MyRAKAN

30 Mei 2011

iVOLUNTEER WHAT ABOUT YOU?

Seperti yang kita semua maklum pada 27 hingga 29 Mei yang lalu, Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Himpunan Sejuta Belia 2011 sempena Hari Belia Negara 2011 (HBN) di Putrajaya. memang kecoh skitlah sebab rata-rata jalan di putrajaya di tutup kepada semua kenderaan kecuali kenderaan yang terlibat dengan seketariat HBN tersebut. namun pihak penganjur telah menyediakan bas dan train macam kat zoo tu tuk mengangkut pengunjung dari parking ke tapak karnival.

ok cukup dah citer pasal hari belia tu...sempena hari belia tu Proton Persona Elegance Owner Club (PPEOC) adalah salah satu persatuan yang menjadi sukarelawan. jadi aku pun tak melepaskan peluang untuk turut sama terjebak dalam kejadian tersebut...

kumpulan kami PPEOC telah diberi tugas menjaga HELPDESK bagi presit 6, sukan air dan presint 5, sukan lasak dan ektrim. selain tu pihak PPEOC juga bertindak sebagai pengangkutan sukarelawan ke presint 5 dan 6 serta membantu geng geng motor untuk mengedarkan makanan dan minuman.

antara rakan rakan ppeoc yang hadir

antara ahli kumpulan HELPDESK C

acara mortenbike

p/s; kami adalah sukarelawan bukan pekerja kerahan...

23 Mei 2011

PPEOC BERSAMA JAMBU ML

Sabtu lepas 21 Mei 2011 sekali lagi Proton Persona Elegance Onwer Club (PPEOC) telah menggegarkan putrajaya. sebanyak 30 kereta yang terdiri dari ahli2 ppeoc telah turut sama memeriahkan program TT itu. alhamdulillah ramai jugak ahli-ahli baru datang pada hari tersebut. mungkin tertarikh dengan promosi dari admin dan komiti ppeoc sendiri...

bukan ape, program kali ini agak berbeza dari program yang sebelum ini. ape lagi kalau bukan bergambar dan berjumpa dengan ahli kumpulan jambu dalam program maharaja lawak, yus dan tauke. diorang memang spoting gile dah rata-rata memang tak jemu berjumpe mereka dengan telatah yang mencuit hati.

terima kasih kepada ringgo salah seorang admin funpage fb kumpulan jambu kerana mengaturkan pertemuan kami. dapat juga berbual dah berjumpa walaupun seketika.

p/s; Muka legend tapi hati kiut..key'mon larrr..undi JAMBU

19 Mei 2011

NASI LEMAK

Aku kadang pagi-pagi buang tebiat skit..makan nasi lemak. sebungkus ni pun dah RM1.50. kalau kat kampung pun leh dapat lagi ke nasi lemak RM0.70 besar macam ni?

yang buat aku rasa nak beli tu pasal daun pisangnya. cantik rapi je balutannya. tapi sekali buka..

hammikk ko..boleh plak main bungkus separuh-separuh. kalau aku citer pasal rasa memang idak lah. takdelah sedap sampai menjilat jari. lagi sedap aku masak..hehe pandai ke

kenapalah terjadinya sebegini? daun pisang dah takde ke..aku tengok banyak je jual kat pasar borong tapi harga tak taulah aku. daun pisang mahal..aku tengok dia jual nasi lemak pun mahal. kalau susah sangat takyahlah letak daun pisang tu..pastu turunkan skit harga. ko nak buat pun senang..takyah kehulu kehilir cari daun pisang.

ingat dengan letak daun pisang sekerat tu boleh suka suki je naikkan harga. konon nasi lemak ala-ala stail kampung gitu.

p/s; kes-kes macam ni boleh mintak ganti rugi tak..

18 Mei 2011

BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN

Salam bahagia semua..
saje nak cuba lagi segmen bro ben ashaari..dapat mengasah minda aku yang dah berkarat ni..kalau kawan-kawan nak join jugak klik je kat gambar di atas.

" SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI  ? " 

 wang hantaran...
bukan ke memang pihak lelaki yang sediakan? memang dah jadi trend zaman sekarang duit hantaran 50-50 sesama sendiri. ape yang penting kerjasama katanya..merapu-rapu pulak dah aku

pada sayalah wang hantaran memang patut disediakan oleh pihak lelaki. bukan kata nak berat sebelah atau membebankan pihak lelaki, tapi untuk menunjukkan kesungguhan kita hendak memiliki si dia. tak cukup duit, kita sebagai lelaki haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkannya.

bagi pihak perempuan pulak, berpada-padalah nak tetapkan wang hantaran. kalau bakal pengantin lelaki keje ceo bolehlah letak hantaran 50 ribu tapi kalau bakal pengantin tu keje opis boy cukuplah hantaran 5 ribu. janganlah pulak letak hantaran ikut status pengantin perempuan. kena pengantin perempuan ada ijazah mau sampai 15 ribu walaupun lelaki tu keje opisboy.

