MyRAKAN

31 Januari 2012

PPEOC TT SOUTHERN

Sebanarnya lama dah event ni berlaku..23 Januari 2012 masa cuti tahun baru cina. dan ini juga adalah TT Southern pertama aku join. kebetulan balik kampung..sebelum-sebelum ni pun memang ada niat nak join tak masa tak mengizinkan..ada je program ngan family.

TT kali ni dinamakan TT Kembara PPEOC Southern @ TT Makan Durian kat Segamat. memang meriah sekali denga anggaran lebih kurang 20 kereta...

Petang tu mula dengan berkumpul di dataran segamat dalam kul 2.00 petang. sambil-sambil menanti rakan-rakan yang lain boleh lah kita berkenal-kenalan dan bertukar-tukar cerita...

Dan bila semua ada..kami bergerak ke pemanis secara berkonvoi. di situ nantilah lokasi untuk mentedarah durian seperti yang dijanjikan di rumah salah sesorang ahli kelab...

Dan malamnya futsal time.....di felda pemanis jugak

Malamnya lepas penat main futsal..masing-masing balik ke rumah. bagi yang duduk jauh tu tumpang tido rumah member-member.

p/s; tapi hari tu aku takde napsu pun nak makan durian..sebab baru baik dari demam

30 Januari 2012

PPEOC TT KULIAH MAGRIB

Disamping kita bersuka ria..mencantikkan kereta..bersuka-suka berjumpe kawan-kawan..melepak-lepak gelak tawa..aktiviti keagamaan juga tidak sama sekali kami lupekan. atas maksud itulah sebagai langkah pertama PPEOC Central telah mengadakan TT kuliah magrib sempena dengan kehadiran ustaz azhar darus ke masjid shah alam pada ahad lepas.

Dianggarkan lebih 30 ribu orang telah membanjiri masjid shah alam pada malam itu..PPEOC juga tidak mahu ketinggalan untuk sama-sama hadir pada sesi kuliah magrib kali ini..Terima Kasih pada yang hadir..hanya Allah sahaja akan membalas segala pengorbanan anda.

Kalau dah berkumpul kat dataran dari jam 6.00 petang..kompom-kompom semua kelaparan kerana habis kuliah tu pun jam 10.00 malam. maka lepas jalan keluar masjid reda kerana kebanyakan kereta dah selamat keluar..kami pun bergerak ke kedai makan di ar-rafi bistro seksyen 13 shah alam.

Sampailah semuanye ingat rumah nak balik...baru diorang balik Hehe.

p/s; alhamdulillah teserlah muka suci murni...

AJL 26


Aku sebenarnya pun tak tengok AJL malam tadi. pegi dengar kuliah magrib ustaz azhar darus dengan member-member PPEOC kat masjid shah alam. habis-habis kuliah tu dengar hafiz awan nano menang melalui radio hot fm. Tahniah...!

Keputusan Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26)

Persembahan terbaik 
Alyah, Kisah Hati

Vokal Terbaik 
Hafiz, Awan Nano

Ketiga 
Faizal Tahir, Karma

Kedua 
3 Suara, Beribu Sesalan

Juara 
Hafiz, Awan Nano

p/s; agak-agak pasni ade kuar tak t-shirt awan nano

13 Januari 2012

HAMPEH...

Nampakkan gambar atas tu..itulah menu aku lunch tadi. dan gambar itu jugalah menunjukkan satu pembaziran kerana aku makan tak abis...sebab TAK SEDAP!

Rojak mee...tak taulah nak kata. cengkodok dia rasa lain sangat..malas nak amik risiko sakit perut..last-last aku tak makan..sebelum-sebelum ni aku makan memang sedap..makan sampai licin. tapi hari ni...kuah dia pun hampeh jugak..last-last aku makan mee dia yang secoet je.

Teh O..ni pun satu hal jugak...air orang-orang tua. tak rasa manis lansung...agak-agaklah kan kalau nak jimat gula pun...tapi air tu tetap aku habiskan jugak hehe...

Mungkin sebab ni lah aku gatal-gatal tangan kiri pagi tadi..rupanya nak abis duit beli benda yang membazir..hai apelah nasib..takde rezeki

p/s; aduh macam nk order lagi lah mee rojak..rojak mee tu

AUTOSHOWCASE JAN/FEB 2012

Mesti tertanya-tanya ape ni..bagi yang tak tau ini adalah majalah kereta hehe...lama dah rasanya aku tak beli majalah kereta..last bile ekk..entah tak ingat aku. tapi dulu aku suka beli k-kompak.

