Salam VervX,
Okey seperti yang dijanjikan hari tu...ni aku story sikit camna aku boleh terguna vervx dan seterusnye terbukak bisness partner dengan vervx.
Diringkaskan cerita, aku guna verv lube ni sejak awal 2013 lagi. iaitu selepas merajuk dengan pusat servis proton. Mana taknye, dulu ye ye je suruh buat itu, buat ini, isi itu, isi ini sebab nak terjebak dengan program long life power window proton tu. Takde niat pun nak folo program yang entah apa2 tu, pastu buat syarat kena contineu service kat proton. Diorang yang desak2 sampai sanggup nak isikan borang.
Last2 bila time nak claim sebab power window aku macam tak smoooth bila turun dan naikkan tingkap. lepas tu macam tersangkut2 dan mengeluarkan bunyi. Dah pegi bengkel dia kata power window. So nak dipendekkan lagi cerita ini, buatlah opoimen. kena buat hari kerja pulak tu, so terpaksalah amik cuti.
Sampai masa dan ketika yang dijanjikan, masuk daftar dulu. aku pun cerita lah apa masalahnya. Okey dia pun minta kunci dan masukkan kereta aku kat workshop. pastu tak sampai 5 minit dia panggil, mungkin lepas dia main naik turun tingkap aku tu kot.
"Abang punye tingkap tu jadi macam tu sebab selalu berjemur kat panas". Dengan pantas aku nafikan, "mana boleh macam tu abang dah check betul2 ke, kat rumah saya parking basement, kat opis pun sama parking basement, time jalan atas jalan je kena panas". Dia terdiam pastu ke belakang dan bagitau kat aku nanti mekanik dia akan check ape yang rosak. Nampak sangat tadi tak check kan, saje cari alasan.
Lepas tak berapa lama lepas tu, dia pun panggil aku lagi. kali ni dia cakap aku double tinted. Tinted tebal sangat sebab tu cermin tu berat, so macam ada sangkut2. apa punye alasan dah, tapi tak boleh kata apa pun sebab memang aku double tinted tu. Aku pun bagitau kat orang proton tu, kalau tak boleh bagitau awal2, takyah saya abiskan tenaga sain borang itu ini, abiskan duit servis kat sini, long life konon, sia2 cuti. Sejak tu memang tak pegi dah mana2 pusat service proton.
Hilang terus mood. Tanya kat kedai motor tu RM300 lebih, entah tak ingat. Ahh biar je lah tak serius sangat pun. Sampai lah satu tahap kritikal sampai cermin tak boleh naik dah. Hantar kedai kat salak tinggi, dia belek2...motor ok katanye. dia pun check2 ada gerigi tu problum, ada bengkok sikit. Ketuk2 lebih kurang...setel. upah RM30 je. selamat duit aku dulu RM300 lebih tu.
Okey macam panjang pulak karangan aku ni. nanti sambung lagi sebab nak breakfast dulu hehe. Tunggu ye next episod haha :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan