MyRAKAN

Memaparkan catatan dengan label JKDM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JKDM. Papar semua catatan

04 Jun 2014

LUNCH @ PICC PUTRAJAYA

Salam Bahgia,
Baru-baru ini...ceh padahal lama dah berlalu 30 April lagi..tapi tulah takde kesempatan tuk wat entry..tapi tak salahkan tuk aku kongsi dengan kawan-kawan semua.

Kalau tak kerana ini memang takdelah aku nak jejakkan kaki ke PICC..lagi-lagi untuk lunch..dengar pun dah tau....aduhhhh mesti mahal. Tapi sebenarnya salah semua sangkaan ku itu...PICC sekarang dah ada cafe atau restoran yang menawarkan buffet lunch semurah RM15 sahaja..ko makan lah sampai muntah hehe..untuk maklumat juga cafe ini dibuka pada isnin hingga jumaat dari jam 11 pagi hingga 3 petang sahaja. Makanan alhamdulillah berbaloi-baloi..sekali sekala kan ape salahnya

Ok..hari tu majlis sempena perpindahan pegawai CPP..yang hadir semua tu pun geng-geng kumpulan pelaksana...saje suka-suka makan sambil melihat pemandangan putrajaya
Selepas sudah makan kenyang...acara menyampai hadiah kepada pegawai bertukar dan kepada yang baru kawen...nak pegi majlis nun jaun di utara..jadi kami collect duit ramai-ramai dan sampaikan hadiah ajelah..pegawai yang bertukar tu salah sorangnya aku le orang nye hehehe...sebenarnya tak sangka jugak begitu awal diorang memberi wakakaka padahal kuatkuasa pertukaran aku DUA MINGGU lepas...terharu dan terima kasih kat semua kawan-kawan.
Gambar lagi dua orang tu..korang boleh tengok-tengok kat MyFOTO gambar nanti hehehe. Pasal menu pulak nanti aku story lain ekk.. dan last sekali gambar orang tengah makan hehehe..penuh meja kan memang berbaloi-baloi huhuhu
Pegawai berspek mata itu adalah antara yang dirai..puan rozita. penahlah sekejap kot kerja bawah dia dalam 4-5 bulan macam tu...kerja dengan dia memang sempoi, kurang tekanan walaupun kadang aku tau dia dalam tekanan kerana banyak yang perlu diselesaikan...ohh ya dia telah ditukarkan ke Bahagian GST.

Akhir sekali..untuk lebih banyak gambar boleh melawat kat MyFOTO :)

02 Jun 2014

TUGAS BARU

Salam Bahgia,
Mesti ada yang masih ingat tentang PERTUKARAN aku kan hehehe..klau ada lah hehe...lepas-lepas tu memang takde entry dah..nak kata busy sangat tu takdelah..tapi biasa lah orang barulah katakan..keje semudah ABC pun buat merangkak-rangkak amik masa berjam-jam nak setel huhuhu

Sekarang ni baru dapat rilek skit hahaha macam selama ni busy sangat kan wakakaka...banyak benda nak story ni sebenarnya tapi semua back dated lah ekk..in shaa allah ada masa nanti aku akan buat skit-skit untuk dikongsi bersama pembaca yang lain...

Ohh ya berkaitan tugas baru aku...aku bukannya pindah opis pun..just pertukaran dalaman sahaja, masih tetap di jabatan yang sama. Memang lama dah aku inginkan duduk di Bahagian Sumber Manusia ni, sejak dari SPP lagi...mana tidaknya dah 11 tahun aku berkhidmat, asyik buat co-busnness jabatan sahaja.. ini pun sebagai salah satu persediaan tuk naik pangkat hehehe kalau ada rezekilah nanti..sape tau kan.

Ok setakat ni dululah...nak wat-wat sambung kerja pulak..nanti bos baru nampak aku rilek sangat pulak heehe

16 Mei 2014

PERINTAH PERTUKARAN

Salam Bahgia,
Mungkin inilah salah satu sebabnya kenapa aku busy sekarang...sampai kadang-kadang miss untuk update belog hehehe alasan...

Tarikh kuatkuasa pertukaran adalah minggu depan 21 mei 2014 yang pada asalnya lagi awal tetapi bos mintak tangguh dulu sehingga ada pengganti...untuk pengetahuan aku bukan pindah jauh mane pun...masih di opis ini jugak cuma tukar bahagian je...

Aku di jabatan kastam ni dah dua tahun lebih sejak 3 november 2011...memang ada rancang-rancang nak mintak kuar cuma tak tau nak ke mana hehehe tapi kalau dah tukar bahagian kompom aku akan stay 2-3 tahun lagi.

Debaran tetap dirasai..macammanalah agaknya suasana kerja di tempat baru, apakah kerja baru aku nanti, bagaimanakah bos dan rakan-rakan sekerja aku nanti, dan macam-macam lagi lah pertanyaan yang bermain-main di minda...tetapi kepercayaan telah diberi, jadi kita perlu sahut cabaran..cogankata kerani tetap kerani masih aku pegang!

Doakan yang terbaek untuk aku....

06 Mei 2014

JAMUAN BULANAN CPP

Salam sejahtera,
Pagi ni ada jamuan...tak tau jugak pada mulanya. semalam petang pun ada hi-tea sempena perpindahan dan naik pangkat pengarah bahagian...alhamdulillah rezeki

Jamuan pagi ni memang satu program tetap cawangan penilaian...adalah dalam 2-3 bulan sekali. jamuan pagi kali ini adalah bersekali dengan sambutan hari lahir, meraikan pegawai yang bertukar serta kelahiran cahaya mata sekaligus sebagai juga mengalu-alukan kehadiran pengarah baru bahagian.

Apa yang bestnya hadiah aku termasuk dalam senarai jamuan kali ni...birthday bulan tiga hehe. dah lah boleh layan gambar-gambar yang sempat aku snap
Hadiah tuk kali ini...apa isi dalam tunggu next entry nanti wahaha macam special je kan...
Di atas tu antara menu-menu yang sempat dan larat laku nak makan..ada satu lagi menu spagetti, kuih lemet pisang yang tak sempat untuk aku amik kerana dah kekenyangan hehe
Dan terakhir sekali adalah kad ucapan selamat hari lahir dari ketua pengarah kastam;
Semoga Dipanjangkan Umur,
Dimurahkan Rezeki dan
Bahagia Selalu
Antara ucapan yang ada tercatit pada kad tersebut. Terima kasih pada semua yang mengingati hari lahir saya yang ke-22 ini

28 April 2014

BOWLING CPP

Baru-baru ini...takdelah baru sebenarnya pun...pada 16 April 2014 bertempat di Bowling Alamanda Putrajaya, satu aktiviti riadah santai sambil mengeratkan silaturahim diantara kakitangan Cawangan Pengurusan Penilaian (CPP) Ibupejabat disamping merehatkan kepala otak dengan asyik kerja aje hehehe.

Itulah antara objektif aktiviti...6 lane telah dibooking dengan satu kumpulan terdiri dari 4 orang ahli...memang letih gila kot satu lane 4 orang ni..rasa macam tak berhenti baling bola hehe apalagi nak santai-santai amik gambar memang tak sempatlah...tapi apepun perjuangan harus diteruskan hehehe

Walaupun tidak secara keseluruhan anggota kerja CPP yang turut serta, namun keceriaan tetap ada...masing-masing dengan style masing-masing...dan tak kurang jugak ada yang menghantar pemain import untuk merangkul title juara hehehe
Antara gelagat peserta
Balingan maut hahaha
Antara hadiah menanti juara
Ini jelah yang mampu aku dapat
Doorgift kepada semua pemain
Tahniah dan terima kasih kepada penganjur serta semua peserta-peserta yang terlibat. tak lupe juga kepada bos yang bermurah hati menaja saya hahaha maaf bos sebab tak dapat membawa balik title JUARA wahahahaha. Semoga aktiviti seumpama ini dapat diteruskan dan seterusnya sebagai satu medium untuk kita beramah mesra disamping beriadah. Untuk lebih banyak gambar sila klik DISINI :)

p/s; Agak-agak kalau ada marah sangat kat bos..kasi baling bola boling tu laju-laju wakakaka

10 Februari 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012

Buat pertama kalinya aku join kontijen pembarisan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433H Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada 5 Februari 2012. Seawal jam 6 pagi lagi aku bergegas ke opis. mane taknye kalau lambat nanti kena berjalan jauh. Dah lah sepanjang-panjang jalan kat opis kerajaan tu tutup sampai tengahari. Kalau lambat mau kena parking jauh dan berjalan kaki ke tempat permulaan iaitu di hadapan mahkamah putrajaya tu.

Difahamkan hampir 12 ribu orang membanjiri putrajaya untuk menyertai perbarisan dan berselawat pada hari itu dengan berjalan sejauh lebih kurang 2.5 km. Sambutan kali tu dihangatkan lagi dengan derungan dari Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi. Dan tema pada tahun ini adalah Persefahaman Asas Perpaduan Ummah...

Kali aku rasa sambutan yang ringkas dan padat..kerana dalam jam 11.00 pagi semuanye selesai. Antara pengisian sambutan kali ini adalah ucapan aluan menteri jabatan perdana menteri, titah yang dipertuan agong, ceramah, penyampaian anugerah maulidur rasul, dan paling penting makan...


Perbarisan Maulidur RAsul
Kat kawasan Masjid Putra
Ehem2..ngantok siot Haha
Ole-Ole Maulidur Rasul
 p/s; baju raya aku dah ade Hahaha

03 Ogos 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Pagi ni sampai-sampai je opis ade kad atas meja aku. ingatkan kad jemputan kawen, maklumlah sekarang ni raya-raya pun ade orang buat kenduri kawen..bulan puasa je aku tak dapat jemputan lagi ada tu mungkin ada kan.

Nak kata kad raya..baru masuk 3 hari berpuasa. tengok-tengok rupanya kad puasa dari opis aku. dalam tu dia selitlah niat puasa tuk harian dan sebulannye. siap ada waktu sahur dan berbuka pose bagi kawasan kuala lumpur dan putrajaya. doa sebelum berbuka ngan selepas berbuka pun ade..alhamdulillah sebelum ni aku tau doa nak buka tu je..tutupnya aku tak tau hehe

Ni dia gambar kad aku dapat tu..lawa kan. Terima Kasih OpisKu

p/s; selama ni dapat kad raya je..tahun dapat pulak kad puasa...

29 Mac 2011

HALAL TOYYIBAH


Pagi tadi aku hadiri satu ceramah atau taklimat mengenai isu2 halal kat malaysia ni. rasanya banyak perkara yang kita terlepas pandang berkaitan dengan status makanan ataupun produk yang kita beli.

zaman sekarang ni memanglah semua makanan yang kita beli dah siap. contoh karipap...kalau dulu kita uli sendiri tepung, inti dan cetak sendiri. tapi sekarang semua ada dijual siap, tinggal digoreng je kat umah. kita pun tak tau apa bahan2 yang digunakan.

kalau ayam pulak..sampai2 kat kita je dah jadi chicken chop. tidak diketahui dari mana sumber ayam tersebut, disembelih dengan sempurna atau tidak. itu tak diambil kira lagi bahan2 yang dicampurkan didalamnya.

penceramah ada menerangkan kandungan2 yang selalu disebut2 dalam makanan yang kebanyakannya dalam bahasa sains yang entah apa2, sampai aku pun tak paham. menurutnya sekarang banyaklah produk2 yang meragukan sumber2nya.

citer panjang2 pun tak guna kompom tak paham. tapi apa yang penting check ada tak logo halal dari jakim yang sah macam kat bawah ni.

  • bintang berbucu lapan di tengah2 bulatan
  • perkataan arab “حلآل” di tengah bintang
  • diikuti tulisan rumi "HALAL"
  • bulatan logo bertulis perkataan "MALAYSIA" dalam tulisan rumi dan " ماليزيا" dalam perkataan arab
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan arab tersebut
untuk merujuk status sesuatu produk bolehlah layari PORTAL RASMI HALAL MALAYSIA

p/s: kita sekarang banyak pilihan...jadi jauhkanlah dari produk2 yang meragukan

23 Februari 2011

MAULIDUR RASUL

Yang bahgia dato dato datin datin, yang berusaha tuan tuan puan puan, yang dihormati pakcik pakcik makcik makcik dan yang dikasihi adik adik sekelian. assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

berdirinya saya disini..............(ceh dah cam pidata kat sekolah sekolah dulu plak hehe)
bukan ini nak aku cite...

semalam aku gi lah dengar progaram ksa penerapan nilai2 murni sempena maulidur rasul anjuran opis aku. penceramah memang best ustad farid ravi.

sebagai pemulaan beliau ade bercakap 3 ciri sambutan maulud nabi di negara kita..
ciri pertama ; berzanji/selawat
ciri kedua ; ceramah
ciri ketiga ; MAKAN

ciri pertama dan kedua salah satu takde pun takpe masih LULUS...tapi ciri ketiga tu kalau takde memang TAK SAH majlis tersebut...betul ke?? lu pikir lah sendiri

rasa insaf dan sebak jugaklah bile mendengar caramah beliau. aku ni basic pasal nabi muhamad saw pun teragak2...debar2 jugak bile beliau nak tanya sorang2 tapi nasib baik tak jadi kalau tak dapat jawab malu ooooo...

aku bagi skitlah info pasal caramah beliau (ape yang terlekat skit2 kat taik telinga aku ni)

isteri nabi ade 12 orang
anak 7 orang (nama aku lupe....)
umur dilantik jadi nabi 40 tahun
kawin umur 25 tahun
lahir dan wafat pada 12 rabiulawal hari isnin

lima kewajipan kita

(1) mencintai nabi mengatasi sesuatu
(2) mengikuti nabi (sunnah)
(3) selawat ke atas nabi
(4) sampaikan sunnah kepada orang lain
(5) mempertahankan sunnah

ni jelah skit2 yang melekat kat kepala otak aku...nak kata amik nota JANGAN HARAP. kalau imam syafie takpe gak walaupun beliau tido masa belajar tapi hati dan telinga beliau tak tido.

p/s; rasa cam dah lama je tak dengar ceramah agama...

16 Disember 2010

JOHOR CORPORATOIN

Lunch tadi telah ditaja oleh Hospitality Division Johor Corporatoin sempena mempromosikan hotel dan resort di bawah Johor Corporation. makan tengahari tadi telah diadakan di dewan melati kat perbadanan putrajaya.

sampai2 je situ kami disambut dengan mesra sekali oleh staf2 di situ dengan pertanyaan "datang untuk makan ke" hahaha memang memalukan kalau orang lain dengar...tapi selamba jelah janji makan free tak bayar.

masuk2 plak dapat tempat duduk vip...perhhh segan pun ade tapi nasib baik kawan2 gak yang duduk bersama2 dua orang pegawai opis aku. majlis dimulakan dengan taklimat ringkas berkenaan hotel2 dan kemudahan2 yang disediakan disana.

lepas tu ape lagi MAKAN lah...tapi oleh kerana aku terduduk kat meja vip maka terpaksalah menunggu dilayan huhu tapi makan memang BEST SUPERBBB. sambil makan2 acara jawab2 soalan dengan hadiah berbentuk voucher penginapan dan sarapan.

aku memanglah tak jawab mane2 soalan takut terjawab betul terus dapat voucher. mane nak peginya kalau kat johor bahru lainlah bagi duit belanja sekali. so bagilah peluang kepada2 mereka yang teringin sangat nak pegi ke negeri johor.

oh ya hotel2 dibawah Johor Corporation The Puteri Pacific Johor Bahru, Sibu Island Resort Mersing Johor, Hotel Selesa Johor Bahru, Hotel Selesa Pasir Gudang, Selesa Beach Resort Port Dickson dan Persada Johor International Convention Centre.

p/s; tak sempat snap gambar sebab batri handpone kong...

27 Oktober 2010

NASI ARAB


Lunch tadi semua warga penilaian telah dijamu nasi arab kat cyberjaya. oklah sedap sebab free. boss belanja sebab dia naik pangkat dan bertukar opis. restoran saba cyberjaya telah terpilih dan kami semua ditempatkan di tingkat 2 kedai tersebut yang suasananya aku pun tak suka. lagi best makan kat kedai mamak

oleh kerana ramai dan masa yang suntuk maka seorang telah dihantar awal kesana untuk order makanan dengan harapan apabila kami semua sampai terus je makan. harapkan cerah hingga kepetang tapi hujan ditengahari, aku sampai dalam kul 1.00 petang hanya separuh order yang sampai...memang lembab kedai ni

ditambah lembab lagi minumam jus oren ngan jus epal sampai tahkala kami semua habis makan. "sian sape yang order" aku tumpang simpati. memang kalut lah staff situ. order on call tak mau kena order on duduk pastu kalut order tak sampai2. tu bodoh sombong namanya...


lepas kenyang makan nasi arab "kek time pulok" sempena befday salah sorang pegawai penilaian yang kebetulan jatuh hari ini. yang keberapa tanya sendiri kat orangnya sebab aku pun tak tau hehehe...beliau adalah seorang pegawai yang mesra rakyat, selalu mengambil berat kebajikan staf2 bawahan serta baik hati. semoga beliau diberi keberkatan dan dimurahkan rezeki...amin

p/s; rupanya banyak dahh kedai makan kat deret2 tu...jom lepak

26 Oktober 2010

IENOVO THINK VISION


Aku pun tak tau ape ke bendanya ni. yang aku tahu ia adalah komputer yang baru aku dapat seminggu lepas.

mungkin ade yang bercakap "ala opis aku lama dah dapat pc flat skrin ni" itu opis ko tapi bagi kami inilah yang dinanti2kan sekian lamanya. sebelum ni kami hanya dibekalkan dengan komputer putih besar kedabak tu yang entah bape kali masuk icu.

kalau dulu sebelum bertukar ke sini aku sempatlah jugak melanyak pc baru flat skrin 80 inchi. opis lama akulah tapi takdelah skrin sampai 80 inchi tapi besar lagilah dari yang ini.

kadang tu aku pun hairan sebagai salah satu agensi kerajaan yang memungut hasil kerajaan yang berbilian2 setiap tahun tapi dari segi kemudahan jauh ketinggalan dibandingkan opis2 yang memang takde hasil aku rasa, menghabiskan duit lagi ade. dimanekah silapnya??

benarlah kata pujangga "bukan senang nak puaskan hati semua orang" dapat berbunyi tak dapat lagilah. sana sini kedengaran keluhan penerima2 komputer baru...susahlah lecehlah setting tak betul lah tak boleh itu tak boleh ini dan macam2 lagi. benda baru kan ramai lagi yang tak biasa, masih janggal kekok dan jakunn.

p/s; aku kalau nak citer pasal komputer memang tak tau, tau pakai jekk

14 Oktober 2010

MANTAN PERTEK

Tengahari tadi diadakan majlis perpisahan kepada pegawai2 yang naik pangkat dan bertukar. boleh sekalilah meraikan pegawai2 baru kat opis aku ni...dato mohamed khalid menggantikan dato sri ibrahim sebagai ketua pengarah kastam, dato hasan ganti dato govinden sebagai pengarah pertek dan tuan md noor belum ade ganti hehehe sape bran..apply lahh

diserikan lagi majlis dengan dendangan suara2 lunak warga pertek dan lagu HAMPA dari pengarah baru yang menurut beliau tiada kena mengena dengan hidup maupun mati.

memang tak sah rasanya kalau buat majlis terutama melibatkan orang2 besar ni kalau takde makan kecuali bulan pose. kena pulak salah satu menu daging kambing.

cite pasal daging kambing
adalah satu ketika bapak aku masak daging kambing ni pada majlis yassin dan tahlil kat umah aku kat kampung. sebagai rekod orang kampung aku tu memang ramai yang mengaku tidak akan sesekali boleh makan daging kambing. alasan; berbau lah darah tinggi lah pening kepala lah sakit hati lah dan seribu satu macam alasan yang diberi...

nak dijadikan cerita setelah daging kambing masak kari dihidangkan maka bertebaranlah tangan2 mereka termasuk yang TAK BOLEH MAKAN tu melantak daging kari tu sampai habis. fuhh memang sedap sangatlah bapak aku ni masak. patutlah selalu orang suruh bapak aku masak tuk kenduri kawin diorang. lepas 2 3 hari tu pasang2 lah telinga, tapi takde pun terdengar orang kampung yang masuk sepital akibat MAKAN DAGING KAMBING...

mungkin telah menjadi habit kita turun temurun, banyak sangat pantang larang tak boleh itu tak boleh ini. geli makan kambing sebab berbau tak mandi. pembersih sangat ke kita sampai tak boleh bau kambing tempoyak budu pudu dan berudu...bergembiralah kambing dan berdukacitalah ayam dan lembu yang sentiasa menjadi korban

p/s: rasa dah macam terkuar tajuk plak...SPAMMMM

13 Oktober 2010

DETIK TERAKHIR SYAWAL


Walaupun dah 5 hari syawal berlalu tapi aku nak gak citer benda ni. tak kiralah ape korang nak cakap aku tak peduli inilah dunia aku hahaha...mungkin ramai yang akan berkata2 aku ketinggalan ketapi, citer dah basi tapi memang dah ari ni je aku sempat nak update, up to me lah

ok citer bermula begini....

jumaat lepas opis aku buat sambutan hari raya untuk cawangan penilaian dan setiap orang kena bawak satu jenis makanan atau masakan, ala kira pokluk lah...tak kira lah bawa ape pun, walaupun ada yang malas masak ataupun takut tak sedap, bawak lah pinggan mangkuk tembikai lemang yang memang semestinya belilah barangan buatan malaysia. tidak dibenarkan bawak diri ataupun perut okey...kalau boleh akulah antara orang2 nye yang akan berkelakuan begitu hehehe

inilah antara pembawakan dari semua yang terlibat. belum lagi termasuk sate, lodee, nasi minyak, kek dan orang2 yang datang makan...air pun lum ade gak, oren, sarsi, koke, teh dan kopi

ohh ya majlis bermula 9 pagi sampai makanan abis pada jam 4 petang...jangan pandang takde mata okey kami makan sambil keje dan keje sambil makan dan makan sambil makan

blah petang plak aku sekeluarga telah hadir satu lagi majlis penutup raya di redwok bangi bersama rakan2 gbs...walaupun kedatangan yang kureng memuaskan dari rakan2 tapi still enjoy dengan terciptanya satu sejarah world book recording artist

buat sekian lamanya muhamad zaqwan telah berjaya mendahului tiba dilokasi mengalahkan uncle zedi, untie jue dan untie shima hehehe...hari tu memang ujan rintik2 air bergelora mak bagi seposen ayah bagi seposen jadi mata...sampai kul 6 tengok2 lum ada sape2 lagi, ingat salah tempat ke, kerana selama ini memang aku tak penah sampai awal...

sekali aku call "zedi tak balik opis lagi" ok aku masuk dulu cop tempat tuk 10 orang...punyalah lama menunggu sampai mamat kedai tu jeling jekk "kata 10 orang tengok dari tadi 2 orang je udah lerz duk meja besar" dia tak cakap camni pun aku reka dari jelingan matanya

nasib baiklah kedai dia aman makmur dan harmoni, takde lah aku berasa bersalah sangat. kalau penuh sesak mau kena halau aku sekeluarga...

ok flasssback skit ondeway aku nak ke lokasi terpilih, redwok...dalam kekalutan nak cepat tu, yerlah ingatkan dah lambat, dengan jalan jem lagi, kalau ku tau tak payah aku susah2 baik punya cilok lari dari jem...aku sapu je terus kat roti

adelah satu lori mahayun main cilok2 tukar lorong, signal jangan haraplah, takde menyala pun, main redah je...hampir2 gak aku nak bersua muka ngan lori tu, kalau tidak tak taulah aku adakah ini syawal terakhirku...

kalau berlanggar kompom2 aku yang teruk, paling sakit pun keter calar balar, tak sakit ati ke???

p/s: kali ni aku wat punya entri 3 dalam 1


01 Oktober 2010

RAYA JKDM 2010

Alhamdulillah kenyang, makan sampai ke petang...

hari ni Jabatan Kastam DiRaja Malaysia telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Kastam DiRaja Malaysia...meriah memang sungguh meriah dengan kedatangan warga2 kastam yang memakai baju raya bling bling...

menu pulak aku rasa normal mane2 majlis raya jabatan...sate, ABC, mee kari, beriani, lemang, ketupat dan macam2 lagilah...kalau aku makan sorang kompom2 tak abis sampai basi...

gelagat orang yang datang
seribu satu macam, dengan pakaian yang dah macam PGL pun ade...masa ni lah nak tengok orang2 kastam melaram sebabnya hari2 biasa diorang ni memakai unipom yang disediakan...

masa nak makan plak
cam biasa agak2 nak abis ucapan tu masing2 dah standby untuk menyerbu ke arah makanan pilihan masing, tapi paling panjang que tempat nasi beriani ngan sate...yerlah bukan selalu kita dapat makan benda2 camtu, kalau ketupat ngan lemang raya2 ni biasa dah, rasa dah naik muak pun ade...

masa makan plak
ada yang ikut adab resam wanderpet 'ape yang penting kerjasama' satu meja tu tiap orang amik satu menu kumpul banyak2 dan bile meja dah penuh baru sesi makan bersama2...tak kurang gak yang makan sendiri2 walaupun duduk beramai2...ikutlah keselesaan masing dan masing2 ada alasan masing2

sebelum majlis
ketua pengarah kastam berbesar hati pusing setiap penjuru majlis untuk bersalaman dengan warga kastam serta jemputannya...terasa sedih dan sahdu kerana today is a lastday buat beliau sebagai ketua pengarah kastam malaysia

p/s: selamat bersara kepada yg bhg dato' seri hj ibrahim bin hj jaapar ketua pengarah kastam malaysia

26 Ogos 2010

CITER BUKA POSE 2

Walaupun dah agak lama berlalu tapi aku tetap nak story jugak kat sini...bukan ape sejak menjak ni kepala otak aku lemau sangat sampai tak tau nak post ape...

hari ahad lepas aku sekeluarga terima undangan berbuka pose kat umah zamz, budak opis lama aku...bak kata orang rezeki jangan di tolak, orang dah jemput kita pegi jelah bawa perut yang kurus...almaklumlah sampai umah dia nanti nak makan sampai buncit hehehe...terima kasih daun keladi zamz, menjamu aku sekeluarga makan, memang best walaupun majoriti tetamu ko memang aku tak kenal...

senin plak aku sorang je, berbuka pose di Hotel Palace Golden Horses anjuran PEKEMA...ni first time aku sampai kat situ, tengok tiang je dah tau memang besar giler hotel tu patutlah orang kata mahal...tapi aku tengok buffer ramadan dia cuma RM80 lebih2 je (nak tau gi sendiri) siap live ghazal lagi...

bab menu pulak, aku rasa memang oklah berbaloi-baloi antaranya sate, kambing, ABC, sea food, roti john dan macam2 lagilah, nak tau pegi sendiri aku promote lebih2 pun bukan ade share...semua memang sedap

menu first round aku


ABC


gerai2 makanan baru masak

satu lagi kat hotel ni ade anjurkan solat teraweh sekali...memanglah kita boleh duduk makan sampai malam

p/s: terima kasih kepada pen-sponser2 berbuka pose aku...tahun depan panggil lagi ek


14 Julai 2010

SENAMROBIK SESI 3


Walaupun ini adalah kali ketiga senaman pagi anjuran opis aku tapi ini kali kedua aku join...kali pertama tak dapat join kerana sebab2 yang tidak dapat dielakkan iaitu akibat keMALASan yang melanda...


ini BUKTI aku turun senamrobik kali ini selain daripada nama yang diambil...kalau nak simpan memo semua dapat memo tapi lum tentu turun...kalau nak simpan nota, "hello senamrobik mane ada nota, kalau nak tulis pun tak sempat goyang sana sini"...

kalau dulu ikut muzik industan kali ini kita ber'A GO GO' pulak...nak kata letih memang letih lagi2 kali ni aku follow dari mula...kalau dah turun lambat baru nak feeling tup tup abis dah, tak sempat nak berpeluh ketiak...pastu datang2 beratur kat belakang tu cam model, udah ler baju sama je cam kumpulan boria hahaha...abis2 sibuk nak bergambar bagai, pose sana sini memang mengalahkan model...

aku rasalah kann, ni aku rasa je jangan terasa pulok...memanglah diorang tu posing sana sini bergambar sebab tak letih, turun pun lambat, orang lain sakit2 badan dahh abis2 terus cari kerusi duduk...aku rasa lah, tak taulah kalau diorang ni memang STRONG...

tengah2 kusyuk layan lagu senamrobik ada plak abang2 polis eskot lalu...abis semua tertumpu kat jalan, tup tup polis eskot van jenazah, tidak diketahui lagi jenazah sape...ape pun ALFATIHAH semoga rohnya dicucuri rahmat

pastu ondeway balik opis ade plak orang tegur belanda kalah...manelah aku tau belanda kala oren sebab aku tak tengok bola...yang aku tau zahid je kala oren hahaha

p/s: jangan marah marah ekk nanti kena jual...hidup mesti ENJOY