MyRAKAN

08 Disember 2012

PPEOC MEGA TT CENTRAL 2012

LOKASI: TAMAN BOTANI NEGARA, SHAH ALAM
TARIKH: 04 NOVEMBER 2012

Proton Persona Elegance Owner Club (PPEOC) Central telah berjaya menganjurkan Mega TT Central 2012 pada 4 November 2012 (Ahad) bertempat di Taman Botani Negara Shah Alam. Event terbesar ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 230 buah kereta yang mula berkonvoi dari Stadium Shah Alam ke Taman Botani Negara.

Kehadiran ahli dari  Johor, Melaka, Negeri Sembilan, dan seluruh Selangor turut memeriahkan lagi acara ini. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya autoshow, tarik tali, super spontan, dan pertandingan mewarna.

FAKTA MEGA TT CENTRAL 2012
-238 orang yang hadir ke acara Mega TT Central 2012, 4 anggota polis dari IPD Shah Alam menganggotai konvoi.
-Negeri Sembilan merupakan crew paling ramai hadir.
-Acara tarik tali dimenangi oleh Putrajaya Crew.
-136 buah kereta terlibat dalam konvoi, tidak termasuk lebih 30 buah kereta marshal dan 40 buah kereta event crew.
-Majlis penyampaian sijil penghargaan buat crew Johor, Melaka, Negeri Sembilan, dan Putrajaya.
-Acara berakhir pada jam 5.00 petang.

Layan gambar2 dari majalah...
 Sumber: Majalah KERETA keluaran 156 Dis'12

p/s: dapatkan dipasaran sekarang

01 Disember 2012

43KG

Baru-baru ni aku boleh gatal-gatal gi timbang berat aku...sekali amik kau 43kg je...patutlah aku rasa seluar aku macam dah longgar..tali pinggang pun macam dah tak dapat nak tampung.

Ya Allah...ape dah jadi ngan aku. nak kata tak makan..alhamdulillah rezeki tuk dilahap tu ade. pagi tengahari petang malam semua aku belasah tanpa miss...selera makan macam biasa kadang tu lebih lagi.

Tapi kan bila pikir-pikir balik..satu je kebiasaan aku buat tapi aku tak buat dah sekarang ni...lama dah rasanya aku tinggalkan aktiviti ini walaupun hari cuti..almaklumlah busy katanya miahahaha. nak tau ape dia...TIDUR DI SIANG HARI

Tapi memang betul lah..aku dah lama tak tidor siang. kat opis dulu atas meja pun jadi tapi sekarang ni tak rasa ngantuk dah...mungkin sebab dulu aku tahan-tahan je bila rasa mengantuk jadi sekarang ni terimalah akibatnya.

Kadang tu terpikir jugak...boleh ke kita gi klinik tanya pasal masalah berat badan yang tak naik-naik ni...paling berat aku penah capai 50.5 kg. setakat ni lah...tapi sekarang dah turun balik. takut je doktor gelak kan aku...pastu dia cakap banyak lagi orang lain saya nak tengok huhuhu

p/s: biasa orang akan kata "takpelah janji sihat" tapi kalau sihat pun tapi nampak macam orang sakit macam mana pulak

26 November 2012

MAHA 2012

Salam semua...
Sabtu lepas dapat jugak aku bawa wife ngan anak aku pergi ke MAHA 2012 kat MAEPS Serdang. Target memang tak ramailah kononnya...tapi sekali sampai sana dalam jam 1.30 petang, nak sampai ke pintu gerbang maeps pun dan dekat satu jam..tapi untunglah masuk je kawasan parking terus ada parking kosong.

Motif tu memang nak buang masa bawa wife ngan anak aku jalan-jalan makan angin..sambil-sambil cuci mata orang kata..tengok-tengok ape-ape yang ada. Banyak jugaklah booth yang dibuka sama ada pameran atau untuk jualan..tak ketinggalan jugak bahan-bahan pameran dari agensi kerajaan berkaitan dan NGO macam kementerian pertanian, mardi, felcra, bernas dan lain-lain lah...kalau nak kfc pun ade hehe
Traler ni dulu aku dah naik...jadi kali ini malas nak naik lagi...
Jadinya aku naiklah train macam bas ini...ikutkan memang orang berebut-rebut nak naik..maklumlah kawasan pameran MAHA ni besar..kalau jalan kaki boleh kurus jadinya...tapi kalau untuk orang-orang yang berhajat atau dah terjebak dalam dunia pertanian dan perikanan memang sesuai sangat..banyak info-info menarik dan peluang terbentang luas terutama teknologi terkini dalam bidang tersebut.

Maaflah tak banyak gambar yang sempat aku snap..layan je lah apa yang ade ekk..
Ohh ya untuk makluman, MAHA 2012 ini berlansung dari 23 November yang lalu hinggalah 2 Disember 2012...datanglah beramai-ramai untuk tengok sendiri. Dan jangan lupa parking RM3.

p/s: memang dah lumrah...jem tetap jem

25 November 2012

TABUNG KEMANUSIAAN GAZA

Salam semua...
Entry kedua hari ini hehe..di sini saya amat berbesarhati untuk memaklumkan bahawasanya PPEOC telah melancarkan TABUNG AMAL PPEOC UNTUK GAZA. Pelancaran dan pengumuman telah di buat oleh Presiden PPEOC bagi membolehkan ahli-ahli PPEOC khasnya dapat memberi sedikit sumbangan kemanusiaan kepada penduduk di Gaza Palestin dan sumbangan itu akan disalurkan melalui aman palestin...

Sedikit ucapan dan pengumuman dari Mr.P

"Assalamualaikum rakan2 seperjuangan. Setelah perbincangan dibuat di antara admin2 PPEOC seluruh Malaysia, pihak PPEOC ingin melancarkan "Tabung Amal PPEOC Untuk Gaza" sebagai usaha membantu penduduk Palestin yang kini menderita akibat serangan Israel ke atas wilayah Gaza sejak minggu lepas. Caranya sgt mudah, sama juga seperti proses pendaftaran, ahli hanya perlu turun TT dan buat serahan wang bantuan kepada Area Leader atau State Leader masing2. Tabung akan dibuka sehingga tarikh 2/12/2012. Setelah itu wang akan diserahkan kepada Bendahari melalui Akaun Kelab PPEOC(M). Wang terkumpul kemudiannya akan diserahkan kepada pihak AMAN PALESTIN (http://www.amanpalestin.net/) dalam bentuk Cheque.

Nak petik kata2 dr seorg ustaz yg prnh sy dengar, lebih kurg camni lah.. "pernah x saudara nyaris2 ditimpa atau telah pun ditimpa kemalangan tapi alhamdulillah saudara selamat? dan mungkin, tanpa sket kecederaan pun. itu adalah kerana Allah pelihara kita. kenapa Allah pelihara kita? sebahagian besar ialah kerana DERMA AMAL yg pernah kita lakukan. InsyaAllah.."
Kutipan sehingga 2 Disember 2012.


p/s: semoga sumbangan tak seberapa ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban penduduk palestin...peace no war

SELAMAT PENGANTIN BARU

Salam Bahagia...
Semalam 24 November 2012 ramai jugak yang kawen..biasalah musim cuti sekolah. Di sini saya mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA MEMBER-MEMBER PPEOC YANG BERKAHWIN...SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT
Tn. HOR Northern, Amzari
Sapik Jawi, Central
Zam Kayang Merrah, Central
Razif Rk Jdt, Southern
Tahniah semua...dan mintak maaf banyak-banyak mane-mane majlis yang aku tak dapat pergi.

p/s: bulan sebelas ngan doblas memang sinonim dengan bulan orang kawen hehehe

20 Oktober 2012

KEMBARA AMAL MERISIK KHABAR

Salam semua...
Dipetik daripada majalah Kereta Bilangan 154 Bulan Oktober 2012.

Program Amal merupakan salah satu aktiviti kebajikan kebanyakan kelab kereta bagi merapatkan silaturahim antara ahli kelab dengan rumah kebajikan yang terdapat di malaysia.

Dengan niat bagi membantu golongan yang lebih memerlukan keperihatinan dari masyarakat luar, Central Livinian Association telah menganjurkan program amal pada hari ahad, 15.7.2012 yang diberi nama Kembara Amal Merisik Khabar ke Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas (ROTA), kg. Pulau Meranti Puchong dan mendapat kerjasama dari beberapa kelab kereta di malaysia dan juga syarikat korporat. Jumlah keseluruhan peserta program yang terlibat adalah seramai 350 orang.

Tujuan utama gabungan kelab kereta dalam program amal ini adalah bagi membantu pihak pengurusan ROTA yang diteraju oleh puan Muji Sulaiman serta bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim ahli kelab dengan masyarakat luar bersama rumah amal kebajikan, di samping itu juga bagi menerapkan nilai murni dan pentingkan kasih sayang kepada galongan warga emas.

Anatara kelab-kelab kereta dan pasukan Polis Diraja Malaysia yang telah menjayakan kembara amal ini adalah seperti berikut:

Penganjur Utama : Central Livinian Association (41 buah)
Dengan kerjasama dari:

1. Proton Persona Elegance Owner Club (PPEOC) (50 buah)
2. MyStream Club (3 buah)
3. MyOdyssey (4 buah)
4. Marshall dari MMC (11 buah)
5. G14 Sport & Event (Rakan Komunikasi) dan
6. Hilux Club Malaysia (Convoy Lead) (7 buah)
7. Polis Diraja Malaysia dari IPK Shah Alam Selangor (4 buah)

Jumlah keseluruhan peserta konvoi adalah 120 buah kenderaan.

Program ini juga telah mendapat sumbangan dan perhatian dari syarikat korporat, syarikat milik individu, badan kerajaan/berkanun, serta sumbangan dari individu ahli kelab dan masyarakat sekitar kuala lumpur dan selangor.

Semoga amal kebajikan dan sumbangan kepada yang lebih memerlukan ini akan berterusan di masa akan datang.



p/s: semoga sumbangan yang sedikit ini dapat membahagiankan mereka

17 Oktober 2012

PPEOC SMD BROGA

Salam semua...
Pada ahad lepas PPEOC Putrajaya telah berjaya dalam misinya menawan puncak broga di semenyih. Aktiviti yang telah dirancang akhirnya kesampaian jugak walaupun berlaku sedikit kengkangan kerana masa bertolak itu di awal pagi...

Seawal jam 12 tengahmalam lagi kami telah mula berkumpul di restoran rimba klasik bangi..sehinggalah lebih kurang jam 4 pagi, kami bertolak ke bukit broga dengan melalui bangi lama. perjalanan yang melalui kawasan kampung amat menenangkan fikiran ditambah lagi dengan bunyi bunyian serangga. perjalanan lancar dengan kapasiti 14 biji jentera PPEOC.

Dalam jam 5.30 pagi kami singgah di sebuah surau berhampiran sambil menanti azan subuh dan seterusnya menunaikan solat subuh berjemaah dengan orang kampung di situ. sehinggalah jam 6.00 pagi konvoi kami sambung perjalanan terus ke bukit broga. Dalam jam 6.30 pagi kami memulakan pendakian sehinggalah ke puncak bukit. sehinggalah jam 8.30 pagi kami mula menuruni bukit tersebut.

Setelah perbincangan dibuat...dalam jam 9 pagi kami berangkat pula ke sungai tekala untuk sarapan pagi dan mandi manda setelah peluh membasahi badan.

Sehinggalah jam 12 tengahari kami berkonvoi semula ke putrajaya untuk sesi fotoshoot sebelum aktiviti bersurai setelah seharian bersama.

p/s; broga telah kami tawan...nantikan aktiviti PPEOC Putrajaya yang akan datang

09 Oktober 2012

AKULAH WIRA

Salam uoll...
Meluat tak statment aku tu..nampak macam masuk angkat bakul sendirikan. tulah korang tak tau..baru-baru ni aku join kelab keta aku ppeoc pegi derma darah kat pusat darah negara kuala lumpur. kali keempat dah sebenarnye..korang yang belum pernah lagi tu..cuba-cubalah ekk

Nilah dia bukti aku dah 4 kali derma darah...korang bila lagi...hehe baru pat kali dah berlagak kan hahaha

Masa derma darah tu adalah borak-borak ngan sorang misi tu..yerlah sambil-sambil tunggu darah aku keluarkan..dia pulak jenis melayan..ape lagi hehehe


