MyRAKAN

27 Disember 2013

PENYERAGAMAN WAKTU BEKERJA NEGERI JOHOR

Salam Jumaat...
Selaras dengan penghijrahan hari cuti minggu di johor, initu hari jumaat mulai awal tahun depan..maka maka waktu bekerja beperingkat bagi kakitangan agensi kerajaan persekutuan adalah seperti berikut:
http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2567%3Adistributed-letter-jpas-3714-klt4-20&catid=182%3A2013-distribution-letter&lang=ms
Nampak macam best kan..hari khamis dapat balik awal hehehe...mungkin mulai tahun depan berebut-rebutlah orang nak buat kerja kawen hari sabtu...sebab hari itu sahajalah cuti bagi semua negeri di malaysia...terutama bagi mereka-mereka yang mempunyai ramai sedara mara yang bekerja di wilayah tengah.

ps; klik pada gambar jadual 2 itu untuk ke Surat Edaran: JPA(S) 371/4 Klt.4 (20) di laman web JPA.

25 Disember 2013

KEPUTUSAN BOWLING CENTRAL 2013

Seperti yang dijanjikan dulu...di sini saya sertakan keputusan PERTANDINGAN BOWLING CENTRAL 2013. yang telah diadakan pada 21 disember 2013 lalu di ole-ole shah alam. Tahniah sekali lagi kepada semua peserta dan yang menang setinggi-tinggi tahniah.
Champion: PPOC KL 2
Tempat Kedua: PPOC KL 1

Tempat Ketiga: Team BSP

Tempat Keempat: Team Terlambat 

Best Bowler Lelaki: Roy S4PH

Best Bowler Perempuan: Amanda SAG
Juara Longkang Lelaki: Sood KL
Juara Longkang Perempuan: Hainal PTJ
 
Juara Longkang Kumpulan: Team Mastura

Kumpulan Havoc: Team Garnet Nakal

Kumpulan Trampil: Putra C

Setinggi tahniah kepada penganjur Shah Alam Crew dan jutaan terima kasih kepada sponser-sponser hadiah. Semoga kita berjumpa lagi...untuk melihat lebih banyak gambar boleh klik DISINI....
Adios :)

24 Disember 2013

MARI MEWARNA EDISI 2

Cantek tak saya kaler...alhamdulillah sekarang dah okey skit lah dia mengaler..bukan macam yang DULU tu...tapi sebenarnya dia lebih kepada ikut mood..kalau masa tu mood rajin..tekun jugak dia belajar sama ada mengaler atau membaca...tapi kalau tengah mood main, paksa macam mana pun tidak dilayan...agak tak cukup garang kot aku ni

Zaman sekarang..kita ibu bapa garang sangat pun susah, tak garang pun susah. lagi sekarang ni mungkin dia terasa bakal ada saingan...so bila kita marah dia suka menyendiri..kadang tu rasa kesian pun ada...bukan apa takut dia rasa dia disisihkan.

Okey berbalik pada topik hari ini, inilah dia gambar besar hasil nukilan anak aku zaqwan:
Boleh lah lepas ni apply untuk jadi designer hehehe...padahal baru belajar mewarna je...tapi tak salah kalau kita tengok-tengok dulu kan..kot-kot kita berminat nak sambung belajar hehehe
http://newinti.edu.my/main/academic_programmes/art-design?utm_source=nomnommedia&utm_medium=banner&utm_campaign=2014c1nomnommedia
Bolehlah klik gambar diatas untuk kursus-kursus yang ditawarkan oleh INTI...International University & Colleges atau klik iklan nafnang kat sidebar belog ini. TQ

23 Disember 2013

ROTI CANAI TEJA

Korang penah makan tak roti canai kat Medan selera teja presint 9..ala yang dekat klinik tu. aku pun kadang hairan jugak...ramai betul orang order roti canai ngan dia..kadang tu que sampai nombor 20 seawal jam 8.00 pagi huhuhu kalau makan situ memang dah ngamuk anak aku...tapau kalau tapau aku selalu beli kat sini jugak...atas permintaan wife. terpaksalah tunggu jugak sampai setengah jam..tapi aku gi sorang-sorang hehehe dapat lepak baca-baca surat khabar ngan teh tarik secawan hehehe