p/s; kalau terlebih kira halal ek bro

AKIBAT KEBOSANAN

Salam semua..
sambung lagi cerita masa kursus dulu..tapi bukan sambung citer pasal kek lapis tau..

masa-masa kursus tu sempatlah aku rakamkan beberapa memori gelagat-gelagat manusia hehe..memang kalau mane-mane kursus pun akan ada kejadian seperti ini..

dikaburkan skit-skit..
mula dengan tido..ape pun penceramah citer kita angguk je..tanda setuju. ada jugak tu yang main handpone..tapi tak taulah kot-kot dia taip nota pakai handpone.

satu lagi...

yang ni pulak bagus terlampau rajin..penceramah mesti ingat dia ni rajin salin nota. semua ape yang dia cakap mesti tercatit..dah macam wartawan pun ade...bukan ape ni pun sebab nak hilangkan rasa mengantuk. daripada kita terhangguk-hangguk, kalau tak bernasib baik terus terkena meja dahi kita.

aku dudu-dulu ngan member aku kalau terkena kursus sesama..kita orang berchating ala-ala ym kat atas kertas..sambil dengar ceramah sambil mengumpat..baru segar biji mata..

emy02 : boringlah penceramah ni..baca nota! aku pun boleh

ady : entah..macam ni baik jadi pembaca berita

emy02 : hahaha...

 inilah contoh je..tulis kat atas kertas A4 yang dibekallan...cubelah

p/s : aku pulak masa ni memang mengantuk tahap gaban..tulah keje aku tangkap gambar orang hehe

16 Mei 2011

BEN ASHAARI BICARA CINTA SEKALI LAGI

Lama dah rasanya tak join SEGMEN BEN ASHAARI (padahal baru sekali join hehe) bukan ape saje nak tukar-tukar cerita ngan kawan-kawan blogger semua...tiba-tiba terpanggil pulak dengan segmen ini. saje nak cuba try test...kalau kawan-kawan nak join jugak boleh lah klik kat gambar ataupun tulisan berkala tu

CINTA...
orang-orang dulu memanglah nikah dulu baru bercinta. tapi orang sekarang ni kawen dulu baru nikah. ehh chop chop..macam mana pulak tu. tepuk dada tanya selera bacalah surat khabar.

pada sayalah mana-mana pun sama je. sebab cinta, kasih sayang semua tak de tarikh luput macam makanan yang kita beli kat supermarket. ia sentiasa segar dihati masing-masing. cuma kerana kelemahan iman dah kehebatan syaitan yang merosakkan segala-galanya.

ramai yang kata "tak elok tunang lama-lama, banyak dugaan dan cobaan". tu semua memang tidak dinafikan. kerana masa dah bertunanglah, sama ada sengaja atau tak sengaja sedikit demi sedikit perangai sebenar pasangan bertunang terkeluar.

cinta itu buta...
memanglah masa bercinta semua indah, semua cantik, semua manis. sampai semua kita pandang baik. tapi janganlah kita membutakan mata kita kerana mimpi. buat-buat tak nampak, buat-buat tak tau apa pasangan kita buat. sampaikan si dia membodoh-bodohkan kita.

sebagai kesimpulan...
tak salah kita bercinta lama, tak salah bertunang lama-lama kerana pada masa itulah kita boleh mengenali cinta hati masing-masing. terimalah dia seadanya sayangilah dia sepenuh hati...

p/s; sorrylah bro ben kalau tak cukup 100..saya ni lemah matematik malas nak kira hehe

KEK LAPIS SARAWAK

Ingat tak dua tiga minggu lepas lama aku takde..bukan ape aku ditugaskan ke kuching untuk jadi urusetia kursus. bukanlah suka sangat ataupun tak suka sangat. tapi pasal kena pegi kerja tu yang tak suka sangat..eh dah melalut-lalut dah aku ni

kalau pegi sarawak terutama kuching memang tak sah kalau tak pegi cari kek lapis. memang dah terkenal dengan kelapisannya sampai aku pun tak tau ape yang sedap. lagi-lagi kalau masuk kedai tu "mak aii banyaknye pilihan"

nampak kan kepeningan kita nak memilih. ini baru sebahagian kedai je. belum lagi pusing keliling kedai. last-last susah sangat nak pilih...kita makan dulu


memang semua perisa dia bagi rasa. makanlah bape banyak korang nak makan FREE je. tengok-tengok bekas dia pun dah meriah macam hari raya. aku pulak tak lepaskan peluang..pulun semua sampai malam pun tak yah makan dah. kentut pun bau kek lapis...

p/s; alamat kedai aku taktau..nak tau tny RYO

MAAFKAN SAYA CIKGU

Setiap tahun 16 mei, rata-rata kita akan sambut hari guru. macam-macam ucapan dan hadiah kita lihat dan dengar. terutama pada cikgu-cikgu yang pernah mengajar kita kat sekolah dulu.

