MyRAKAN

27 Ogos 2010

AKU KAU BERBEZA

ni aku ada dapat email yang aku rasa boleh kita kongsi bersama...korang bacalah mudah2an kita peroleh manfaatnya...selamat beramal

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya
. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.


Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.


Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.


Wanita perlu taat kepada suami tetapi
lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala
lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak,
seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita :
1. ibunya
,
2. isterinya
,
3.anak perempuannya
, dan
4. saudara perempuannya.


Manakala
seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini
:
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya
.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja
:
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan

4. menjaga kehormatannya
.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki
, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "


26 Ogos 2010

CITER BUKA POSE 2

Walaupun dah agak lama berlalu tapi aku tetap nak story jugak kat sini...bukan ape sejak menjak ni kepala otak aku lemau sangat sampai tak tau nak post ape...

hari ahad lepas aku sekeluarga terima undangan berbuka pose kat umah zamz, budak opis lama aku...bak kata orang rezeki jangan di tolak, orang dah jemput kita pegi jelah bawa perut yang kurus...almaklumlah sampai umah dia nanti nak makan sampai buncit hehehe...terima kasih daun keladi zamz, menjamu aku sekeluarga makan, memang best walaupun majoriti tetamu ko memang aku tak kenal...

senin plak aku sorang je, berbuka pose di Hotel Palace Golden Horses anjuran PEKEMA...ni first time aku sampai kat situ, tengok tiang je dah tau memang besar giler hotel tu patutlah orang kata mahal...tapi aku tengok buffer ramadan dia cuma RM80 lebih2 je (nak tau gi sendiri) siap live ghazal lagi...

bab menu pulak, aku rasa memang oklah berbaloi-baloi antaranya sate, kambing, ABC, sea food, roti john dan macam2 lagilah, nak tau pegi sendiri aku promote lebih2 pun bukan ade share...semua memang sedap

menu first round aku


ABC


gerai2 makanan baru masak

satu lagi kat hotel ni ade anjurkan solat teraweh sekali...memanglah kita boleh duduk makan sampai malam

p/s: terima kasih kepada pen-sponser2 berbuka pose aku...tahun depan panggil lagi ek


25 Ogos 2010

LAGU RAYA

Hari ni hari ke 15 kita berpuasa, juga adalah hari radio2 dan tv dibolehkan bukak lagu raya...so pagi tadi adalah aku dengar kat radio diorang tanyalah pendapat orang ramai pasal kekerapan lagu raya yang hendak diputarkan...biasalah kalau dah pendapat orang ramai kan, ade suka ada tidakk

benda ni memang tiap2 tahun ade je orang tak puas hati radio bukak lagu raya awal...aku pun tak tau apsal...aku rasalah takut terlupa diri kot, ingatkan dah raya abis satu balang kuih dibedal...tapi kalau tak sengaja oklah tu rezeki namanya

bagi akulah kan nak putar sebelum puasa pun takde hal...bukan ape lagu raya boleh memberi kita semangat untuk berpuasa, takdelah lesu lesi je kat opis...lagipun dengar time pose lah baru feel, nanti bila tiba hari raya kita sibuk dah macam2 hal, mane ade masa nak dengar lagu raya bagai...

aku herann gak, orang kita ni banyak sangat pantang larang...tak boleh lalu bawah ampaianlah, tak boleh langkah busut, tak boleh itu, tak boleh ini dan tak boleh dengar lagu raya nanti sedih nangis teringat mak bapak kat kampung...baguslah tu ingat mak ayah dapat pahala jangan jadi anak derhaka cam si tanggang

p/s: tapi tanggang bukan tak ingat mak bapak dia cuma tak mengaku je...

19 Ogos 2010

BUKA POSE @ PIZZA HUT


Semalam tanpa dirancang tiba2 terasa nak bukak pose kat pizza hut alamanda...ni gara2 kat umah takde ape dah nak dimasak, nak g pasar ramadan plak malas sesak ngan manusia lagipun bukan sedap sangat pun hehehe demand plak sekarang ni....

bagus gak pizza hut alamanda ni, kita bleh booking dulu meja ngan makanan pastu ape lagi shooping lahhh...lebih kurang jam 6 petang aku sekeluarga sampailah alamanda, terus je menuju ke tempat yang dituju iaitu pizza hut buatnya hebat, lamakan tak dengar trademark camtu lagi, rasa2 dah tukar kot satu lagi seben pai pai tu pai tu pai seben pai pai tu pai tu pai (iklan sekejab hehe)

ok sambung balik, sampai nasib tak que panjang tapi meja kebanyakan dah penuh di booking...akhirnya dapatlah meja betul2 depan pintu kuar masuk, oklah senang aku nak merayap2 dikala bulan mengambang eh silap daaa zaqwan meragam...

aku tengok memang rata2 customer kat situ melayu oklah kan memang time nak berbuka...tapi yang bukan melayu tu a.k.a orang bukan islam pun sibuk2 gak datang makan time tu, siap bergelak tawa bertepuk tampar bercekerama kat situ lama2, padahal ade lagi tu orang tunggu meja nak berbuka, kalaulah aku orang yang dok tunggu ni mesti bengang...adakah ini dinamakan satu malaysia??? HAMPEHH

memang dah jadi kelaziman bile berbuka kat dalam bangunan terutama shooping kompleks, bile sampai time je semua orang mesti 'ko pandang aku, aku pandang ko' pastu tanya kawan masing2 dah buka ke...haiyo ikut jam sendirilah disusuli keyakinan ape lagi bedal lah...

sampai masa berbuka kat atas meja aku cuma ade air, kurma ngan roti...haiyo pizza tak siap lagi masyruuum pun tarakkk...last2 bile pizza sampai perut pun dah kenyang makan roti ngan air tapi sempat gak makan sepotong kat situ dan yang lain2nya tapauuuu kerana ketidaksetabilan zaqwan yang sentiasa meronta2 kebosanan kot...

kurma pizza hut (2 biji)


pizza yang terlebih (ape nama entah)

p/s: sampai umah kita sambung lagi...


18 Ogos 2010

CITER BUKA POSE

Ada orang tanya kat aku, "ady selalu berbuka ape?, beli ke masak?"

memang biasa aku jawab, "masak tapi bukan saya masak"

bab menu berbuka plak, kalau aku cakap aku tak makan nasi campur, mesti ade orang tanya balik, kenyang ke?? aku memang selalu makan mee bihun kalau nasi pun nasi goreng...itu je kuih2 jarang

mesti korang cakap "patutlah sekeping je" ade aku kesahh...dah memang itu je limit perut aku leh isi, karang aku paksa2 mau terkuar balik, letih kunyah 40 kali

aku sebenarnya memang tak kesah pun bab2 buka pose ni, ikut tekak tukang masak jelah dia nak wat ape...aku ni tak pandai masak jadi tukang makan je, nanti cerewet2 takde plak orang nak masak tuk aku plak...nak beli kat pasar ramadan bukan sedap sangat pun, megi tu lagi sedap aku rasa

kadang tu aku heran jugak bile dengar orang lapar nasi...benda lain tak leh masuk dahh mesti nak cari nasi, kalau dah lapor tu makan jelah ape2 yang ade...janji isi perut, tak yah cerewet2 nak itu nak ini bedal je abis citer

p/s: lapar megi kari lah plak...tapi tak penah lagi aku berbuka dengan megi okk

17 Ogos 2010

TUJUH

Kalau kira2 hari ni baru seminggu pose bermakna kalau sempatlah 7 hari dah pose weyyy...kejab je rasanya tup tup dah raya...komputer aku plak tak henti2 melalakkan lagu raya dari sehari lum pose lagi hehehe bukan ape bikin semangat berpose takde lah lesu lesi je tak bermaya...

kalau bulan pose yang mulia ni tak sah rasanya kalau tak citer pasal menu makan...citer2 pasal nak buka ape ari ni, ade yang beli plak tengahari buta dah kasi gegar kasi beli juadah berbuka nanti, tak kurang gak yang tido...tapi satu je tabiat mata aku yang jahat ni, bile time rehat (kul 1-2) takde plak dia mengantuk, bile jam tunjuk kul 2.30 je mulalah matanya mengantuk bebenor...

semalam dalam boring aku belek2 lah wallet aku, sekali tengok2 lesen memandu aku dah mati dari minggu lepas...ish camnelah leh lupe, dah ler sabtu ahad lepas aku balik kampung berpusing2 kat melaka, nasib tak jadi ape2...tunggu gajilah baru renew balik hehehe...

selama ni tak penah lagi aku miss tuk renew lesen, biasa lum mati lagi aku dah bagi dia nyawa baru...tahun ni tak tau lagi ape dah jadi, adakah umur mempengaruhi???

