MyRAKAN

23 Mac 2011

BELON PANAS 2011


Pesta belon panas putrajaya kembali lagi. tahun ni aku dapat gak pegi. tahun lepas aku gi gak ngan mak abah aku. kebetulan diorang datang putrajaya. tahun ni aku ngan family aku je. tapi spesel skit. ape yang spesel tu baca sampai abis...jangan risau aku tak wat karangan panjang2 pun sampai 360 patah perkataan.

ahad lepas aku bawaklah si zaqwan jalan2 kat pesta belon tu. bukan ape asal nampak belon tu berlegar2 dia asyik tengok ngan kusyuk sekali. siap tunjuk2 lagi...

kesian tengok dia maka pagi ahad tu kami bawaklah zaqwan ke sana. takdelah pagi sangat dalam kul 11 lebih kot. orang pun dah ramai. parking pun dah penuh. pusing2 last2 parking kat masjid besi. so jalan jauh skitlah dalam matahari panas terik plak pagi tu.

tempat pertama kami bertepek adalah di pentas utama. sambil tengok2 persembahan layang2. pandai diorang kawal layang2 tu macam menari2 ikut rentak lagu yang dimainkan oleh kumpulan pancaragam. tengok cam budak2 sekolah. tapi tak tanya plak sekolah mane. aku bukan wartawan......

puas tengok layang2. penat berjalan pun dah ilang. gi kat gerai2 jualan plak tengok2 ape mainan tuk zaqwan. nak beli selipar tak lawa. tengok2 topi dia taknak pakai plak. last2 beli belon helikopter atas tu.

abis2 pusing. sampai ke monumen..jeti cruse tu tapi tak naik pun. badan pun letih. tekak pun dahaga. kaki pun penat. tangan pun lenguh2 dukung budak kecik tu. sampailah masa tuk aktiviti spesel kali ini...jeng jeng apakah dia????

berkelah tepi tasik dihadapan masjid besi...best jugak pemandangan kat situ. angin spoi2 bahasa walaupun panas terik tapi tetap terasa sejuk. maklumlah tepi masjid..amik berkat skit. sebenarnya memang dah rancang dari rumah lagi. masak2 kat umah pastu tapau makan kat tepi tasik. rasa macam bukan orang putrajaya. siap bawak bekal lagi.

zaqwan plak sukalah dia dapat pelepasan lari kehulu kehilir sana sini. ada plak orang tanya mane beli belon helikopter tu. nasib dia tak tanya "dari mane?" maklumlah siap berbekal lagi. kalau dia tanya aku pun jawab "dari jb datang semata2 nak makan kat putrajaya" hahaha

satu je aku terkilan skit...tahun ni tak nampak banyak pulak belon panas tu bertebaran kat udara putrajaya macam tahun lepas. cuma kelihatan 2-3 biji je. nape ekk. takde sponser lagikah? tak dapat sambutankah? atau sebab angin? aku pun tak tau...malam ahad tu ade bunga api aku tengok dari umah je

p/s; batri tipon aku kong plak masa kejadian..maka takdelah gambar huhu.....

Tiada ulasan: