MyRAKAN

31 Januari 2013

SELAMAT HARI WILAYAH 2013

1 Februari adalah sambutan Hari Wilayah Persekutuan

Tidak seperti negeri-negeri lain di Malaysia, Wilayah Persekutuan ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan dan diperintah oleh Yang Di-Pertuan Agong. Wilayah Persekutuan meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Daripada ketiga-tiga wilayah ini Kuala Lumpur merupakan ibu negeri Malaysia, Putrajaya pula merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan manakala Labuan Pusat Perniagaan dan Kewangan Negara (IBFC).

Wilayah Persekutuan mempunyai bendera rasminya sendiri seperti gambar di atas. Bagaimanapun setiap wilayah ada mempunyai bendera sendiri.

Bendera Kuala Lumpur
Bendera Putrajaya
Bendera Labuan

SELAMAT MENYAMBUT 
HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 

KEPADA SEMUA 
WARGA WILAYAH PERSEKUTUAN 
KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA DAN LABUAN

Majlis Pelancaran Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2013


Goodies sempena Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2013

30 Januari 2013

SAMAN PERTAMA SONA-KU

Baru-baru ni aku terima satu surat...kalau orang melayu cakap surat cinta. mane tidaknye memang bercintalah nak kena bayar. mula tu aku ingat surat syarikat insuran...almaklumlah bulan lima dah nak kena renew roadtax..tapi memang rasa macam tak logik plak sebab lama lagi. sekali bukak...nah hamik ko!

Saman pertama sona-ku...kesalahan pandu laju 83 km/j dengan had laju kat situ 60 km/j. tapi kalau dah bersalah tu tetap salah...jadi terimalah akibatnya...

Agak rasa terkilan jugak kan..kenapalah dia buat speedtrap kat tempat yang had laju cuma 60 km/j..padahal jalanraya sekarang dah lebar selebar lebarnya...cubalah buat speedtrap kat tempat yang had laju 110 km/j ke..memang patutlah kena saman yang bawak lebih dari tu.

Memang rasa ralat sangat...nampak macam tak berbaloi kena saman dengan had laju macam tu...sebab tu lah kemalangan maut kian menjadi-jadi kerana semua berpendapat alang-alang kena saman biar sampai mati...mati bersama-sama orang lain...puas hati!!!!

Korang setuju tak dengan pendapat aku tu...bukan nak marah anggota polis buat kerja..tapi rasanya biarlah lebih timbangrasa..dulu aku dengar kawan-kawan kena, dengar kawan-kawan mengeluh, dengar kawan-kawan gelakkan kawan-kawan wahahaha...tapi masa tu aku tak kena lagi, malaslah nak kata apa-apa.

p/s: AES pun sama...pasanglah kat tempat yang had laju lebih dari 100 km/j...Jom bayor saman

21 Januari 2013

PPEOC TERJAH MELAKA



 Assalam semua...
Agak lama dah tak update belog ni kan..rasa dah macam bersawang je. agak-agak lah kan ada yang rindu tak hehehe...

Ok..banyak dah sebenarnya cerita2 yang aku nak kongsi ngan rakan2 semua..tapi tulah mungkin kerana kengkangan masa dan kesibukan aku serta kemalasan aku yang membuatkan ia berlalu begitu sahaja..

Sabtu lepas, 19 Januari 2013...aku ngan beberapa member PPEOC dari putrajaya crew telah ke melaka bandaraya bersejarah. tujuan utamanya tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai tinjauan kepada next aktiviti kami...ape dia, kena tunggulah.

Alhamdulillah ketibaan kami telah disambut dengan baik sekali oleh crew melaka...merekalah yang banyak membantu kami terutama tentang jalan-jalan serta keadaan mukabumi di melaka.

Sambutan Melaka Crew di Petronas Air Keroh
Lunch..Asam pedas melaka
Gambar sebelum pulang ke Putrajaya
 p/s; nantikan putrajaya crew bakal memgegarkan melaka...