MyRAKAN

28 Oktober 2013

CUTI DEEPAVALI

 Salam Sejahtera,
HAPPY DEEPAVALI

Awal lagi ke kalau nak ucap selamat mennyambut deepavali. kalau rasa-rasa awal lagi tunggu sabtu ni baru baca ekk hehehe.

Dan deepavali tahun ni penuh dengan kekongfiussan ekk..mane tidaknya, ada kalendar tulis situ hari sabtu, ada pulak yang hari ahad...kalau yang hari ahad tu betul memang best sebab boleh bawak ke isnin cuti tu...selasa pulak memang dah cuti awal muharam...memang best dok umah 4 hari..boleh besarkan perut haha

Tapi malang seribu kali malangnye, cuti deepavali telah pun ditetapkan oleh kerajaan malaysia pada sabtu, 2 november 2013. cara dia tetapkan aku tak tau lah...tapi ini aku rujuk kepada BAHAGIAN KABINET JPM. nak rujuk cuti 2014 pun dah ada hehehe

ataupun korang boleh klik SINI untuk sumber rujukan aku.

SUMBER: LAMAN SESAWANG BAHAGIAN KABINET, PERLEMBAGAAN DAN PERHUBUNGAN ANTARA KERAJAAN

ps; untuk maklumat cuti hari sabtu takde nak bawak bawak ke isnin ek

23 Oktober 2013

BAJET 2014

Salam Bahgia,
Rata-rata minggu ni mesti ramai yang bukak topik bajet kan..sama ada kat opis, kedai kopi, rumah dan kat mana-mana je lah...janji jangan sampai bertumbuk sudah. tak kurang jugak yang mengintip-ngintip kandungan bajet yang bakal di bentangkan jumaat ini oleh perdana menteri kita selaku menteri kewangan.

Mengharapkan sesuatu yang terbaekk adalah harapan semua orang termasuk aku...kalau ditanya apa harapan aku untuk bajet kali ini...mestilah aku nak cakap dapat bonus, gaji naik, itu ini dan macam-macam lagi permintaan. Itu baru aku sorang belum lagi lebih kurang 30 juta rakyat malaysia yang lain...mesti pening pak menteri nak fikir..tapi mereka dah pilih dan terpilih untuk memikul tanggungjawab itu..terpaksalah mereka pikul walau seberat mana pun.

Walauapapun keputusan dan isi kandung masa pembentangan bajet 2014 jumaat nanti, terimalah dengan hati terbuka...bukan mudah untuk kita memuaskan hati semua orang. sebarang keputusan mesti dah di kaji dan diteliti semasak-masaknya oleh mereka yang bertanggungjawab sebelum membuat keputusan...

ps; peace no war :)

22 Oktober 2013

LAGU UNTUK TOK GURU

Hai jumpe lagi hehehe,
Belek-belek tiub kau jumpe plak lagu artis febret aku ni untuk Tok guru Nik Aziz...memang terharu dan tersentuh hati bile mendengarnye

Bagi kawan-kawan yang belum dengar lagi..boleh klik DISINI. dengar sampai habis tau. sambil tu korang layan gambar-gambar siti ngan tok guru

 p/s: meremang tak bulu roma korang bile dengar ngan tengok video klip ini




HELLO

Hai semua,
Fuhh lama sungguh tak update belog ini..nak kata busy pun iyer lah jugak. dekat rumah pulak tak sempat nak on pc tu..kadang tu sampai berhabuk pc aku tu sebab tak ada orang usik..kalau ada yang ngusiknye pun anak aku tu.

Ikutkan banyak program yang aku join...lagi lagi kelab kereta aku hahaha. macam-macam aktiviti lah, kadang tu memang dah macam tak terlayan lagi-lagi keadaan aku sekarang ni...so sekarang just join mane yang boleh.

Agak-agak ada orang rindu tak sebab lama tak baca update terbaru belog aku ni wahahaha..takde kot sebab takde pun yang mesej hehehe. alah belog aku ni bukan ada ape pun yang nak dibaca..semua just pengkongsian sahaja.

Dulu mula-mula aku bukak belog sebab mukabuku kat opis aku ni kena block...tak boleh bukak lansung..so macam rasa banyak masa terluang..tak ada ape nak buat, maka terbukalah belog ini. dari hari ke hari ramailah yang terfollow belog aku ni, yang terbaca ape yang aku merapukan..terima kasih pada anda yang meluangkan masa bertandang dan membaca belog ini.

Sekian ini dulu...nanti ada masa aku update lagi hehehehe tunggu.......