MyRAKAN

28 November 2014

KARNIVAL UPIN IPIN

Salam bahgia,
Balik-balik dari FAMILYDAY kat PD ahad lepas...zaqwan request nak gi karnival upin ipin pulak sebab tertengok iklan kat tibi...nak gi tengok ultraman katanya huhuhu...lepas bincang-bincang ngan wife..kitaorang pun decide tuk pegi lepas magrib. Sekali tup-tup magrib tu ujan dengan lebat sekali pulak...hati dah berbelah bagi nak pegi ke tidak..tapi dan janji ngan zaqwan..mau ngamuk tak henti nanti huhuhu anak-anak zaman sekarang

Last-last tempoh jugak dengan hujan lebat tu...Alhamdulillah selamat sampai...Jem teruk pulak kat luar tu..kepala otak dah mula pikir mane nak parking ni...dah lah tengah ujan lebat ni...tawakal je lah pegi kat parking basement...sekali alhamdulillah...banyak rupanya parking kat situ..orang terpusu-pusu sibok parking kat luar tu wat ape huhuhuhu orang malaysia

Sampai-sampai je...sekali cuma ada show upin ipin dan kawan-kawan je rupanya...ultraman dah balik jepun..urgent katanya ada rasaksa menyerang huhuhuhu...jadi sebagai gantinya layankan aje tengok persembahan upin ipin kat pentas tu dan belikan jugak jam tangan untuk nya.

Ultraman tak dapat tengok...sampai sekarang jadi bahan..."tulah umi lambat sangat" huhuhu sampaikan ada satu pertanyaan dari zaqwan kepada uminye

Zaqwan: umi, kenapa kita tak dok kat umah putrajaya?
Umi: kenapa?? tak suka rumah baru kita ni ke?
Zaqwan: tak lah...kalau tak mesti sempat tengok ultraman

Demm!!
Gambar ni aku cilok dari gambar kawan-kawan yang share kat group telegram...dan sebagai kenang-kenangan jugak..mesti ada punye gambar aku hehehe

26 November 2014

#REVIEW: RUMAH ALKAUSAR BANGI

Salam bahgia,
Saban hari, saban minggu...aku lihat carta post popular mingguan belog aku ni RUMAH BAKTI AL KAUSAR maintain je dalam top five...Alhamdulillah, ramai yang baca kot...mudah-mudahan ramai jugak yang ada memberi sumbangan untuk meringankan beban penghuni dan sukarela di situ...kalau tidak rumah bakti ini, mungkin boleh jugak di salurkan ke rumah-rumah anak yatim atau rumah-rumah kebajikan yang lain...

Maklumlah kan...sesi persekolahan baru akan bermula pada awal tahun depan..mesti banyak perbelanjaan yang diperlukan. Aku pun entah..tiba-tiba je teringat kat diorang...lama dah rasa tak kontek orang-orang disana walaupun aku ni bukanlah mesra kanak-kanak sangat..tapi bila PPEOC buat event bersama diorang tahun lepas tu rasa sebak jugaklah dan juga rasa kagum dengan pengasas dan sukarelawan dan sukarelawati yang fulltime berada di situ...untuk makluman penghuni disitu bukan sahaja anak yatim tetapi jugak anak-anak dari keluarga miskin.

Aku pun tak pasti kenapa rasa tersentuh hati di situ...mungkin terpikirkan anak-anak aku jugak kot...syukur diorang dibesarkan dalam keluarga walaupun tak mewah tapi sekurang-kurangnya agak selesa...kalau cerita kat diorang pun bukan tau ape pun..tau seronok beronok-ronok je hehehe

SHARE skit satu KISAH RM0.30 YANG MENYENTUH HATI SAYA yang diterima melalui whatsApp

Cikgu: kenapa amin tak rehat?
Amin: mak saya beri 30sen sehari cikgu...kat kantin 30sen ni dapat beli karipap je satu, segan la cikgu beratur panjang-panjang dapat beli karipap satu jaa...jadi saya kumpul duit hari ni untuk makan hari esok, dapat la saya makan karipap ngan air sirap 30sen...saya kat kantin dari selasa & khamis je cikgu (amin tertunduk malu)

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih dan sebak. Di zaman 2014 ini masih ada juga pelajar yang membawa 30sen ke sekolah. Ramai antara kita memandang 30sen itu jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 30sen sangat besar ertinya.