Aku selalu kat sini order roti canai ngan roti bom..Roti dia okey lah agak lembut ngan kuah dal dia pun ok lah...tapi belum sampai tahap menterujakan aku. Dulu abang yang buat roti canai tu pakai songkok chef yang tinggi tu dengan pakai unifom chef kat restoran...masa baru-baru bukak kedai. tapi sekarang tak dapat kenal pasti kenapa dan mengapa dia tak pakai macam tu...tapi kalau ingat-ingat dulu roti dia lagi sedap kot 
"Roti canai boom satu" itulah antara dialog zaqwan kalau sampai kedai roti canai. kalau air dia tau milo je. Ini bukan kedai yang aku ceritakan kat atas tu ekk..tapi kedai roti canai ni pun kat kawasan medan selera tu jugak...cuma situ tak berapa ramai orang so kalau order tu boleh terus dapat lah hehehe lagi-lagi kalau makan situ.

ps; sekali sekala tu bolehlah bawak budak kecik tu makan luar.

PERTANDINGAN BOWLING PPEOC 2013

Sabtu lepas berlansunglah pertandingan bowling ppeoc anjuran central region. Alhamdulillah penyertaan yang begitu memberangsangkan dari setiap kawasan di jajahan central. tak lupe jugak terima kasih kepada PPOC yang turut sama menghantar team mereka...korang memang terbaekk!!!!

Alhamdulillah, satu program yang amat-amat baek sekali. mana tidaknya dengan aktiviti macam inilah kita yang lama tak berjumpa dapat berjumpa, yang jauh kita dekat-dekatkan, yang dekat kita rapat-rapatkan hehehe...yang rapat kita erat-eratkan..

Mari kita tengok dulu gelagat-gelagat orang yang datang menyebok kat pertandingan bowling kali ini hehehehe
 p/s: untuk senarai pemenang nanti aku post lain ek heheheh...untuk lebih gambar sila klik DISINI

18 Disember 2013

JADUAL GAJI KERAJAAN 2014

http://portal.anm.gov.my/public_html/pek/spanm42013.pdf
Jadual gaji kakitangan awam bagi tahun 2014. Klik SINI atau pada gambar untuk paparan penuh pekeliling akauntan negara.

Ada 2 bulan dapat gaji awal..bulan 10 dan 12. Alhamdulillah..kita menghormati sempena musim perayaan. Yang selain kakitangan awam tu tak perlulah bising-bising, macam kami bersalah pulak...kami kakitangan awam dapat gaji akhir bulan, banyak lagi pekerja swasta yang dapat gaji awal bulan..dapat bonus 3-4 bulan, kami di sektor kerajaan dapat setengah bulan..syukur alhamdulillah. rezeki masing-masing...tak perlulah rasa iri hati, kalau ada pun jadikanlah ia pemangkin untuk kita terus maju dan maju dan maju lagi sehingga kita dapat lebih dari lagi dan lagi dan lagi.

Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang itu kalau dia sendiri tidak berusaha untuk berubah.

16 Disember 2013

OHH KAD KREDIT

Salam Monday,
Hari Isnin, memang agak lemau jugaklah perjalanan ke pejabat...maklumlah mood belum mariii... haha..kalau ikutkan mood kerja aku tunggu jumaat baru mari hehehe

Topik hari ni...Kad kredit. hehehe...mesti ramai yang ada kad kredit kan..tak kiralah guna secara aktif atau tidak. ia pun dah kira macam keperluan lagi-lagi saat-saat kita menanti gaji masuk...paling kurang pun kena standby untuk minyak kereta.

Dulu aku pun guna kad kredit ni...sampailah satu tahap, dua tahun cuba langsaikan hutang kad kredit ni, tak jugak setel-setel dengan bayaran kadar minimum seperti yang ditetapkan. Akhirnya terpaksa tutup kad kredit tersebut dan aku langsaikan dengan pinjaman peribadi...kira gali lubang tutup lubang lah ni...tapi apa kan daya....

