MyRAKAN

31 Januari 2011

TAHUN BARU CINA

Tahun ni cuti raya cina memang strategik, jatuh pada akhir2 minggu khamis dan jumaat. nak plak warga wilayah persekutuan cuti hari wilayah pada hari selasa. tinggal amik cuti hari rabu je nak bagi cuti panjang skit...holiday times hehe

aku jugak tak ketinggalan bercuti panjang...sebenarnya ekperimen tuk raya pose nanti jatuh ala2 lebih kurang gak lah. ini adalah kerana kerja aku yang memang susah kalau nak cuti panjang huhu...kita tengoklah nanti ADAKAH BERJAYA STRATEGI AKU INI

kalau raya cina memang dah sinonim dengan limau mandarin nya. sememang dah tiap tahun akan dapat limau free hehe...terima kasih kerana kemurahan hati anda semua.

jadi dikesempatan ini aku ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA
KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA KAUM CINA
AGAK2 TAHUN NI TAHUN APE EKK??

KEPADA YANG BERCUTI PULANG KE KAMPUNG BERHATI2 DI JALANRAYA
DAN MEMANDULAH SECARA BERHEMAH

aku jugak ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada petronas yang bagi aku key chain motor ni..memang semart lawa superbbb semua adelah terima kasih banyak2...ade ape2 lagi tolang lah bagi lagi hehe..

p/s; ramai gile orang bercuti kali ni, dah macam pra cuti raya pose plak hehe..

26 Januari 2011

STEERING LOCK

Aku ni bukan nak jual steering lock ataupun promote steering lock. tapi memang saje nk story skit pasal steering lock.

kalau kita tanya kat orang steering lock mane yang bagus. macam2 jawapanlah yang dibaginya. ade kata itu bagus ini bagus, itu orang senang gergaji ini susah skit.

penah gak aku tanya sorang member aku, dia pakai yang ini

dia lock sekali brek kita...besinya tahan susah kalau nak gergaji. tu kata dia...pencuri sekarang ape2 skuriti pun diorang leh tembus. mercedess yang canggih pun orang leh curi senang2. simpan laptop dalam bonet keter pun orang leh tau. teknologi bukan untuk kebaikan je.

satu lagi yang agak2 femesslah steering lock cam kayu besboll. senang bukan untuk keselamatan keter kita je tapi boleh dijadikan senjata tuk selamatkan diri kita.

tapi aku pakai yang gambar atas sekali tu. dia kata tak bagus pasal steering still leh pusing2 lagi. tapi bagi aku

"aku nak tunjukkan je bahawa kereta aku telah dipasang steering lock. kalau pakai yang lock brek sekali tu orang tak nampak silap2 orang pecah masuk keter kita ingat takde ape2 sekuriti tambahan"

jadi kesimpulannya secanggih manepun sekuriti korang pakai kat keter, lama kelamaan kantoi gak ngan si pencari keter..

p/s; orang sekarang kita lock steering dia amik tayar...ade aku kesah

CAR WASH

Pada 22 januari lepas ppeoc telah menerima jemputan untuk majlis pembukaan car wash salah seorang member the persona club (tpcc) di batu 7 1/2 jalan cheras kuala lumpur. sebanyak 7 biji kereta ppeoc telah turut serta dalam majlis ini.

kalau dah bukak car wash kompom2 hari tu dapat basuh keter murah dari biasa, rm5. sambil2 tu makan minum semua disediakan sampaikan leh ngulang 2 3 4 5 kali lah. alhamdulillah memang meriah dengan juadah.

ni keter aku tengah di cuci. boleh tahan gaklah sebab memang dah lama tak basuh...

p/s; agak jauh gaklah dari umah aku...aku pun tak pasti kat mane hehe

24 Januari 2011

UBAT EXPIRED

Korang penah dapat tak ubat dah tamat tempoh ataupun expired. ke atau korang tak penah check pun...main belasah je sebabnya ubat tu dari klinik ataupun hospital kerajaan.

minggu lepas adalah minggu paling bayak kali aku ulang alik ke klinik yang sama bukan sakit ke atau pun checkup...

18 jan jam 6petang aku check dengan doktor...sampai2 kat farmasi dia kata ubat takde so kena datang balik esok dari jam 8 hingga 5 petang sahaja...

19 jan jam 12.30tghari aku gi amik ubat kat farmasi klinik berkenaan

21 jan jam 4.30petang sekali lagi ke farmasi klinik berkenaan kerana ubat yang diberi EXPIRED...

sampai2 kat klinik tu aku pun komplen ubat dah tamat tempoh. dengan selamba orang kat konter tu cakap "ok..bile amik ubat ni".

aku : rabu
pastu boleh dia tengok2 pastu terkejut plak camne leh jadi camtu, pastu terus dia kebelakang. datang balik kat aku

orang sepital : mintak maaf encik, nanti kami akan siasat camne leh jadi camni

aku : ok je, takpe

nasib tak jadi ape2 kat aku, tu yang ok je. kalau terjadilah "APA2 YANG TERJADI" mau aku bukak kes, saman semua mane yang boleh:

klinik 1juta , kementerian kesihatan 1juta , kerajaan malaysia 1juta TOTAL aku dapat 3juta hahaha kayo den kayo...

tapi ape nak kecoh2, sama2 keje kerajaan aku pun kadang2 wat salah jugak jadi sama2lah kita terima. dia dah nak ganti baru tanpa banyak citer dah kira ok.

p/s; ubat tu pun aku dah guna 2kali baru perasan, kalau tidak tak tau ape akan TERJADI

FUTSAL PPEOC

Bersempena cuti thaipusam keesokan harinya maka geng2 ppeoc telah mengambil peluang untuk memeluhkan badan masing2 dengan bermain futsal di samba de futsal petaling jaya. agak memeberangsangkan gaklah ahli2 yang hadir samada bermain ataupun bersorak-sorakan. aku gak tidak ketinggalan hadir tapi sebagai penyebok sahaja haha...

seperti biasa dari putrajaya kami berkumpul di petronas persint 9 jam 8.30 malam untuk sape2 yang pergi dengan konvoi bersama. perjalanan agak lancar pada mulanya tetapi mulai sesak di hadapan ioi mall puchong. tapi alhamdulillah kami sempat sampai gak sebelum permainan dimulakan.

oleh kerana penyertaan yang tidak disangka2 daripada booking gelanggang sejam ditambah lagi sejam kerana masing2 begitu bersemangat untuk berfutsal. tidak cukup 2 jam bermain, sehingga tidak mengendahkan beberapa kali pengumuman dari pihak samba supaya mengosongkan gelanggang sehinggalah pihak samba memadamkan lampu.

seperti biasa lepas letih main futsal makan makan kat kedai plak. kali ini restoran upin ipin telah dipilih untuk kami semua melepak2 hilangkan penat serta isi perut. sesampai di restoran tersebut meja pun disambung, makan minum diorder dan sesi borak2 bersambung semula.

sebelum balik sesi breffing dan salam perkenalan pada ahli2 baru yang hadir hari itu serta menampal stiker kereta. semua bersurai kira2 jam 2.30 pagi dengan masing2 pulang ke rumah serta ade yang sambung kedai mamak untuk tengok bola...

p/s; terima kasih pada semua yang hadir terutama geng2 dari negeri sembilan...majukan sukan untuk negara

19 Januari 2011

KERANA DUIT

Ade baca tak dalam surat khabar ari ni...alah pasal kemalangan kat higway pedas tu. kalau sebelum2 ni orang hanya setakat memperlahankan kereta bile ade berlaku kemalangan tapi berbeza pulak kali ini.orang terpusu2 memberhentikan kenderaan tapi bukan nak menolong tapi tolong kutipkan duit yang bersepak2 masuk poket sendiri.

agak dah takde belas kasihan ke pada orang yang ditimpa kemalangan. dah le tak tolong, amik lagi duit dia. tak taulah ape nak jadi dunia zaman sekarang...

MUNGKINKAH
ini kesan daripada kemerosotan ekonomi dan kenaikan harga minyak serta barang2 menyebabkan hilang semua nilai2 murni dan belas ehsan.

ADAKAH MUNGKIN jugak kemataan duitan kita semua. sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri.

kalau dulu masa sekolah menengah aku nampak orang ramai2 camtu kat tepi jalan, kat padang sibuk cari jarum emas. ada yang sanggup ponteng kelas ponteng sekolah semata2 kerana jarum emas. dapat banyak2 mane pun cukup2 wat beli rokok sekotak kecik je. cukuplah wat budak2 sekolah....

p/s; tanpa duit sapelah aku...tak dapat nak shooping huhuhu

18 Januari 2011

SKT...