Cikgu: kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ya?
Amin: Oh, hari jumaat duit 30sen ni saya sedekah masa bacaan yassin, cikgu...jawab Amin dengan bersahaja. "Mak saya kata kalau kita sedekah, rezeki kita akan bertambah."

Mata saya dah berkaca..saya terkejut dan bertambah sebak, dah la duit ada 30sen, siap boleh sedekah pulak lagi...Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskanlah pintu rezeki mereka, semoga mereka tidak lagi berada didalam kemiskinan.

Huh, macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 30sen yang diberi untuk makan, dia sedekahkan 30sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yassin.

p/s: tak kisah lah kisah ni betul atau tidak...tapi ia memang menyentuh perasaan. semoga ia menjadi pengajaran kepada saya dan kita semua supaya sentiasa lebihkan bersedekah

25 November 2014

HARI KELUARGA 2014

Salam bahgia semua,
Nampak nur keimanan tak kat muka diatas hehehe...hari minggu lepas, sempat jugak aku menghadirkan diri ke sambutan hari keluarga sebelah mak aku..alaa kira adir beradik mak aku lah...memang biasa tiap tahun ada buat, ikut pusingan di rumah adik beradik mak aku.

Tahun ini kena pulak giliran di rumah adik sulung mak aku di mambau negeri sembilan...memang syukurlah sebab dekat hehehe...seperti biasalah majlis bermula dengan solat magrib secara berjamaah dan seterusnya bacaan yassin serta tahlil
Selesai je solat isyak...apa lagi...serbu makanan pulak...memang seronok makan ramai-ramai sekali sekala ni...menu utama dan persiapan ditaja oleh tuan tanah dan ada jugak menu-menu hasil sumbangan saudara mara yang lain...buat tambah-tambah katanya...baru meriah makanannya kan hehehe
Memang tak hingatlah kan menu spesial malam tu...lambchop....ermmmmm mabelesssss..lepas sejam mentelaah makanan tu, sesi cabutan bertuah pulak bermula...memang masing-masing target hadiah yang besar-besar punye lah...tapi jangan ingat hadiah kecik tu tak bernilai ok...hadiah adalah sumbangan dari saudara mara yang hadir...memang terbaekk lah 99.999999% bawak.
Disamping itu ada jugak acara-acara sampingan macam teka jumlah gula-gula, teka barang dalam kotak, teka panjang benang dan teka gambar...ehh ada lagi tak ekkk sudah kelupaan aku huhuhuhu layan gambar dulu...
Idea dan hadiah jugak adalah sumbangan dari saudara mara yang hadir jugak...memang sporting gile kan diorang...Dan yang paling gempak tu siap ada banner "SELAMAT DATANG WARGA JDT"
Apa lagi melaramlah kami yang bujang-bujang ni kat banner hahahaha bujang lah sangat...Sedara mara ni aku ni majoritinya memang dari johor...anak jati johor ok..cuma aku ngan pakcik aku ni je yang sedikit tergelincir terkeluar dari negeri johor...ic pun aku dah tukar alamat hehehe.

Habis cerita pasal aktiviti malam....ohh ya kami tidor kat homestay di taman politeknik port dickson..dah alang-alang sampai PD kan..biasalah keesokkan harinya pagi lagi dah keluar ke pantai tuk sesi berkelah dan bermandi manda..pantai pilihan adalah yang berdekatan dengan homestay kami...pantai sri purnama merindu hehehe
Sempat naik banana bot korang tau...lama gile tak naik...agak berdebar-debar jugak lah...pesan siap-siap kat abang tu jangan sampai kami jatuh..kalau jatuh kami tak nak bayar hahahah jahat kan...bayaran dibuat selepas kami selamat sampai di landasan yang benar.

Okey setakat tu je programnya..dan kami bersurai ke rumah masing-masing dalam jam 2.30 petang iaitu selepas perut kenyang makan tengahari...dan mata pun mengantuk terangguk-angguk..tapi alhamdulillah semua selamat sampai ke destinasi

In Shaa Allah kita jumpe lagi dalam siri yang lain nanti.

20 November 2014

MEGA AUTOSHOW PUTRAJAYA 2014

Event ni berlaku ahad lepas...Alhamdulillah berlansung dengan jayanya walaupun agak sukar jugak masa dah dekat-dekat tu walaupun dalam hati ada berkata-kata...diorang cuma gimik je tu...tapi yerlah risau jugak kalau diorang datang nanti tak enjoy kan...itu objektif utama aku sebenarnya kalau create atau join mana-mana event yang melibatkan PPEOC.

