MyRAKAN

30 Ogos 2011

KERETA MERDEKA


Disamping keghairahan menyambut hari raya aidilfitri, tidak dilupekan jugak semangat kemerdekaan yang akan berlangsung keesokkan harinya..

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-54
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!

KAMI BLOGGER PRIHATIN


 STICKY POST -
ENTRI TERBARU DI BAWAH ENTRI INI


Salam semua...
kalau nak join segmen ni boleh klik SINI.

Segmen ini adalah sebagai sokongan kepada kempen TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA  anjuran ISLAMIC RELIEF MALAYSIA atau IRM .

 Marilah kita memanfaatkan bulan ramadhan terutama 10 malam terakhir ini untuk menderma kepada tabung kemanusian somalia ini..bagilah ape yang termampu dari kita semua..

Bersyukurlah kita berada di bumi bertuah ini...

Jika ada yang berminat untuk menderma , boleh ke laman ini
http://irmblog.org/2011/07/serious-drought-in-somalia-affecting-livelihoods/
 

29 Ogos 2011

SALAM AIDILFITRI


Selamat Hari Raya AidilFitri. Ampun & maaf dipohon jika ada salah dan silap..Maaf Zahir Batin

25 Ogos 2011

SEGMEN MISS NADYA::SELAMAT HARI RAYA


Salam semua...
Aku ni join segmen miss nadya..kalau koWrang nak join jugak klil je SINI. cara dan syarat-syarat semua ade kat situ.

Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua. Ampun dan maaf kalau ade TERkasar bahasa, TERguris hati dan keTERlaluan semasa saya menulis di belog ini. pada rakan-rakan yang nak pulang ke kampung tu berhati-hatilah di jalan raya..pastikan rehat yang cukup dan bersabarlah di jalan raya. kepulangan kita untuk dirai bukan ditangisi. sekali lagi

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN 
 

24 Ogos 2011

BUFFER RAMADHAN; BERBALOIKAH?

Bulan puasa ni banyak bebeno promosi-promosi makan. lagi-lagi last-last nak raya ni kan. macam-macam promosi buffer..dari harga 20 hinggit sampailah ke 80 hinggit. silap-silap 100 lebih pun ade. bergantunglah pada perkhidmatan dan menu yang ditawarkan.

Ada orang kat buffer ramadhan ni satu pembaziran. harga mak datok mahal gile! kita buka pose bukan nak makan banyak mana pun, cubit-cubit je..tu orang kata bukan aku. dia tak ingat agaknya ape yang dia amik sampai tak hingat dunia..last-last makan tak habis. sekarang sape membazir..sampai kan ade sesetengah tempat terpaksa mengenakan cas pada lebihan-lebihan yang dibuat..

Bagi aku lah..tak salah kita makan di restoran atau hotel yang menawarkan buffer ni. harga ikutlah pada menu dan perkhidmatannya. nak murah pun ade..tapi nanti menu skit dan perkhidmatan tak cantek ko marah plak kan...

Biasa orang memilih buffer ni untuk kumpulan yang besar macam kelab, persatuan, pejabat dan sedara mara yang ramai..nak buka pose sama-sama katakan. dengan buffer ni dapatlah kita makan sama-sama..berbual-bual macam-macam topik tanpa pikir makanan tak cukup..nak top up makanan lah dan sebagainya.

Bagi yang kelab-kelab pulak..memang tak dinafikan selalu dah berjumpe, lepak-lepak, makan sama-sama. tapi betul ke kita makan bersama-sama. ade yang datang lambat kita makan dulu..kadang tu order sama-sama tak makanan kawan kita sampai masa makanan kita dah abis. bila pulak masa kita makan bersama-sama sambil berborak-borak...

Memang betul pendapat orang berbeza-beza..tapi bagi aku buffer ramadhan yang ditawarkan tu ade macam-macam pilihan..murah, mahal, agak sedang-sedang, makanan kampung, western, ala barat, arabian..cuma tepok dada tanya selera. ape yang penting kualiti masa kita bersama dengan keluarga dan kawan-kawan..jadi pilihan ditangan anda.

p/s; ari tu tak puaslah layan STEAMBOAT....

