MyRAKAN

31 Julai 2013

SELAMAT HARI PAHLAWAN 2013

Salam 22 Ramadhan,
Tahukan anda hari ni hari ape?? disamping ape yang kita semua tahu hari ni hari rabu..tak kurang jugak yang tahu hari ni hari bonus masuk..tapi kadang kita lupa bahawa hari ini juga merupakan Hari Pahlawan.

Kita meraikan para perajurit kita yang sanggup berkorban nyawa dan perasaan bersama keluarga untuk menjaga kedaulatan negara kita, Malaysia...Yang masih hidup kita ucapkan Terima Kasih dan pada yang telah terkorban kita sedekahkan Al Fatehah...

Aku sungguh terharu dengan skesa ops daulat lahad datu kat tv1 tadi...persembahan nyanyian dan lakonan yang sungguh sahdu...yang membuatkan aku terfikir begitu besar pengorbanan mereka.
 SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN
"TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PERAJURIT NEGARA"

p/s: Saya bersyukur kerana Malaysia masih aman

30 Julai 2013

POWERBANK TRANSFORMERS

Salam 21 Ramadhan,
Akhirnya terjebak jugak aku dengan promosi powerbank sempena nak raya ni Hahaha...mana taknya sebelum ni tension aku, cas henpone sebalum tido..jam 5 petang dah kong..tak sampai 24 jam pun jangka hayat henpone aku setiap hari.

InShaaAllah lepas ni takde masalah tu lagi..itupun kalau aku tak lupa nak bawak powerbank atau cas powerbank tu haha...
Iklan yang membuat aku terpengaruh
Powerbank aku
Charge RM10 untuk pos hehe...Setiap set powerbank ini kita dapat 2 jenis, yang besar kedabak tu ngan yang slim tinggi lampai tu, disamping aksesori lain macam plug, wayar penyambung serta percuma beg kecik.

Kalau berminat boleh kontek awek ni Nana Baik untuk maklumat lanjut. katanya lepas raya nanti takde promosi dah..jadi cepat..cepat ada tinggal dua minggu je lagi hehehe

p/s; nama je powerbank transformers tapi tak boleh jadi ape pun

29 Julai 2013

BERAYA DENGAN VERV

Salam 20 Ramadhan,
Kalau tiap-tiap tahun kita sebagai manusia beraya dengan pakaian baru....tetapi persona aku tahun ini beraya dengan minyak enjin baru....Verv hehehe. marilah servis kenderaan kita semua bagi memastikan kelancaran pergerakan kita semasa hari raya kelak...In Shaa Allah. Cuma RM88 sahaja bersama dengan penapis minyak Bosch.
Minyak Verv & Penapis Minyak RM88
Servis kereta-Upah RM30
Alighment RM30
Basuh kereta RM10
Senarai Harga Minyak Verv
p/s; Alhamdulillah dapat menjimatkan skit duit poket...tapi tu cuma service biasa je hehehe

25 Julai 2013

SERIBU 1 PENGERTIAN

Salam 16 Ramadhan semua...
Hari ni aku nak share ngan semua satu nukilan dari rakan saya di mukabuku..kita tengok ia macam satu seloka tetapi kalau kita hayati betul-betul besar pengertiannya..sama-sama lah kita amik ikhtibar.

SITUASI 1
Bercakap pasal kenduri, takkan boleh tak cakap pasal jemputan.
Bagi yang dah selalu buat kenduri, mesti ada senarai jemputan yang dah biasa dijemput.
Dalam ramai-ramai jemputan, selalunya ada pengunjung tetap. Dia ni pasti akan datang.
Tapi ada juga yang dijemput berkali-kali tak pernah nampak muka.
 

Jemput sekali tak datang.
Oh, mungkin dia sibuk.
Ada kenduri lain agaknya.

Jemput kali kedua pun tak hadir.
Hmmm...kenapa ya dengan dia?

Jemput kali ketiga pun tak datang.
Eh, pelik sangat ni.
Nak bermusuh dengan kita ke apa.

Adakah nak dijemput lagi kali keempat?

Ada sejenis undangan, setiap hari, 5 kali.

Tuan rumah memanggil pagi, tengahari, petang, senja, malam.

5 kali.
Kita dengar.
Tapi tak pergi.

Dia jemput lagi tengahari.
Pun kita tak pergi.

Petang pun dia panggil lagi.

Senja pun tak datang.

Malam pun tak datang?

Bukan sehari tapi berhari-hari.
Tak datang jugak?

Apa agaknya perasaan Tuan Rumah berkenaan?



SITUASI 2
DUIT RM 100 & RM 1

RM 1 : Aku cemburu dengan kau

RM 100 : Kenapa pulak?

RM 1 : Kau dipegang oleh orang2 kaya, dibelanja di tempat2 mewah. Semua orang menghargai kau. Tak macam aku..

RM 100 : Walaupun aku selalu dipegang oleh orang2 kaya tapi aku selalu dibawa masuk ke tempat2 maksiat, kelab malam, tempat main judi. Sebenarnya kau lagi beruntung. Aku cemburu dengan kau...

RM 1 : Kenapa pulak?

RM 100 : Walaupun aku dihargai semua orang, di bawa masuk ke tempat2 mewah, tapi aku jarang sekali dapat masuk dalam tabung masjid...


p/s; ia juga sebagai peringatan kepada diri aku jugak

24 Julai 2013

KETUK-KETUK RAMADHAN 2013

Salam 15 Ramadhan,
Pejam celik dah 15 Ramadhan kita rupanya..maka bermulalah putaran lagu-lagu raya di corong corong radio. Bulan ramadhan ni salah satu rancangan kegemaran aku "Ketuk-Ketuk Ramadhan". biasa memanglah aku bukan suka sangat rancangan masakan ni..tapi yang ni lain..masakan dia simple je tapi telatah hos atau pengacara rancangan bersama artis jemputan itu yang mencuit hati aku dan aku rasa semua orang yang menonton rancangan ini.