Aku : ahad selalu ramai ke?
misi : tengok gak..kadang tu ramai jugak
aku : oooo
misi : dah bape kali derma darah
aku : ikut buku tu empat kali lah...misi tu pun senyum je ngan jawapan aku
misi : tengok badan tak naik ekk
aku : nape kalau derma darah badan naik ke? penah gak dengar orang cakap macam tu
misi : biasanye lah...makan tak pil yang dibagi lepas derma darah tu
aku : biasa saya pulang balik pil tu...sekali lagi dia tersenyum ngan jawapan aku
aku lagi : pil tu bagi badan kita naik ke?
misi : dia tuk tambah darah pastu tambah selera makan
aku : oooo

sampai situ je dia terus berlalu sebab ada penderma lain yang masuk..pastu dia sambung balik tanya, ada masalah tak lepas derma..macam biasa aku jawab alhamdulillah takde walaupun kalau orang tengok macam aku ni kekurangan darah je orangnya...

p/s: cerita penuh akan aku post kemudian nanti...tunggu

01 Oktober 2012

KUPETIK DOSA

As Salam...
Korang layan tak cite malam tadi kat TV3..rata rata mesti korang layan kan. Bagi yang tak tengok tu memang rugi kot..sebab best sangat hehe tapi sorry ek aku kat sini bukan nak citer sinopsis dia kat sini hehe...

Aku pulak terjebak ngan cite ni pun pasal ada Fasha Sandha. bagi akulah setiap cerita lakonan dia pasti meletup...tidak mengecewakan kita. sebab dia ni serba boleh..bagilah ape watak sekali pun perempuan baik, jahat, perempuan kampung, bandar, seksi, ketawa, menangis, marah, geram semua dia dapat membuatkan aku terpukau..nampak macam betul.Cuma ramai yang tak suka kat dia ni kerana peribadi dia...memang mengecewakan.

Balik pada cite kupetik dosa tu...memang membuatkan orang tertunggu-tunggu ape terjadi.. sampaikan orang nak masuk tidor pun tak jadi tidur. nak jugak tengok sampai habis.

p/s; walauapapun fasha sandha de best


28 September 2012

BAJET 2013

Salam bajet...
Konon dapat bajet lebih lah tu kan hehehe...semua memang dah sedia maklum bahawa petang ni YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia akan membentang belanjawan bajet bagi tahun 2013...

Entahlah rasa tahun ni kurang skit spekulasi..cuma ada dengar skit-skit jelah. kalau ada yang dok citer-citer bajet pilihanraya aku rasa dari tahun lepas lagi kita dah dengar pasal tu..jadi silalah cari spekulasi lain pulak hehe...

Harapan aku agar adalah sesuatu berita gembira buat aku dan sejumlah kakitangan awam semasa pembentangan petang ni...dan yang pasti bonus adalah yang ditunggu tunggu...kalau ada alhamdulillah, kalau takde pun alhamdulillah tapi harapan tu biarlah ada sesuatu yang lain sebagai ganti macam dapat rumah banglo sorang sebiji hehehe

p/s; BONUS..BONUS...menjelmalah dikau

28 Ogos 2012

SMS AIDILFITRI

Salam lebaran...
Rasanya tak terlewat lagi tuk kita cerita pasal raya ni kan..raya kan sebulan hehe sebab puasa sebulan. tapi kalau kita dapat puasa nam pada bulan syawal ni..dapatlah kita beraya sepanjang tahun sebabnya pun korang tau kan.

Biasa juga dengar ustaz ustaz kita bagitau dari sebuah hadis, daripada Abu Ayub al-Ansari bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian mengiringinya dengan puasa enam hari pada Syawal, adalah puasanya itu seperti berpuasa sepanjang tahun" - (Riwayat Muslim).

Kalau dulu-dulu setiap kali raya mesti kita akan cari kad raya untuk di berikan kepada insan-insan yang diingati yang jauh sebagai peganti diri. tapi sekarang zaman dah berubah..just hantar SMS je. Jimat dan mudah..

Macam biasa tahun ni banyak jugaklah dapat SMS hari raya dari kawan-kawan. terima kasih pada semua yang menghantar SMS tu dan saya memohon ampun dan maaf kalau ada yang tak terbalas..ceh dah macam artis plak hehe

Antara SMS yang menarik untuk kita kongsikan

Anak monyet curi ketupat
Kena kejar terlompat-lompat
Nak pos kad raya dah tak sempat
SMS jelah yang paling cepat
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir & Batin

Anak ikan makan ketupat
Kena kejar berenang-renang sambil lompat
Nak bagi wet raya dah tak sempat
Kredit untuk SMS paling tepat
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir & Batin

Bulan ramadhan bulan yang diberkati
Disambut dengan hati yang suci
Hendak kirim kad tidak sempat lagi
Kiriman email jadi pengganti
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir & Batin

Lisan kadang kadang tak terjaga
Janji kadang kadang terabaikan
Hati kadang kadang berprasangka
Sikap kadang kadang menyakitkan
Hidup ini akan menjadi indah jika masih ada rasa kasih sayang serta maaf memaafi antara satu sama lain...Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir & Batin

Mohon ampun dan maaf andainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya yang tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERumpat bila bila
TERmoody tak semena mena
TERmacam macam lagi yang kena mengena
Semoga dimaafkan
Salam Aidilfitri Maaf zahir & Batin

Honda v-tech angkuh di jalan raya
Lagi hebat proton persona
Bukan nak cerita pasal kereta
Saja nak ucap selamat hari raya
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir & Batin

p/s: Terima kasih banyak banyak yang kirim SMS tu dan jangan lupe puasa nam..nanti kita leh raya sepanjang tahun

18 Ogos 2012

SALAM LEBARAN

Hari ni kemungkinan besar adalah hari terakhir ramadhan 1433..berbagai persiapan telah kita buat untuk menyambut syawal yang bakal tiba...

Ketupat rendang lemang lodeh semua dah tersedia...macam mana agaknye kalau tiba2 malam ini penyimpan mohor besar mengumumkan dengan sukacitanya ramadan disambung sehari lagi...apekah reaksi kita semua agaknye..adakah kita menerima dengan hati terbuka atau sebaliknya...

Walauapapun aku menyucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR BATIN

kalau kalau ada salah silap...semoga kita bergembira bersama orang tersayang dan ahli keluarga

ps, insyallah kalau panjang umur kita berjumpe lagi di ramadhan 1434h

Published with Blogger-droid v2.0.4

01 Ogos 2012

MISI BAJU RAYA 1 GAGAL

Oleh kerana si zaqwan nak ke sini sangat maka misi mencari baju raya di jusco melaka gagal pada malam minggu lepas..agaknye dia tak boleh tahan dengan jeritan budak-budak kat dalam tu...

Kalau nak diikutkan senang je...hantar dia kat sini cuma rm8 je sekali masuk...kitaorang bleh gi shopping sakan...tapi mengenangkan dia tu kecik lagi, lagipun memang dia tak pernah lagi ditinggalkan main sorang-sorang walau kat mane pun. kalau dia tengah main pun nanti dia akan cari ayah atau umi dia..memang tak leh tinggal macam tu kan...

Lagipun aku tengok kat dalam tu ramai budak-budak besar dalam 5 tahun keatas..risau jugak takut si zaqwan kena buli nanti...tapi memang ada pun unsur-unsur tu walaupun aku tengok dari jauh je. diorang buat tempat mainan tu macam kat umah diorang..tak bagi orang lain main sama. mak bapak diorang pun entah kat mane..

p/s; misi kedua insya allah akan menyusul. tungggguuuuuuuuuuuuuu......

24 Julai 2012

TABITA SKINCARE

Salam semua...
Iklan skit...ni sebab request dari sorang member aku. dia dah jadi penjual produk kecantikan sekarang. tapi zaman sekarang memang perlu produk-produk macam ni. bukan tuk cantik je tapi sebagai salah satu cara penjagaan diri terutama muka..yer lah kan kalau badan kita leh sarung ngan baju..tapi kalau muka, ko nak pakai purdah! hehe

Serba sedikit  mengenai produk tabika, ia diadun dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti collagen, pearl powder, japanese tea, japanese papaya, vitamin c dan vitamin e. tidak menggunakan bahan-bahan yang merbahaya seperti mercury dan hydoquinon yang boleh menyebabkan kancel kulit dan kerengsaan jika penggunaan berpanjangan.