Aku rasa tahan enam bulan pertama je guna untuk isi minyak...dapat gaji bayar habis. lepas tu mulalah bila outstation bayar duit hotel guna kad kredit...belanja skit-skit guna kad kredit. masa tu alhamdulillah adalah dapat duit kelim...tu pun aku tak bayar penuh, dalam 80 percent je.

Aku mula guna secara lampau dan bayar ikut kadar minimum masa nak kawen..beli barang hantaran. bajet nanti dah kawen boleh lah bayar..tapi bila dah kawen, masuk umah sendiri, nak kena beli mesin basuh, peti ais dan lain-lain pun guna kad kredit jugak huhuhu...memang hanya mampu bayar minimum jelah kan..

Pas kawen dapat anak..guna lagi buat beli barang-barang keperluan macam kerusi sorong baby, buaian dan lain-lain lagi...pun sama gak. selepas tu simpan je dah kad kredit dalam wallet..tapi kadang-kadang terguna jugak untuk isi minyak...tapi still masih bayar dengan kadar minimum.

Sekarang ni takde kad kredit dah..tapi napsu nak buat tu tetap ada..mana taknya, kadang-kadang bila fikir-fikir kita perlukan sangat nak guna duit lagi-lagi masa-masa dah dekat nak gaji...lagi dan lagi tak lama lagi aku akan tinggal jauh dari tempat kerja. 
Ya Allah, Kau bukakanlah pintu rezeki ku..Amin

13 Disember 2013

SUMBANGAN UNTUK RBAK

Sempena SUNDAY MORNING DRIVE 8 desember lalu, pihak PPEOC ada membuat kutipan untuk disumbangkan kepada RUMAH BAKTI AL KAUSAR (RBAK) Bangi bagi membantu meringankan bebas pengurusan rumah bakti tersebut sempena pembukaan sesi persekolahan akan datang.

Pada hari selasa lepas, putrajaya crew sebangai wakil dari pihak PPEOC telah membuat penyerahan hasil sumbangan tersebut. Pihak pengurusan rumah bakti al kausar amat berbesar hati dengan kedatangan serta sumbangan dari ahli-ahli ppeoc. walaupun kecil jumlahnya tetapi besar maknanya bagi mereka.
Penyerahan sumbangan kepada Pengerusi Rumah Bakti Al Kausar
Bersama Pengurusan RBAK
Bahagian Hadapan RBAK yang sedang di dalam pembinaan
Bahagian hadapan rumah bakti
Mane-mane pihak yang hendak memhulurkan sumbangan ke RUMAH BAKTI AL KAUSAR Bangi boleh lah terus berhubung dengan pihak rumah bakti tersebut.

RUMAH BAKTI AL KAUSAR
No. 17, Jalan 4/12C, Fasa 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi.
Telefon : 03-89222016 / 03-87500016
Pegawai yang boleh dihubungi : Encik Ir. Haji Razali bin Haji Basri
012-6439879 / 019-9090888

No Akaun Maybank Islamic : 5628 3461 5590
(PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL KAUSAR BANGI SELANGOR)

atau Sumbangan cek atas nama: PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL KAUSAR BANGI SELANGOR

12 Disember 2013

PROTON PERDANA TERBARU

Salam Sejahtera,
Orang sibuk-sibuk dok cerita pasal proton perdana baru, aku pun nak sibuk-sibuk jugak bercerita hehehe.

Semalam berlansunglah majlis penyerahan proton perdana versi baru sebagai kenderaan rasmi kerajaan. Walaupun ada yang komplen kerana ia adalah dari kenderaan honda bukan seratus peratus buatan proton. Tapi percayalah ia bukanlah kerana proton dah tak mampu keluarkan kereta lagi.

Aku pun tak taulah kenapa kerajaan memilih honda accord untuk model perdana ini dan kenapa kerajaan tetap memilih proton perdana sebagai kenderaan rasmi. Padahal proton telah memberhentikan pembuatannya dan banyak lagi model keluaran proton yang lain. Contohnye Inspira..aku tengok banyak juga pegawai-pegawai kerajaan menggunakannya sebagai kenderaan rasmi? Semua ni cuma dia dan dia sahaja yang tau.

Mungkin selepas ini proton sudah tidak boleh mendabik dada...perlu terus mencari dan mengeluarkan kenderaan yang lebih berkualiti dan berdaya saing untuk kegunaan khusyusnya dalam hal kenderaan rasmi kerajaan. Tidak mustahil...kalau proton terus mendabik dada, mengharapkan kerajaan kompom-kompom amik kereta mereka...suatu masa nanti kenderaan berjenama lain di malaysia yang akan mengambil alih dalam membekalkan kenderaan tersebut.
Yang atas tu pulak kenderaan rasmi Perdana Menteri yang bernombor pendaftaran W11N.

THIS IS CENTRAL REGION

Salam Bahgia,
Alhamdulillah bersempena program SUNDAY MORNING DRIVE 8 Disember lalu, sesi penyerahan banner baru PPEOC telah dibuat diantara pihak VervX dan PPEOC. dan bersempena sesi ini juga pihak vervX telah memberikan 2 botol minyak hitam verv, 1 helai t-shirt dan 4 keping keychain untuk cabutan bertuah.
Berita ini pun aku terima petang sabtu tu...tak sangka, sebab memang tak mintak pun hehe..ape pun terima kasih kepada Verv-X atas kesudian memeriahkan program SMD kali ini. Semoga ia akan mengukuhkan lagi kerjasama antara PPEOC dan VervX.

ps: Untunglah sape dapat minyak free

11 Disember 2013

SELANGOR CUTI

Hari ini hari keputeraan sultan selangor. bukanlah jeles sebab orang selangor dapat cuti...tapi itu satu keistimewaan diorang dan satu kesengsaraan orang wilayah persekutuan kuala lumpur dan putrajaya. mana tidaknya...bangun-bangun pagi, jiran sebelah cuti..Ahhhhhhhhh. Lagi tragis kalau housemate cuti, bagi yang bujanglah sewa ramai-ramai

Memang dah menjadi kelaziman..walaupun hanya orang selangor cuti, shopping kompleks area KL ngan putrajaya turut penuh. Tengahari tadi aku ke alamanda putrajaya untuk lunch...Fuhhhhhh jem masa nak ke kawasan parking alamanda.

Masing-masing kononnya mengambil kesempatan cuti di hari biasa ini untuk berjalan-jalan membawa anak-anak...lagi-lagi cuti sekolah ni kan. tapi last-last orang wilayah jugak yang sengsara. mana tidaknya, nak beli makanan pun terpaksa beratur panjang...dekat berger king tadi pun aku beratur sampai 15 minit untuk sampai ke kaunter.
Ermmmmm...syukur dapat makan jugak kan

SMD PPEOC KE PORT DICKSON

Ahad lepas, 8 Disember 2013, Kelab Pemilik Proton Persona Elegance Wilayah Sentral atau lebih dikenali sebagai PPEOC telah mengadakan satu program yang dinamakan Sunday Morning Drive.

Seawal 7 pagi lagi masing-masing telah berkumpul di kawasan masing-masing sebelum bergerak ke lokasi berkumpul bagi program ini iaitu di Plaza Tol Port Dickson. Dianggarkan lebih 80 biji proton persona telah bergerak secara konvoi dari plaza tol berkenaan, manakala lebih 30 biji telah berada di Pantai Batu 4 Port Dickson.

Aktiviti santai ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama ahli terutama wilayah sentral. Untuk makluman program ini juga telah dihadiri oleh ahli-ahli PPEOC dari wilayah selatan.

Berbagai aktiviti telah dirangka selain setiap ahli dikehendaki membawa makanan masing-masing untuk dirasai oleh semua ahli. konvoi, BBQ, sukaneka, cabutan bertuah adalah antara aktiviti yang telah dirancang oleh urusetia bagi mencapai objektif program.
AJK Sukaneka
BBQ yang dikelolakan Selangor Crew
Sukaneka yang dikelolakan Putrajaya Crew
Menjamu selera
Walaupun ia satu program yang santai dan simple, kemeriahan dan semangat ahli yang hadir membuatkan ia lebih meriah dan menarik.

TERIMA KASIH PADA SEMUA

05 Disember 2013

SEMUA NAEK!!!

Semua Naekkkkk!!
Teringat aku kepada salah satu cerita kegemaran anak aku...keretapi dinasor, sewaktu keretapi nak memulakan perjalanan huhuhu...Tapi bukan ini aku nak cerita.

Sekarang ni bukak-bukak FB je kebanyakkan orang merungut yang macam-macam...dah nampak macam hilang pedoman...
Gaji Naik
Minyak Naik
Gula Naik
Barang Naik
Astro Naik
Letrik Naik
Tol Naik
Air Naik?
Tapi bab air naik tu, semua orang akui ia ketentuan tuhan...takde sape yang marah atau salahkan sesiapa...cuma orang marah sebab bantuan tak naik-naik.

Aku ni bukanlah menyokong mane-mane...aku selalu bagitau aku sokong mane-mane yang menang. jadi memang takkan kalah lah walaupun pasukan bola sepak hehehe. Tapi sejak dua menjak ni..semua orang mengeluh, yang kadang tu terlampau-lampau sampai aku rasa korang ni takde agama ke, dah ingat tuhan ke..terlalu mengharap pada makhluk lain..selain tuhan.

Aku bukan menuduh sape-sape atau pandai sangat bab agama..hukum hakam dan sebagainya. Tapi dari yang aku tahu dan belajar sejak kecik lagi...kalau kita terlalu percaya dan begantung pada selain Allah....Syirik!!!!!!! namanya...bukan ekkk takpelah...lain orang lain pendapat. Dalam Islam pun kita ada empat mazhab.

Semua orang, termasuk aku pun terasa hazabnya bila harga barang keperluan meningkat...kalau dalam lagu "dulu seringgit makan sorang, kini seringgit makan dua orang"..tapi sekarang zaman dah berubah "dulu sepuluh ringgit boleh makan dua orang, kini sepuluh ringgit boleh makan untuk seorang sahaja".

Fikir...fikirkan lah

GST: SIAPA DAN BAGAIMANA

Salam sayang,
OK kita sambung balik tetang GST. Hehe

Di Peringkat  Mana GST Dilaksanakan?
GST dikenakan ke atas nilai tambah di setiap peringkat perniagaan bermula daripada pembekal sehingga kepada pengguna. Pengeluaran dan penjualan akan melalui beberapa peringkat pungutan dan pembayaran GST.

Setiap peniaga dalam rantaian pembekalan membayar GST kepada pembekal masing-masing ke atas barang atau perkhidmatan yang diperolehi dan mengenakan serta memungut GST ke atas barang atau perkhidmatan yang dijual oleh mereka.

 Siapa Yang Terlibat?




Bagaimana Pengiraan GST?
Di akhir setiap tempoh bercukai yang telah ditetapkan kepada peniaga yang berdaftar di bawah GST, peniaga boleh menolak GST yang dibayar (cukai input) dan GST yang dikenakan (cukai output). Jika cukai output melebihi cukai input, perbezaannya akan dibayar kepada kerajaan. Jika cukai input melebihi cukai output peniaga boleh menuntut pulang balik dari kerajaan.

Bila Lagi?
1 April 2015

Sebarang Pertanyaan, sila hubungi:
1300-888-500
03-8882 2111
www.gst.customs.gov.my
email: gst@customs.gov.my
Faks: 03-7806 7599


sumber daripada pamplet:

04 Disember 2013

TAYAR BARU

Salam Sejahtera,
Baru-baru ni aku ada tukar tayar kereta, jenama Hankok buatan korea 205/45/16. Aku pun tak tau kekuatan dan ketahanan tayar ni sebenarnya...aku amik pun sebab tayar ni dalam lingkungan bajet aku...maklumlah terpaksa tukar...kalau tayar botak tu boleh lah kita simpan duit skit-skit dan sempatlah survey-survey kedai dan tayar yang nak kita beli.

Ini sebab tayar aku yang lama tu merekah..lepas tu bocor kecil di banyak tempat dekat tempat merekah tu...jadi, tiada pilihan untuk aku. Tapi walauapapun sempat jugaklah bertanya pada kawan-kawan tentang tip memilih tayar selain dari harga...aku rasa kalau dari segi harga, mana-mana kedai sama je, murah pun dalam RM10-RM30 macam tu...agaknya hehe

Di sini aku kongsi skit lah ape yang patut kita tahu tentang tayar.
Ohh ya...mesti nak tau berapa aku kena kan. lepas belek-belek dengan muka kesian..tokey kedai tu bagi aku RM275 sebiji termasuk dengan balancing.
Tayar Baru Persona aku
Alligment RM30
Invois
Dapatlah diskaun RM10 hahaha. Ohh ya aku tukar 2 biji tayar je hehehe. Kalau korang rasa harga tu berbaloi bolehlah datang ke bengkel tersebut.
SAS TYRE & AUTO SERVICE
Pusat Perindustrian Presint 14, Putrajaya

Lebih kurang macam tulah nama bengkel tu. bersebelahan dengan pusat service perodua. Bengkel ni kira One Stop jugak lah...semua boleh dibuat di bengkel ni.

03 Disember 2013

APA ITU GST?

Salam sejahtera,
Apa itu GST? macam-macam orang memberi makna pada singkatan GST..sampai ada yang pening dan yang lebih parah ada jugak yang percaya bulat-bulat tanpa merujuk kepada sumber maklumat yang sahih...di sini aku nak kongsi sedikitlah dengan semua dari pamplet yang aku dapat..

Apa Itu GST?
GST adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat perniagaan. Cukai tersebut dibayar apabila pengguna berbelanja. GST akan menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (CJP). Ia bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih efektif, efisyen, telus dan mesra perniagaan.

GST mula dilaksanakan di negara Perancis seawal tahun 1950an. Kini lebih 160 negara telah melaksanakan GST. Di Asian, hanya Malaysia, Myanmar dan Brunei sahaja yang masih belum melaksanakannya.

Kenapa GST Diperkenalkan?
Ia merupakan suatu sistem percukaian yang lebih baik dan lebih adil berbanding dengan CJP. Antara faedah GST adalah:

1. Mengurangkan Kos Perniagaan
Di bawah CJP, peniaga tidak dapat menuntut sepenuhnya cukai yang dibayar ke atas input perniagaan. Namun dengan GST, peniaga mendapat manfaat kerana boleh mendapatkan semula cukai input ke atas bahan mentah/barang dan perkhidmatan di setiap peringkat perniagaan. Akhirnya kos perniagaan menjadi lebih rendah.

2. Meningkatkan Pematuhan
CJP mempunyai kelemahan yang menyukarkan aspek pentadbiran cukai. GST pula mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri, sekaligus meningkatkan pematuhan.

3. Mengurangkan Karenah Birokrasi
Kini urusan lebih mudah kerana tidak perlu lagi untuk memohon kelulusan pengecualian ke atas bahan mentah.

4. Memberi Kesaksamaan
Kadar GST dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat, sama ada diperingkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhidmatan.

5. Menjadikan Harga Lebih Berpatutan Kepada Pengguna
GST menghapuskan cukai bertindih di bawah CJP. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan untuk kebanyakan barang dan perkhidmatan di bawah GST berbanding CJP.

6. Menjamin Ketelusan
GST adalah lebih telus dari CJP kerana pengguna akan tahu sama ada barang dibeli atau perkhidmatan diperolehi tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.

Kadar Dan Threshold GST
@ Kadar GST: 6%
@ Threshold GST: RM500,000
(Perniagaan yang tidak mencapai nilai jualan tahunan pembekalan bercukai RM500,000 tidak perlu mendaftar di bawah GST. Namun begitu, pendaftaran secara sukarela adalah digalakkan)

Jenis Barang/Perkhidmatan Yang Tidak Dikenakan GST
Bagi tujuan sosio-ekonomi, barang dan perkhidmatan tertentu tidak dikenakan GST, antaranya seperti:

- Makanan asas seperti beras, tepung, gula dan minyak masak.
- Pembelian dan penyewaan rumah kediaman.
- Jual beli tanah pertanian.
- Pendidikan.
- Pengangkutan awam.
- Perkhidmatan kesihatan.

#copypaste dari