MyRAKAN

Memaparkan catatan dengan label TV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TV. Papar semua catatan

24 Julai 2013

KETUK-KETUK RAMADHAN 2013

Salam 15 Ramadhan,
Pejam celik dah 15 Ramadhan kita rupanya..maka bermulalah putaran lagu-lagu raya di corong corong radio. Bulan ramadhan ni salah satu rancangan kegemaran aku "Ketuk-Ketuk Ramadhan". biasa memanglah aku bukan suka sangat rancangan masakan ni..tapi yang ni lain..masakan dia simple je tapi telatah hos atau pengacara rancangan bersama artis jemputan itu yang mencuit hati aku dan aku rasa semua orang yang menonton rancangan ini.

Apa yang menarik rancangan ini, walaupun nampak berbentuk rancangan masakan tapi menghiburkan dalam bentuk santai..dengan rancangan yang dirakamkan di pasar tani seluruh negara...satu lagi, lagu background dia memang mengingatkan aku sesuatu hahaha..ape dia??? biarlah rahsia wakakaka..

Ohh ya sebelum lupe saksikan Ketuk-Ketuk Ramadhan setiap hari di TV1 jam 12.30 tengahari.
Shiela Rusly sebagai Pengacara

p/s; memang tergelak lah kalau korang tengok rancangan ini sampai terlupe sekarang ni masa kerja hehehe

01 Oktober 2012

KUPETIK DOSA

As Salam...
Korang layan tak cite malam tadi kat TV3..rata rata mesti korang layan kan. Bagi yang tak tengok tu memang rugi kot..sebab best sangat hehe tapi sorry ek aku kat sini bukan nak citer sinopsis dia kat sini hehe...

Aku pulak terjebak ngan cite ni pun pasal ada Fasha Sandha. bagi akulah setiap cerita lakonan dia pasti meletup...tidak mengecewakan kita. sebab dia ni serba boleh..bagilah ape watak sekali pun perempuan baik, jahat, perempuan kampung, bandar, seksi, ketawa, menangis, marah, geram semua dia dapat membuatkan aku terpukau..nampak macam betul.Cuma ramai yang tak suka kat dia ni kerana peribadi dia...memang mengecewakan.

Balik pada cite kupetik dosa tu...memang membuatkan orang tertunggu-tunggu ape terjadi.. sampaikan orang nak masuk tidor pun tak jadi tidur. nak jugak tengok sampai habis.

p/s; walauapapun fasha sandha de best


09 April 2012

ABPBH 25 TAHUN 2011

Demam ABPBH kembali lagi..mesti ramai yang duduk kat umah mengadap TV termasuk lah aku. semua gara-gara nak tengok sendiri ape kelainannya dan gimik kali ini...

Aku pun takde nak komen ape-ape pasal ABPBH25 ni..cuma mungkin ada beberapa keputusan yang diluar jangkaan..apepun layan dulu keputusan Anugerah Bintang Popular malam tadi..

ARTIS DUO/BERKUMPULAN
Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah

ARTIS BARU WANITA POPULAR
Tasha Shilla

PENYAMPAI RADIO LELAKI
Faizal Ismail

ARTIS KOMEDI WANITA
Didie Alias

ANUGERAH PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT
Dato' Shila Majid

PENGACARA TV LELAKI
Zizan Razak

ARTIS BARU LELAKI POPULAR
Johan Ariff As'ari

PELAKON TV LELAKI POPULAR
Fizz Fairuz

PENYAMPAI RADIO WANITA
Fara Fauzana

PENGACARA TV WANITA
Fara Fauzana

ARTIS KOMEDI LELAKI
Johan

ANUGERAH SERI PERAK
Dato' Siti Nurhaliza

PENYANYI LELAKI POPULAR
Hafiz

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
Aaron Aziz

PELAKON TV WANITA POPULAR
Fasha Sandha

PELAKON FILEM WANITA POPULAR
Maya Karin

PENYANYI WANITA POPULAR
Yuna

ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR 2011
Aaron Aziz

p/s; dato' siti kalau masuk lagi abpbh ni kompom-kompom tiap-tiap tahun menang

17 Mac 2012

30 Januari 2012

AJL 26


Aku sebenarnya pun tak tengok AJL malam tadi. pegi dengar kuliah magrib ustaz azhar darus dengan member-member PPEOC kat masjid shah alam. habis-habis kuliah tu dengar hafiz awan nano menang melalui radio hot fm. Tahniah...!

Keputusan Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26)

Persembahan terbaik 
Alyah, Kisah Hati

Vokal Terbaik 
Hafiz, Awan Nano

Ketiga 
Faizal Tahir, Karma

Kedua 
3 Suara, Beribu Sesalan

Juara 
Hafiz, Awan Nano

p/s; agak-agak pasni ade kuar tak t-shirt awan nano

14 Jun 2011

AKADEMI FANTASIA 9

Walaupun dah lama berlalu..kata orang tu dah basi tapi aku nak buat jugak entry pasal AF9 ni. saje aku punya suka hehe...

betul ke af9 ni..akademi fantasia terakhir. ke cuma gimik sebab nak dapat rating penonton..kita pun tau kan akademi fantasia ni penuh dengan kejutan. kalau sebelum ni hanya ada AF MASUK tapi masa af9 ni ada pulak OPERASI GUGUR..gugurkan pelajar dan masukkan pelajar baru.

kalau pun tiada lagi akademi fantasia lagi..mungkin pihak astro akan buat satu rancangan realiti baru yang seakan-akan akademi fantasia sebagai penjenamaan baru..dengan wajah baru dan perjalanan cerita yang baru...


walau ape pun tahniah kepada HAZAMA menjadi juara akademi fantasia musim ke-9 ini...tapi aku suka sangat persembahan dia sebab ada si dia ni..

hehe...

p/s; lepas ni kita layan ustazah pilihan plak...

04 April 2011

PENGETUA AF9


Aku tau ramai dah tau sape pengetua af9. kat tv, akbar, fb, twitter semua dah citer pasal pengetua af ni.



Tahniah Amy Search
Pengetua Akademik Fantasia 9

diharapkan dengan pelantikan beliau terlerailah sudah spekulasi tentang pengetua af9. semoga beliau akan membimbing kesemua pelajar pelajar af9 untuk menjadi bintang yang berkelip kelip dan bersinar di arena pengartisan.

p/s; suka gimik masa nak umum SIAPA PENGETUA AF9. semua dok senyap sampailah lagu PAWANA dinyanyikan oleh Amy Search sendiri

PALING POPULAR


Akhirnya terjawab lah sudah bintang paling popular tahun 2010 ni. memang seperti dah di duka oleh aku artis artis yang menang tu. cuma ada beberapa kategori jelah yang salah hehe. macam penyanyi wanita popular, tak target pun yuna memang. tapi memang tak disangka sangka kann...tahniah yuna

macam fasha sandha, lisa surirumah, fbi, fafau dah lain lain lagi memang dah aku target menang. ceh macamlah aku hantar undian hehe...kalau aku hantar kompom kompom grand livina tu aku yang punya haha...

senarai keputusan abpbh 2010

Artis Berkumpulan/Duo Popular: 6TH SEN

Pelakon TV Wanita Popular: FASHA SANDHA

Penyampai Radio Lelaki Popular: FBI

Artis Komedi Wanita Popular: NOORKHAIRIAH

Artis Nasyid Popular: RABBANI

Pengacara TV Lelaki Popular: PAK NIL

Artis Baru Lelaki Popular: SHAHIR

Penyampai Radio Wanita Popular: FAFAU

 Pelakon TV Lelaki Popular: REMY ISHAK

 Pengacara TV Wanita Popular: FAFAU lagi...

 Artis Komedi Lelaki Popular: ZIZAN
 
Penyanyi Lelaki Popular: FAIZAL TAHIR

Pelakon Filem Wanita Popular: LISA SURIANI

Artis Baru Wanita Popular: ANA RAFFALI

Pelakon Filem Lelaki Popular: SHAHEIZY SAM

Penyanyi Wanita Popular: YUNA

bintang paling popular abpbh 2010: SHAMEIZY SAM
  
tahniah!!

p/s: walau apapun persembahan SITI tetap the BEST..

30 Mac 2011

APRIL

aprilfool aprilfool...aku memang tak suka aprilfool. tapi kalau swimming pool aku suka. apa lagi main air hahaha macam budak2 kan.

aku bukan nak citer pasla aprilfool ni...tapi nak cerita pasal rancangan2 realiti yang bakal ditayangkan di TV bulan april ni. memang akan mendapat sambutan hangat dari penonton2 setianya termasuklah aku kot. kot??WHY

ok harap korang tunggulah kemunculan rancangan2 ini kat astro pada bulan april ini. malas aku nak citer panjang lebar...

af9 di astro ria

im di astro oasis

rancangan baru ni tapi di astro warna

p/s: sape2 belum amik pakej mastika cepat2 maharaja lawak dah nak mula...

17 Mac 2011

CINTA SEMPURNA


salam semua...
korang tengok tak citer bersiri "cinta sempurna" kat astro oasis jam 6.30 petang. aku dulu tak layan gak tapi sejak tiga menjak ni hari2 tertengok. kadang tu tension gak udah ler bersiri setengah jam plak tu. sebab tulah aku malas nak layan citer2 bersiri ni. kadang tu berhantu pun ade aku rasa. bile dah tengok sekali sok lusa nak tengok lagi. nak gak tau pasni ape jadi pastu ape jadi.

cite ni mengisahkan ustad nazir dipertanggungjawabkan oleh seoarang ibu dan bapa untuk membetulkan aqidah anak mereka, shila dan najib yang telah menyimpang jauh jauh kerana lama tinggal di luar negara. kalau nak tau kisah selanjutnya tengoklah di astro oasis jam 6.30 petang. tiap2 harilah kot hehe aku malas nak amik tau nanti tertunggu2 je citer tu.

macam cite awan dania ngan dia atilia...memang kemaruk gila dah aku. walaupun citernye sekarang memang dah macam merapu2 tapi aku still tengok tiap2 minggu. spa qistina pun camtu..nak je tengok tapi aku tak layan sangat pasal lewat sangat dah kot citernye.

p/s; jangan ajak aku tengok citer bersiri siri ni...tapi dengar2 asmara 2 best jugak. ohh tidak!!

14 Februari 2011

MENTOR 5

salam semua...
kini mentor kembali lagi dengan banyak kejutan dan kelainan. harap2 lah kannn...

malam tadi bermulalah episod baru rancangan rialiti di tv3, mentor 5. ia adalah episod bermacam2 kerenah dan gelagat manusia2 yang teringin menceburkan diri dalam dunia artis. sampai ade yang sanggup datang dari jauh, keluarkan belanja yang banyak semata2 untuk menghadiri ujibakat mentor. kalau betul2 layak dan bersedia takpelah jugak, ini nan ado...

aku rasa banyak sangat telatah2 yang aku rasa memalukan diri sendiri. takkanlah diorang semua tak tau telatah diorang tu dirakam dan akan disiarkan di tv? tak mungkin sebab terang2 nampak kemera keliling diorang.

lebih sedih lagi, dah lah ko tu hidup susah. rumah kesian aku tengok. mak ayah dah tua. sanggup abiskan duit semata2 nak ujibakat. bila tak dapat merayu rayu sebab orang susah, datang dari jauh, masuk ni pun nak tolong keluarga.

sedih aku bile tengok orang2 macam ni. dulu masa aku jadi urusetia temuduga keje gomeng pun sama. bile tanya keje ape, keje kat kedai handpone gaji 3-4ratus. kwsp takde. sokso takde. sebab tu sangat2 mengharap dapat keje gomeng.

pada akulah baik korang2 semua keje KFC ke McD ke lagi terjamin. kwsp ade sokso ade silap2 bakso pun leh dapat hehe...penginapan kesihatan cuti dan macam2 lagilah beniffik korang leh dapat.

p/s; bukan nak mengeji tapi pendapat aku je..tapi kalau betul2 berkelayakkan ape salahnye kan

10 Januari 2011

TOLONG INGATKAN AKU

TOLONG INGATKAN AKU
ANA RAFFALI
JUARA LAGU AJL25

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

p/s: semua dia bolot...komposer penulis lirik penyanyi semua ana raffali

12 November 2010

CHINTA

Akhirnya abis jugak citer chinta ni...letih tiap2 petang balik keje terkejar2 nak tengok citer ni. sampaikan anak pun terabai. inilah dia penangan citer melayu.

aku takdelah peminat tegar citer ni tapi kalau dah balik umah awal tengoklah jugak. dulu mula2 tau gak citer ni tapi aku tak layan pun sebab magrib. tapi bile wife aku dok bukak ari2 mau ketagih gak tapi lum tegar lagi hehehe.

banyak lah gak citer2 melayu bersiri ni yang menghantui aku, kalau dah tengok pasti nak tengok lagi kisah selanjutnya..

tiga citer ni antara yang memang aku layan tiap minggu. kadang tu ade gak termiss skit2


ni plak antara citer yang pernah menjadi kegilaan aku. tu masa spa q pertama memang malatop kannn. awan dania plak tak lama lagi ade musim ketiga. aku mesti tonton

p/s; wayang plak lama tak gi...

18 Oktober 2010

MARI MENARI


"Mari menari yea yea"
sekali lagi astro menerbitkan program realiti baru selepas imam muda. aku agaklah mari menari ini diperkenalkan untuk menggantikan sehati berdansa yang menampilkan selebriti sebagai peserta. (agak2lah kan takde artis nak masuk dah kot hehehe pandai2 je aku)

seramai 12 pasangan bertanding dengan bermacam2 latar belakang...ade pegawai polis tentera pemandu lori model suri rumah tua muda adik+kakak bapak+anak suami+isteri dan macam2 lagi

aku rasa mereka2 ni semua memang dah pandai ataupun biasa menari dan paling kurang pun dah ade basic lah. mane daknya minggu pertama lagi masing2 dah menunjukkan skill masing2 yang memang gile2 belaka

aku pun malas nak citer lebih2 sebab aku ni pun masihh kayu. kalau menari pun kapur banyak hahaha. kalau nak tau tengoklah sendiri kat astro... tapi dalam ramai2 tu satu paling aku suka...jeng jeng jeng



ini dia lisa surirumah hehehe....

p/s; untuk undi taip MM LISA dan hantar ke rumah...jadilah lisa surirumah hahaha..