MyRAKAN

17 Julai 2015

SELAMAT HARI RAYA

Salam 1 Syawal,
Alhamdulillah hari ini sekali lagi kita masih diberi kesempatan menyambut Aidulfitri...hari kemenangan kita sebulan berpuasa di bulan ramadhan dan melawan hawa nafsu. Semoga semua amalan kita semasa bulan ramadhan diterima oleh Nya dan mendapat keampunan juga.

Dikesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua yang membaca belog saya ini jika ada mana-mana penulisan saya yang menyentuh hati mana-mana pihak. Jika ada bolehlah terus membuat teguran ke irrahady@gmail.com

Gambar saya bersama family tercinta. Si abang tu memang susah sikit bila diajak bergambar.

09 Julai 2015

PPEOC TT BERBUKA PUASA

Salam 22 Ramadhan,
Alhamdulillah dah 22 hari rupanye kita berpuasa..terasa sekejap je kan. Dan tak lama lagi nak raya dah...macam mana persiapan korang hehehe

Ahad lepas bersamaan 5 Julai 2015 bersamaan jugak 18 Ramadhan 1436h, aku dan family telah berbuka puasa bersama-sama PPEOC Putrajaya Crew terutamanya. Kali ni perbadanan putrajaya telah dipilih sebagai lokasi pilihan tahun ini. kat situ memang meriah...ramai yang potluck je dari rumah dan makan di situ bersama kawan-kawan.

Bagi Putrajaya Crew, ini memang sudah menjadi aktiviti tetap sempena ramadhan. masing-masing membawa makanan sendiri dan kita makan bersama-sama bertukar-tukar menu. memang meriah sekali...kalau kat rumah kompom-kompom makanan tak meriah macam ini. walaupun banyak menu terhidang..yang pentingnya semua habis dan tidak berlaku pembaziran.

Meh layan beberapa foto pilihan yang dicekup dari lensa kawan-kawan
 Ohhh lupe nak bagitau tentang gambar atas sekali tu...gambar itu diambil dari page perbadanan putrajaya. lokasi kami berbuka adalah berhampiran pentas sebelah kanan anda. tengok betul-betul ada nampak baju warna hijau...itu adalah AKU