MyRAKAN

28 Mac 2014

TT MINGGUAN PUTRAJAYA CREW

Salam Jumaat,
Alhamdulillah...malam tadi berlansunglah aktiviti mingguan PPEOC bagi Putrajaya Crew yang kami namakan TT Putrajaya atau perjumpaan mingguan yang biasa diadakan setiap 2 minggu atau bila-bila masa jika ada keperluan. Macam biasa TT diadakan di Jambatan Masjid Putra Putrajaya dalam jam 9.00 malam.

Dianggarkan lebih kurang 20 biji jalopy dapat dikumpulkan pada malam itu. Seperti biasa aktiviti malam itu, sesi borak-borak sambil beramah mesra, berkenal-kenalan, ambil dan bayar merchandise kelab, tampal stiker dan sebagainya sambil menunggu rakan-rakan yang lain. Pada malam itu juga ada membuat sedikit derma kilat bagi seorang ahli PPEOC Northern Crew yang sedang sakit terlantar di hospital bagi meringankan sedikit beban dan perbelanjaan diri dan keluarganya.

Lebih kurang jam 11 malam, semua yang ada pun dah keletihan dan kedahagaan..tak kurang jugak ada yang dah kelaparan. setelah mendapat persetujuan semua, restoran seafood soho bandar baru bangi telah menjadi pilihan seterusnya untuk sesi minum dan makan serta menyambung agenda yang tergendala. Seperti biasa jugak pergerakan ke kedai makan dibuat secara konvoi, bertujuan membiasakan dan memahirkan diri ahli terlibat dengan konvoi yang diketuai oleh marshal ppeoc sendiri.
Barisan jalopy yang ada
Sesi menampal stiker
Sesi isi perut
Terima Kasih diucapkan kepada kawan-kawan yang hadir memeriahkan TT malam tadi. semoga kita berjumpa lagi dalam aktiviti akan datang.

13 Mac 2014

LESEN MEMANDU BARU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Selasa lepas, sempat jugak aku renew lesen memandu di jpj melaka...yerlah dah aku alang-alang amik cuti dua hari..kalau ikutkan minggu depan baru lesen tu baru mati atau lagi senang befday aku hehehe

Tahniah kepada perkhidmatan di kuanter jpj melaka..memang laju gile..tak sampai sejam aku duk situ dan setel semuanya..padahal aku datang tu dapat que nombor 2148 dan que nomber sedang running masa tu 2113..tapi memang alhamdulillah cepat..diluar jangkaan aku
Lesen memandu baru dengan beberapa ciri keselamatan seperti ada jata negara yang lutsinar...cara buat dia mudah je, kita pegi kat kuanter tu bagitau kita nak renew lesen memandu...sertakan gambar terbaru atau bagi kat dia kad pengenalan kita dan diorang akan amik gambar dari mykad kita...senang jimat duit cuci gambar kat kedai hehehe
Sila abaikan gambar cute di atas hehehe...lesen lama ni simple tapi rasa tahan lama. kalau ikutkan bab kena ciplak atau dipalsukan tu..secanggih mana pun teknologi lama-lama bocor jugak dan akhirnya orang boleh buat sendiri.

ps; jadi kalau tak mau kena ciplak..setiap tahun kerajaan kena bekalkan kad berlainan design macam roadtax kenderaan kita...mungkinkah versi baru ni macam itu...kita tunggu tahun depan.

07 Mac 2014

TAMBAH PENDAPATAN

Salam Jumaat,
Ok tak tajuk entry macam tu hahaha...aku bukan nak cerita macam mana cara untuk kita tambah pendapatan...tapi aku rasa macam nak buat bisnes pulak, tapi tak tau bisnes ape nak buat..dari mana nak mula hehehe

Sekarang ni, kehidupan kita semua memang sememangnya mencabar fizikal dan mental. mau tidaknya sana sini kita dengar keluhan orang...duit gaji tak cukup, gaji 3K sebulan pun tak cukup...macam mana kira tu...aku ni lagilah gaji tak sampai 3K pun...tapi BR1M pun tak layak...tapi alhamdulillah, bersyukurlah kita dengan apa yang ada...isteri jugak yang banyak membantu dan memahami.