Dah sinonim kalau nak buat gathering kelab kereta mestilah ada autoshow kan...buat kereta cantek-cantek pastu tayang kat orang..tapi memang itupun tujuannya..jadi macam satu kepuasan kalau orang datang kat kenderaan kita dan belek-belek, snap gambar...orang gembira kita pun gembira.

Kali ini event autoshow dibuat sekali dengan perhimpunan kelab-kelab kereta sekali gus memecahkan rekod himpunan kereta terbanyak di dalam malaysia book of record.. di khabarkan event hari itu berjaya mengumpulkan hampir 70 kelab kereta dengan 10,000 kenderaan khususnya kereta berhimpun.

Lain-lain acara yang diadakan hari itu adalah seperti
KARAOKE
TREASURE HUNT...PPEOC naib johon ok..Tahniah
GUSTI LENGAN
BERGAMBAR TUK COVER MAJALAH...hahaha berangan

Antara kereta-kereta autoshow yang turut serta...maaflah tak amik banyak gambar pasal teruja wahahaha
Antara kereta wakil-wakil dari kelab yang menyertai
Wakil PPEOC
Penaja
 Memang sangat happeninglah sampaikan aku pun pening sebab satu hari tak makan hehehe...nasib baiklah meetpoint sebelum ke tapak event ni berkumpul di restoran mamak darusalam presint 16...dapat jugak makan roti canai
Konvoi
Bergambar setelah sampai
Ohh ya..jumlah kenderaan dari PPEOC hari itu adalah sebanyak 20 buah sahaja...bolehlah kan dari tak ada...yang sedihnya aku tak dapat bersama mereka sehingga habis..dalam jam 2 petang macam tu aku kena bergegas ke opis sebab kene keje luar hari isnin tu... Terima Kasih banyak-banyak pada yang sentiasa support event-event PPEOC.

19 November 2014

BOLA SEPAK NEGARA

Salam bahgia,
Pagi tadi masa minum pagi sempatlah lepak borak-borak ngan peminat bola sepak...orang lama okey...kalau dah duduk ngan orang bola ni..kompom-kompom topik utama bola sepak walaupun musim piala malaysia dah abis...aku ni yang tak minat sangat bola ni angguk-angguk geleng-geleng aje...menyampuk sikit-sikit mana yang aku tau.

Menurutnya pemain sekarang amat beruntung...gaji pun dan berpuluh ribu ringgit..bukan macam pemain dulu-dulu yang gaji diorang pun ciput je...zaman dah berubah, betul tak? dulu 5 sen pun boleh beli barang...sekarang????

Pemain dulu, menurutnya...sebelum latihan diorang akan ada sesi naik bendera sambil menyanyi lagu NEGARAKU...ala macam kita sekolah dulu lah...sampaikan raking kita yang keempat tak silap aku di Asia...sampai dapat masuk olimpik...banyak negara-negara yang gerun dengan pemain malaysia...tapi sekarang????

Tak salah pun bagi habuan sampai ribuan ringgit kepada pemain...bagi lagi habuan tambahan kalau menang...sebab diorang pun tak ada KWSP rasanya...main pun paling kuat dalam 4 ke 5 tahun..lepas tu lepak saje..takde kerja...tapi bab menyanyikan lagi kebangsaan tu yang amat-amat aku sokong...ia sebenarnya akan membangkitkan lagi semangat main untuk negara berbanding main kerana wang.

Betul....wang adalah segala-galanya sekarang ni...tanpa wang, kawan pun kita tak ada..apatah lagi makan minum, pakaian, tandas dan lain-lain. Tapi kita ni bila dapat wang yang banyak...kelabu biji mata...lupa dah pasal misi kita...lupe arah tuju kita...lupe masa depan kita..lupe segalanya.

Aku memang dari dulu lagi tak berapa berkenan dengan sukan ni...apa-apa sukan...apa-apa peringkatlah...rasa macam satu pembaziran.

Satu contoh..dulu kat opis aku...satu pihak yang minat ngan sukan, satu pihak lagi minat ronggeng-ronggeng...kebudayaan lah..bila ada game sukan, perlukan duit...yang ronggeng-ronggeng ni pun bila ada program pun perlukan duit...pam pung pam pung pam pung last dua-dua dapat bajet dari persatuan...tapi akhir ceritanya, pihak yang bersukan ni balik dengan tangan kosong...duit yang dilabur lebur macam tu aje..tapi sebaliknya kepada pihak kebudayaan ni, diorang dapat pulangkan balik duit yang diberi persatuan tu sebab taknak nanti orang bising-bising kata benda tak berfaedah...siap dengan tiap-tiap yang join persembahan dapat duit poket lagi.

Itu baru cerita peringkat persatuan je...belum cerita yang peringkat kebangsaan...????

14 November 2014

SEMINAR PENGUKUHAN KELUARGA 2014

Salam bahgia,
Tentu ada yang masih ingat..aku ada bagitau semalam aku berpeluang menghadiri satu seminar "Isteri DiSayangi, Suami DiKasihi"...gempakkan tajuk. Ohh ya..lokasi seminar ini adalah di Kompleks D Putrajaya anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) Putrajaya.

Memang ramai gila orang yang datang..sampaikan ada yang duduk kat tangga...tapi biasalah yang ramai semua puan-puan, puan-puan, puan, puan, puan. Kaum adam pun adalah jugak tapi dalam 5 persent je kot.
Sape tak kenal dia ni kan...Ustaz Mohd Kazim bin Elias Al-Hafiz...sebenarnya masa slot pertama je iaitu slot ustaz ni yang ramai gile-gile tu...maklumlah dah fofuler. slot pertama ini bertajuk "Abang Sayang, Adik Cinta". sebenarnya aku pun first time dengar ceramah dia secara live...selalu tengok kat tv je...ceramah dia ok lah..tidak bosan dan pandai mengambil perhatian pendengar di samping isi yang padat.

Slot kedua pulak bertajuk "Isteri Disayangi, Suami Dikasihi" yang dibuat berbentuk forum. Ahli panel yang tidak asing lagi katanya...tapi bagi aku masih asinglah sebab memang tak kenal pun nama ahli panel tu walaupun pengacara majlis ada cakap ahli panel ni biasa kuar kat tv dan radio. Ok..ahli panel pertama bernama Ustaz Badlishah bin Alauddin dan kedua Ustazah Dr. Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh...manakala moderator pula adalah untaz Nabil bin Ahmad...tapi bukan Nabil rajalawak tu ekkk hehehe..kalau dia memang harulah forum tu nanti hihihi

Kesimpulan yang aku dapatlah dari kedua-dua slot itu adalah;

1. Kita harus terima kelemahan dan kekurangan pasangan. Jadikan pasangan kita adalah yang terbaekk dari orang lain.

2. Cara berkomunikasi juga penting dalam menentukan kebahagian rumahtangga. Jadi kita harus mengenali pasangan kita sedalam-dalamnya.

3. Mengambil Rasulullah SAW dan isteri RA sebagai rollmodel untuk rujukan dan contoh tauladan.

4. Pemilihan pasangan biarlah dikalangan orang yang beragama dan berakhlak...beragama tanpa akhlak pun tak jadi ape jugak.

5. Masa bertunanglah masa yang sesuai untuk kita mengenali lebih rapat dengan suami/isteri kita...bertunang tidak semestinya berakhir dengan berkahwin.

Banyak lagi sebenarnya isi kandung yang disampaikan...tapi ini ke kot yang masuk ke dalam kepala otak aku ni hehehe...in shaa allah ada peluang boleh pegi lagi.

p/s; seminar yang penuh dengan gelak tawa tapi bermanfaat....TERBAEKK!

13 November 2014

AGAIN: HILANGNYA SATU KEPERCAYAAN

Salam bahgia,
Aku ni memang jenis yang susah nak tak percaya kat orang...semua aku anggap baik je..bukan ape, tak nak pening kepala sebenarnya...aku ni bila dah hilang kepercayaan kat seseorang..adalah sesuatu yang besar yang dia telah buat kat aku samada dibelakang atau terang-terangan..memang aku akan berfikir panjang..apa aku nak buat dengan dia ni? macam mana kalau dia tegur aku? ajak aku lepak-lepak ke...atau kemana-mana? apa alasan aku nak bagi ni huhuhuhu

Memang pening kann...tapi kebiasaannya aku akan cuba buat macam takde apa-apa yang berlaku dan cuba untuk menjauhkan diri dari dia...tu je.

Hari ni wife cuti kerana menjaga zaheera yang entah tiba-tiba demam...badan panas sangat...pagi pulak aku ada seminar abang sayang adik cinta anjuran JAWI Putrajaya...tiba-tiba masa take 5 tu aku baru tengok hpone...ada dua SMS dari wife...intenit aku off sebab nak jimat hayat bateri..aku pun terus call...risaulah ada ape-apa emergency...kot-kot demam zaheera makin parah...

Sekali aku call...wife bagitau jiran baru sebelah rumah tu basuh baju guna air dari rumah kami...huhuhu macam tak percaya kan...aku ni lagi tak terpikir pun perkara macam ni akan terjadi. Jiran aku ni dia baru je duduk menyewa kat situ..tak sampai sebulan pun...nama dia pun aku tak sempat temuramah lagi...masing-masing sibuk bekerja...pegi pagi balik lewat petang dah.

Kebetulan tuhan nak tunjuk..kalau zaheera tak demam dan wife tak cuti memang sampai kesudah kami tak tau menahu...sebelum ni pun memang ada macam sabun kat kepala paip tu...kepala paip tu pun aku rasa macam dah longgar..jadi air menitis tak henti dan yang paling parah bil air aku bulan ini meningkat...ITUPUN SAYA TAK SYAK APA-APA! bodoh ke aku ni...sentiasa pikir semua orang baik...tak akan melakukan perkara-perkara luar kawalan.

Tapi lepas ni mungkin aku akan lebih berhati-hati...tapi ngan jiran yang satu tu je lah hehehe...selama ini memang aku amik ringan kat semua perkara...THAT MY KELEMAHAN (cakap omputih plak)...

p/s: tadi ceramah kazim alias memang terbaekk..first time dengar live..jakun kan aku hehehe

11 November 2014

JPJ vs KEMALANGAN & KEMATIAN JALAN RAYA

 
 Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
diharapkan maklum balas oleh admin FB JPJ ini tidak terlewat untuk memberi sedikit pencerahan terhadap video dan kenyataan-kenyataan yang sedang tersebar melalui media sosial terhadap JPJ.
Saya akan bawa pembaca ke suatu bentuk persoalan dan jawapan pencerahan terhadap tomahan yang dilemparkan kepada JPJ.

1) Apa punca kuasa yang ada pada JPJ?
JPJ merupakan sebuah AGENSI PENGUATKUASA JALAN RAYA DI MALAYSIA. Kuasa yang diberikan kepada agensi JPJ termaktub di bawah AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 yang mana secara umumnya JPJ berkuasa utk menjalankan penguatkuasaan terhadap pemandu, kenderaan dan jalan raya.
Sebab itu JPJ tidak boleh mendakwa penjual aksesori cermin gelap dan nombor plat. Namun begitu, walaupun penguatkuasaan tak boleh diambil keatas kedai aksesori tetapi JPJ tidak biarkan sahaja. JPJ telah turun ke kedai2 ni untuk sebarkan garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang.

2) Apa matlamat JPJ sebenarnya?
Saya percaya semua sedia maklum melalui video yang disebarkan. Semua tahu JPJ bermatlamat untuk MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN DAN KEMATIAN DI ATAS JALAN RAYA.
Mungkin perlu saya jelaskan dengan lebih terperinci atau 'rephrase' kenyataan Ketua Pengarah JPJ bahawa, kematian di atas jalan raya merupakan pembunuh nombor 3 di Malaysia. Menurut statistik pada tahun 2013, sebanyak 6,915 kematian dicatatkan. Daripada jumlah tersebut satu kajian telah dibuat dan mendapati sekiranya tiada langkah penguatkuasaan diambil terhadap pengguna jalan raya maka unjuran kes kematian pada tahun 2020 akan mencecah kepada 10,716 kematian.
Melihat kepada jangkaan tersebut JPJ sebagai agensi yang bertanggungjawab perlu lakukan sesuatu. Oleh itu, Ketua Pengarah JPJ dengan penuh iltizam bersama2 dengan anggota JPJ telah tekad untuk memastikan jumlah kadar kematian ini perlu dikurangkan. Penunjuk Prestasi indeks (KPI) telah dijadikan kayu ukur kepada semua warga JPJ untuk mencapai matlamat murni Ketua Pengarah tersebut.
KPI yang telah ditetapkan pada tahun 2020 adalah pengurangan jumlah kadar kematian di jalan raya sebanyak 50%. Makna kata, daripada jumlah unjuran yang dijangka iaitu 10,716 kematian pada tahun 2020, JPJ perlu memastikan kadar kematian tersebut tidak melebihi 50% (atau 5,358 kes kematian). 