Tabita Skincare akan menjadikan kulit wajah
  • berseri tanpa noda parut jerawat
  • tona warna sekata
  • cerah putih serta bersinar semulajadi walaupun tanpa mekap
  • meremajakan kulit
  • menghilangkan kesan pigmentasi serta jerawat
  • mengatasi jerawat serta menghalang muncul kembali
Dengan harga yang berpatutan, pemakaian yang jimat, setiap set Tabita Skincare mengandungi
  1. Facial Soap
  2. Smooth Lotion/Toner
  3. Day Cream
  4. Night Cream
Set Exclusive berharga RM480 dan harga Set Regular adalah RM420 dengan pemakaian sehingga 5 bulan walaupun hasilnya dapat dilihat dalam masa 3 minggu.


Jika berminat atau sebarang pertanyaan bolehlah email ke zemy02@yahoo.com.


Sila klik NOW EVERYONE CAN RED untuk berita penuh, CARA PENGGUNAAN TABITA SKINCARE dan pengalaman SENDIRI serta PELANGGAN beliau.

23 Julai 2012

GANGSTER

Salam Ramadhan semua...
Alhamdulillah dah tiga hari kita dalam bulan ramadhan..moga kita sentiasa dirahmati dan sentiasa bersabar dengan dugaan di bulan ramadhan ini...amin.

Okey, aku bukan nak cerita pasal bulan puasa atau kl gangster ni..tp nak cerita skitlah pasal pengalaman yang berlaku pada aku hari minggu lepas..takdelah terjadi ape ape yang besar cuma aku nak kongsi bersama dengan semua orang.

Hari minggu lepas aku pegilah jalan-jalan ke sungei wang kl tu..saje jalan-jalan tengok tengok gadjet raya hehe. mula tu aku pegi satu kedai untuk beli gadjet pertama hehehe rahsia ok..layanan memang cantik...dengan lemah lembut, sopan santun. lemah gemalai cuma usap mengusap je takde haha...so aku terpikat dan angkat lah sebiji...alhamdulillah selesai satu benda.

Jalan-jalan lagi nak cari gadjet kedua iaitu handpone...nak cari yang murah-murah je pun sebab nak jadikan second pone...sampai kat satu kedai tu, oleh kerana tokey tu peramah sangat aku pun tersangkut..tanya ada tak pone harga RM50.00. dia pun bising-bising ape cari handpone RM50. aku cakaplah nak buat second pone je...dia cadangkan kat aku telepon nokia harga RM100.00..model ape entah aku tak pasti. runding-runding mintak kurang dia bagi RM90. bila aku mintak kurang lagi dia mula naik suara..tengking-tengking aku..masa tu memang aku nak bla tapi silap aku jugak sebab dah bagi simkad aku kat dia..pastu aku rasa macam ada orang berdiri belakang aku..tak pasti plak koncu-koncu dia atau pelanggan lain.

Jadi untuk tidak mengeruh keadaan lagi, aku tanya ada pone lain tak yang lagi murah..dia cadangan kat aku handpone samsung RM70. aku pun terus setuju tanpa banyak bicara dan banyak tanya. setel semua aku terus bla dari situ...takut jugak ape ape jadi kat aku nanti...

Dulu ada gak member aku cakap pasal beli handpone kat situ..tapi masa tu entah aku lupe..lepas-lepas kena baru teringat balik..tp syukur alhamdulillah takde ape-ape terjadi..kalau dia tipu aku ngan RM70 tu takpelah..aku halal kan sempena bulan puasa ni.

p/s; jadi pada rakan-rakan yang lain..berhati-hatilah ekk bila membeli handpone di situ...jangan bagi apa-apa kalau kita tak kompom nak beli..terutama duit

21 Julai 2012

1RAMADHAN 1433H


Dah macam diary rafiq plak kan haha..nampak pagi  pagi takde keje kan..tapi semangat patrotik tetap ada walaupun di bulan puasa ini...

MARILAH KITA BERSAMA MENGIBARKAN JALUR GEMILANG DI BULAN KEMERDEKAAN INI...

Merdeka! Merdeka! Merdeka! syaitan semua telah ditangkap dan diikat dari terus mengganggu manusia...jadi maknanye ape yang kita buat adalah sifat sebenar kita dah tak boleh nak salahkan mana mana pihak...

ps: selamat menunaikan ibadat puasa dan selamat beramal...