Kadang tu bila aku dok termenung mengenangkan nasib diri sendiri...nak je wat keje part time. tapi bila bincang-bincang balik dengan wife, katanya takpe lah..nanti bila aku kerja part time masa bersama keluarga mesti berkurangan...maklumlah dah kepenatan...so aku batalkan niat tu...tapi sekali sekala tu muncul balik jugak niat tu.

Kadang terpikir jugak nak buat bisnes...mane tidaknya tengok macam best je orang lain buat bisnes sendiri, masa bekerja ikut masa kita...sekarang ni kan femes bisnes online, takyah susah-susah cari tapak kedai, bayar sewa dan sebagainya...tapi bila pikir-pikir balik, mana aku nak mula, apa bisnes aku nak buat, mana modal nak cari...semua bermain-main di dalam fikiran sampai sekarang.

Walauapapun saya tetap bersyukur dengan apa yang ada...walaupun kadang-kadang terpaksa berikat perut, tapi masa untuk bawak keluarga berjalan-jalan, balik kampung, bersama-sama rakan, join aktiviti bersama rakan-rakan PPEOC dan lain-lain...masih diberi rezeki dan masa oleh-Nya. Alhamdulillah......

06 Mac 2014

DAH PANDAI MERAJUK

Entahlah...aku pun tak tau sekarang ni macam mana, si zaqwan dah pandai merajuk...tak boleh kena tegur apatah lagi kena marah mesti merajuk...tak ikut kemahuan dia pun mula lah merajuk...pegi menyendiri kat mane-mane penjuru rumah.

Adakah sebab dia rasa diri dia dah terabai kerana kelahiran adiknya...walauapapun aku dah cuba buat yang tebaik untuknya...tak nak dia rasa dia diabaikan atau kurang amik perhatian terhadapnya...tapi yerlah saya pun manusia..kadang tu terpaksa juga melayan kerenah anak kedua aku tu, maka memanglah kurang melayan dia sangat.

Tapi itu kalau kat kampung...kat rumah pulak memang aku beri perhatian kat dia, sebab kami duduk berdua je sampai wife aku habis pantang. Tapi macam aku cakap lah...rasa macam dia lain sangat..kerenahnya pun bermacam-macam.

Kadang tu ada gak dia mengadu..kat sekolah dia kena marah ngan cikgu dia...aku pun sekadar dengar dan tanya kenapa cikgu marah..pastu aku bagitau dengarlah cakap cikgu, jangan asyik main je...tak nak lah nampak macam kita asyik back up dia je...aku dulu berani ngandu macam tu, memang kena tambah lagi ada.

Cabaran mendidik anak zaman sekarang...ada yang kata cara didikan macam mak bapak kita dulu dah tak valid, tapi memang dah terbukti...tapi kalau kita buat macam itu jugak risau pulak bila kita tengok reaksi diorang, memang tak sama macam reaksi kita masa kecik-kecik dulu...mungkin sebab kita dah disumbat dengan banyak cerita-cerita yang kurang menyenangkan kalau kita guna cara itu...jadi kepala otak kita pun macam dah diprogram atau ditakut-takutkan..kalau kita buat jugak anak-anak akan memberontak, jadi macam itu, macam ini dan macam-macam lagi.

"Ya Allah, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik"

05 Mac 2014

GOSOK JANGAN TAK GOSOK

Saje post gambar seterika lama..tapi tak penah guna pun..nampak tu memang penah nampak iron ni kat umah nenek..memang agak berat..itu belum isi dengan arang lagi tu hehehe..tapi sekarang sudah manyak senang ooo pakai letrik..iron pun ringan je...kat rumah aku sekarang pakai iron jenis ni je
Aku bukan nak story pasal iron pun..TAPI setelah sekian lamanya aku tinggal kerja gosok menggosok, iron mengiron..mungkin jugak dalam satu hingga dua bulan ini aku terpaksa buat semula kerja-kerja gosok menggosok baju...aku ni memang dari zaman bujang lagi, inilah yang paling aku malas..jadi oleh kerana aku malas gosok baju masa zaman bujang dulu...aku memang jaga betul-betul baju kerja terutama masa basuh, sidai dan simpan dalam almari.

Petua dia senang aje...pastikan anda membeli kemeja yang tak mudah kedut, masa nak basuh plak tak yah gatal-gatal nak rendam dulu lah dan lepas bilas terus sidai, tak yah perah-perah bagai...tu dia hahaha

Tapi memandangkan sekarang wife tengah berpantang kat kampung dia, maka terpaksalah aku bangun pagi seawal mungkin sebab nak gosok baju kerja aku ngan baju sekolah anak comel sorang tu..yerlah nak gosok malam-malam malas hehe...gosok pun cukup tuk pakai hari tu je..macam tulah rutin aku sekarang ni...baru padan muka kan hehehe

p/s; macam tu lah pengorbanan seorang isteri..tu baru bab gosok baju, belum lagi yang lain-lain

04 Mac 2014

MUSIM JEREBU

Selamat sejahtera semua,
Sekarang ni bukan sahaja musim kemarau, sampaikan air paip pun kena catu..tapi jerebu pun on off, kadang ok kadang tu k.o lebih-lebih lagi kawasan lembah klang memang tak boleh lari dahh..nak tak nak terpaksa juga kita hadapi dan tempuhi.

Jerebu ni pulak berpunca dari berbagai cara..ada tu memang kita tak boleh elak..namun ada jugak beberapa punca yang boleh kita kawal seperti PEMBAKARAN TERBUKA, ASAP KILANG DAN ASAP KENDERAAN..Marilah bersama-sama kita hindari dari perbuatan yang boleh menyebabkan JEREBU.

IPU atau Indeks Pencemaran Udara adalah digunakan sebagai panduan untuk mengetahui tahap kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan kita.
Kita perlu mengikuti perkembangan semasa jerebu melalui media massa seperti surat khabar, radio dan televisyen untuk mengetahui tahap jerebu terkini ditempat kita supaya kita dapat mengambil langkah-langkah pencegahan.

Untuk bacaan Indeks Pencemaran Udara / Air Pollution Index (API), sila layari www.doe.gov.my/apims

03 Mac 2014

TUKAR TIMING BELT

Sabtu lepas sempatlah jugak aku pergi tukar timing belt jentera aku ni...selepas sekian lamanya, risau jugak bila bawak jalan jauh-jauh...mula tu plan memang nak buat kat putrajaya je, tapi memandangkan masa telah mencemburui aku, tiap-tiap hari minggu terpaksa balik ke kampung, maka terpaksa jugak tukar di melaka...nasib baiklah ada member yang bukak bengkel.

Mesti ada yang berbunyi..wat ape gi bengkel jauh-jauh, mane-mane bengkel pun lebih kurang sama aje...yerlah, aku duk masjid tanah, pegi bengkel kat durian tunggal semata-mata nak tukar timing belt. Tapi buka itu sebenarnya tujuan aku...disamping membantu menyokong bisnes rakan-rakan, boleh jugak kita berkenalan...selama ni kenal macam tu je, takde kesempatan pun lagi nak berborak-borak rapat.
Set Timing Belt harga RM230
Lupe nama dia..Harga RM60
Set timing belt tu aku beli dah siap-siap kat serdang. Tapi oleh dah alang-alang buka semua, maka tukar sekalilah..takdelah nanti bukak banyak kalikan...lagi pun aku tengok benda tu pun dah merekah-rekah...risau time layan kat higway nanti terus putus...ya allah jauhkan...Oh ya upah pasang pulak RM160..tak taulah aku mahal ke murah, sebab aku ni memang tak berapa rajin nak survey-survey.
Satu lagi benda patah ditemui..benda ni kat tayar..mesti time aku tukar tayar hari tu..tapi tak mustahil jugak kalau ia patah sendiri..huhuhu tak taulah aku nak kata apa...lain kali kalau gi bengkel memang kita kena duduk sebelah..tengok je ape dia buat