MyRAKAN

30 September 2011

JOM TAMBAH FOLLOWER


-ENTRI MELEKAT SEHINGGA JUMAAT-




Salam semua...
Tiba-tiba nak join segmen Lulu Pages | Jom Tambah Follower...
Kalau nak join jugak klik je kat SINI...
Cepat-cepat tau tutup jumaat ni jam 3 petang...

ZAQWAN GI TASKA

Buat pertama kalinya aku hantar zaqwan ke taska. tumpangkan kat situ sebab pengasuh dia cuti 2 hari. ialah dia pun kena belajar belajar dok taska tu..nanti dah besar kena hantar tadika juga.

Pagi tadi hantar dia..macam biasa turunkan je terus masuk dalam. pastu aku tengok dia macam terpinga pinga dan nak keluar balik..mana taknya agak apsal nampak lain je hari ni..kawan-kawan kat situ pun lain. aku naik risau dah..takut dia tak boleh nak biasakan diri.

Tutup tutup pintu dengar budak menangis..aku agak zaqwan tapi tak boleh nak pastikan kerana semua tingkap tertutup dengan langsir. aku berlegar legar kat tepi taska..makin lama makin kuat. ikutkan hati memang aku nak terjah masuk dalam je..tapi pikir pikir sampai bila kan dia nak macam tu. kalau aku masuk kompom kompom aku tak kerja walaupun yang nangis tu bukan dia.

Agak lama jugaklah aku dok kat luar tu..pasang telinga ade tak diaorang maki hamum budak budak nangis..atau terjerit jerit..tapi memang takde..agak lega di situ. lama lama tangisan tu pun senyap..penat lah tu kan..pastu aku pun terus beredar.

Tadi aku call taska tanya pasal zaqwan..mungkin kurang agak sopan kot takut orang taska tu terasa kita tak percaya kat dia..tapi hati tak tenang kan call juga dia. alhamdulillah dapat respon yang baik. zaqwan tengah main main sambil tengok tv katanya...syukur alhamdulillah lega.


Gambar terbaru "No Sufu okey!"..sufu tu bahasa zaqwan maknanya susu hehe

p/s; agak agak dah ok kat taska bleh hantar situ je terus kan kan bagi dia berdikari skit

29 September 2011

MAJLIS KAWEN ACEK DAN IQBAL

Hari raya tahun ni memang agak sibuk dan sikit keletihan..open house pun tak sempat nak pegi..mana tak nyer sibuk dengan perkahwinan adik ipar aku...yang sebenarnya dah lama tapi kerana keletihan dan kebizian kerja2 di opis membuatkan aku lama tak jenguk jenguk belog ini.

Dibawah ini gambar masa nikah 16 September 2011 di kompom kompomlah umah pengantin pompuan kan kat masjid tanah melaka.

 Dan malamnye pulak pra bersanding...Hahha pandai pandai je aku bagi nama pra bersanding hehe


Keesokan harinya barulah majlis bersanding yang betul Hehehe

Minggu depannya pulak 25 September 2011 pegi gelang patah johor untuk majlis perkahwinan dia di pihak lelaki. yang ni pun tambah tambah letih..kuar umah kul 8.30 pagi balik sampai umah dekat jam 10 malam..mane tidaknya sempat lagi singgah ayer itam shopping barang barang tembikar...

Oh ya..kat gelang patah tu majlis dua pasang pengantin..jadi memang meriahlah orang tak putus putus memenuhkan dewan..jadi lepas makan tu paham paham lah ekk jangan buat macam lepak kat kedai mamak...beberapa gambar interframe Hahaha tumpang glamer pengantin


SELAMAT PENGANTIN BARU 
BUAT NORA AKMA SUHANA DAN AHMAD IQBAL 
SEMOGA BERKEKALAN KE AKHIR HAYAT 
DAN CEPAT CEPAT DAPATKAN ZAQWAN KAWAN HEHE...

p/s; belum kawen orang tanya "bila nk makan nasi minyak"..bile dah kawen orang akan tanya "berapa dah anak??" bile dah ada anak orang tanya gak "anak ko sekolah bape A" memang susah nak puaskan hati semua orang

