MyRAKAN

30 April 2014

TOLONGLAH KUTIP BALIK

Salam bahgia,
Tentu korang masih ingat post aku baru-baru ini berkenaan orang yang suka letak sampah kat kereta mereka...kalau tak sempat baca tu bolehlah klik DISINI untuk rujukan hehehe..
Inilah dia salah satu pertemuan yang aku temui dari KOMPLAIN aku sebelum ni. boleh dia buat tak tau je...sampai ke esokkan hari pun masih still ada kat situ..last-last mungkin clearner jugak yang amik kot.

Kalau dah sayang sangat kereta tu sampai nak letak sekejap sampah tu dalam keta atau bonet...pegilah jalan kaki buang sampah tu dulu rumah sampah...tolonglah jangan cacatkan pemandangan orang lain.

28 April 2014

BOWLING CPP

Baru-baru ini...takdelah baru sebenarnya pun...pada 16 April 2014 bertempat di Bowling Alamanda Putrajaya, satu aktiviti riadah santai sambil mengeratkan silaturahim diantara kakitangan Cawangan Pengurusan Penilaian (CPP) Ibupejabat disamping merehatkan kepala otak dengan asyik kerja aje hehehe.

Itulah antara objektif aktiviti...6 lane telah dibooking dengan satu kumpulan terdiri dari 4 orang ahli...memang letih gila kot satu lane 4 orang ni..rasa macam tak berhenti baling bola hehe apalagi nak santai-santai amik gambar memang tak sempatlah...tapi apepun perjuangan harus diteruskan hehehe

Walaupun tidak secara keseluruhan anggota kerja CPP yang turut serta, namun keceriaan tetap ada...masing-masing dengan style masing-masing...dan tak kurang jugak ada yang menghantar pemain import untuk merangkul title juara hehehe
Antara gelagat peserta
Balingan maut hahaha
Antara hadiah menanti juara
Ini jelah yang mampu aku dapat
Doorgift kepada semua pemain
Tahniah dan terima kasih kepada penganjur serta semua peserta-peserta yang terlibat. tak lupe juga kepada bos yang bermurah hati menaja saya hahaha maaf bos sebab tak dapat membawa balik title JUARA wahahahaha. Semoga aktiviti seumpama ini dapat diteruskan dan seterusnya sebagai satu medium untuk kita beramah mesra disamping beriadah. Untuk lebih banyak gambar sila klik DISINI :)

p/s; Agak-agak kalau ada marah sangat kat bos..kasi baling bola boling tu laju-laju wakakaka

22 April 2014

PPEOC TT DERMA DARAH KE-8

Salam Bahgia,
Ahad lepas, 20 April 2014...sekali lagi PPEOC Central telah menganjurkan satu program derma darah untuk ahli-ahli PPEOC terutama wilayah sentral. Alhamdulillah ada penyertaan dari muka-muka baru disamping orang-orang yang setia menderma darah bersama ppeoc. 

Antara objektif penganjuran program ini adalah sebagai platfom kepada ahli ppeoc khususnya memberi sumbangan kepada masyarat disamping memberi galakan kepada mereka-meraka yang first time atau takut-takut heheh...Kali ini seramai lebih kurang 20 orang telah menghadirkan diri, manakala seramai 12 orang yang dapat menderma darah. 
Sedikit kelainan TT Derma Darah kali ini, yang mane pihak Pusat Darah Negara berbesar hati memberikan sedikit cenderamata kepada ahli-ahli yang hadir sebagai tanda kenang-kenangan kepada kami dan ucapan terima kasih.
Tidak ketinggalan juga, menu yang disajikan kali ini agak spesial sekali..sampai tak habis dimakan.
Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini sama ada datang sebagai penderma atau memberi sokongan terhadap penganjuran program ini. Semoga ia dapat diteruskan dan sentiasa mendapat sambutan dari masa ke semasa.
p/s; berat badan aku naik ooooo...aduh macam BETUL aje huhuhu

14 April 2014

PERUT BUNCIT

Salam bahgia,
Baru-baru ni wife aku ada tegur, "bang...perut dah buncit lah". mau tak terkejut aku...first time orang tegur perut aku buncit...huhhhh tak boleh jadi ni, kena lebih eksesais hehehe

Macamlah selama ni aku eksesais kan..selalu kalau orang tanya petua macam mana aku boleh mantain macam ni aku bagilah petua aku...lepas makan kena tidur...kompom-kompom kena gelakkan..tapi tolonglah terima kenyataan..bukti dah ada depan mata.