Apa yang menarik rancangan ini, walaupun nampak berbentuk rancangan masakan tapi menghiburkan dalam bentuk santai..dengan rancangan yang dirakamkan di pasar tani seluruh negara...satu lagi, lagu background dia memang mengingatkan aku sesuatu hahaha..ape dia??? biarlah rahsia wakakaka..

Ohh ya sebelum lupe saksikan Ketuk-Ketuk Ramadhan setiap hari di TV1 jam 12.30 tengahari.
Shiela Rusly sebagai Pengacara

p/s; memang tergelak lah kalau korang tengok rancangan ini sampai terlupe sekarang ni masa kerja hehehe

23 Julai 2013

MELINTAS JALAN

Salam Ramadhan semua...
Diam tak diam dah 14 ramadhan rupanye...korang tengok tak wajah baru Dunia Ady ni..haha bukan ape saje gatal-gatal tangan sebab tak kuar lunch kan hehehe...

Korang penah tak hadapi masalah dengan budak-budak sekolah yang melintas jalan..aku tak heranlah kalau dia melintas dekat tempat yang sepatutnya..ini tidak melintas jalan ikut suka hati mak bapak dia je...

Aku memang selalu jumpa situasi macam ni...budak sekolah ni melintas betul-betul kat simpang yang kereta orang termasuk aku ni nak keluar simpang...memang rasa nak langgar tu ada lah..tapi nanti mesti jadi kes lain pulak kan..kadang tu aku saje jalan slow-slow, tak bagi budak-budak tu jalan depan aku...geram tau!!!

Kami ni penunggang kereta punyalah tunggu kereta clear nak masuk simpang...bila clear je budak-budak ni pulak sibok nak melintas..bukan tak ada tempat melintas yang disediakan..tapi biasalah manusia pemalas ni..tak mau jalan jauh skit walaupun untuk keselamatan sendiri.

Dah lah cerita panjang-panjang pun wat kurang pahala puasa je..Cuma nak tau betul ke kalau kita langgar budak sekolah ni..kompom-kompom kita salah..mandotori macam kita langgar belakang keta orang..kalau ada web atau undang-undang bolehlah share sekali..

p/s: kempen rasa sekolah macam-macam dah buat, tapi........................

21 Julai 2013

SIJIL WAKAF TANAH

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah Hasil dari kutipan dan sumbangan dari ahli-ahli PPEOC sempena Program Amal Jalinan Kasih Al Kausar yang dianjurkan oleh Putrajaya Crew dengan kerjasama penuh dari PPEOC Central di dalam bentuk Sijil Wakaf Tanah.


Jadi sesiapa yang berminat bolehlah terus ke Rumah Bakti Al Kausar Bandar Baru Bangi untuk urusan tersebut. Semoga sumbangan kita yang sedikit ini diberkati dan dapat membantu mereka yang memerlukan.

Maklumat lanjut mengenai Rumah Bakti Al Kausar boleh klik DISINI.

17 Julai 2013

JALINAN KASIH AL KAUSAR

Pada 6 Julai lalu, Proton Persona Elegance Owner Club (PPEOC) Central telah menganjurkan satu program amal yang dinamakan Jalinan Kasih Al Kausar di Rumah Bakti Al Kausar Bandar Baru Bangi. Ini adalah susulan daripada survey yang telah dibuat sebelum ini.

Seawal jam 7.00 pagi para peserta yang terdiri dari ahli PPEOC serta keluarga telah berkumpul di Jambatan Putra Putrajaya sebagai tempat berkumpul sebelum memulakan pergerakan secara berkonvoi dengan di bantu oleh anggota trafik Polis Diraja Malaysia Kontijen Selangor.

Alhamdulillah berkat usaha penganjur dan ahli kelab sendiri sejumlah besar sumbangan dari ahli PPEOC, keluarga, sanak sedara serta NGO dan syarikat-syarikat korporat berjaya dikumpulkan bagi meringan sedikit bebanan sempena ramadhan dan syawal yang bakal tiba.

Berbagai aktiviti dijalankan sepanjang sehari bersama adik-adik kausar seperti senamrobik, sukaneka, makan tengahari bersama dan lain-lain acara yang dirancang. Apa yang istimewanya, hari lahir salah seorang penghuni rumah kausar itu jatuh pada hari berkenaan. Jadi sedikit kejutan dari kami PPEOC bagi memberi sedikit kecerian kepada penghuni berkenaan dan yang lain-lain.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan dan bukan hanya tertumpu pada satu-satu musim seperti bulan ramadhan sahaja. Terima Kasih tak terhingga kepada Ahli-Ahli PPEOC yang tak jemu-jemu memberi sokongan dan sumbangan. Terima Kasih kepada semua prihatin!!

Layan gambar pulak ekk..
Gambar kenang-kenangan bersama penghuni kausar
Antara wajah2 ahli ppeoc
Gambar bersama anggota trafik yang bertugas
Pengerusi Rumah Bakti Al Kausar Bangi
SenamRobik
Sukaneka
Acara mengejut khas utk ahli ppeoc yang terpilih
Hamper sukaneka
Banner Central yang baharu
Untuk lebih banyak gambar boleh tengok di album mukabuku saya.

10 Julai 2013

SALAM RAMADHAN


Nak wat ucapan raya 
baru hari pertama berpuasa, 
Jadi ucap

SELAMAT BERPUASA 
KEPADA SEMUA UMAT ISLAM YANG BERPUASA

ps: nanti akan diupdate pasal event PPEOC sebelum ramadhan..in shaa allah