Published with Blogger-droid v2.0.4

20 Julai 2012

RAMADHAN 1433

Malam tadi pasti ramai antara kita yang tengok pengumuman puasa oleh penyimpan mohor besar ni. Tapi ada jugak yang macam tak hairan sebab kebiasaannya kalendar memang betul..tak macam masa aku kecik-kecik dulu...berdebar-debar tunggu pengumuman...Walau apepun

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAT PUASA...

pada keesokkan hari. Dan jangan lupe tuk berniat pada malam ini..kalau dapat baca niat tuk sebulan dan yang tiap-tiap malam...




07 Julai 2012

KANAN KIRI KANAN

Dulu dulu masa sekolah rendah cikgu selalu ajar dan ingatkan kalau nak melintas jalan tu pandang kanan, kiri dan kanan balik..tengok clear takde kenderaan kita melintas..kat tv dulu dulu pun ada iklan, jangan melintas seperti ayam kita ni manusia ada akal...

Tapi pagi ni aku terjumpa orang macam biawak..melintas wat dono je..dah lah melintas kat selekoh, tak pandang kiri kanan..untunglah sebab masa tu aku bawak memang slow sangat..sampai aku berhenti kan keta dia lagi jalan macam model..wat dono, bkn nak  pandang senyum ke..angkat tangan tanda mintak maaf atau tanda macam ko tu ada hati dan perasaan..ini semua takde..boleh lagi melintas ngan awek dia siap borak borak..kalau aku tau memang aku langgar je bagi mampos terus agar aku tak jumpe ko lagi...


ps, kalau ayam boleh jugak makan..tapi biawak, ape pun tak boleh, jahanam lagi keta aku adalah...


Published with Blogger-droid v2.0.4

05 Julai 2012

LAST STEP TAWAKAL

Alhamdulillah akhirnya seleosai jugak setelah tiga hari bertukus lumus di dewan besi maeps..soklan takdelah susah mane sebab memang dah diberi..cuma jawapan jelah kita kena cari haha lawak tak?


Ada yang kata soalan tiap-tahun sama je..jadi jawapan pun sama jugak...kalau camtu tau dah apa keputusan yang akan kita dapat iaitu macam tahun lepas jugaklah GAGAL..


Tulah ramai yang tak tau..diorang cuma nampak keje kerajaan senang..senang naik gaji, senang naik pangkat, senang tambah utang, senang nak ngulor, senang gi mane2, senang lah segalanya senang..tapi korang tak tau..satu je kesenangan yang betul2 menyenangkan iaitu senang naik gaji, tu pun takde banyak macam korang dapat tau..lain lain semua senang yang menyusahkan lagi..macam senang tambah utang, ngulor, naik pangkat pun mane ada senang...


ps, tulah bukan senang nak senang dan bukan senang jugak nak susah


Published with Blogger-droid v2.0.4

02 Julai 2012

ORANG BARU

Salam semua...
Sebenarnya lama dah budak ni lahir..dekat-dekat sebulan rasanya. Ni kira anak buat aku yang kedua lah..maklumlah adik beradik tak ramai..orang lain dah berduyun-duyun dapat anak buah..aku baru dapat dua..tapi rasa okey lah kan..jimat duit raya hahaha...

Ohh ya nama dia Nur Umairah Zaraa. kalau budak-budak baru lahir kompom-kompom orang kata "eeeeei comelnya budak ni". mana taknye budak masih suci..belum terdedah dengan dosa..ahli syurga lah katakan...

p/s; dah dah jangan kata "eeeeei comelnya budak ni" sebab aku dah tau dahh hehe

14 Jun 2012

KEMBALI

Salam semua...
Rasa lama dah tak update belog ini..nasib tak bersawang lagi hahaha. banyak jugak aktiviti yang aku nak kongsi tak sempat aku nak update kat sini...bukan kerana aku sibuk dengan kerja...atau urusan-urusan lain yang lebih mustahak...tapi sekarang ni entah kenapa aku sibuk sangat dengan FACEBOOK!

Bukan belog je aku jengok jengok...tapi keje aku kat opis pun aku wat ala kadar je. banyak keje keje yang kecik kecik terbengkalai macam tu je. dah rasa macam tahap ketagih pun ade jugak ni..lagi lagi sekarang ni dah ada phone yang boleh online bila bila masa sahaja...patut ke aku DE-AKTIF je akaun fb aku tu?

Kalau aku de-aktifkan akaun fb lagilah...memang tak tau ape citer dunia luar...ape citer kawan kawan aku kat luar sana...rasa hampir separuh kawan kawan aku akan hilang tanpa berita...tak tau macam mana lagi nak berhubung..dan macam macam lagi lah.

