula belog baru...

Blogger idola saya mestilah Santai Bersama BEN ASHAARI. bkn nak bodek ke ape tapi dia banyak mengajar saya dan juga inpirasi tuk saya berbelog. memang lah saya kenal dia hanya pada penulisannya sahaja tapi dia banyak membimbing dan tunjuk ajak kepada blogger-blogger baru macam saya. Terima Kasih bro Ben...

kenapa belog saya ini patut dijengah setiap hari? ermmm....saya akan cuba sedaya upaya saya untuk seberapa kerap 'update' DUNIA ADY ni dengan cerita-cerita baru yang ingin dikongsikan dan memberikan infomasi-infomasi berguna...selebihnya terpulanglah kepada anda

p/s; banyak juga aku tertinggal segmen bro ben ni...memang tak terkejar yopp

PUTRAJAYA FLORIA 2011

Tahun ni sekali lagi putrajaya menganjurkan floria..tak ingat plak yang ke berapa. kali ni aku rasa biasa-biasa sahaja..takde ape yang boleh di kategorikan WOW! mungkin sebab macam dah kerap sangat tengok kot...macam manapun 3 kali aku pegi menjengah kat bunga-bunga tu. naik layu dah pun bunga-bunga tu menyampah sangat tengok aku hehe...

kali pertama pegi belah siang hari kedua..masa tu memanglah bunga-bunga masih segar bugar. kuntum-kuntumnye pun masih banyak. sangat menarik dengan warna-warni bunga-bungaannye dan rasa kesegarannya..

kali kedua plak pegi sabtu malam lepas..sebab gara-gara nak tengok bot berhias tu ngan bunga api. memang cantiklah..dengan hiasan konsep negeri masing-masing..tapi balik-balik pas bunga api tu punye lah jem sampaikan amik masa sejam baru dapat sampai umah..kalau ikutkan dari tapak pesta tu ke umah aku amik masa 10-15 minit je.

kali ketiga plak aku pegi pasal bawa bapa sedara aku ke sana. dia ada kenduri kawin kat sini..pastu alang-alang dah sampai aku bawak lah dia melawat bunga-bunga tu...tapi memang agak mengecewakanlah kalau pegi hari-hari terakhir ni..bunga-bunga dah layu..hiasan-hiasan dan lari setting..bunga-bunganya plak dah kena petik dek tangan-tangan gatal yang tidak bertanggungjawab. nak wat mandi bunga katanya...


p/s: cukuplah setakat ni dulu...ada lagi nak cite tapi tunggulah ekk

12 Julai 2011

KARNIVAL WANIJA GROUP

Pada 8 Julai 2011 yang lalu PPEOC telah mendapat jemputan dari Wanija Group Negeri Sembilan untuk menyertai Karnival Kesihatan Belia 1Malaysia. Berbagai aktiviti telah diadakan seperti pemeriksaan kereta percuma, soaljawab dengan wakil proton, drift, derma darah, cabutan bertuah dan banyak lagi. memang rugi sape-sape tak join.

Wanija Group adalah salah satu service centre kenderaan proton. Wanija juga menawarkan penjualan dan perkhidmatan service kenderaan seperti Honda dan BMW. Karnival ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah untuk menghantar wife dan zaqwan untuk membolehkan aku join aktiviti ini. setibanya di Petronas Presint 9 kelihatan hafiz, qi dan bun ada, tinggal tuggu ann dari puchong je.Konvoi 5 biji kereta dari Putrajaya amat berjaya sekali dengan kadar kelajuan yang ditetapkan agar sampai ke tempat berkumpul sebelum 8.30 pagi. setiba je ke plaza tol senawang semua dah berkumpul. hanya menanti beberapa orang yang belum sampai...

Setiba di tapak karnival memang agak meriah dengan berbagai acara yang tidak kejemuan..nak-nak plak makan minum semua ditanggung. sampai-sampai sana sarapan pagi, daftar untuk pemeriksaan percuma, cabutan bertuah, jalan-jalan melihat gerai-gerai dan perkhidmatan yang ditawarkan..aku plak tak derma darah...saya takut jarum hehe...

