MyRAKAN

16 September 2013

ISU AES

Salam semua...
Isu AES ni memang dah lama..ada yang menyokong ada yang sebaliknya...tapi aku ketengahkan semula isu ini sebab ada terbaca satu artikel yang aku rasa terjawab dah luahan aku sebelum ini dalam entry yang lalu. (klik SINI)

SUMBER: Harian Metro Sabtu, 14 September 2013

PENGAMBILALIHAN OPERASI AES, JPJ TIDAK TERIKAT PERJANJIAN

"Bila di bawah kerajaan (diambil alih) kita ada formula lain yang boleh digunakan termasuk guna budi bicara dan pelaksanaannya juga tidak lagi terikat kepada perjanjian seperti sebelum ini", kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad.

Beliau berkata, pengambilalihan operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh kerajaan juga akan menyaksikan beberapa pertimbangan baru dibuat termasuk penetapan kadar hadlaju, lokasi dan jumlah pemasangan kamera.

Katanya, mengikut perjanjian asal dengan syarikat pengendali, sebanyak 1,093 kamera akan dipasang di seluruh negara di mana 14 darinya sudah dipasang di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang dan Perak.

"Dulu kita terikat dengan perjanjian itu yang jadi masalah...mengikut perjanjian kena pasang 1,093 kamera di seluruh negara, dan ia juga menetapkan kadar saman yang perlu dibayar RM300 setiap kesalahan, dan perjanjian itu memang tak boleh buat apa.

"Tapi bila dibawah kerajaan kita boleh timbang dari semasa ke semasa mana yang penting dulu. Kita tengok mana penting buat dulu...Kita akan meletakkan kamera di kawasan yang mempunyai hadlaju 110 kilometer sejam (km/j) dan kawasan lampu isyarat yang membahayakan pengguna", katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman dan Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia.

"Sebelum ini Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dipetik berkata, kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambilalih operasi dan penguatkuasaan AES daripada syarikat pengendali sedia ada menerusi lantikan sebuah syarikat milik penuh kerajaan.

Beliau dilaporkan berkata, perkara itu diputuskan selepas Majlis Mesyuarat Ekonomi (EC) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memutuskan penyelesaian adil serta tepat berhubung AES.

Ismail juga tidak menolak kemungkinan lokasi yang sudah ditetapkan pemasangan kamera sebelum ini akan berubah, selain jumlah kamera yang akan dipasang berbeza dengan yang ditetapkan syarikat pengendali.

Katanya, proses pengambilalihan operasi dan penguatkuasaan AES juga mungkin akan mengambil masa berikutan banyak isu yang perlu diperkemas dan diselesaikan terutama dari segi perundangan.

Bagaimanapun, beliau tidak boleh memberi tempoh masa proses itu selesai kerana ia dilaksanakan Kementerian Kewangan.

p/s: berharap sangat yang AES ini diletakkan di kawasan hadlaju berpatutan dapat dilaksanakan.