MyRAKAN

27 Disember 2010

BOLA

Sebelum aku story lebih panjang lagi, TAHNIAH kepada pemain2 MALAYSIA malam tadi di atas kejayaan mengalahkan indonesia, dan jugak kepada penonton serta penyokong setia MALAYSIA....tahniah semua

aku memang tak tengok perlawanan bola antara malaysia dengan indonesia malam tadi. bukan kerana tidak patrotik ataupun tidak menyokong pasukan negara...tidak tidak sama sekali. tapi adalah kerana aku dalam perjalanan dari melaka ke putrajaya. mulanya memang nak balik lepas asar tapi dapat info plak katanya jem teruk sampai keter tak bergerak.

pagi tadi kuar2 umah kat parking kete banyak lagi, jalan plak clear. dalam kepala otak "cuti ke ari ni pasal malaysia menang malam tadi" maklumlah tak dengar radio mau pun tv lepas perlawanan malam tadi. bukan ke ade satu lagi perlawanan kat indon takkan najib dah umumkan kecutian....ish ish tak mungkin.

rata2 kawan2 yang datang ke stadium menonton perlawanan malam tadi memang berpuas hati dengan permainan pemain malaysia. yelah mane taknye 3-0 lah katakan...semoga pemain2 kebangsaan akan terus cemerlang diperlawanan2 akan datang..amin

p/s; memang sudah menjadi lumrah arena bola sepak malaysia. bila menang akan disanjung tapi bila kalah terimalah padahnya

22 Disember 2010

TIDUR

Puas rasanya aku cuti 4 hari. takde pegi mane pun just duk umah jaga anak. pengasuh sedap2 je gi bercuti pastu tiap2 bulan collec duit, senang kan...

aku kalau cuti dok umah je ape lagi TIDUR jelah. kalau dah tu hobi aku nak buat camne. memang puas aku tidur tanpa gangguan. bayangkanlah lama dah aku tak tidur punya lama sampai 4 jam walaupun sabtu ahad tiap2 minggu cuti.

nak nak plak cuaca sepoi2 bahasa, memang boleh lupe semuanya termasuk makan. elok anak tido bapak pun ikut tido sekali. barulah anak itu dapat tidur lena pasal sunyi je takde bunyi2 yang memekakkan telinga.

kalau pasal tido ni bukan kat umah je, dulu kat opis aku hari2 tido. tapi bukan time rehat time tak rehat hehehe...mane taknya kul 2.30 baru mata ni rasa mengantuk walaupun masa tu bulan pose aku tak kuar ke mana2. aku plak jenis kalau ngantuk tido je kat mane2 termasuklah kat meja, atas keybord, duduk kat kerusi mahupun atas motor.

pasal terlelap atas motor ni, memang banyak kali terjadi kat aku dulu zaman2 merempit. sedar2 je depan tu simpang, ataupun sedar2 dah kat tepi higway tunggu nak langgar penghadang jalan je. tapi aku rasa memang cam dah tidur nyenyak kat atas motor tu. kalau keter belum penah lagi terlelap, ngantuk2 tu adelah.

kalau gi kursus mane2 kalau ditanya pasal hobi atau ape2 yang disukai aku akan jawab TIDOR...sebab TIDUR adalah HOBI aku.

p/s; kan best kalau cuti aku ade 800 hari lagi huhuhu...

17 Disember 2010

FACEBOOK

Huwaaaaa huwaaaa opis aku sekarang dah mula block facebook. memang tak leh bukak langsung. ko pakai lah "s" ke ultrasuft ke memang tak tembus. tak tau lah diorang pakai ape

dua hari dah aku tak bekerja bersama fb ni. rasa cam takde ke pun ade. mane tak nya kalau sebelum ni buat keje skit tgk fb banyak, sambung keje skit bukak fb banyak, sampai petang baru abis keje tu.

sekarang takde fb buat keje jek lah, lepas lunch karang kompom2 mata aku mengantuk takde ape nak dibuat. aku plak bukan jenis pandai berlakon lakon ni buat2 ade keje.

memanglah orang tengok aku ni baik je duduk kat tempat sendiri ngadap komputer MACAM BUAT KEJE...padahal aku layan facebook ngan blogspot. tapi seling selingan wat keje gak. awww terbalik sudah patut fb ngan blog jadi selingan hehehe

Adakah akan bermula lagi episod aku tidor kat meje opis kerana keletihan BEKERJA FULL TIME...

p/s: jangan blogspot pun dia belok sudah...mati kutu aku

16 Disember 2010

JOHOR CORPORATOIN

Lunch tadi telah ditaja oleh Hospitality Division Johor Corporatoin sempena mempromosikan hotel dan resort di bawah Johor Corporation. makan tengahari tadi telah diadakan di dewan melati kat perbadanan putrajaya.

sampai2 je situ kami disambut dengan mesra sekali oleh staf2 di situ dengan pertanyaan "datang untuk makan ke" hahaha memang memalukan kalau orang lain dengar...tapi selamba jelah janji makan free tak bayar.

