MyRAKAN

23 November 2011

SPOTTED PARKING

Salam semua...
Kereta ni aku spot masa nak parking semalam kat klinik putrajaya. aku takdelah marah sangat pasal aku pun dapat parking Hehe...

Cuma patut dia pikir-pikirlah orang lain...kerana dia sebuah kereta dah abis dua ruang parking. mungkin sebab dia dah lambat..maka dia tak sedar dah salah masuk jalan dan tak sedar telah menyongsang jalan sehala..sangka baik jelah kan...


Kerana dia telah menyebabkan..macam kereta itam tu yang salah masuk parking...


p/s; kalau yer pun dah tenat janganlah nak tenatkan lagi perasaan orang lain...Huh

SEGMEN MISS NADYA :: 100 FOLLOWER KE BAWAH

Segmen Miss Nadya :: 100 Follower Ke Bawah


Salam semua...
Rasa terpanggil jugak nak join segmen miss nadya ni..kalau korang nak join jugak klik je banner atas tu..penerangan pasal cara-cara semua ade di situ..cepat tau tarikh tutup pada
30 NOVEMBER 2011

p/s; miss nadya agak2 dh 99 follower leh join tak?

21 November 2011

KONVOI KAWEN ERIC

Salam semua..
sekali lagi terkantoi pasal lama dah tak update belog ini. kalau nak citer alasan memang melambak-lambak alasan aku bleh bagi..tapi terima kasih jugaklah pada pengunjung-pengunjung belog aku ni walaupun takde ape-ape update..Hehe ada ke (sangka baik) Haha

Ahad lepas aku ngan member-member PPEOC telah bersama-sama menyertai konvoi pengantin seorang member di sri petaling. tugas kami cuma konvoi bersama-sama pengantin aje...sempoi tak Haha..

Kali ini petronas teknologi park malaysia di tepi highway seremban-kuala lumpur telah menjadi tempat kami berkumpul seawal jam 7.30 pagi. Aku sampai je di tempat kejadian kelihatan semua kawan-kawan begitu bersemangat menunggu di situ dengan penuh kesabaran. mana tidaknye sedang menunggu habuan. tapi bukan kerana itu semua kami berada di situ...

Angpow dari pengantin..Thanks Eric


Di rumah pengantin...



Sesi bergambar bersama pengantin di Stadium Bukit Jalil


 Lepak lepas selesai semuanya


Lebih kurang jam 1.00 petang baru semua beransur balik tuk TIDUR hehe mane taknye malam sebelum tu dah belasah badminton sampai kul 3.00 pagi

p/s; Tahniah Eric dan Terima Kasih pada semua yang hadir memeriahkan majlis ini

08 November 2011

JAP EKK BANG

Tadi dalam keadaan kelaparan sebab memang dah tengahari masa tuk makan...datanglah satu kedai nasi ayam tu..motif lama dah tak makan nasi ayam Hehe..sampai je kedai tu

orang kedai : makan ape bang...
aku : nasi ayam 2..makan ekk
orang kedai : jap ek bang
dia pun terpusing-pusing kat kedai tu tak tau nak buat ape...dalam 2-3 minit pastu tanya lagi

orang kedai : makan ape bang...
aku : nasi ayam 2
orang kedai : makan...
aku : yup
orang kedai : jap ekk bang...
ok..sabar lagi walaupun perut dah lapar ni..sabar..sabar. dalam 2 minit pastu..

orang kedai : naa tolong amik order tu..
orang kedai B : makan ape bang
aku : nasi ayam 2..makan
orang kedai B : jap ekkk bang...
dia pun terpusing-pusing..tengok kat tempat nasi ayam..pastu datang balik kat aku "nasi abislah bang kita ade order 25 bungkus ni..amik lain lah bang"

aduhhhh dalam 5 minit aku tunggu...3 kali ko tanya ini jawapan ko. dah lah perut tengah lapar. nak memekak kat situ pun tak guna..orang que panjang..nanti aku gak malu...bla je terus dari kedai tu..huh hampehhh

p/s; kempunan aku nak nasi ayam...sape nak tanggungjawab

CUTI DAN TRAFIK JEM

Salam semua...
Kalau cuti-cuti ni terutama cuti yang panjang macam cuti raya aji baru-baru ini..kat bandar-bandar besar macam kuala lumpur..trafik clear..takde jem yang teruk-teruk macam kebiasaannya. mane tidaknye semua pakat-pakat ambik kesempatan balik ke kampung untuk beraya. maka higway-higway dan jalan-jalan kampung pulak yang jem.

Sebenarnya aku juga tidak terkecuali..rasa-rasanya sekarang ni takdelah seteruk macam dulu-dulu. walaupun kereta banyak di atas higway tu tapi kenderaan masih bergerak walaupun perlahan..takdelah macam dulu pernah jem dah macam kat kuala lumpur..padahal kat higway mane ade simpang siot jauh sekali trafik light..tapi tetap jem.

Sekarang ni mungkin sebab orang ramai dah sedar..dan mula merancang perjalanan mereka. ade yang balik awal..tambah lagi cuti sendiri untuk mengelakkan kesesakan. tindakan dari PLUS sendiri dengan memperkenalkan jadual perjalanan untuk pengguna lebuhraya. disamping pembesaran lagi jalan-jalan di lebuhraya.

Pada aku kesesakan di lebuhraya ini berpunca dari pengguna itu sendiri..ada segelintir pengguna yang mementingkan diri sendiri..suka bertukar-tukar lorong, masuk sesuka hati tanpa memikirkan orang lain..tak kurang juga pemandu-pemandu yang suka menggunakan lorong kecemasan sebagai laluan. lepas tu bila ade kereta rosak atau polis kat lorong kecemasan tu berpusu-pusu nak masuk ke jalan yang lurus semula. Tak kurang hebatnye jugak pengguna yang memandu terlampau perlahan. menimbulkan keresahan dan ketensionan kepada pengguna lain.

Pokok pangkalnya pada kita jugak..kalau semua bekerjasama ikut peraturan bersabar insya allah perkara ini takdelah terjadi semakin teruk..Alhamdulillah lah sepanjang perjalanan aku malam tadi takde ternampak kemalangan walaupun kecik-kecik macam selalu..yang kena saman kerana lalu lorong kecemasan ada..tu memang patut pun..sepatutnya adakan lebih ramai polis ngan peronda plus di lorong kecemasan tu keluarkan saman kepada mereka..dapat duit boleh jugak sediakan kemudahan pada pengguna higway semuanya...

p/s; nasib baik tak jem teruk sangat malam tadi..dari masjid tanah kul 9 malam sampai putrajaya dalam kul 11.30 malam...

06 November 2011

SALAM AIDILADHA 1432H

Salam AidilAdha semua...

Alhamdulillah hari ini kita sekali lagi diberi kesempatan menyambut Hari Raya Qurban dimana pada hari ini jutaan umat Islam berhimpun di Arafah...bagi kita yang tiada kesempatan menunaikan ibadah haji pula berhimpun bertahmit memuji Allah SWT di masjid-masjid serta mengerjakan solat hari raya bersama-sama. Selepas itu bagi yang berkemampuan dapat menjalankan ibadah Qurban binatang ternakan seperti lembu dan kambing...Alhamdulillah...

Dah macam khutbah hari raya pun ade Hehe...Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Qurban kepada semua pembaca-pembaca belog saya ini..terutama kepada 94 pembaca setia saya. Semoga pengorbanan kita dalam ape bentuk sekali pun peroleh keberkatan dari-Nya.

Saya serta keluarga juga memohon ampun dan maaf jika ape yang terkandung di dalam belog ini ada menyinggung mane-mane pihak. Jika ada bolehlah membuat teguran di email saya.

p/s; lama sungguh kan tak update belog ini..bukan ape aku pun tak tau ape masalahnye kat opis memang tak dapat view ini belog...tak kan kena BLOCK kot...TIDAKKKKKK!