MyRAKAN

30 Julai 2014

PENDAPATAN NAIK SELEPAS LAKSANA GST

Malaysia dijangka memperoleh tambahan pendapatan sebanyak RM3 bilion selepas tahun pertama pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, tambahan pendapatan ini dijangka meningkat kepada RM9 bilion pada tahun keduanya dan peningkatan hasil negara ini seterusnya akan disalurkan kembali untuk manfaat rakyat.

Pelaksanaan sistem cukai itu, jelasnya, dapat mengembangkan ekonomi negara sebanyak kira kira 0.3 peratus selain mengurangkan ekonomi terselindung atau insiden mengelak cukai sebanyak 15 peratus.

"Ia juga boleh membantu sektor eksport negara untuk berkembang kira kira 0.5 peratus," katanya selepas melawat projek Kompleks Niaga Kubah Ria, di Kuching baru baru ini.

Beliau berkata, sektor pelancongan juga akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan GST berikutan satu skim pembayaran balik pelancongan akan diwujudkan untuk menggalakkan pelancong berbelanja -BERNANA

SUMBER: Berita Harian, Rabu 30 Julai 2014

29 Julai 2014

CERITA RAYA

Salam syawal,
Hari ni baru berkesempatan nak update belog...ni pun kejap lagi nak kuar..mengunjungi rumah sedara mara..nak ke mana..tak pasti lagi..kita ikut je kata putus dari orang tua nanti hehe tugas kita bawak je diorang.

Ini gambar semalam...gambar bersama family mertua...yerlah tahun ni kan giliran beraya di melaka...ikut kan aku memang takde kisah pun kan nak beraya kat mane pun...yang penting ada datang menziarahi orang tua kita...itu yang penting.

Memandangkan raya tahun ini jatuh hari isnin maka aku balik kampung pun hari jumaat...yer jumaat tu dah mula bercuti sebab taska anak aku dah mula tutup hari tu...

Zaman sekarang...standby cuti memang harus..mana tak nye kadang kadang pengasuh ni tiba tiba nak cuti..taska pun ape kurangnye lagi lagi kes yang melibatkan jabatan kesihatan.

24 Julai 2014

SELAMAT HARI RAYA

Salam 26 Ramadhan,
Wah dah 26hb kita rupanya...bermakna lagi 3-4 hari lagi kita akan menyambut hari raya...hari kemenangan kita semua yang mana selama sebulan kita menahan diri makan minum serta dari melayan hawa nafsu kita...

Minta maaflah kalau buat ucapan ini terlalu awal...bukan ape besok aku dah mula bercuti sampai bulan depan...dengar macam lama kan..tapi sebenarnya seminggu aje hehehe...di kesempatan ini saya mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Jika sepanjang penulisan aku ini membuatkan korang terasa hati...terima kasih banyak-banyak kerana sudi singgah membaca belog saya yang tidak seberapa ini...mane yang hendak balik ke kampung tu...check-check lah dulu kenderaan anda...semoga kita semua diberi perlindungan oleh yang maha esa dari sebarang musibah...peace yowwww

23 Julai 2014

TT PUTRAJAYA EDISI SALAM KEMAAFAN

Salam 25 Ramadhan,
Alhamdulillah malam tadi, berlansungnya Official TT bagi jajahan Putrajaya bagi edisi bermaafan sempena syawal yang bakan menjelang tidak berapa lama lagi...Ini bagi memberi peluang kepada semua ahli ppeoc terutama di bawah jajahan putrajaya crew bersalaman..bermaafan sesama sendiri sebelum masing-masing pulang ke kampung.

Tanpa disedari lebih kurang hampir 30 biji kenderaan persona telah mewarnai jambatan putra putrajaya seawal jam 9 malam. Orang baru...orang lama semua sama-sama telah memeriahkan aktiviti mingguan tersebut...Antara acara yang berlansung selain beramah mesra, berkenalan serta berborak pelbagai isu juga agihan tshirt santai central dan sampul raya bagi mereka yang telah membuat tempahan sebelum ini...tidak ketinggalan jugak bagi ahli menunaikan tanggungjawab dengan membayar yuran tahunan dan tepek stiker kelab di kereta masing-masing. Tambah diserikan lagi dengan kehadiran rakan-rakan kelab dari shah alam.

Selepas selesai segala urusan memperbaharui keahlian, menampal stiker..agenda selanjutnya adalah pergi ke kedai pilihan untuk sambung berborak sambil mengisi perut dan membasahkan tekak. Restoran Darussalam presint 16 telah menjadi pilihan...dan semua bergerak secara konvoi untuk ke sana
Acara berakhir lebih kurang jam 12.30 tengahmalam dengan bersalaman serta bermaafan sempena hari raya yang bakal menjelang...semoga ikatan kekeluargaan semua ahli ppeoc berterusan...berjumpa lagi kita pada aktiviti akan datang

PENANGAN STERENG LOCK

Salam Bahgia,
Mesti semua tahu kisah kiki ngan stereng lock tu kan...video dia dah tersebar ke seluruh dunia..tapi sekarang ni mereka dah berdamai..saling maaf bermaafan..alhamdulillah..cuma sekarang ni para wartawan keyboard je tak habis-habis lagi kisahnya walaupun dah agak slow..sebab takde banyak isu pun kan.

Susulan dari kisah ini..tak ku sangkakan rating post aku berkaitan ngan STERENG LOCK ni tiba-tiba meningkat minggu ini..padahal post tu lama dah..bulan januari 2011 lagi...dalam post tu pun takdelah aku cerita pasal kiki tu...

21 Julai 2014

PERTANYAAN GST

Salam Bahgia...
Bersedia atau tidak...mulai 1 april 2015, GST akan berkuatkuasa..sekarang ni adalah masa untuk kita memahami apa itu gst.

Baru-baru ini ada seorang kenalan bertanya apa yang aku paham pasal gst ni...mana tidaknya, baru-baru ini dia ada mendengar penerangan pasal gst ni kat opis dia..tapi satu pun dia tak paham..bosan mendengar lagi ye...aku dulu dengar pun tak paham..tapi selepas dengar 2-3 kali barulah paham sikit..

Kita biasa akan mendengar penceramah atau kat surat khabar..dengan gst harga barang akan turun, akan lebih menguntungkan rakyat serta kutipan cukai lebih efektif...dan penerangan pun bla..bla dan bla...kita pun tak paham...mana idaknya..mereka terangkan dengan bahasa ala-ala formal..bincang pasal ekonomi..tentang law dengan orang kampung..macam mana nak paham..kalau ko cerita dekat pengilang atau ahli perniagaan..in shaa allah boleh lah diorang paham.

Penerangan aku senang je...sebelum ini ada jugak aku post pasal GST ni..tapi takdelah aku olah sangat..sebab just sebagai hebahan sahaja. sekarang ni kita dikenakan cukai sehingga 10% untuk satu-satu barang atau perkhidmatan..ada yang 6% je dan ada jugak yang kita kena kedua-dua tax iaitu total 16% dan kita sebagai pengguna tidak tahu pun berapa banyak cukai yang kita bayar..tapi dengan gst nanti, hanya satu kadar sahaja yang akan dikenakan iaitu 6% dan harga barang dan cukai ada tercatit di resit pembayaran.

Mesti ramai yang nak tau..macam mana gst boleh menurunkan harga barang dan menguntungkan kita sebagai rakyat dan pengguna...sekarang kita beli baju harga rm50 dah termasuk tax..kita pun tak tau tax dia letak berapa..entah-entah rm20..tapi dengan gst harga baju tu akan jadi rm47.70...selepas ditolak 10% (kadar tax sekarang ni, rm5) dan ditambah 6% (kadar tax gst, rm2.70)....jadi dari segi logik turunlah harga barang kan...hehehe

Ini hanyalah pemahaman dan pendapat aku sahaja...untuk maklumat lanjut dan penerangan detail boleh lah layari LAMAN WEB RASMI GST atau hubungi pihak yang bertanggungjawab.