Sekarang ni sibuklah masing2 buat kira2 pasal skt (sasaran kerja tahunan) tuk tahun ni. letaklah bape pun jumlahnye janji logik bukan betul2 target kita je...

aku pun nak buat sasaran gaklah tuk belog aku ni DUNIA ADY. saje suka2 tengok tercapai tak akhir tahun ini. sasaran aku "aku nak 300 entri tuk 2011 ini". banyak tak, rasa2 leh ke tercapai.

aku ni bukanlah full time berbelogging. kadang ade kadang takde, cam biskut. bak kata member aku sorang tu belog suam-suam kuku hehe...but i try my best lah. cewah speaking london plak dah, skit2 boleh lah ekkk

aku berbelogging pun kat opis je. sambil2 wat kerja sambil2 berfb sambil2 berchating. banyaknya sambil2 tak bleh bla..belog aku ni pun berkisar ape2 yang terjadi kat sekitar2 aku, saje suka suki...mungkin satu hari nanti bleh wat gelak2 plassback kisah lama.

p/s; 365 hari setahun...setahun 300 entri...300 entri setahun insyaallah tercapai YAKIN BOLEH

ULSER MULUT

Korang penah kena ulser mulut tak ataupun nama lain mata ikan. alah cam luka2 dalam mulut, berbentuk bulat kala putih ngan skit2 kuning dan kelilingnya kale merah.

aku sekarang ni memang tengah alaminya. dekat seminggu dah sakit tak henti2. nak makan bercakap semua ilang mood. kalau duk diam je plak bibir kering pastu mengelupas gelupas plak. isssh memang azab. pas satu baik ade tumbuh lain plak.

aku ade gak baca skit2 info pasal ulser ni nak kongsi skit ngan korang. antara penyebab2 nye adalah...

Stres-mungkin gak tapi pasal ape ekk

Perubahan hormon
-ade ke terjadi kat aku kah kah kah...

Jangkitan (infeksi)
-setahu aku ulser ni tak berjangkit, lain kot

Kekurangan zat makanan
-mungkin kot sebab aku ni jenis tak suka makan

Alahan
-aduhhh ade elegik ke

Radioterapi
-umah aku takde radio, harap maklum

Kimoterapi
-kimono aku tau lerzz hehe..

tapi semua tu BUKANLAH penyebab sebenar, kemungkinan kemungkinan je. walauapepun aku bagi skit info atau petualah camne nak legakan ulser mulut ni plak..

(1.) Gunakan bahan kumuran antiseptik (2.) Sapu gel atau krim penahan sakit (3.) Kekalkan kebersihan mulut yang baik (4.) Makan makanan lembut (5.) Elakkan makan makanan panas dan pedas (6.) Banyakkan minum air

p/s: semua ini aku amik dari laman web Info Sihat Kementerian Kesihatan. untuk ape2 masalah kesihatan ke ape2 ke leh lah korang rujuk2 kat situ.

17 Januari 2011

GILE HON


Pernah tak tengah2 sedap bawak keter sambil berangan2 cam bawak ferarri tiba2 orang hon dari belakang. takpun dia potong kita pastu bunyikan hon. poooon ponnnnn (bunyi cam idlan raja lawak)...mesti ade kan kan...

bagi aku plak, aku ni memang jenis tak suka bunyikan hon sebab aku memang tak suka kalau dihon. takut terkejut lain plak jadinya.

pernah tak korang terpikir bunyi2 hon ni rupanya ade makna. kadang orang selisih jalan pun berbalas2 hon.


1 x HON PENDEK
pemandu tu nak cakap “HAI”

2 x HON PENDEK
pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”

3 x HON PENDEK
pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit
(biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)

1 x HON PANJANG
pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan

2 x HON PANJANG
pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH TAKDE OTAK KE”

4 X atau lebih HON PENDEK
pemandu tu cakap...
.
.
.
.
.
.
.
.
.....
.
.
.
.
.
.
........
.
“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”

p/s ; hahahaha kelakar tak hahahahaaaa.....


14 Januari 2011

PPEOC DI AKBAR

Assalamualaikum dan salam 1 persona dan salam 1 malaysia
dan salam macam2 lagilah...lama dah rasanya aku stop update belog ni. bukan ape memang takde ape2 haha...

tentu korang ingat lagi entry pasal mega tt persona 1 januari lepas. hari ini dah masuk surat khabar. aku rasa memang gempak serhhh ppeoc selaku kelab baru berupaya mengajurkan aktiviti sebesar ini. memang tak dinafikan semangat dan auranya masih lagi terasa sehingga hari ini. dapat berjumpa kawan2 dari seluruh pelusuk negeri termasuk sarawak.

Berita Harian 14 Januari 2011


Sinar Harian 13 Januari 2011

p/s: belilah barangan buatan malaysia...

