MyRAKAN

15 Januari 2014

PPEOC 2ND AGM

Sabtu lalu, 11 Januari 2014...bermulalah episod baru bagi Kelab Pemilik Proton Persona Elegance Malaysia atau lebih dikenali dengan singkatan PPEOC. pada hari berkenaan berlansungnya Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua kelab itu di Kompleks Sukan Proton Tanjung Malim.

Acara tahunan ini diadakan bagi membincangkan tentang hala tuju kelab ini disamping pelantikan beberapa jawatan yang dikosongkan di dalam pengurusan kelab. Ia juga dijadikan satu medium bagi mengumpulkan seberapa ramai ahli untuk berjumpa dan berkenal-kenalan dari seluruh pelusuk negeri di malaysia khususnya yang mana sebelum ini kami hanya berkenalan di muka buku sebagai salah satu medium komunikasi.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pengesahan laporan bagi tahun 2013, pelantikan 3 jawatan utama yang telah dikosongkan, cabutan bertuah, berkonvoi dan sesi fotografi. Bagi ahli-ahli dari region central, eastern dan southern..kami telah berkumpul di RnR Rawang sebelum kami bergerak secara konvoi ke lokasi mesyuarat agung. Sebanyak lebih kurang 102 jentera telah menyertai konvoi tersebut dengan dikelolai oleh marshal ppeoc sendiri.

Apa yang menarik konvoi kali ini, Medic Car telah ditubuhkan dengan terdiri dari ahli yang mempunyai latar belakang dalam bidang perubatan. Tidak ketinggalan juga perkenalan kepada satu lagi cabang PPEOC iaitu Komuniti Ham PPEOC (KHP) yang bertujuan memberi pendedahan tentang komunikasi radio dua hala kepada ahli-ahli PPEOC yang berminat.
Medic Car
Konvoi dari Central, Eastern & Southern
Sudut KHP
Cabutan Bertuah
Cabutan Bertuah
Terima Kasih Verv-X atas sumbangan Cabutan Bertuah
Stiker Promosi

ps; Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yang dirancang. terima kasih atas kerjasama semua dan sokongan yang tidak berbelah bagi. Semoga PPEOC terus maju kedepan