masa tak tau takdelah kita takut2 bawa keter, tapi dah tau lesen mati bawa keter pun tengok mane2 tempat yang selalu pak polisi beroperasi...karang tak pasal2 kena melabur duit tuk dapat bonus tahun ni...

pasal cuti raya plak, aku tak leh nak cuti lama tahun ni kerana tugas aku kepada negara...ewahh mengalahkan PM dah aku ni...yerlah masing2 rakus memangkah borang perancangan cuti, siap dah plan nak mc lah, hari tu halfday lahh malas kejelah, macam2...tapi aku tau diorang cakap je buat skit2 lah

p/s: ade lagi undangan berbuka kat hotel...makan free weyyy rugi tak gi

12 Ogos 2010

SABAR SABAR


Aku buat post kedua hari ini bukan bermakna aku takde keje...tapi aku nak kongsi skit ngan korang pasal satu caller yang baru buat panggilan kat tempat aku ni yang memang menguji kesabaran aku di bulan pose yang mulia ini (fuhhh satu napas aku taip ni, panjang gile gile gile memang gile)

sabar...sabar...sabar....fuhhh

tadi aku dapatlah satu panggilan telpon...bunyi ringing taulah tu orang dalam opis aku gakk...jadi ngan tatatertibnya aku menjawab

aku : hello selamat petang

caller : hello!! tuan nor ade


aku : ok saya sambungkan ke biliknya ekk


caller : tadi saya dah call takde orang angkat...ade nampak dia


aku : kat sini takde


caller : ade sapa2 boleh nampak dia


ewah2 ingat aku ni ape, kuli batak ko! nak je aku jawab "ada...nujum pak belalang"...dah aku kata tak ade, maknanya takde lah, takkan aku nak sembunyikan tuan nor tu bawah meja dan aku tak naklah berlaku kurang ajar ngan mane2 pihak walaupun customer luar...

mane etika dia komunikasi sesama penjawat awam dan aku rasa dia adalah pegawai atasan...kalau tidak takkan boleh berbicara dengan begitu kasar sekali dengan aku pegawai bawahan...macam ini ke kepimpinan melalui tauladan dan konsep 'anda ceria kami gembira'

nasib baiklah ade yusuf taiyooooob, sejuk skit hati aku yang panas membara dibulan ramadan yang mulia ini...

yusuf taiyoob...

p/s: jangan tanya aku harga sebab ni pun aku dapat free, orang bagi...terima kasihhh lagi dua minggu bagi lagi ekk

SAMA

Semalam balik keje aku jumpe kakak opis lama aku...memang lama gaklah tak jumpe...dulu aku mula masuk keje memang aku satu bahagian ngan dia, pastu lama2 keje dia tukar bahagian lain...walaupun satu opis tetap tak sama cam dulu, sama bahagian...

dulu masa aku baru2 masuk keje, dia ada cakaplah aku sok dah kawen badan mesti naik, perut mesti buncit, muka mesti tembam...sebab dia kata dulu adelah sorang kerani kat situ kurus cam aku, sekeping...tup tup pas kawen terus membuak2 isi perut nak kuar (buncit lerzzz)

aku cam biasa wat muka cam tak percaya...aku tetap aku, aku ngan dunia ady hehehe...tapi memang lah teori diorang ni leh pakai gak...kebanyakan orang2 yang dah kawin mesti perut kedepan, nak kata ngandung laki, tak tau kenapa...why

tapi bukan kat aku ok...bukan nak banggalah tapi nak membetulkan pemikiran diorang, asal orang lelaki kawin je perut mesti naik, badan mesti mari...yerlah dah ade orang jaga makan minum, berak kencing, hati pun senang...uisss merepek dahh aku ni...bukan bermakna hati aku tak senang ok, makan minum aku tak terjaga...tapi memang aku camni

ok..back to topik

dia pun tegur aku sama je cam dulu, tak berubah...aku biasalah pusing2 skit cam model (saje melawak ngan dia)

aku : biasalah mentenn


kak opis lama : ko memang camtu, makan banyak pun tak gemuk


aku : dulu kak jugak cakap pas kawin leh naik


saje ingatkan balik pasal dulu dia cabar aku...now sekarang u see aku menyahut cabaran dia bahawa teori dia tak boleh digunapakai kat aku hehehe...

p/s: seumur idup aku tak pernah berat cecah 50kg huhuhu...


11 Ogos 2010

SATU RAMADAN

Orang sibuk2 ucap selamat berpuasa kat belog aku pun nak ucap gakk...pagi tadi bangun2 tido tengok banyak mesej ucap selamat pose tapi satu pun aku tak balas...SORRY kredit LOW hehehe

orang mesti tertumpu kat tv masa penyimpan mohor besar tu bagi pengumuman...kenapa ek?? padahal dah ade tulis kat bawah tu, mungkin baru puas dapat dengar dengan cuping telingar sendiri...macam mane ek kalau ape yang kita dengar dengan ape yang tercatat kat bawah tu berlainan...mau huru hara negara

tapi tarikh mula pose ngan hari raya sekarang memang tak suspen cam dulu2...tengok kalendar tau dahh kompom sama...kadang tu terpikir gak betul ke diorang ni tengok anak bulan atau saje wat gimik, memang takde sape pun penah jumpe anak bulan tu...

dulu ustad aku ade cakap, kalau kita jumpe anak bulan tu walaupun penyimpan mohor besar umumkan sok tak puasa TAPI kita wajib puasa, ok lah kann...cube bayangkan kalau tiba2 kita jumpe anak bulan syawal pastu malam tu pengumuman raya lusa, takkan nak raya sorang2, nak pose plak haram 1 syawal bagi kita yang nampak nilah...baik kalau jumpe pun wat2 tak kenal je (boleh gitu)

DIKESEMPATAN INI SAYA INGIN MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA SEMUA...AMPUNKANLAH JIKA ADA TERKASAR BAHASA, TERGURIS HATI, TERCALAR KETER OPPS SILAP...SAMA ADA DI BELOG INI ATAUPUN SEMASA KITA BERSUA MUKA
SELAMAT BERPUASA..
.
p/s: tadi aku gi check darah, alhamdulillah aku disahkan sihat dan selamat...risau gak takut sekali berbuka kat sepital ari ni...mampos

10 Ogos 2010

CUTIKU BERTUKAR MC

Kata orang susah nak dapat mc dari klinik kerajaan...mane taknya sampai kuning kertas tu tak hulur2 kat orang...memang bertuahlah sape yang dapat...

lama dah rasanya aku tak datang klinik ni dapatkan rawatan...selalu datang hantar zaqwan g check-up je...tapi semalam aku sendiri yang sakit...tak taulah sakit ape doktor pun senyap je...

doktor : sakit ape (biasa memang kuarlah soalan ni)

aku : pening2 ngan muntah2

doktor : sejak bila?

aku : semalam, datang tiba2 je

doktor : rasa nak muntah ade tak...

aku : ade...loya2, semalam ade demam gak

doktor : batuk, selsema ada tak

aku : takde, diam kejap pastu sambung cakap; takde selera makan

pastu dia check mulut, mata ngan perut aku...pastu cakap ubat2 yang nak dibagi kat aku, bukan aku nak tau pun

aku : MC ade doktor (sebenarnya itu yang aku nak hehehe)

doktor : tuk bile (eh doktor ni karang aku cakap untuk seminggu kanggg)

aku : hari ni...

doktor : keje mane

aku : MOF

dia dok belek2 komputer dia pastu ermmmmmm (berdebar2 aku nunggu)....okey

camtu lah dialog aku ngan doktor yang TAK PERAMAH...tanya sebijik2, kadang tu saje aku jawab lebih2 tapi memang doktor tu tak kreatif kot

aku sampai kat konter pendaftaran jam 11 pagi, orang tak ramai so cepat je nombor aku dipanggil...kat konter triage pun sama cepat je panggil...SAMPAI je kat tempat menunggu bilik doktor tu fuhhhh FULL HOUSE memang cam sardin masak lomakk, kursi kosong pun tak de..aku dapat Q-789 tengok2 bilik 4 baru 3++ kompom2 sampai malam nombor aku baru naik..

dalam hati memujuk, biasalah klinik kerajaan...tapi yang aku kesian orang yang bawa anak2 kecil, ade yang terjerit2 menangis, letih barangkali, yerlah orang ramai, tak kurang gak kedengan orang kat belakang aku kata datang kul 8.30 tadi tak panggil2 gak (entah yer entah tidak, silap tengok jam kot) takkan dari pagi tadi tak panggil2...gilo apo!!! memang patut bukak satu lagi klinik kat putrajaya ni...sok aku kena g lagi amik darah huhuhu ape penyakit aku ni huhuhuu

p/s: aku bile dapat MC je ilang semua pening2 loya2 segala,balik umah terus melantak ape yang ade..bak kata orang terus sihatlah takyah bagi ubat