Nape aku beli majalah ni..mesti ada sebabnya. dan sebab adalah kerana dalam majalah ni ada masuk pasal kelab keta yang aku join sekarang...Proton Persona Elegance Owner Club (PPEOC). dan paling utama adalah kerana

ada keluar gambar aku..double lagi hahaha...tulah untungnya kalau masa bergambar duduk depan..kompom nampak. walaupun nampak sangat gambar ni diedit tapi tak tau kenapa diorang pilih aku untuk di doublekan..sebelah menyebelah plak tu..

Lain-lain topik pun menarik dan berguna pada kita jugak...ada citer pasal sport rim, kereta baru polis, modifed kereta dan macam-macam lagi. kalau nak tau sila lah beli di kedai-kedai buku berdekatan anda..

p/s; hehe aku dah kasi promote ni agak-agak dapat royalti tak hehe

12 Januari 2012

GADGET

Hi semua...
Korang rasa ape ade di sebalik gambar atas tu..aku amik gambar ni masa makan kat salah satu restoran makanan segera tanah air..cewah ayat Hehe....

Diorang ni berkumpul duduk ramai-ramai sampai sambung-sambung meja lah..tapi aku tengok masing-masing ngadap gadget masing-masing..handpone, laptop, notebook, i-pad, i-pot, tab, top semualah entah ape-ape..kalau sekejap-sekejap tu takde masalah lah..mungkin jawab SMS atau masej dari kawan-kawan lain..ini aku rasa sepanjang aku perhatikan memang SENTIASA...

Sekarang ni memanglah tak dapat dinafikan zaman teknologi di hujung jari..tapi kalau dah berjumpa empat mata pun, tak kanlah nak berbalas-balas komen kat facebook..camtu baik masing-masing dok umah sambil-sambil guling atas katil..ramai lagi orang lain nak guna meja sama itu kerusi...

Tak taulah ape motif diorang dok lepak kat situ..mungkin kerana ada free wifi kot..tapi tak payah lah sampai nak berjam-jam kat situ..aku rasa aku dok situ dekat sejam..aku sampai diorang dah ada, aku balik pun diorang ada lagi..mau tebakar dah kot kerusi tu Hehe..

p/s; kesimpulannya aku jeles sebab aku tak ada gadget macam tu Hehe

BAS METRO

Salam semua..
Kata orang pagi-pagi ni kena happy...ceria dan senyum banyak-banyak. tapi kalau dah lambat masuk opis nak ceria-ceria gak ke..kompom-kompom mood pun dah tak bape baik...

Ade kenal sama ini bas..kerana dia lah aku lewat ari ni..tapi bukan hari ni je..banyak kali dah. mana tak nye..lorong kiri sekali tu kan untuk orang-orang yang nak belok ke kiri..anak panah atas jalan tu pun menunjukkan macam tu..siap ade tulis lagi kat bawah lampu isyarat tu "MASUK KIRI JIKA TIADA KENDERAAN" tapi BAS METRO ni ikut suka-suka hati mak bapak dia je dok berhenti kat lorong tu..

Nak marah terjerit-jerit pun tak guna..bukan dia nak dengar pun. tapi memanglah telinga dan kepala pemandu bas metro ni memang keras-keras belaka. bawa bas macam jalan raya tu bapak diorang yang punye..ikut suka je. banyak kali dah orang komplen kat surat khabar tapi macam tu jugak. takde perubahan..

p/s: ini bukan pertama kali..tapi dah berkali-kali

10 Januari 2012

SMART TAG

Semua orang mesti dah tau ape itu smart tag kan..ala yang guna masa kat tol tu..tak payah susah-susah bukak tingkap..jalan je slow skit dah boleh lepas palang tol tu...kalau tak tau jugak amat-amatilah gambar ini

Ha inilah dia rupanya...
Baru-baru ni macam biasa balik kampung mesti lalu lebuhraya utara-selatan...sampai-sampai kat plaza tol satu tempat tu..tengok-tengok semua lorongnya untuk TUNAI & TnG..mane istimewanya buat pengguna TnG dan Smart Tag..kena ikut beratur panjang-panjang dengan orang yang bayar tunai..

Dah lah ade dua lorong je...dua-dua pun boleh untuk tunai. kata nak galakkan orang gunakan TnG dan smart Tag..tapi kalau macam ni baik aku pakai tunai je..tak payah perabis duit beratus-ratus nak pakai benda alah tu...

Tak yah cakap banyaklah memang rasa nak campak je benda kat atas tu kat kepala orang dalam pondok tu  
Huh!!!

