MyRAKAN

17 Oktober 2011

LEPAK PASANG STIKER

Agak lama dah rasanya tak tengok orang tampal stiker PPEOC..mungkin sebab aku jarang join lepak-lepak kedai kopi kot. memang tak terkejar aktiviti diorang ni..dah macam cendawan tumbuh..tiap-tiap hari, tiap-tiap minggu mesti ada je aktiviti..sehinggakan aku terpaksa menghampakan beberapa member yang ajak lepak ngeteh di malam hari kerana mengutamakan official event...

Semalam lepas sekian lama, kerja-kerja lama muncul kembali. tampal stiker sorang member baru..azhar dan shahrul dari putrajaya..memang dah kenalah tu sebab aku pun duk putrajaya..maka kata sepakat di buat jumpe di dapurmass jam 5.00 petang...

Dan dan nak tampal je ujan pun turun..maka back up plan lokasi seterusnya parking kat umah aku..memang cantiklah sebab walaupun baru kul 6.30 petang tapi lampu dah idup..jadi takdelah kami kegelapan...

Diharapkanlah pada azhar dan shahrul agar itu bukan pertemuan terakhir kita..boleh lah kita berjumpe lagi di aktiviti-aktiviti kelab di masa lain...lepas pasang stiker borak-borak kat basement parking tu sambil berdiri sampai ke jam 8.00 malam..dan semuanye balik lah tido.

 p/s; sorry gambar pakai hpone je...

PPEOC DERMA DARAH

Sabtu lepas 15 Oktober 2011 Proton Persona Elegance Owner Club (PPEOC) telah mengadakan satu aktiviti amal..boleh lah dikatakan amal..menderma darah di Pusat Darah Negara (PDN) Kuala Lumpur. Alhamdulillah agak mendapat sambutan jugak walaupun seramai aktiviti TT atau konvoi habiskan minyak kereta..Hehe

Seramai 13 orang member telah join dengan 11 orang sahaja lepas tapisan untuk menderma. Lagi 2 orang tu atas sebab-sebab kesihatan maka di reject oleh pihak PDN. walaubagaimana pun tahniah kerana semangat mereka join event ini.

Tempat berkumpul yang pertama seawal jam 9.00 pagi di Petronas Presint 9 Putrajaya. menunggu member-member dari putrajaya..seri kembangan..dan puchong. sehinggalah jam 10.00 pagi kami bergerak secara konvoi ke tempat berkumpul yang kedua iaitu di tasik titiwangsa kuala lumpur. di situ semua member-member dari seluruh central crew berkumpul sebelum bergerak secara konvoi ke PDN..kelab keter lah katakan..konvoi je kejenye Hehe

Tempat menunggu member-member putrajaya, seri kembangan dan puchong
Taklimat ringkas dari pihak PDN
Tumpuan semasa mendengar taklimat
Isi borang
Check berat dan jenis darah
Check tekanan darah
Pendaftaran penderma
Di dalam bilik derma darah
Makan lepas derma darah
Lebih kurang kul 12.00 tengahari semua bersurai ke tempat masing-masing. Terima kasih pada pihak PDN atas layanan yang diberikan dan terima kasih jugak pada kawan-kawan yang turut serta. semoga kita akan berjumpe lagi di lain-lain aktiviti.

p/s: memang terbaiklah staf-staf PDN tu..

14 Oktober 2011

PAYUNG LAGI

Aku bukan nak bukak citer lama..tapi memang dia baru berlaku tengahari tadi.

Aku ngan member aku duduk lepak-lepak pas makan sambil tunggu azan..eh belum azan ke masa tu Hehe no komen...duduk lepak-lepak aku ternampak sekumpulan mamat melayu ni duduk kat secret recepi..kat luar lah..tapi takdelah panas pun..

Tiba-tiba salah sorang dari mereka bangun dan heret payung meja sebelah..dah lah kat meja tu ada dua negro tengah duduk berbual-bual..mau tak bising negro tu..dia plak kena panas..

