MyRAKAN

22 Februari 2012

MUNCH

Salam semua...
Haha ni lah lunch aku hari ni..agak2 korang bape aku kena. takdelah mahal sangat kalau di bandingkan makan kat kedai biasa hari tu...dan takde lah semurah macam menu 1malaysia tu...

Sebenarnya ni aku makan kat rasamas alamanda..mula tu memang macam takut nak masuk..almaklumlah detik-detik kritikal sekarang ni hehe..tapi gagahkan jugak memandangkan kfc, mcd, semua dah penuh. foodcourt pulak tutup..oleh kerana takde pilihan lain so aku pun masuk jelah...

Order punya order..makan punya makan dengan berselera sekali..sebabnya memang sedap cuma tak dapat menjilat jari je sebab makan guna sudu garpu..pastu dia hantar bil......jeng jeng jeng
banyak tu je harganya...bagi sekeping duit hijau, sekeping syiling besar, sekeping syling sederhana ngan sekeping syiling kecik...setel. siap bagi balik sekeping syiling paling kecik. Alhamdulillah...
Jadi lepas ni jangan buat kesimpulan atas keadaan kedainya..tengok kedai ekslusif, deko cantek moden lagi mesti mahal..kedai-kedai yang lebih kurang hiasan harga ok..kira kita mampulah..tapi cuba masuk dulu try cuba test dulu...

p/s; tak cuba maka tak tau

21 Februari 2012

PPEOC TT DERMA DARAH

Salam semua...
Bagi menyahut kempen-kempen yang dijalankan oleh kerajaan PPEOC Central telah mengadakan satu aktiviti menderma darah sebagai saluran kepada ahli-ahlinya yang berminat dan takut-takut atau tak tau nak derma kat mane. Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini akan berterusan dan terus mendapat sambutan dari ahli-ahli PPEOC.

Kali ini parking di Tasik Titiwangsa telah dipilih sebagai tempat berkumpul sebelum bergerak secara konvoi ke Pusat Darah Negara Kuala Lumpur. lebih kurang jam 9.10 pagi aku sampai dan tiada lagi kelihatan ahli yang dah sampai. dalam jam 9.30 pagi sedikit demi sedikit member-member ppeoc datang memenuhkan ruang-ruang parking yang ada.

Setelah sebilangan besar ahli sampai, dan memangkan hujan pun sudah mula turun setitik demi setitik maka kami segerak terus ke PDN. telah dimaklumkan sebelum ini, mana2 ahli yang lambat mereka akan terus ke tempat tersebut.

Setibanya di Pusat Darah Negara kami disambut dengan baik sekali oleh kakitangan disana. Taklimat ringkas diberikan dan terus melalui proses menderma darah...
Isi borang yang disediakan
Check berat dan jenis darah
Selepas check berat dan jenis darah..penderma dikehendaki berjumpe doktor bertugas untuk melayakkan dia menderma darah.
Pendaftaran derma darah
Bersama doktor bertugas
Setelah semua habis menderma darah..tak sah rasanya kalau setiap aktiviti kelab takde sesi melepak makan-makan dan minum-minum..kerana masa tulah kita nak beramah mesra dan berkenalan antara satu sama lain.
Destinasi pilihan NZ Wangsa Maju
Sebanyak 25 orang telah hadir untuk aktiviti kali ini dan seramai 17 orang telah layak menderma darah. ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. insya allah berjumpa lagi kita pada bulan mei atau jun nanti.

p/s; alhamdulillah..dua kali dah aku derma darah

20 Februari 2012

SMS

Baru-baru ni aku terima sms sesat..

"***, ko caye ke sbpa baru ni? umno punya trick je ni. wayang ni nanti najib jadi hero. gaji kita naik ciput gak...barang naik 2x ganda"

sian plak dia tersalah sent sms..aku pulak menggatal pi balas

"Xpe janji naik..gaji xnaik pn harga brg naik gak"

Tak taulah si pengirim tu keje swasta ke, keje ngan kerajaan ke atau penganggur sampai tak puas hati orang keje kerajaan dapat naik gaji. kalau dia keje kerajaan lagilah tak patut, jenis orang tak reti nak bersyukur..