masuk2 plak dapat tempat duduk vip...perhhh segan pun ade tapi nasib baik kawan2 gak yang duduk bersama2 dua orang pegawai opis aku. majlis dimulakan dengan taklimat ringkas berkenaan hotel2 dan kemudahan2 yang disediakan disana.

lepas tu ape lagi MAKAN lah...tapi oleh kerana aku terduduk kat meja vip maka terpaksalah menunggu dilayan huhu tapi makan memang BEST SUPERBBB. sambil makan2 acara jawab2 soalan dengan hadiah berbentuk voucher penginapan dan sarapan.

aku memanglah tak jawab mane2 soalan takut terjawab betul terus dapat voucher. mane nak peginya kalau kat johor bahru lainlah bagi duit belanja sekali. so bagilah peluang kepada2 mereka yang teringin sangat nak pegi ke negeri johor.

oh ya hotel2 dibawah Johor Corporation The Puteri Pacific Johor Bahru, Sibu Island Resort Mersing Johor, Hotel Selesa Johor Bahru, Hotel Selesa Pasir Gudang, Selesa Beach Resort Port Dickson dan Persada Johor International Convention Centre.

p/s; tak sempat snap gambar sebab batri handpone kong...

HARI ASYURA


Malam tadi aku dapat mesej...

Selamat Menyambut Hari Asyura
10 Muharram 1432H

Antara Perkara-Perkara Yang Sunat
Dilakukan Pada Hari Asyura:

1. Berpuasa
2.Bersedekah
3.Bercelak
4.Sembahyang Sunat Asyura
serta amal ibadah yang lain

Aku pun lupe hari ni dah 10 muharam aka hari asyura. biasanya yang aku tau bubur asyura jek hehe...


SELAMAT MENYAMBUT HARI ASYURA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM...
kalau ade bubur asyura ke bubur lambuk ke hantar2lah kat aku ni...

p/s; terima kasih kepada maxis yang bagi mms hari asyura kepada aku...

15 Disember 2010

SEKSA

Tengahari tadi aku ngan member aku lunch kat alamanda. walaupun sekarang ni bukan minggu2 gaji namun agak ramai gak lah orang berlegar2 kat situ terutama destinasi lunch kami kali ini. punyalah ramai orang sampaikan beratur adelah agak2 setengah jam sampai lapar gile2 dah perut aku ni menunggu.

padahal ini je yang aku order...

kalau kat negara2 lain yang berperang, terkena bencana alam susah nak dapat makanan sebab takde benda nak dimakan tapi kat malaysia ni susah dapat makanan pasal kena que panjang tapi still dapat makan walaupun tension sebab perut lapar...rasa nak marah pun ade tapi masih terkawal lagi

masa tunggu member aku amik makanan, adelah satu situasi yang menarik perhatian aku...adelah mamat sebelah meja aku, chop meja kot cam aku kawan dia mesti beratur order makanan cam member aku.

tapi sayang seribu kali sayang, sangkaan ku meleset belaka. setiba kawannya hanya membawa makanan tuk dirinya sahaja. member yang menanti terpaksa bangun dan beratur pula untuk meng'order makanan.

udah ler ko tak belikan makanan kawan, boleh plak suruh member tu sebelum bangun amik gambar dia bersama2 set cam gambar di atas. ade ke patut.

bile member tu sampai kat meje, pinggan member dia tu pun dah licin. kan dah membuang masa terpaksa tunggu orang makan. padahal kalau dia belikan sekali tadi bolehlah makan sama2 pastu licin pinggan sama2.

jadi moral op story, belilah barangan buatan malaysia...tak payah que panjang2.

p/s: ape yang penting...kerjasama

14 Disember 2010

HARI KELUARGA 2010


Tahun ini sekali lagi keluarga sebelah mak aku menganjurkan Hari Keluarga yang mane tuan umah kali ini adalah mak aku. maka majlis ini pun dibuat dirumah aku Felda Pemanis pada 12 Disember 2010.

seperti perti biasanya majlis akan dimulakan jam 5 petang dengan ketibaan ahli keluarga dan jamuan petang. lepas minum2 petang sambil beramah mesra, solat magrib berjemaah, bacaan yasin, tahlil, solat isyak dan makan....

dari kanan tu chik mail (adik mak), abah aku
memang biasa dia lah yang menjadi imam tuk sembahyang ngan yasin dan tahlil

antara adik beradik mak aku
dari kanan wak yam(kakak), chik nah(adik), mak long(kakak ipar)
yang pegang bola tu zaqwan anak aku, dia pun sibuk cam orang lain

baju putih tu ijal adik aku, dia memang dah ikat kontrak bakar sate ngan kepak ayam
sebelah tu chik najib jiran sebelah


tengah sibuk fikir nak makan ape

antara mereka2 yang hadir

acara2 selingan sambil2 makan beramah mesra gelak menggelak adalah tukar2 hadiah. setiap orang dimestikan bawa satu hadiah masing2, hatta baby setahun 10 tahun pun bawa jugak, bukan ape untuk suka suki memeriahkan majlis.

banyak lagi hadiah kat bawah meja, belakang meja tu pun ade lagi

disamping tu gak ade cenderahati dari tuan umah, cabutan nama bertuah dari tuan umah dan teka kacang dari chik mail yang dimenangi oleh sapiah anak buah aku berumur lagi 4 bulan nak 2 tahun.

lepas settel acara hadiah2, satu lagi acara selingan....