Memang ada yang kata fb ni banyak mendatangkan keburukan...keruntuhan rumahtangga contohnye..keruntuhan moral...pendedahan yang macam macam tanpa kawalan...dan macam macam lagi lah...TAPI semua tu adalah untuk pengetahuan kita juga...untuk tidak menjadikan kita katak dibawah tempurung...untuk kita mengambil teladan...dan banyak lagi kebaikan yang boleh kita dapat dari facebook selain menghubungkan kita dengan ramai orang/kawan. cuma terpulang kepada diri kita untuk menilainya...

Dulu penah jugak fb ni diBLOCK oleh opis aku ni..memang boring tahap gaban sampai terciptalah belog DUNIA ADY ni...sampailah aku menceburkan diri dalam bidang penulisan hahaha ada ke? sampai aku pun tak tau ape aku nak buat...kerja semua beres..meja clear, bersih...sampai orang kata aku ni takde keje lah...sebab aku ni memang jenis yang tak suka merayau rayau time keje...duduk je lah kat kerusi tu kecuali masa rehat, nak ke tandas atau ade urusan urusan lain yang perlu diselesaikan...kalau tak memang aku duduk je kat tempat keje aku tu sampai pijooo bontot...

p/s; bingung...bingung...bingung...kalau ade yang sudi boleh lah..mintak pendapat korang

31 Mei 2012

TEST TEST


Salam semua...

Sejak dua tiga empat lima nam tujuh lapan sembilan menjak ni manjang tak sempat nak update belog...bukan busy sangat pun cuma busy ngan facebook.

Sebenarnya entry ni aku saje nak try cuba test update belog ni guna telefon bimbit. Kalau berjaya bolehlah update pakai tipon je..tapi tu lah pakai tipon ni susah kalau nak merepek lebih-lebih..jadi cite mane yang penting je.

p/s: wah kelasss ko maria...

Published with Blogger-droid v2.0.4

29 Mei 2012

BARU SELAMANYA

Salam semua...
Terharu aku hari ni bila sekian lamanye ada pulak member-member aku yang ucap selamat pengantin baru...terharu sangat. aku tau dulu korang tak sempat nak ucap "Selamat Pengantin Baru" kat aku kan..tapi aku sedar jugak hadiah perkahwinan aku pun korang belum bagi lagi hahaha..

TERIMA KASIH SEMUA ATAS UCAPAN DAN DOA KALIAN....

Layan lah pulak beberapa gambar aku di kenduri kawen orang lain bersama-sama kawan opis aku hehe

p/s; sekali lagi...jangan lupe hadiahnye ekk...



16 Mei 2012

FUTSAL TERTUTUP PPEOC

Marilah kita flashback lagi kebelakang..hari ini pada Sabtu 5 Mei 2012. PPEOC Central telah menganjurkan satu pertandingan futsal tertutup 2012 untuk ahli-ahli yang berminat di Tropicana Futsal Sg.Buloh. apa yang uniknya group-group yang masuk bertanding adalah wakil-wakil dari setiap kawasan jajahan central..Kuala Lumpur, Ampang, Shah Alam, Sungai Buloh dan Putrajaya yang terdiri daripada campuran lain kawasan juga kerana ketiadaan pemain.

Berikut keputusan Pertandingan Futsal Tertutup PPEOC 2012

JOHAN : Putra Cheras Jaya (Putrajaya-Lembah Klang)
NAIB JOHOAN : Shah Alam Geng (Shah Alam)
KETIGA : KL Keramat FC (Kuala Lumpur)
KEEMPAT : SB Misteri (Sungai Buloh)

PENJAGA GOL TERBAIK : Dya Tyra (Putra Cheras Jaya)
PENJARING TERBANYAK : Zekry Zek (Shah Alam Giler)
PEMAIN TERBAIK : Atih Meini (Shah Alam Geng)

dan group-group lain yang turut serta adalah

SB Power (Sungai Buloh)
AMPOC (Ampang)

Tahniah kepada semua..

Putra Cheras Jaya-akulah managernye
Dapat jugak...
Kedudukan mengikut mata
 p/s; "bukan juara yang kita cari tapi semangat kesukanan dan perpaduan antara kita sesama ahli PPEOC"