50.5KG

Salam semua..
Kalau nam bulan lepas berat aku dah sampai 51kg..tapi semalam aku timbang berat aku turun setengah kilo...eh eh tak makan ke aku ni..ke aku ade bela saka aka hantu raya..

Memanglah mungkin sejak tiga empat lima enam tujuh lapan menjak ni aku takde napsu nak makan..sebab entah malas nak makan.

p/s: nape ekk sekarang ni macam ade rasa sakit-sakit badan..faktor usia lah kot

09 Januari 2012

JOM GANYANG AEDES!

Salam semua...
Rasa boring..takde keja. jomlah ikut aku klik nufnang aku kat sebelah tu dah jawab kuiz berkenaan aedes. memang bagus boleh menguji sejauh mane pengetahuan kita pasal aedes ni...

Tengok keputusan aku dapat Hehe
SEMUA BETUL...TAHNIAH ANDA TELAH BERJAYA

Bukan susah pun soalannye..basic je. kalau tak tau jawab memang tak patut..jomlah ramai-ramai klik nufnang aku kat sebelah tu...selamat mencuba...

p/s: petang-petang sambil minum kopi Hahaha

PPEOC FUTSAL SUBANG


Sebenarnya agak lama aku tak join aktiviti di PPEOC. Sehinggalah pada 7 Januari lalu di PPEOC Futsal Central dengan bertemakan perlawanan persahabatan antara kawasan di Central Region.

Aku datang agak lewat ke sana kerana kengkangan masa..namun memandangkan lama tak berjumpa aku join jugak. Memang agak memberangsangkan sambutan dari semua ahli berbanding dulu ramai yang kaki bangku Hehe termasuklah aku ni...

Tak kiralah sama ada datang untuk bermain atau datang memberi sokongan..Tak kurang juga sokongan memakai baju mengikut team masing-masing..begitu mengujakan dan meriah sekali. sehingga ada ura-ura nak buat liga untuk PPEOC..ala-ala macam EPL tu. Walaumacamanapun aku tetap akan bagi sokongan dan membantu mana yang boleh..Terima Kasih pada semua.

Gambar mengikut Team
Team Shah Alam - biru
Team Ampang - Hitam
Team Puchong - Kuning
Team Petaling Jaya - Putih
Team Kuala Lumpur - Merah

Masa aktiviti ini juga ada dibuka kuanter kutipan duit FamilyDay Central pada 4 Februari 2012 nanti.


Lepas penat main Futsal, Pelita Subang telah dipilih sebagai lokasi lepaskan penat lelah berfutsal.

p/s; main tak nak..tapi bergambar laju je Hehe

04 Januari 2012

KENAPA BERLIPAT?

Biasa kalau tengahari ni mesti kita lunch kedai nasi campur atau nasi putih..dan kebiasaannya akan ada orang datang dari meja ke meja untuk kira harga ape yang tertera di dalam pinggan kita tu.

Hari ni cam biasa aku lunch kat lot 10 abu bakar baginda tu. mula-mula kita akan dapat kertas berlipat macam ni
Memang sengaja kan dia tutup macam tu..tak bagi kita tengok bape harga yang dikenakan. tapi sekali bukak
hammik kau..kena RM9.50. aku makan ikan pari bakar je ngan air orang kawen atau air sirap. sayur pun tak amik sebab biasa memang tak abis pun.

Nasib baiklah aku buka kertas tu lepas abis makan..kalau tak mesti ilang napsu nak makan..memang sebab tulah diorang lipat kertas tu..suruh kita pas abis makan baru tengok bape hinggit kita kena Hehe..

Harga yang dikenakan pada kita pun sebenarnya subjektif..kadang tu main taruk je. penah gak aku terterbangkan kertas tu..pastu malas nak main kejar-kejar aku biar je..pastu mintak dia kira balik "cakaplah belum kira lagi" padahal kawan semeja ngan aku dah kira Hehehe..nasib dapat harga yang lagi murah..Alhamdulillah.

p/s; aku rasa agak mahal aku kena kali ni...

03 Januari 2012

2012


Agak-agak sempat lagi tak nak ucap SELAMAT TAHUN BAHARU pada semua..agak terlewat sedikit Hehe. biasalahkan kalau dah tahun baru ni mesti orang tanya AZAM? jawapan paling senang sambung azam tahun lepas Hehe. "ape azam tahun lepas" jawapannya "entah aku pun dah lupe..dah dari dulu sambung azam tahun lepas je" Hehe sampai macam tu sekali

Walau apepun
SELAMAT TAHUN BARU
SEMOGA 2012 MENJADIKAN YANG LEBIH BAIK BAGI KITA SEMUA

p/s: alaa 20/12/2012 hari khamis plak