23 Ogos 2011

JOM JOIN BLOGLIST AIDILFITRI BEN ASHAARI


Salam semua...
Jom join bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI..kalau korang nak join jugak klik SINI untuk tahu cara-cara dan syarat-syaratnya..

Terima kasih dan Selamat Hari Raya

STIKER OPIS

Tau ape tu...itulah permohonan untuk dapatkan stiker parking kat opis aku ni. baru nak dikuatkuasakan. selama ni sape-sape boleh masuk..tapi ada segelintir sibuk-sibuk pentingkan diri sendiri komplain keter banyak kat dalam tu..maka misi nak kurangkan keter lah ni.

Apelah nak jadi kalau permohonan parking kat opis ni tak lulus..tak kan aku nak parking bayar sejam singgit..satu hari keje 9 jam jadi sehari 9 hinggit..sebulan sepuloh hinggit..eh eh betul ke? kowrang kiralah sendiri..aku ni bab-bab mengira memang lemah skit walaupun dulu SPM aku dapat A2 hahhaha aku pun tak pasti camne leh dapat camtu.

Kalau dikira-kira mau habis duit gaji aku kat parking tu..napelah orang-orang yang gaji banyak dapat elaun macam-macam lagi senang-senang dapat parking free..siap booking letak no. keter khas tuk keter dia. kita yang dah gaji skit ni jugak kena tampung duit parking sendiri...mane keadilannya?

Kalau bab parking kat putrajaya ni memang tak abisnya..dari kat umah sampai ke opis sampailah kat pasar tani..semua masalah parking. bangunan makin banyak di bina..orang makin ramai dipanggil masuk putrajaya tapi parking??? tuk orang-orang tertentu je...huhu apelah nasib

p/s; kalau tak dapat gak kenalah datang opis naik bas..mintak kira punchcard dari umah..boleh macam tu

22 Ogos 2011

PPEOC BUKA PUASA


Pada 20 Ogos 2011 yang lalu sekali lagi PPEOC Central Crews telah mengadakan berbuka puasa beramai-ramai di redwok bangi. walaupun ini adalah aktiviti tak rasmi kelab tapi alhamdulillah sambutan yang amat menggalakkan dari semua.

Berbuka puasa..berkumpul..berborak adalah salah satu cara untuk kita mengeratkan silaturahim dan mengenali antara satu sama lain disamping merapatkan lagi persahabatan antara kita. atas objektif itu jugalah aktiviti ini dianjurkan disamping dapat kita bertemu dan beramah mesra.

Walaupun pada mulanya agak suram tapi penyertaan saat-saat akhir dari member-member semua amat menggalakan walaupun memening kepala si penganjur haha..namun terubat dengan telatah dan gelak tawa rakan-rakan sekelian.

Sewaktu menanti rakan-rakan di SOHO bangi
Di luar redwok sebelum berbuka puasa
Suasana di tempat buffer
Menjelang waktu berbuka puasa
Menjamu selera
Menu Buffer Steamboat
 p/s; sekali sekala dapat makan beramai-ramai memang agak menyelerakan yang luar biasa...

BLOGWALKING SEBELUM RAYA


Salam semua...
terpanggil jugak nak join segmen dari lulu-pages ni. kalau kowrang nak join sama boleh lah klik SINI tuk keterangan lebih lanjut..


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua yang membaca belog saya ini jika ada terkasar bahasa, terguris hati dan tersalah kata sepanjang penulisan saya di belog ini. dan bagi yang memandu semasa balik kampung atau ke rumah sedara mara "berhati-hati dijalan raya..."

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

MAJLIS BERBUKA PPEOC-WANIJA

Alhamdulillah..pada 18 Ogos yang lalu sekali lagi PPEOC menerima jemputan dari pihak Wanija Group untuk majlis berbuka puasa. kali ini sambutan yang agak menggalakan dari member-member ppeoc terutama di central amat-amat menggalakan. tetapi kekangan penghadkan penyertaan dari pihak penganjur menyebabkan sape cepat dia dapat.