ZAKAT DRIVETHRU

Salam 23 Ramadhan,
Sekejap je kan dah hari ke-23 kita berpuasa...in shaa allah minggu depan raya lah kita..tapi sebelum tu jangan lupe untuk menunaikan kewajipan kita...zakat fitrah. Kita kongsi rezeki yang kita terima bersama orang-orang yang kurang bernasib baik di hari yang mulia itu.

Alhamdulillah..tahun ni aku diberi peluang lagi membayar zakat fitrah kepada ahli keluarga aku..kalau tahun lepas bayar tuk 3 orang sahaja, tahun ni tambah seorang lagi jadi 4 orang..tahun lepas aku bayar kat kuanter bayaran zakat, tapi tahun ni aku cuba kuanter drive thru kat masjid putra pulak hehehe saje nak mencuba suasana dia macam mana..
Untuk makluman semua, Masjid Putra ada menyediakan kuanter drive Thru untuk membayar zakat bagi mereka-mereka yang takde masa nak ke masjid katanya...zaman sekarang, sepatut takde alasan dah atau terlupe untuk membayar zakat fitrah...dalam tengah-tengah kita ghairah menyopping pun ada wakil-wakil majlis agama yang menanti kita menunaikan kewajipan tersebut di shopping-shopping komplek atau pasar-pasar...sungguh besar pengorbanan mereka untuk kemudahan kita semua.

Dulu masa aku bujang-bujang memang suka bayar zakat kat kampung je..tapi lepas pak imam kampung aku tu bagi tau..sebaiknya bayar zakat ni biarlah tempat kita tinggal atau mencari rezeki..lepas tu memang aku selesaikan zakat sebelum pulang ke kampung...penerangan dia mudah sahaja...biarlah hasil zakat kita tu diagihkan kepada orang-orang yang berhampiran dengan kita..tapi tak salah pun kalau kita nak bayar kat mana pun...

07 Julai 2014

SURAT BERANTAI

Salam bahgia,
Sekarang ni memang dah menjadi trend kot, forwed mesej-mesej yang tidak tentu halanya..kadang yang dok menghantar tu pun bukan baca kot...mana taknya benda dah terlepas pun dia dok forwed jugak..memang mengong kan...

Satu lagi trend sekarang...mesej tu mesti tertulis kawan aku, kawan kawan aku, kawan kakak aku, kawan kepada kawan kawan aku dan yang seumpama..dah macam cerita apa tu namanya aku pun tak ingat..ala cerita yang yassin pelat tu...man laksa tak silap aku hehehe...lepas tu jalan ceritanya mesti secara umum..shopping mall, supermarket, kedai dan lain-lain lah..kalau boleh lah ko tu perihatin sangat dengan orang lain..bagi tau alamat tempat tu terus...contoh jangan pergi ke kedai mak kiah kat tepi simpang trafiklight tu...sebab dia jual bla bla bla...kan senang..takdelah orang lain tertanya-tanya mane tempatnya dan satu lagi takdelah kita sentiasa didalam kerisauan yang berganda.

Banyak lagi lah mesej-mesej seumpama ini yang aku terima terutama daripada group watsapp..memang bersepah-sepah..termasuklah hadis-hadis yang kadang-kadang aku yang jahil ni pun terasa macam sesuatu gitu...tapi korang dengan gembira telah memforwednya kepada orang ramai..kena pulak yang terima itu terlebih jahil dari aku...mereka pun percaya silap-silap terus amalkan...ingatlah wahai kawan-kawan semua, kita dah dapat share kerana terpesongnya akidah orang itu.

Macam tu jugaklah bab makanan halal tak halal ni..tapi bila aku check kat e-HALAL ok je produk tu diiktiraf pihak JAKIM. bab-bab halal haram ni memang boleh buat gaduh..aku rasa dah pun aku bagi pendapat aku kat ENTRY sebelum ini. bukanlah aku ni tak amik berat pasal hal ini..tapi bagi aku cukuplah ada logo halal kat makanan atau barangan itu..lagi pun kita kat malaysiakan..in shaa allah semua ok tak perlulah kita nak bersusah payah sampai check kod itu kod ini yang entah kita paham entah tidak..tapi bila ada timbul perasaan was-was tu wajib kita tinggalkan.

Aku haraplah korang pahamkan dan selidik dulu ape-ape yang korang nak forwed kan tu...tengok jugak..adakah ia mesej sampah, cobaan untuk menjatuhkan seseorang atau kumpulan, palsu dan lain-lain yang seumpama...panduan dia sama je..kalau ada rasa was-was tu delete je..cukuplah setakat kita..selamatkan kawan kita yang forwed tu dari terus mendapat share kejahilannya.

HELLO

Salam 9 Ramadhan,
Hai semua..moga kita semua diberi keberkatan dan kesihatan yang berpanjangan..pejam celik dah 8 hari kita berpuasa..rasa macam tak menang tangan ni..banyak yang perlu diuruskan..terutama RUMAH baru aku tu huhuhu...kebetulan dapat kunci memang ngam-ngam bulan puasa.

Sabtu lepas memang ada pegi tengok...diorang tengah buat di bahagian ruang tamu..tapi tu lah tak sempat nak amik gambar...maklumlah agak terkejar-kejar sikit sebab nak balik ke kampung...tapi takpelah aku serahkan aje pada kontraktor tu.

Dekat opis pulak rasa macam boring je...mungkin kekurangan beban kerja..yerlah orang baru kan hehehe..tunggu nanti dah jadi otai, semua kerja kena buat sampai tak cukup tangan...masa tu lah baru terasa nak kembali jadi orang baru hehehe

Seperti semua sedia maklum..opis aku ni tak lama lagi akan dikorporatkan...ikutkan kata-kata bos tahun depan sebelum GST berkuatkuasa. aku pulak tak tau lagi macam mana statusnya..kadang rasa macam nak on sebab gaji pun fuhhhh alhamdulillah meningkat skit..tapi tuk pencen takde lah..semua dah masuk ke skim KWSP semula.

Kalau fikir dari segi gaji dan bonus tu memang terbaekk lah...kebiasaannya akan dapat lebih dari skim kerajaan..tapi kalau pikir bab pangkat atau tukar tempat bertugas tu tak tau lagi macam mana..sebab dia totally dah terkeluar dari skim kerajaan..jadi memang kita tiada ikatan dengan kerajaan lagi...masing-masing ada buruk dan baiknya kan..pro and contra.

Apapun kita tunggu surat tawaran nanti macam mana..baru kita buat keputusan..tungguuuuuuuuuuuuuu...

03 Julai 2014

PROGRESS RUMAH

Salam bahgia,
Selasa lepas pegi lah tengok rumah kat taman bunga raya tu....umak ai dah tabur batu kat depan rumah...pantas betul...baru ahad lepas kompomkan dengan pemaju apa nak dibuat...memang terbaekk lah...tak disangka begitu pantas sekali.

Bile tengok rumah dah dalam progress ni, ada risau jugaklah,...kena sediakan ongkosnya, lampu kipas dan beberapa peralatan elektrik dah nak kena standby untuk pemasangan terus oleh kontraktor.

Mesti ada yang nak tau berapa kos dan apa aku buatkan hehe...takdelah buat banyak...just tambah-tambah bahagian dalam je..tapi ini pun belum keseluruhan..nantilah aku maklumkan kemudian.