MyRAKAN

17 Mac 2011

BOTOL SUSU BAYI

Baru2 ni kita semua dikejutkan dengan berita pembahayaan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bahan bisphenol A (BPA) kerana dikuatiri boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus menganggu sistem fungsi tubuh.

sebagai langkah berjaga2 kementerian kesihatan telah mengeluarkan panduan penggunaan botol susu jenis polikarbonat ini. kat sini aku nak kongsilah skit2 info yang aku dapat.

KENALPASTI BOTOL POLIKARBONAT

botol susu polikarbonat ini bersifat keras dan lutsinar dimana ianya mengandungi BPA. ia boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati dibawah botol susu.

PENGENDALIAN BOTOL POLIKARBONAT
  • steril botol susu mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberi oleh pengeluar sekiranya ada. jika tiada, rendam botol susu bayi dalam air mendidih selama 5-10 minit.
  • elakkan guna air panas secara terus dalam botol susu untuk bancuh susu.
  • guna peralatan mencuci botol yang sesuai macam span atau berus lembut bagi mengelakkan permukaan rosak dan calar.
  • sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan kalau calar atau rosak, kena ganti. kalau tak rosak atau calar perlu ganti setiap 6 bulan.
botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan 'BPA free' atau 'bebas BPA'

namun kita boleh membuat pilihan awal dengan menukar penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA. terdapat juga pelbagai altenatif botol susu di pasaran seperti diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain2.

p/s; sumber adalah dari laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maklumat lanjut bolehlah refer kat situ. terima kasih

2 ulasan:

akubest501 berkata...

good info bro....

ady berkata...

thanks mie..sama2lah kita kongsi