Aku tengok pun memang tak patutlah...hantu punya orang malaysia..wat malu kaum je. takde budi bahasa..tau lah negro tu dah gelap tapi tak bermakna dia kena berjemur.. dengar memang sikit kecohlah tapi takde lah cakap kuat sangat..gaduh sorang cakap melayu sorang cakap inggeris..boleh gitu Haha dua-dua pun tak paham.

p/s; waduh! teringat citer lama Huhu...

13 Oktober 2011

CONTENG-CONTENG

Conteng-conteng ni si zaqwan yang buat..tapi bukan yang pertama kali lah. tapi rasa ni yang paling comel kot..ada bentuk-bentuk sikit..yang lain-lain tu entah ape-ape. pegang pensel pun tekan kuat..yang ni tak taulah entah macam mana boleh betul plak dia pegang..tapi bile suruh buat balik jadi macam yang dulu-dulu..

Sebenarnya ini dibuat sewaktu dia demam..suspek demam kuku tangan mulut tu. tapi walaupun sakit main tetap main..sampai kita plak risau tengok dia..

Oklah layan plak lah telatah zaqwan main air pancut...Hehe

Ni masih takut-takut lagi
Dah ada sedikit keberanian disitu
Dah terlebih over plak Hehe
 p/s: umo sekarang 1 tahun 10 bulan

11 Oktober 2011

SELAMAT PENANTIN BARU BARD

Lama dah rasanya tak update blog ni..sekarang ni tak taulah internet tempat aku ni lembab sangat. punyalah lama nak loding..last last can't display huh...

09-10-11..cantek tak tarikh tu. berturutan kan..sempena tarikh tu jugaklah sorang member aku dari PPEOC telah menamatkan zaman bujangnya. Majlis yang amat-amat meriah dengan orang yang datang tak putus-putus..memang takde peluanglah pas makan nak duk borak-borak macam kat kedai mamak tu..

Aku cam biasa gerak dari putrajaya dengan kuarga aku..di following oleh alif ppeoc..kami gerak dua kereta je dari putrajaya menghala ke dataran shah alam tempat kami berkumpul sebelum bergerak secara konvoi ke rumah pengantin di seksyen 24 shah alam.

Agak ramai jugaklah member yang join kali ini..bape biji keter aku tak pasti. malas nak kira hehe..lebih kurang jam 1 petang baru kami bergerak ke rumah pengantin. buat satu round lalu depan umah pengantin bagi orang terpegun tengok konvoi kami yang panjang Hahaha..padahal nak suruh tuan umah siap sedia..kami datang nak serbu Hahaha

Layanlah gambar bawah ni...

 Lepas makan-makan tu kami bergerak semula ke dataran shah alam untuk sesi bergambar bersama pengantin...

SELAMAT PENGANTIN BARU
KEPADA BARD DAN PASANGAN
 SEMOGA KEKAL SAMPAI BILE BILE

p/s: terima kasih atas sambutan dan jemputan...

03 Oktober 2011

BAGUS SEMUA LANCAR

Jumaat lepas aku ada citer pasal zaqwan kat taska..semuanya memang baik baik belaka. aku petang tu amik dia pun ok. tengah dok main main ngan kawan kawan dia...

Pagi ni hantar lagi dia ke situ. mula tu memang dia tak nak masuk. aku pun naik hairan bin ajaib jugaklah. kenapakan? mengapakah? sebab jumaat tu dia macam suka je..pagi pagi ni plak menangis tak nak masuk. kena bulikah dia? kena pukul kah dia? Hahaha macam macam...

Sebab biasanya zaqwan kalau dah tau tempat tu laju je dia masuk..lagi lagi kalau tempat tu ada banyak mainan..tp ini..ish ish tukar tukar

Mungkin budak budak kan...tempat baru. jumaat tu memang dah elok..kenal kengkawan pastu cuti pulak dua hari. lupe balik dah dia..nak nak plak sabtu ahad tu atok ngan nenek dia datang..lupelah tu pasal taska yang baru sehari je dia kat situ.

zaqwan pakai baju aku Hahaha..dah macam pakai jubah

p/s; sabar ekk zaqwan jap lagi ayah datang amik....