Lebih kurang pukul 3.30 petang aku balik rumah dulu sebab nak amik wife ngan zaqwan..takut jalan jem kerana perhimpunan bersih dan roadblock yang dijalankan pihak polis. tapi member-member yang lain masih lepak disitu sehingga jam 5.00 petang dan mereka lepak-lepak minum di iceroom senawang tu...

p/s: TAHNIAH PPEOC dapat tempat ketiga dalam autoshow

11 Julai 2011

GIVEAWAY BLOG RYO

salam semua..
sedikit keterujaan nak join kontes RYO ni..huhuhu. kalau korang nak join gak klik je kat SINI atau kat nama RYO tu atau pun kat BANNER atas tu..macam-macam cara boleh hehe..

ok mule..

Saya toleh kanan,sambil membawa sebungkus nasi lemak.Kemudian saya toleh kiri pulak. sebungkus nasi lemak masih berada di tangan saya. bukan saya tak nak makan lagi tapi kerana jalan ni sesak sangat. kenderaan lalu tak putus-putus. kawan saya pulak dah tunggu kat seberang jalan sana kerana kami nak makan bersama. dia pulak katanya ada membawa sebucket kfc...emmmm memang tak sabar aku makan dengan sebungkus nasi lemak di tangan aku ni. memang aku ni hantu kfc..nasi lemak tu aku beli saje untuk dia. nanti aku datang lenggang kangkung kata kurang berbudi bahasa plak. "aku bawak sebacket kfc ko datang berlenggang plak" memang tak patut kan...lagipun nasi lemak ni umpan untuk dia..jadi bolehlah aku habiskan sebacket kfc tu sorang-sorang...

lupe nk tag hehe

1. Al-Kesahnya : Cheq Ana jomlah join sekali..asyik masak je


2. Relaks bersama Papa Macho.. jom join sekali



p/s; kalau tak cukup kira halal ekk ryo

TORA DATANG LAGI


Hehe tajuk tu ade kena mengena pun dengan entry kali ini. saje letak tajuk tu sebab rasa lama dah tak update belog ni..terima kasih kat kawan-kawan dan pembaca setia belog ini kerana datang tengok-temgok kan dan buang sawang-sawang yang ade..hehe

minggu-minggu sudah ni agak bizi gaklah..tapi bukan kerana kerja kat opis..tapi kerana aktiviti kelab aku..PPEOC. cadangannya hari minggu lepas memang nak ke cameron bersama-sama dengan member-member dari utara..tapi tapi lagi hehe...

aktiviti tu terpaksa di tunda gara-gara kerana perhimpunan BERSIH..habis aktiviti pada hari berkenaan di sapu bersih. agak ralat jugaklah sebab dalam 70% persiapan dan di buat..persiapan penginapan semua dah setel..tiba-tiba kena cancel sebab BERSIH..banyak roadblock, ketidakselesaan peserta dan risiko kalau diteruskan juga..pasrah....

last-last duk umah je..tido sebab letih buat aktiviti yang tak jadi. ahad tu baru keluar umah jalan-jalan kat Flora Putrajaya 2011. agak menarik dan aku rasa agak biasa-biasa je. mungkin sebab dah terlalu selalu dibuat kot...

01 Julai 2011

MENIAGA



Kita sering dengar 9/10 sumber pendapatan adalah dengan berniaga..berniaga juga adalah sunnat nabi s.a.w..kadang tu bile tengok orang berniaga terdetik jugak aku nak berniaga. tapi tak tau nak meniaga ape. pakaian..makanan..minuman..pasar malam..online..facebook..belog dan macam-macam cara aku tengok orang sekarang berniaga.

paling popular berniaga air liur..MLM lah..dulu ramai gak kawan-kawan dan kenalan aku yang terjebak dengan perniagaan jenis ini..so diorang pun ada cuba untuk ajak-ajak aku..aku plak jenis baik dengar je ape diorang cerita..ada yang siap bawak bapak mentor..

bile dengar lama-lama menang kita akan terpengaruh..nak nak plak ade yang boleh dapat beli keter mahal-mahal..pegi melancong sana sini..free aje..tapi bila bab kena wat loan ngan bank tu semangat aku terus luntur..kompom..aku kalau boleh memang nak yang free je..modal free dan kalau dapat bisnes tu pun free time bile-bile aku boleh buat...

dulu ada gak member aku ajak meniaga ala-ala online ni..tak yah sewa kedai..just buat dekat belog ngan facebook je..modal kami share sama-sama. 50/50 kata orang..tapi tak kesampaian sebab dua-dua malas..ade yang nak mulakan..nak gi cari barang lagilah..akhirnya terpadam macam tu jelah niat kami..

p/s; agak-agak ape bisnes paling popular sekarang