MyRAKAN

23 Mac 2011

SUPERMAMA

Isnin lepas aku cuti...jaga anak. pengasuh zaqwan cuti dua hari plak. jumaat ngan isnin. jadi terpaksalah cuti berganti2 dengan wife aku...hehe korang ingat ade lari berganti2 je cuti pun ade oke.

jaga zaqwan sekarang memang tak susah sangat. cuma kena rajin melayan dia je. layan layan dia penat tidorkan pastu bapak dia sekali ikut tidor. kan senang.

satu je perangai dia sekarang ni...suke makan roti. tapi masuk mulutnye skit je yang lain2 dibuang sepah2 kat lantai. pandai plak tu cubit kecik2 lagilah nampak bersepak umah aku. kalau tak bagi menangis meronta2. last2 bagi jelah jangan sok sok pegi kedai meronta2 mintak mainan atau jajan sudah. kalau murah2 tu mungkin boleh dipertimbangkan...

memang letih melayan kerenah zaqwan. kadang tu nak marah pun ade. TAPI kalau dia duk senyap je ataupun tido rasa boring pulak. takde cabaran orang kata. nanti takdelah nak marah2 karang aku marah tak tentu pasal "hai datang bulan ke"




p/s; alamak gambar pecah2lah mungkin sebab aku zoooooom kot

Tiada ulasan: