MyRAKAN

09 Jun 2013

SEGMEN SIMPLE GILER BY AYNA

Lama gile tak follow segmen...
sape2 nak join sila klik banner atas tu hehehe..
selamat mencuba

08 Jun 2013

SUNDAY MORNING DRIVE TELOK BATIK 2.0

Pada tanggal 7 April 2013..suasana yang tenang di teluk batik menjadi huru hara dengan kehadiran ahli Proton Persona Elegance Owner's Club (PPEOC) ke pantai teluk batik. Dihadiri seramai 250 peserta dari pelbagai negeri daerah dan kawasan membuatkan suasana menjadi meriah dan riang dengan pelbagai gelagat ahli yang hadir pada program tersebut.

Sunday Morning Drive (SMD) Teluk Batik 2.0 ini telah mencatat rekod baru dengan kehadiran ahli yang lebih ramai dari tahun lepas. Sebanyak 150 buah proton persona telah membanjiri teluk batik. Antara tujuan program ini dijalankan untuk mengenali antara satu sama lain dan para admin yang sebelum ini hanya bertemu di alam maya sahaja. Perjumpaan ini menjadi medan pertemuan peminat proton persona dari pelbagai kawasan berkongsi ilmu, maklumat dan minat tentang dunia permotoran semasa. Selama sebulan perancangan telah dibuat untuk menjayakan program yang dianggap antara program yang terbesar di wilayah utara. Konvoi bergerak dari giant manjung ke teluk batik dengan bantuan pegawai trafik dari IPD manjung untuk melancarkan pergerakan konvoi dan menarik perhatian para penduduk setempat mahupun yang berada di kawasan sekitar manjung dan teluk batik. Pelbagai acara telah diaturuntuk membuat peserta yang hadir merasai keseronokan untuk menghilangkan tekanan ditempat kerja dan lain-lain. Permainan sukaneka juga diadakan tujuannya adalah untuk memupuk semangat setia kawan dan kerjasama yang tinggi dikalangan ahli-ahli PPEOC supaya ikatan ukhuwah yang dibina bertambah kuat dan semakin akrab tanpa mengira agama, bangsa mahupun usia untuk mencapai misi PPEOC iaitu memupuk semangat setia kawan, berkongsi pengetahuan teknikal, membentuk sahsiah pemandu yang berkhemah dan memberikan bantuan sosial untuk masyarakat. Diharapkan pada program akan datang ahli PPEOC akan bertambah dan kuat dan berdasarkan motto PPEOC iaitu We Not Just A Drivers, But We Are Brothers. Visi PPEOC adalah menjadi sebuah kelab permotoran yang aktif dan disegani di seluruh malaysia.

Kepada pemilik Proton Persona yang berminat untuk menyertai kami, sila layari www.ppeoc.my untuk keterangan lanjut.

Sumber dan copy dari Majalah Kereta bil. 162 bulan Jun 2013....dapatkannye dipasaran