10 Januari 2011

TOLONG INGATKAN AKU

TOLONG INGATKAN AKU
ANA RAFFALI
JUARA LAGU AJL25

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

p/s: semua dia bolot...komposer penulis lirik penyanyi semua ana raffali

TAHNIAH

Malam tadi terjawablah sudah "siapakah juara lagu ke-25" memang banyak sekali kejutan yang berlaku, dari persembahan artis2 hinggalah keputusan anugerah juara lagu ke 25 ini.

walau apepun tahniah kepada ana raffali menerusi lagu tolong ingatkan aku. kemenangan yang memang tak disangka oleh kebanyakan peminat dan aku jugak.

keputusan ajl 25 malam tadi

Juara Lagu : Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali
Naib Juara : Drama King, Meet Uncle Hussain & Black
Tempat ketiga : Noktah Cinta, Hafiz
Persembahan terbaik : Hanyut, Faizal Tahir
Vokal terbaik : Noktah Cinta, Hafiz

tahniah juga kepada dato' lee chong wei kerana menjuarai super series di taiwan. beliau yang berjaya menundukkan pihak lawan dari denmark, peter gade dalam kejohanan final super series dengan membawa hadiah kemenangan berjumlah AS$40000.

tahniah dan terima kasih dato', malaysia boleh...

p/s; ade gak terdengar "bola menang dapat cuti, badminton takde ke"

05 Januari 2011

WISEL

priiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiitttttttttttttttttttttt...itu dia bunyi wisel yang selalu digunakan untuk menarik perhatian untuk tujuan tertentu seperti meminta bantuan, arahan dari pegawai polis dan macam2lah...

tapi bukan itu aku nak citerkan kat sini...

kat opis aku ni tiap petang balik opis adelah beberapa pak guard (pengawal keselamatan) yang menjaga lalulintas...tapi cara dia tiup wisel tu dah cam nak gaduh aku tengok pastu ngan gaya2 lagi gitu

tapi pahamlah kalau dia lembut2 karang ade plak orang kata tak makan lagi ke bang...kadang tu hangin gak. dia suruh kita lawan arus tapi kenderaan dari arah bertentangan tak berenti..kalau dah berlanggar sape susah kita gakkk...kenderaan bertentangan tu pun kadang satu hal mentang2 dia pengawal keselamatan je takmau ikut arahan...walhal niat dia baik tuk kurangkan jem kat kawasan opis ni.

memang dah sikap pemandu malaysia macam tu panas baran ikut kepala masing2 bile dah eksiden salahkan pihak itu pihak ini polis kerajaan plus jalan semua salah...takde pun nak salahkan diri sendiri.

p/s; sape nak ngaku salah silap2 kena kuar duit bayar saman huhu...

04 Januari 2011

MEGA TT PERSONA


Pada 1 januari 2011 bertempat di Stadium Hang Jebat Melaka Proton Persona Elegance Owner Club (PPEOC) telah menganjurkan satu Mega TT untuk semua kelab persona berkumpul untuk beramah mesra dan berkenal kenalan.

ini juga adalah sebagai titik permulaan bagi ppeoc untuk mengumpulkan ahli bagi pelantikan AJK tertinggi kelab sekali gus membolehkan mendaftar di bawah ROS. antara kelab2 yang turut serta adalah PPOC, PERSONARIST, NPOC dan TPCC.

PPEOC


PPOC


PERSONARIST


NPOC


TPCC

p/s; merasa sekali lagi konvoi bersama oscort polis dan abam motorbike...teringat balik dulu2 konvoi bersama kenarianz

03 Januari 2011

DUA RIBU SEBELAS



Belum terlewat agaknya aku nak ucap SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua yang sudi mengikut dan membaca belog aku ni..

lama dah rasa tak update...tak taulah kenapa rasa malas sangat, tengok member2 lain berduyun2 post entry tapi aku hampeh...nak kata banyak keje tak jugak. walaupun khamis lepas sedikit kekalutan disebabkan pengumuman cuti tiba2 pada jumaatnya sempena kemenangan Piala AFF oleh YAB perdana menteri kita. tu pun aku balik 5.30 okey...

ape azam tahun baru ni?? ape ek nak update belog setiap hari..boleh azam camtu. tapi ape pun azam korang semua semoga dipermudahkan oleh NYA.

tahniah kepada adik ipar aku dapat sorang lagi anak yang comel pada 18 dis lepas. semoga bertambah2 lagi anak ops...dan rezeki korang sekeluarga.

MUHAMMAD ANIQ DANISH MOHAMED EZWAN

p/s; semoga 2011 akan menjadi yang terbaik untuk kita semua...