Diberitahu seawal jam 6 petang lagi ada antara ahli yang telah samapi di plaza tol senawang tempat kami berkumpul dan berjumpa sebelum bergerak secara konvoi ke wisma wanija. kira-kira jam 5.30 petang lagi aku bersama kawan-kawan dari area putrajaya dan puchong berkumpul di petronas putrajaya untuk bergerak bersama-sama. laluan sedikit jem di jalan berhampiran hospital serdang hingga ke susur keluar ke tol kajang. memandangkan ramai yang terpusu-pusu balik ke rumah untuk berbuka.

Antara aktiviti-aktiviti semasa majlis itu adalah berbuka puasa beramai-ramai, tazkirah pendek, solat taraweh dan penyampaian sumbangan kepada fakir miskin di sekitar senawang.

Di Plaza Tol Senawang

Berbuka Puasa

Tazkirah Pendek

Penyampaian Sumbangan kepada fakir miskin
Terima kasih kepada member-member yang turut serta menjaya program ini terutama kepada bro shahrul dari cameron dan bro ahmad dari melaka.

p/s; tak sangka aku terlepak kat ijan burger sampai pagi huhu....

18 Ogos 2011

SALE HARI RAYA : STRAWBERRY CORDIAL

SALE HARI RAYA : STRAWBERRY CORDIAL
Entry melekat..scroll kebawah untuk entry terbaru. Terima Kasih

SALE HARI RAYA : STRAWBERRY CORDIAL
100% dari Strawberry Cameron Highland
1 BOTOL 1 LITER

DIBUKA UNTUK TEMPAHAN
DAPAT SEBELUM HARI RAYA..saya akan hubungi anda jika stock dah ada

COD sahaja..lokasi Putrajaya. kawasan lembah klang boleh dirunding

HARGA:
1 BOTOL RM15.00
2 BOTOL RM28.00

BERMINAT
1. Call / SMS 012-2797035 - irrahady
2. PM Facebook
3. E-mail irrahady@yahoo.com.sg

untuk dapatkan cara pembayaran dan lokasi COD

17 Ogos 2011

BAZAR RAMADHAN


Dah 17 hari berpuasa baru dapat singgah kat pasar ramadan presint 2 putrajaya. sebelum ni dah pegi gak tapi terus tuju je ape nak beli..tak sempat lagi pusing-pusing satu pasar tu. tapi semalam entah macam mana boleh plak pusing..ni pasal gara-gara tak tau nak makan ape? pusing satu pasar ramadan pun tak dapat lagi nak makan ape

Last-last mee goreng mamak juga yang menjadi pujaan. sebab tengok gambar macam sedap. tapi bile tengok cara orang tu masak memang ilang kesedapan macam aku tengok gambar tadi. tak taulah nak cakap macam mana..tapi memang betul pun..hampeh! mee goreng mamak yang mamak buat tu lagi sedap..lagi mengiurkan..dah pasni jangan beli kat situ lagi.

Sape kata kat pasar ramadan tu mahal..ade gak lagi singgit 3 biji. aku amik karipap..memang sedap..tiga-tiga aku belasah sorang hehe.air plak aku beli soya panas..harga RM2..tak taulah murah ke mahal..dulu-dulu masa aku bujang ade gak jual singgit satu bungkus. kali ni 2 hinggit tapi besar skit. ok lah tu kann....


16 Ogos 2011

RILEK SEBENTAR MAU PROMOTE BLOG ANDA


Salam semua...
Rehat-rehatkan diri anda dengan kit kat...opsss puasa. sambil-sambil rilek jomlah kita join segmen ini. boleh klik SINI atau klik banner atas tu.
Sekian...selamat berpuasa

MUSIM TUDUNG

Alhamdulillah di bulan ramadan yang mulia ini ada gak insan-insan yang nak berubah. kalau dulu tak pakai tudung sekarang dah pakai...alhamdulillah. menghormati bulan ramadan katanya..tapi ape pun tahniahlah sebab anda sanggup berubah.

Manusia sekeliling pulak dok ngata-ngata "ala tengoklah nanti pas ramadan dia nak pakai tudung tak". ello cubelah ko doa yang baik-baik tuk dia. sekurang-kurangnya nak jugak dia berubah kepada kebaikan di bulan ramadan ni. ko plak camne..ade ape-ape perubahan ke atau masih di takuk lama TAK BERUBAH LANGSUNG..pikir-pikir lah ekk

Yang dah bertudung tu plak..tak kan tak nak sahut cabaran diorang. katakan TIDAK pada mereka-mereka ni..."aku kan terus pakai tudung dan terus pakai". biar mereka-mereka ni sedar dan tilik diri masing-masing.

Contoh macam dato siti nurhaliza. dulu tak pakai tudung orang kata macam-macam. tapi sekarang dia dah pakai tudung pun orang ngata dia macam-macam. bukan senang nak puaskan hati semua orang. ade je yang tak kena...biarlah sekurang-kurangnya kita dah beralih ke arah yang lebih baik walaupun belum sempurna...


sekadar hiasan
p/s; jadi sabar je lah nok...

08 Ogos 2011

SAYALAH PEMENANG

Salam semua...
Ingat lagi tak dulu aku penah join giveaway ryo..memang tak sangka aku ni salah sorang pemenangnye..huhu memang terharu beb. tak penah terpikir pun nak menang..join pun saje suka-suka dan bagi support kat ryo. dah hadiahnya pun telah aku terima.

Jumaat lepas..tengah aku lepak-lepak sambil ngemas-ngemas meja..datang sorang brother ni dari pos laju katanya..macam biasalah aku tanya bungkusan ini tuk sape. dia tak jawab terus tunjuk kat aku..ooo namaku dan dari sarawak..tiba-tiba teringat plak aku penah bagi alamat kat ryo dulu hehe...sebenarnya aku dah lupe pasal hadiah tu...ape pun terima kasih ryo

Ni bungkusan yang aku dapat dari ryo
cantek kan dia bungkus..kemas je. tapi tak taulah kalau orang pos laju tu yang tolong bungkuskan hehe...

Mesti semua tertanya-tanya ape isi kandungannye..tapi memang ramai yang kata gambir. motif dari sarawak..ingat kat serawak tu ade gambir je ke. jeng..jeng inilah dia isi kandungnya...
 siap dengan ole-ole dari sarawak..memang boleh gemok aku macam ni..

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK RYO..FREE-FREE NANTI ANTOLAH LAGI HEHE

p/s; lepas ni mai lah kita rajin-rajin join segmen dari bro RYO

05 Ogos 2011

KIBARKAN JALUR GEMILANG


Sekarang ni dah masuk bulan ogos..bulan kemerdekaan. aku tengok sekarang ni semangat untuk kibarkan jalur gemilang sudah agak suram dikalangan kita. mungkin pihak terbabik kena buat sesuatu..jangan sampai ada yang terlupa tarikh 31 ogos tu...

Pada rabu lepas aku ngan member aku telah memasang bendera di bonet kereta. sebagai perintis untuk ahli-ahli PPEOC bagi memeriahkan lagi bulan kemerdekaan ini. macam-macam cara kita boleh kibarkan jalur gemilang..salah satunya dengan meletakkan bendera di bonet kenderaan.

 Diharapkan dengan permulaan ni akan memberi inpirasi untuk kita sama-sama kibarkan jalur gemilang...

p/s; ade ke cara lain..try test tengokk

03 Ogos 2011

I ROBOT


Kauorang semua tengok tak movie i-robot..tak kiralah yang keberapa. penah tengok kan..alah tv3 pun entah bape kali ulang tayang..tapi aku bukan nak citer pasal movie i-robot tu

Ingat lagi tak iklan pasal jangan kerja macam robot..adelah masa dulu kala. tapi aku suka kerja macam robot. buat je ape bos kita suruh..tak yah pening-pening kepala fikir ape nak buat. kalau kita bagi cadangan pun bukan dia nak dengar cakap kita..cakap je bile time meeting "sape-sape ada cadangan atau masalah bile-bile pun bleh jumpe saya" 

Tulah sebab kenapa aku suka kerja macam robot..bile disuruh baru aku buat..lain-lain kerja aku tak tau. ikut je ape yang dah diprogram haha..memang tak kreatif kan tapi itulah kenyataan.

p/s; tiba-tiba gelap..tak nampak idea nak tulis hehe

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Pagi ni sampai-sampai je opis ade kad atas meja aku. ingatkan kad jemputan kawen, maklumlah sekarang ni raya-raya pun ade orang buat kenduri kawen..bulan puasa je aku tak dapat jemputan lagi ada tu mungkin ada kan.

Nak kata kad raya..baru masuk 3 hari berpuasa. tengok-tengok rupanya kad puasa dari opis aku. dalam tu dia selitlah niat puasa tuk harian dan sebulannye. siap ada waktu sahur dan berbuka pose bagi kawasan kuala lumpur dan putrajaya. doa sebelum berbuka ngan selepas berbuka pun ade..alhamdulillah sebelum ni aku tau doa nak buka tu je..tutupnya aku tak tau hehe

Ni dia gambar kad aku dapat tu..lawa kan. Terima Kasih OpisKu

p/s; selama ni dapat kad raya je..tahun dapat pulak kad puasa...

02 Ogos 2011

1 RAMADHAN 1432


Salam semua...

Ramadhan yang pertama..masa berlalu agak pantas. aku duk opis ni sampai tak perasan dan nak balik. begitu tekun aku membuat kerja hehehe...tapi semalam aku memang ngantuk sesangat. sampai tak boleh bukak mata..alhamdulillah dapat jugak aku lelapkan mata walaupun 5 minit. lepas tu fuhhh segar bugar rasanya.

tak taulah kenapa aku ngantuk sangat..adakah kerana sabtu lepas aku lepak ngan kawan-kawan PPEOC sampai jam 3 pagi...ahad tu aku dah blasah tidor sampai tak hingat dunia. tak kan ngantuk lagi kan. mungkin jugak pasal aku tido balik pas sahur tu. tu yang membuatkan aku lemah gemalai. jadi hari ni aku tak tidor dahhh....

berbuka adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh orang berpuasa. tipulah kalau ko cakap ko tak heran dengan waktu berbuka...sebab dulu-dulu ustad ade bagi tau pasal sabda nabi SAW..dua waktu yang paling mengembirakan orang berpuasa adalah waktu berbuka dan hari raya...jadi kalau ade orang cakap dia tak heran dengan waktu berbuka puasa "dia tak puasalah kan hehe..."

semalam pegi satu kedai ni..beli kuih muih. terkejut gaklah kuih satu dah 50sen. besar aku rasa sama je tak pun kalau ukur betul-betul nampak macam kecik dari hari tak puasa..aku pun tak paham dengan orang-orang meniaga masa bulan puasa ni..kita punyalah niat baik nak tolong sesama islam tapi ini yang dia balas kat kita...dem!

so semalam buka mee goreng ngan kuih je..alhamdulillah cukup. aku pun bukan makan banyak mana pun..kalau ikut aku mee goreng tu pun dah cukup. itu tuk aku bukan wife ngan anak aku.

p/s; masa buka pose tu makanlah mane larat..tapi jangan lupe terawih

CUTI RAYA

Salam semua...

Puasa baru je masuk hari kedua..tapi dah kecoh-kecoh pasal cuti raya. siap ada yang dah apply hantar borang cuti. masing-masing takut tak dapat cuti raya.

kat opis aku sekarang ni takdelah amik serius pasal cuti raya ni..alhamdulillah. jadi masing-masing boleh dengan senang hati amik cuti raya pada masa-masa dikehendaki. tapi opis lama aku dulu..janganlah. masa semua sibuk-sibuk apply cuti..dalam satu hari tu mesti ade sorang pengawai ngan sorang kerani stay tunggu kat opis kot-kot ade pelanggan yang datang..maknanya opis tak boleh kosang walaupun besoknya adalah hari raya ataupun hari itu adalah raya ketiga.

sape tak sedih tiba-tiba kena tahan tak boleh cuti raya..nak-nak plak boss suruh kita bincang sendiri sape nak stay tunggu kat opis. dan biasa mangsanya adalah orang bujang yang belum ada anak...tapi orang-orang besar ni tak pikir..pakcik makcik yang dah ada anak cucu tu bukan cuti ke mana pun..tak balik kampung duk umah tunggu anak-anak balik ngan cucu.

p/s; masuk ni dah dua tahun aku balik petang nak raya..bertugas tuk negara sapelah tau kan

01 Ogos 2011

PPEOC TT 30JULAI2011

Salam semua...
pada sabtu lepas 30 julai 2011..PPEOC Central telah mengadakan TT sebelum puasa di dataran masjid putra putrajaya. kehadiran dari member-member amat-amat memberangsangkan..amat tidak disangkakan lebih 60 biji persona elegance telah dapat di kumpulkan pada malam itu.

seawal jam 8.30 malam aku telah keluar rumah untuk ke tempat kejadian. singgah kejap kat stesen minyak petronas dan terus bergesas ke sana. sampai-sampai trafik light ke presint 8 tu..jalan tutup pulak. ada maraton katanya. terpaksalah aku pusing ikut bulatan kat presint 1 tu. sampai-sampai tepat jam 9 malam..takde lagi kelihatan kelibat kereta PPEOC. tapi sebelum sempat aku kuar sampai dua biji keter member baru..fuhh sorang tu pakai PE putih tu...mau tak putih mata member-member lain ni

sambil borak-borak, sikit demi skit kereta member melabuhkan diri..datang persorangan, berkumpulan, berkonvoi dari satu-satu kawasan...dan akhirnya terciptalah satu lagi sejarah. hamekk ko hampir 60 biji persona elegance..panjang berderet kat jambatan putra. menjadi tumpuan pelancong-pelancong lain.

sesi diteruskan dengan penampalan stiker bagi member baru dan lama yang belum ada stiker. setelah sesi tampal stiker selesai dalam jam 11.00 malam, sedikit breafing dari SL Putrajaya, Qi Pyan untuk lokasi dan trafik tempat makan...

restoran anjung rimba bangi telah dipilih untuk sesi makan-makan kami. bukan kerana makanannya yang sedap tapi lebih kepada laluan konvoi yang mudah dah parking yang luas.lebih kurang jam 3.00 pagi barulah masing-masing beredar ke destinasi masing-masing.

Terima Kasih pada yang hadir. dan mohon ampun dan maaf jika ade kekurangan dan kelemahan. sampai kita berjumpe lagi di lain aktiviti.

p/s : nk tengok album gambar boleh tengok kat album FB Fakri Muniri dan Mohd Hafidz

SELAMAT BERPUASA

Selamat Berpuasa diucapkan kepada semua...macam mana bagun sahur tak tadi hehe...

macam tahun-tahun lepas je..kalau nak puasa atau raya mesti kena dengar pengumuman dari penyimpan mohor besar tu. walaupun dah tau besoknya adalah puasa. pengumuman malam tadi agak simple sangat kot. rasa sekejap je, takde pun ternanti-nanti, tertunggu-tunggu macam dulu. mungkin sebab orang lain kot..masih baru, banyak yang perlu dia belajar lagi..tak pun ikut cara dialah..

kita ni pulak masih dihantui oleh cara orang sebelumnya. yang memang dah lama kita dengar dari dia. dup dap dup dap nak dengar dia cakap "esok raya" hahhahaa


p/s; letih je nak bangun sahur tadi kan...