06 Ogos 2010

MANGKUK PUNYA BAS


Aku cukup enty dengan satu bas ni...tiap2 hari dia akan amik orang2 keje gomeng dan tiap2 kali jugaklah aku akan terserempak dengan dia...memang gampang kann kann

naalekk...inilah kelibat bas mangkuk tu...

gambar ni aku snap waktu pagi...bas ni memang dia akan ikut lorong paling kiri sekali walaupun dia nak terus...bukan ke lorong itu untuk keter2 yang nak ke kiri, ada dah tampal kat situ "belok kiri jika tiada kenderaan"...bas2 lain boleh je gi kat lorong tengah sebab diorang tau lorong kiri tu tuk kenderaan ke kiri...takdelah jalan tu jem sampai ke bulatan air pancut

satu lagi bile time balik...dia selalu berhenti amik orang kat jalan parcel A, ikut suka2 dia berhenti tengah2 jalan, udah ler jalan tu kecik muat2 satu keter...cubelah dia berhenti amik orang tu kat tempat yang dikhaskan "mengambil dan menurunkan penumpang" depan pintu keluar tu...kan senang takdelah menyusahkan orang lain, kot mane tau ade yang nak terBE*** mau tercirit tak tahan...

kadang tu rasa nak kuar je maki hamun skit deber bas tu...BODOH

kalau aku nampak bas ni, aku mesti sedaya upaya untuk memotong walaupun kadang2 tu tengok dia bawak cam orang mabuk...kadang tu hampeh mentang2 bas besar, tunggulah nanti aku bawak lori kontena 20 tayar memang aku langgar sampai kemek2 jual kat kedai besi buruk

p/s: walaupun orang malaysia ni baik hati tapi SAMSENG bile di jalan raya

05 Ogos 2010

BUKU PERTAMA SAYA



JENG JENG...inilah dia buku kertas tebal pertama zaqwan...kecik2 dah rajin membaca...baguih baguih jangan ikut cam ayah dia, buku tu memang jadi ubat tido jekk hehehe...

zaqwan ni kalau orang baca surat khabar sibuk dia pun nak baca, tapi bukan dia baca pun just ramas2 pastu masuk mulut...agak2 boleh ke kita makan buku2 semua pastu memang kita expert lah bab2 dalam buku tu, kalau boleh lama dah aku buat, kompom2 masuk unibersiti dahh

buku ni memang elok lah untuk budak2 yang baru nak belajar2 membaca...perkataan dia pun yang mudah2 je...siap tulisan kala2 lagi ikut suku kata dengan gambarnya pun menarik...disamping itu kita boleh melatih budak2 supaya gemar membaca...bak kata pepatah melayu, melentur buluh biar dari rebungnya (betul ke???)

p/s: dulu aku memang selalu kuar masuk unibersiti tu...laluan alternatip ke tempat keje


04 Ogos 2010

NASI LEMAK BERJAMBUL

Ermmm bukan senang kann sekarang nak cari nasi lemak daun pisang camni, lagi2 duk kat bandar...tengok je mesti menyelerakan dengan nasi lemak bau2 daun pisang...yum yum

semalam balik2 dari klinik singgah lah kat TEJA presint 9 tu...kalau nak cari yang mudah cepat dan senang, amik je makanan dah siap bungkus takyah kita tunggu2...nak2 plak ade jual nasi lemak yang bungkus ngan daun pisang...pehh susah nak jumpe ni

tengok luar memang cam sedap dan menyelerakan...sekali bukak, korang tengoklah sendiri

tengok2 daun pisang kat sebelah je, tunjuk jambul...nasi lemak cacat OKU...memang haramm tertipu aku huhu...ingatkan daun pisang penuh cam kat kampung2 tu...daun pisang kalau segar tu takpe, udah ler buruk,

kering plak tu, tak taulah kutip kat mane...nasi takdelah sedap sangat, harga plak mahal RM1.50 kalau betul2 nasi lemak daun pisang ok gak, takdelah aku hangin satu badan...

p/s: jangan kita tengok luaran sahaja