28 September 2011

KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA

Ahhhh agak lama dah tak jenguk belog ini..agak busy dengan sambutan hari raya kot Hahaha..tapi bukan itulah..sibuk dengan kerja..biasalah dah nama pun makan gaji kann

Semalam sempat jugak aku ngan wife ngan zaqwan jengah-jengah kedai rakyat 1Malaysia yang diilhamkan oleh PM kita. memang murahlah dari barang-barang jenama lain. kat situ ade jual macam-macam barang keperluan macam beras, susu, milo, kopi, rempah-rempah, pampers, sabun dan lain-lain lagi lah..tapi takdelah banyak macam 7eleven...

Selalu baca kat surat khabar, dengar kat tv je pasal kedai 1malaysia ni..tapi lepas dah jenguk dalam tu memang murah sesangat..kualiti pun alhamdulillah tidak mengecewakan. aku dah cuba susu ngan kopi yang aku beli..sedap enak dan berkrim gitu. tak caya cubalah...

Ini antara barang-barang yang aku beli..semua dibungkus dengan jenama 1malaysia. Oh ya tempatnya dekat bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Putrajaya. Aku pun tak tau bila buka..lalu-lalu tengok dah ada...

p/s; saya mesti pilih...

05 September 2011

DIARY SYAWAL 1432

Salam Semua...

Tahun ni aku rasa sekejap je raya. sekarang ni pun dah raya ke-7. rasa cam "entah tak tau aku". Dah lah aku cuti lambat..hari isnin masih keje lagi. balik-balik opis hari ni pun takde orang keje lagi..

Tahun ni macam raya-raya yang lepas..balik umah mertua dulu. raya pertama pusing-pusing sekitar masjid tanah sampai ke malam..maklumlah sok pagi-pagi nak ke batu pahat plak beraya blah mertua wife aku plak.

Raya kedua pagi-pagi gerak ke batu pahat..walaupun kampung aku segamat. jumpe mak pak serta adik-adik kat sana..pusing-pusing sekitar batu pahat sampailah malam jugak...

Raya ketiga pagi-pagi tu lepak umah je..rehat-rehat ilangkan penat lelah. tapi motif sebenarnya kosongkan perut hehe. petangnya baru bergerak kembali ke labis tuk beraya. kali ni takdelah sampai malam cuma sampai magrib je..tu pun kerana malam tu adik mak aku nak datang umah. kalau tak mau sampai ke larut malam lagi ler...

Raya keempat lepas sembahyang jumaat aku bergerak balik putrajaya..tempat tumpah rezeki aku. sampai-sampai umah pun malam jugak. jalan takdelah jem sangat tapi cuma berhenti lama..siap makan marrybrown tu hehe..

Raya kelima...keluarga mertua aku sampai. dekat-dekat tengahari sambung beraya kat gombak..pastu ke rawang..pastu balik umah sampai ke malam jugak...

Raya keenam...pagi tu rehat-rehat dok umah tengok tv. dekat-dekat tengahari bawak keluarga mertua gi jalan-jalan kat sekitar putrajaya termasuklah alamanda ngan masjid besi. balik kemas barang-barang terus ke nilai 3 tuk shopping raya..balik sampai umah pun malam jugak.

Raya ketujuh..pagi-pagi dah kena bangun tuk pegi keje. tak kan dah lupe jalan ke opis kot Hahaha. harap-harap janganlah hari ini aku sampai ke umah malam jugak Hehe..

Memang raya tahun ni aku rasa sangat singkat sekali. tiap hari beraya sampai ke malam..macam banyak sangat je umah yang aku pegi..tapi tulah bak orang kata setahun sekali. tahun ni pulak citer kat tv best-best belaka..memang banyak rancangan yang tertinggal. saat-saat beginilah aku mengharapkan siaran ulangan dari astro walaupun sebelum-sebelum ni ramai orang komplein kata astro asik ulang-ulang citer yang sama je..

p/s; hari ini kat opis aku masih ramai sambung cuti...