Sebenarnya pun jaranglah pas makan tu aku tidur..klau tidur sambil duduk tu banyak kali lah jugak..sebab biasanya tu kat opis waktu lepas lunch hahahaha harus tidur dengan duduk di meja kannn...kalau belakang tu ada katil, kompom-kompom lena sampai esok pagi hahaha

Makan sambil minum air...rasa itulah tabiat yang susah aku nak bendung. memang dah tabiat sedah dahulu kala..memang tak boleh hilang..kadang tu cuba-cuba jugak..klau teringat alhamdulillah berjaya..tapi bila makan kat kedai, harus aku makan selang seli ngan air...sebabnya air dah depan mata.

Kunyah tak hancur betul...kalau dulu-dulu memang aku rasa aku akan kunyah betul-betul...sampaikan kawan-kawan akan tegur, nasi ko banyak ke..aku yang dah kebulor hahahaha..haruslah biasa akulah yang paling lambat habiskan makanan..maklumlah kunyah 40 kali..tapi bila dah kena tegur 44 kali, harus terasa dan aku cuba jugak sedaya upaya untuk tidak jauh ketinggalan dari kawan-kawan yang lain.

Mungkin...mungkin je lah..inilah antara sebab kenapa aku dah buncit sekarang...disamping eksesais tu memang susah lah...tapi dulu aku tak eksesais jugak...sukan ape lagi memang jauh lahh..setakat main suka-suka, gelak-gelak tu boleh lah
Tengok tu...kira gambar terbaru aku yang pakai cap...takdelah nampak buncit macam yang lain-lain tu kan hehehehe

SELAMAT PENGANTIN BARU

Baru-baru ni sempat jugaklah aku datang ke majlis perkahwinan seorang rakan di presint 5 putrajaya...mulanya aku pun tak sangka majlis dia ni dekat Restoran Ikan Bakar kat empangan putrajaya tu..alah tempat MENU rakyat satu malaysia tu...

Korang takyah nak cari gambar aku kat situ..memang takde..tapi bukan bermakna aku tak datang..cuma kena beransur segera sebab ada urusan lain..tapi sempat jugaklah merasa cendol dan bersalaman dengan pengantin hehehe
Satu lagi flashback majlis perkahwinan sepupu aku di Meru klang...yang ni folo mak abah aku ikut rombongan menghantar...alhamdulillah perjalanan aku dari segamat amat lancar sekali sampai ke meru tanpa sesat walaupun first time aku sampai meru tu.
Sorry gambar jauh skit sebab pakai hpone je..gambar-gambar kat kamera tak sempat lagi nak upload...nanti-nanti ada kesempatan aku upload kat SINI ekkk...

Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua pasangan ini....
semoga kekal bahgia sepanjang hayat

11 April 2014

PPEOC 2ND ANNIVERSARY

Happy anniversary...
Hehehe masih dalam mood anniversary...baru-baru ini 4.4.14 genaplah 2 tahun ppeoc bernaung di bawah ROS...Alhamdulillah, setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada semua ahli ppeoc seluruh dunia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada bariasan admin yang telah dilantik.

Sempena hari bersejarah itu juga, warga putrajaya crew tidak mahu ketinggalan dengan mengadakan satu TT khas untuk menyambut bersama-sama. Ramai jugak yang hadir...tambah lagi kegembiraan, ahli-ahli yang dah lama tak nampak muka pun tiba-tiba muncul malam itu..amat-amat mengejutkan. Tapi alhamdulillah dapat jugak bertanya khabar dan kongsi-kongsi cerita dan kegembiraan.

Terasa macam baru sekejap je PPEOC sudah 2 TAHUN kalau dikira dari kelulusan pendaftaran dengan ROS selangor...melihat ahli yang kian bertambah dan silih berganti..serba sedikit memberikan kepuasan dan kegembiraan bila mane bertambah rakan dan kenalan...macam-macam pengalaman pahit manis ragam manusia yang kita jumpa...

Antara kawasan-kawasan lain yang mengadakan sambutan
Putrajaya
Melaka
Terengganu
 Lain-lain gambar sila klik album DISINI

08 April 2014

RESTORAN RAKYAT 1MALAYSIA

Salam selasa,
Akhirnya hari ni baru dapat meluangkan masa mencuba menu rakyat 1 malaysia kat restoran ikan bakar putrajaya. Menu tu dah lama bukak dari bulan 2 tahun ni jugaklah..sebagai menu makan tengahari alternatif...harga pun manyak murah..RM5 sahaja siap air
Macam ni lah keadaan restoran rakyat 1 malaysia putrajaya kat empangan presint 5..tapi aku datang hari ni takdelah ramai macam ni hehehe..ni gambar aku amik dari pak google.

Menu yang aku amik tadi adalah nasi putih, *ikan bakar, sayur, ulam, sambal belacan, ikan kering dengan air kordial...jumlah semua RM5...Antara menu lain hari ni *ikan masak kari ngan *ayam masak kicap...tukar je item yang aku tanda (*) tu.

Tadi aku amik set yang ikan bakar tu...korang tengok betul-betul...takde kuah kan huhuhu mau tercekik aku mencekik hari ni...tak tau lah mungkin boleh kot kita mintak kuah kari atau kicap tu...tapi aku tengok makcik yang tukang cedok tu masam semacam je...memang lah tak berani nak request yang bukan-bukan...karang ada yang kena sembur hahahaha tapi apa pun makanan memang terbaek walau tak sebaik mane...korang cuba lah

01 April 2014

JANGAN SAMPAI KITA TERLUPA

Salam bahgia,
Rasa macam terpanggil pulak nak share satu post dari mukabuku seorang rakan...bukan ape untuk ingatan pada diri sendiri jugak...

JANGAN SAMPAI KITA TERLUPA

Ada SUAMI yang lupa bahawa ibu lebih utama dari isteri,
Ada ISTERI yang lupa bahawa suami lebih utama dari ibu,
Ada IBUBAPA yang lupa anak perempuan mereka perlu mengutamakan suaminya lebih dari ibubapa,
Ada ISTERI yang lupa bahawa si suami perlu mengutamakan ibu si suami melebihi si isteri,
Ada ANAK LELAKI yang terlupa bahawa tanggungjawab menjaga ibubapa tergalas dibahu mereka dan bukan pada anak-anak perempuan,
Ada ANAK PEREMPUAN yang terlupa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami dan ibubapa suami lebih daripada ibubapa kandungnya sendiri...
_______________________________________________________________________

Dalam sebuah hadis sahih, diriwayatkan bahawa Aisyah RA bertanya kepada Rasulullah SAW,

"Siapakah yang berhak terhadap seorang wanita?"
Rasulullah menjawab, "Suaminya" (apabila sudah berkahwin)
Aisyah RA bertanya lagi, "Siapakah yang berhak terhadap seorang laki-laki?"
Rasulullah menjawab, "Ibunya".....(HR. Muslim)

Seorang sahabat, Jabir RA menceritakan; suatu hari datang seorang laki-laki kepada Rasulullah SAW, ia berkata,

"Ya Rasulullah, saya memiliki harta dan anak, dan bagaimana jika bapa saya menginginkan (meminta) harta saya itu?"
Rasulullah menjawab, "Kamu dan harta kamu adalah milil ayahmu"...(HR. Ibnu Majah dan At-Thabrani)

Ini bererti apabila orang tua memerlukan bantuan, maka kita tidak boleh menolak, apatah lagi sampai menyakiti hatinya.

wallahu a'lam

JANGAN BUANG SEMBARANGAN

Salam sejahtera,
Rasa banyak dah kempen-kempen tentang jaga kebersihan..dalam islam pun selalu ditekankan tentang perkara ini..sebab itu orang islam dikehendaki mengambil wuduk lima kali sehari..agama-agama lain pun mesti ada penekanan pasal menjaga kebersihan sama ada pada diri atau alam sekitar kan...

Lama dah aku perhatikan style orang-orang bandar terutama yang duduk di flat atau kondominium membawa sampah sarap dari rumah mereka untuk di buang. Terutama masa nak keluar gi kerja, shopping atau jalan-jalan cari makan hehe..
Sikap segelintir manusia yang pemalas dan tidak bertimbangrasa tentang tanggungjawab kepada masyarakat dan alam sekitar...beginilah salah satu caranya..meletakkan sampah di atas bonet atau dibumbung kereta...Kadang belum pun sempat tuan sampah itu nak mencampakkan sampah ke dalam tong sampah, kereta yang lagi advand dah campakkan dulu sampah tu atas jalanraya..kalau tuan sampah nak berhenti dan kutip balik takpe...ini dibiarkan je buat tak tau macam takde apa-apa yang berlaku. Kebanyakkan orang macam ini memang pegang pada slogan, "kalau jatuh biarkan, kalau tak jatuh aku buang" hehehe

Terasa agak terkilan jugak bila tengok pelakuan orang macam ini, agaknya dia betul-betul tak perasan kot...baru first time buat macam tu, so terlupe sampah ada kat bumbung kereta. Tetapi kerana dia jugaklah sampah bersepah-sepak kat jalanraya kita, mencacatkan pemandangan dan boleh jugak mengundang kemalangan...

Sama-samalah kita fikirkan dan tenung-tenungkan, sama-samalah kita menjaga kebersihan dan keindahan tempat tinggal kita serta tanggungjawab kita kepada masyarakat.