3) Kenapa tidak KPI jumlah kematian dikurangkan sehingga 100%?
JPJ sentiasa realistik dalam isu penguatkuasaan, kerana perlu diketahui bahawa jumlah kenderaan baharu sentiasa meningkat saban tahun, malah purata hampir 600,000 pemandu baharu bakal didaftarkan setiap tahun. Justeru itu KPI tersebut adalah sesuatu yang rasional seiring dengan matlamat antarabangsa untuk menjadi negera maju pada tahun 2020 nisbah kematian dijalan raya sebanyak 2:10,000 kenderaan.

4) Penguatkuasaan nombor pendaftaran kenderaan (no plat) boleh menyebabkan kemalangan dan kematian ke?
Saya cukup bersetuju bahawa plat no kenderaan tidak langsung menjadi punca kemalangan. Tapi anda semua juga perlu bersetuju bahawa plat no kenderaan merupakan medium KAWALAN KESELAMATAN kepada 7 KESALAHAN UTAMA yang menjadi punca atau penyebab kemalangan dan kematian:
-tali pinggang/topi keladar
-telepon bimbit
-potong garisan berkembar
-langgar lampu isyarat
-potong garisan
-lorong kecemasan
-had laju

Langkah PENCEGAHAN/KAWALAN/PENGUATKUASAAN ke atas 7 Kesalahan Utama ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya identiti kenderaan (melalui spesifikasi no plat kenderaan yang ditetapkan) dapat dikenal pasti.
Contoh kesalahan had laju tidak dapat dicegah sekiranya no plat 'fancy' digunakan. Contoh lain pula laporan polis yang dilaporkan oleh orang awam untuk kesalahan langgar lari akan menjadi sukar sekiranya pengadu tidak menyatakan no plat kenderaan. (Alasan yang selalu diterima ialah plat no kurang jelas).

5) Penguatkuasaan Lampu HID dan strobe light pula apa kaitannya?
Sebagai pengguna bagi kedua2 item ini anda mungkin anggap ianya sesuatu 'keperluan' (mudah dilihat/ nak nampak cantik) kenderaan anda tapi perlu diingatkan bahawa daripada uji kaji yang dibuat pengguna kedua2 item ini boleh menyilaukan mata pengguna jalan raya yang lain serta kebarangkalian untuk gagal mengawal kenderaan dan terbabas akan berlaku. Mengambil kira faktor untuk memastikan SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA SELAMAT, JPJ perlu menguatkuasakan item2 ini.

6) Penguatkuasaan cermin gelap adalah undang-undang lapuk?
Kita semua perlu bersetuju bahawa mentaliti rakyat Malaysia masih di kelas ketiga (lain dengan negara maju yang membenarkan penggunaan cermin gelap). Mengambil kira perkara ini, seperti isu no plat kenderaan, penguatkuasaan cermin gelap juga merupakan medium bagi KAWALAN KESELAMATAN.
Contoh, sekiranya pemandu bagi kenderaan yang menggunakan cermin gelap ini tidak memakai tali pinggang keladar atau menggunakan telepon bimbit semasa memandu, anggota penguatkuasa sukar untuk melaksanakan tindakan pencegahan terhadap kesalahan tersebut sedangkan kesalahan yang dilakukan ini boleh menjadi punca berlakunya kemalangan.
Untuk makluman semua, peraturan penggunaan cermin gelap dibuat adalah berdasarkan kepada input dan pandangan daripada beberapa agensi yang berkepentingan seperti PDRM, MIROS, JKJR, SPAD, MOT, dan beberapa agensi penguatkuasaan yang lain. Mereka terlibat atas alasan membawa matlamat agensi masing2. Masihkah anda ingat kes Noor Suzaily Mukhtar yang dirogol di dalam bas bercermin gelap. Kesemua ini telah diambil kira dalam mencapai satu keputusan yang relevan untuk kesejahteraan bersama. 

Kesimpulannya, keselamatan jalan raya sebenarnya isu sejagat yang memerlukan perhatian dan tindakan secara bersepadu oleh kita semua rakyat Malaysia. Selaku agensi yang bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan di atas jalan raya, kami memohon jasa baik dan kerjasama daripada semua untuk kita bersatu padu dalam menangani isu kemalangan dan kematian di atas jalan raya.
Diharapkan penjelasan ini dapat memberi sedikit sebanyak perkongsian untuk semua.


SUMBER DARI FB JPJ

03 November 2014

KUAR MULUT RIMAU, MASUK MULUT BUAYA

Salam bahgia,
Sabtu lepas, oleh kerana wife ajak pegi nilai 3 sebab nak beli barang skit...jadi dah alang-alang nak lah jugak repair cermin tingkap yang dah macam nak jatuh tu...
Sampai kedai pertama, aku terus suruh mekanik tu tengokkan cermin tingkap yang nak gugur di medan perang tu...dia pun belek-belek...test turun naik turun naik cermin tingkap tu...dan terus bagitau aku mungkin motor dia dah rosak...kena tukar. Aku tanpa segan silu terus tanya macam orang banyak duit...

Aku: "berapa harga??"
Mekanik: "RM90"

Mak ai terkejut aku murah bebeno..terus tanya yang tu tak ori kan...aku nak harga yang ori punye. dia pun bagitau RM280...aku terus kompomkan, ok amik yang ori tu...

Mekanik: "yg ni pun okey jugak maa"
Aku: "tak mau lah...saya nak yang ori"
Mekanik: "ori takde stok" cakap lah awal-awal kan senang
Aku: "ok takpe lah"...terus aku bla

Sampai kedai kedua dan ketiga jalan cerita sama...dia tanya aku apa rosak...aku ni mane lah tau..belasah je lah

Aku: "mungkin motor dia kot"
Kedai ke-2: "maaf bang...mekanik kita takde hari ni"
Kedai ke-3: "takde stok"
Last-last tak jadi apa pun...beli je barang yang nak dihajati tu dan balik...terasa hampa jugak.

Lepas tu semalam...oleh kerana kegagalan kat nilai tu, aku telah pegi ke kedai sparepart dekat rumah aku...kot-kot dia boleh tolong tengokkan dan kalau ada barang boleh terus betulkan...aku dah bosan tak boleh bukak tingkap ni huhuhu

Sampai kedai sparepart tu terus jumpa owner dia..."bang...boleh tengokkan cermin tingkap kereta saya tu..macam nak jatuh dah".... "boleh..tapi tunggu lambat skit boleh..nak siapkan kereta ni dulu"...aku ok je, malas nak gi jauh-jauh dah
Lepas puas aku menunggu akhirnya giliran kereta aku..."bang..ni rosak kat sini"..sambil dia tunjuk kat aku tempat besi palang-palang dalam pintu tu...aku pun tanya, "bukan masalah motor dia ke bang"..."motor dia okey lagi..cuma skru kat sini longgar", penerangan panjang lebar dari abang mekanik tu.
Inilah dia besi palang-palang yang aku maksudkan tu...akhirnya dia pun just betulkan kedudukan cermin tingkap dan ketatkan semula skru-skru yang longgar....SELESAI....tak perlu sampai tukar motor power window yang harga sampai RM200++...cuma bayar upah repair RM20 sahaja...alhamdulillah nasib tak tukar kat nilai hari tu.

Pagi ni aku hampir-hampir eksiden...dek kerana ada kereta tu dok main juluq-juluq nak tukar lorong..last-last langgar kereta aku. Bukan main pening fikirkan nasib pagi ni..memang spoil betul..aku pulak malas nak berenti sebab dah lambat satu hal...kenderaan lain pun banyak..jalan kat putrajaya ni bukan ada bahu jalan kalau kita nak berenti kat tepi...garisan tepi ngam-ngam sou dengan devaider.

Sampai opis terus check teruk ke keta aku ni..berdebar-debar jugaklah jantung berdegup hehehe...tengok-tengok takde ape-ape calar pun...alhamdulillah, syukur. Lepas tu tengahari nak keluar beli barang tengok sekali lagi sebab memang tak puas hati...rasa masa berlanggar tu macam kuat je berdentum...tengok-tengok sekali spotrim aku yang bercalar huhuhuhu
Wahhhhhh...takpelah sikit je pun...cuba memujuk jugak hati...tapi memang mujurlah tak kena body kereta..takdelah macam ralat sangat.

Ohhh ya bengkel tempat aku betulkan tingkap cermin tu terletak di TAMAN BUNGA RAYA, BANDAR BARU SALAK TINGGI...tepi jalan besar tu je...AGS & RZ AUTO SERVICES nama kedai tu...ala tempat aku SERVIS KERETA hari tu hehehe.