Tiba-tiba teringat pulak aku masa gi TT Kuliah Magrib aritu..adalah orang bertanya kepada ustaz azhar tu, dia keje ngan isteri dia, gaji rm6000 tapi isteri dia bayar separuh je sebab takut dia kawen lain, ape hukumnye...jawapan ustaz lebih kurang "kalau tak suka gi lah cari keje lain". pikir2 lah ekk..cakap banyak pun tak guna

Pastu ade terima lagi sms dari agen astro plak

"I am an authoried astro installer,kindly call me back at 012*****00 for installation arrangement.tq Steven ****"

Yang pulak satu hal..ko nak berniaga aku pulak kena call. dah aku kena bayar tiap-tiap bulan, nak buat opoiment pun kena call ko jugak...lantak ko lah

p/s; kalau aku senang je..walau ape pun aku tetap sokong sape yang menang

14 Februari 2012

SUKA-SUKA JADI SERIUS

Bermula dengan borak-borak di laman web jaringan sosial, Facebook mengenai kemunculan model Persona dengan facelift baru, dinamakan Elegance, siapa menyangka dalam masa tidak sampai setahun persatuan yang menghimpunkan pemilik model baru itu kini mencecah ahli lebih 1000 orang.

Presiden Proton Persona Elegance Owner Club (PPEOC), Muhamad Fakri Muniri, memberitahu komuniti awal kelab itu sudah wujud sebelum model itu berada dalam pasaran.

"Ia bermula apabila tersiar gambar spyshot Persona Elegance (PE) di dua laman blog automobil tempatan. Kami berkenalan di ruang komen blog itu dan kemudian ada pula rakan yang buka laman peminat (fanpage) di Facebook atas nama Persona Facelift kerana ketika itu tiada lagi nama Elegance".

"Dari situlah kami berkenalan dan berborak hingga model PE dilancarkan. Apa yang unik kewujudan komuniti awal PPEOC bermula sebelum kami membeli model itu lagi", katanya.

Selepas sudah memiliki kereta idaman itu, masing-masing terfikir kenapa tidak sebuah kelab ditubuhkan kerana mereka sudahpun memiliki komuniti yang agak ramai dan akrab di dunia maya. Ketika itu jumlah pemilik PE lebik kurang 30 orang, manakala ahli Facebook kira-kira 300 orang.

Suatu hari, seorang rakan dari ipoh, perak mencadangkan kami supaya menubuhkan kelab tidak rasmi yang kemudian tertubuhnya nama PPEOC hasil singkatan daripada Proton Persona Elegance Owner Club. Dari situlah ada rakan yang secara sukarela mahu membuat pelekat kenderaan dan borang pendaftaran untuk mendapatkan nombor pengenalan diri.

Kemudia pada bulan puasa tahun 2010, majoritiahli bersetuju mengadakan perjumpaan pertama di Dataran Putrajaya yang kebanyakkannya dari kawasan sentral untuk berkenalan yang selama ini hanya mesra di alam maya.  Kemuncaknya pada 1 Januari 2011, satu perjumpaan besar-besaran diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka membabitkan semua ahli PPEOC.

Selepas melihat aktiviti kelab semakin berkembang selain terdapat beberapa kekangan akses dalam laman Facebook, saya sendiri dengan pengalaman yang ada mengambil inisiatif membangunkan laman web rasmi kelab, kata fakri.

Apa yang membanggakan, ahli PPEOC kini bukan sahaja tertumpu di kawasan Lembah Klang, tetapi juga telah melebarkan sayapnya ke negeri-negeri di Utara, Selatan, Pantai Timur Semenanjung dan Borneo. Seiring dengan objektif utama kelab ini yang mahu mengeratkan ukhuwah sesama pemilik persona, pelbagai aktiviti dianjurkan membabitkan konvoi, kerja amal, berfutsal, menonton bola, makan malam, perjumpaan ahli dan hari keluarga.

Siapa  saja boleh anjurkan aktiviti dan bukan semestinya ahli jawatankuasa kelab. Misalnya, kalau dia di Kuala Terengganu, dia boleh saja tulis dalam forum untuk ajak rakan kelab sekitar bandar itu keluar minum, kata fakri.

Setakat ini tiada yuran dikenakan untuk menjadi ahli melainkan bayaran untuk pelekat kereta. Jika ada yuran dikenakan nanti, ia sebenarnya akan digunakan untuk aktiviti kelab. Apapun ia masih dalam perancangan dan akan diputuskan dalam mesyuarat agung kelak.

Bagi pemilik Persona Elegance yang berminat menyertai PPEOC boleh mendaftar keahlian mereka dengan memasuki laman web kelab di www.ppeoc.my atau www.facebook.com/ppeoc


Sumber : Majalah AutoShowCase Edisi Khas Jan/Feb 2012

p/s; akhirnya dapat jugak aku semadikannye di sini

MAULUD NABI LAGI

Alhamdulillah malam tadi surau kat umah aku tu ade buat sambutan maulidur rasul..ade ceramah, berzanji dan selawat ke atas nabi s.a.w. sambutan pun agak memberangsangkan kalau di bandingkan dengan hari-hari biasa. termasuklah aku..