cabaran sebagai guru zaman sekarang memang mencabar. itu apa yang aku dengarlah dari keluhan demi keluhan cikgu-cikgu zaman sekarang. murid tumbuk cikgu. murid melawan cikgu. murid calar keter cikgu dan macam-macam lagilah hinggalah ada murid-murid yang sampai membuli cikgu. itu belum lagi citer pasal bapak murid-murid...

dimanakah silapnya. adakah kerana didikan di rumah. adakah pengaruh rakan-rakan, media massa internet dan macam-macam lagi. ATAU ADAKAH KERANA DIDIKAN DI SEKOLAH???? persoalan itu jarang-jarang kita dengar.

masing-masing menuding jari menyalahkan orang lain. cikgu yang kita harapkan agar mendidik anak-anak murid pun menuding jari menyalahkan pihak-pihak lain termasuk ibubapa.

cikgu zaman sekarang naik pangkat yang dikejarnya. guru cemerlang, guru gemilang, guru contoh dan macam-macam lagi gelaran yang diharapkan. macam-macam lagi permintaan demi permintaan yang tagih. sampaikan beribu-ribu buku dan belanja terpaksa dikeluarkan oleh ibubapa untuk memenuhi tuntutan sekolah...LAST-LAST apakah hasilnya???dimanakah keikhlasan yang disemai..dimana

cikgu, maafkan saya..bukan saya hendak merendah-rendahkan martabat cikgu. tapi kerana dek segelintir, habis rosak segala-galanya. hancurlah harapan saya, hancurlah harapan ibubapa, hancurlah harapan kerajaan.

p/s; maafkan saya cikgu...ini hanyalah keluhan berdasarkan pengalaman saya
selamat hari guru...

09 Mei 2011

SMR KE GENTING

Semalam pada ahad 8 mei 2011 sekali lagi Proton Persona Elegance Owner Club (PPEOC) telah mengadakan aktiviti berkonvoi suka-suka, Sunday Morning Ride (SMR) ke Genting Highlands. sebanyak lebih kurang 12 biji persona telah turun join event tersebut. aku pun tak sempat nak wat kira-kira jumlah kedatangan.

stesen minyak bhp selepas tol gombak telah dipilih sebagai tempat berkumpul. lebih kurang jam 9 pagi tepat aku sampai ke tempat kejadian. sampai-sampai sana je semua dah siap sedia untuk breaffing dah seterusnya bergegas ke genting. memang tak sempat buat ape-ape.

McD idaman kuselalu


beberapa kereta yang tinggal

"tolong..tolong!!"

"tengok ape tu.."

"macam kat obersea plak hehe"

apelah agaknya diorang tengok tu

genting genting
p/s; layan jelah belog bergambar aku ni...tak sempat lagi nak wat story

IBU DAY

Bersempena sambutan hari ibu semalam, zaqwan telah bawak umi pegi genting. best jalan-jalan kat situ. macam-macam ada....memang keterujaan hehe

layanlah dulu beberapa gambar zaqwan ngan umi...





ramai orang kata "saya hari-hari sambut hari ibu, sayang ibu saya, makan ngan ibu saya...tak payahlah tunggu hari ibu"

yes betul tu...tapi hari ibu ni adalah hari istimewa tuk semua ibu. mungkin termasuk jugak ibu-ibu ayam hehe...ape salahnya sekali dalam setahun ni kita buat sesuatu yang tak pernah kita buat kat ibu kita. kalau hari-hari kita sayang ibu kita, apa kata hari tu kita bagi lebih lagi sayang kat ibu.kalau hari-hari kita makan KFC ngan ibu kita, apa salahnya sempena hari ibu kita makan kedai mamak pulak.

bak kata orang kita bagi kelainan skit kat ibu....

kepada semua wanita-wanita yang bergelar ibu atau gelaran yang sewaktu dengannya

SELAMAT HARI IBU

p/s; terima kasih mak...

07 Mei 2011

NUFFNANG

Salam semua...
nampak tak perubahan kat belog aku ni...

haa aku dah masukkan nuffnang. nanti korang semua tolonglah klik-klik kat iklan tu ek. bukan ape disamping dapat sumber pendapatan skit-skit boleh jugak jadi penyeri belog aku ni. kan kan...

kalau nak harapkan pendapat tu...tak tau nak kata. semua tu rezeki masing-masing. kadang-kadang dengan sms pun leh dapat duit. kadang tu orang kerja bertukus lumus membanting tulang empat kerat tapi tak kaya-kaya jugak.

walauapepun kita perlu berusaha. lepas puas berusaha jangan lupe berdoa dan berserah pada tuhan. kalau bukan di SINI rezeki kita mungkin akan ada di SANA...

p/s: minggu depan aku cuti lagi 10 sampai 12 mei 2011..korang doa-doakanlah kejayaan aku