HARI LAHIR ZAQWAN....sebenarnya semua orang tak tau pasal ni, saje buat sepprisss skit kat zaqwan ngan umi dia hehehe...oh ya sebenarnya birhday zaqwan pada 2 disember lepas yang pertama, lewat skit tapi takpe lah nak sambut sampai 2 disember 2011 pun boleh...

sebenarnya satu kelainan sambutan hari keluarga kali ini adalah...........

dekolasi majlis dalam taman hahaha...dengan percikan air pancut yang memancut2. tukang dekonya adalah chik mail...

p/s: tak sempat nak snap banyak gambar kerana aku kena jadi mc...


10 Disember 2010

LALANG

LALANG adalah sejenis tumbuhan yang menyemakkan, merimaskan tapi kadang2 mensayukan (eh betul ke ejaannya, hantam je lah labu...) dulu duk kampung kalau ade tumbuh lalang skit je kompom mak dah terjerit2 suruh bersihkan...cabut, racun, ape2 lah ikut suka nak buat ape janji bersih.

ikut resmi lalang? tapi orang tua2 kata ikutlah resmi padi "makin lama makin berisi dan makin tunduk". resmi lalang macam orang tak berpendirian, kena tiub angin kekanan dia pun kekanan, angin kekiri dia pun kekiri. itu dari segi tak baiknya

kalau dari segi baik plak lalang ni kat mane2 pun leh idup. kat tanah, longkang, sawah kadang tu atas batu pun ia idup. walaupun kita cantas, potong lalang tu sok lusa tumbuh lagi. cube kalau padi kita tabur benih atas tanah, boleh idup ke?

terpulanglah kat kita nak ikut mane, ape yang baik kita jadikan tauladan, yang tak baik jadikan sempadan, kalau nak lepas jugak sempadan tu kena buat paspot takut2 nanti kantoi sendiri jugak susah.

kalau ikut lalang kita bebas ke masa sahaja ditiub angin. kalau ikut padi makin lama makin berisi makin berat terbaring je kat katil, hehehe renung2 kan....

p/s; camnelah aku leh dapat tajuk lalang ni

09 Disember 2010

REKOD DUNIA

Semalam aku bawa anak aku gi klinik untuk check-up ngan injeksion ape entah...

sampai umah je aku tengoklah buku rawatan dia kot2 ade penemuan yang kurang menyenangkan...alhamdulillah semua ok cuma panjang dia je 0.74 cm

gile rendah anak aku tak sampai 1cm...dah boleh dikategorikan budak terpendek dunia...bapak dia ape lagi tompang glamer anak ler hehehe...

aku pun tengok2 anak aku, belek2, betul ke tinggi dia tak sampai 1cm...ermmmm

kalau dia ukur dari jauh pun takdelah kecik sangat....

rendah sangat ke dia ni...ish ish ish

p/s; kalau betullah aku nak masukkan dalam WORLD BOOK OF RECORD

02 Disember 2010

BANK ISLAM

Rasanya lama dah aku tak wat kepala angin aku ni...so sekarang aku nak mulakan balik...jangan marah nooo

tengahari tadi aku gi lah bank islam kat anjung tu...customer takde lah ramai mane pun, tapi serbis cam haram...memang tak berkat rezeki ko

jam kul 12 tengahari, bukak dua konter, aku tengok staff kat dalam tu ke hulu ke hilir tak taulah ape dibuatnya dah macam jalan bukit bintang pun boleh...sampai tertidur2 aku tunggu turn kerana kelaparan

lunch time kompom2 lah ramai orang akan datang berurusan...bukaklah lebih konter, suruh staf ko tu lunch pas kul 2, rasa tak mati kot...sebab dulu aku keje swasta memang camtu, kul 2 baru leh kuar lunch, tu pun sorang2 tuk satu department...utamakanlah pelanggan anda

p/s: rasa inilah kali pertama aku datang bank islam...adakah akan ada tuk kali kedua?

SELAMAT ULANGTAHUN ZAQWAN

Pada 2 Disember 2009 jam 7.42 malam maka lahirlah seorang bayi yang comel lagi momel haha tengoklah sape mak ayah dia bernama MOHAMAD ZAQWAN BIN MOHD IRRAHADY

hari ni 2 disember 2010 maka genaplah umur zaqwan 1 tahun...kalau nak kira betul2 cuma lum cukup jam je lah...tapi tak kisahlah yang penting hari ni 2 disember.

selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang pertama
kepada muhamad zaqwan

semoga sihat dan sentiasa dirahmati Allah SWT

amin...


ok korang layanlah gambar2 kat bawah ni...sebagai mengimbas kembali

gambar terbaru
dengan hadiah dari ayah ngan umi

zaqwan 1 bulan

zaqwan 1 minggu

zaqwan 1 hari

p/s; party2 takde tapi kalau nak bagi hadiah dialu2kan...