Dan yang paling penting kalau majlis-majlis macam ni mesti ade makan. makanan pulak bukan calang-calang..tapi malam tadi nasi beriani. alhamdulillah dah ada orang nak sponser terima ajelah kan. aku tengok makanan malam tadi pun habis licin..mungkin sedap nasi beriani tu..

Makanan malam tu bukan je habis sampai licin tapi tak cukup sebenarnya..kesian kat orang-orang yang beratur belakang-belakang tu..bukan ape aku tengok ade segenlintir yang siap tapau bawak balik ke rumah..amik bukan sikit-sikit, kalau dah tapau tu paham-paham jelah...free pulak tu.

Pada aku fenomena tu dah biasa terjadi kat opis aku dulu...kalau nak tapau lepas semua orang amik takpe..ni dia lah orang yang mula-mula amik dulu. alasannya, nak balik makan ngan suami atau isteri atau anak-anak...kalau dah macam tu agak-agaklah nak tapau kan..pandang orang belakang yang beratur panjang tu..

p/s; tapi nasib baik aku sempat dapat makan hehe...memang sedap order kat mane ekk

13 Februari 2012

MENU RAKYAT 1MALAYSIA

Lama dah tau pasal menu rakyat satu malaysia ni..tapi baru hari ni teringat nak tengok-tengok mane boleh dapat..ikutkan menu dia normal lah tu..simple. sarapan pagi roti canai dengan teh o dua hinggit. tengahari pulak nasi ngan sayur ngan ikan ngan air sirap empat hinggit. pada aku tu harga-harga normal..takdelah murah sangat.

Kalau korang nak kan maklumat lanjut bolehlah layari lama web 1pengguna ni http://www.1pengguna.com/...aku pun insya allah nak cuba jugaklah satu hari nanti

p/s; nape skit sangat pilihan kedai kat area-area putrajaya ngan bangi

10 Februari 2012

FAMILYDAY PPEOC CENTRAL

Pada 4 Februari yang lepas...PPEOC Central Crew telah berjaya mengadakan Hari Keluarga PPEOC di Taman Tema Air Desa Water Park Kuala Lumpur. memang best..lagi-lagi setelah sekian lama tak menjejakkan kaki ke Desa Water Park ni.

Dalam jam 9.00 pagi lagi masing-masing dengan penuh semangat telah memenuhi ruang parking desa water park walaupun ia dibuka pada jam 10.00 pagi. termasuk jugaklah aku Hehe

Layanlah serba sedikit gambar masa FamilyDay ni...

Sedikit taklimat dari pihak desa water park dan senaman pagi

Antara telematch yang telah diadakan
 
Acara potong kek sempena sambutan ulangtahun pertama PPEOC

Aku dan keluarga aku

Dan tak lupe jugak sponser utama Hari Keluarga Sentral 2012

p/s; terima kasih pada semua yang terlibat sama ada secara lansung ataupun tidak. berjumpe lagi kita di aktiviti-aktiviti yang lain

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012

Buat pertama kalinya aku join kontijen pembarisan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433H Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada 5 Februari 2012. Seawal jam 6 pagi lagi aku bergegas ke opis. mane taknye kalau lambat nanti kena berjalan jauh. Dah lah sepanjang-panjang jalan kat opis kerajaan tu tutup sampai tengahari. Kalau lambat mau kena parking jauh dan berjalan kaki ke tempat permulaan iaitu di hadapan mahkamah putrajaya tu.

Difahamkan hampir 12 ribu orang membanjiri putrajaya untuk menyertai perbarisan dan berselawat pada hari itu dengan berjalan sejauh lebih kurang 2.5 km. Sambutan kali tu dihangatkan lagi dengan derungan dari Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi. Dan tema pada tahun ini adalah Persefahaman Asas Perpaduan Ummah...

Kali aku rasa sambutan yang ringkas dan padat..kerana dalam jam 11.00 pagi semuanye selesai. Antara pengisian sambutan kali ini adalah ucapan aluan menteri jabatan perdana menteri, titah yang dipertuan agong, ceramah, penyampaian anugerah maulidur rasul, dan paling penting makan...


Perbarisan Maulidur RAsul
Kat kawasan Masjid Putra
Ehem2..ngantok siot Haha
Ole-Ole Maulidur Rasul
 p/s; baju raya aku dah ade Hahaha