MyRAKAN

21 Ogos 2014

WAKTU MINUM

Salam bahgia,
Petang ni ada pulak terbaca dari belog CUEPACS yang bertajuk SEJAK BILA ADA WAKTU MINUM yang di copypaste dari akbar Utusan Malaysia 20 Ogos 2014.

Aku bukan hangin kat si pengadu..dia tu memang betul..datang pun masa pejabat..lainlah kalau dia datang berurusan kul 9 malam..kalau yang tu kita patut bangkang habis-habisan hahahaha...tapi pengadu datang lebih kurang jam 9.30 pagi.

Hangin bukan sebab apa..dah lah buat salah..tak reti nak cover kan..aku pun salah seorang orang yang pegi minum lebih kurang masa tu sebab aku tak turun sarapan...masa tu mood nak makan tak datang lagi hehehe... tapi yang penting kerja kenalah beres yer tak...kalau ada berurusan dengan pelanggan luar tu..bagi tau dekat bos atau kawan sebelah masa kita gi minum...ada apa-apa..call atau SMS aje...tak pun watsapp free je kan hehehe...pegi minum tu takyah lah jauh-jauh kan..kalau ada call atau SMS tak sampai 5 minit kita leh sampai opis.

Itu cara aku...kalau dah bos bagi kelonggaran tu..kenalah kita cover dengan prestasi kerja..jangan sampai ada komplen macam ni dari pelanggan...dah masuk surat khabar ni karang ada lagi keluar surat pekeliling pengharaman minum pagi huhuhuhu memang tahan perut je lah aku sampai tengahari.

Saya berharap cuepacs hanya mengambil tindakan keatas orang-orang yang macam ni je tanpa melibatkan orang lain terutama aku hehehe...

"PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA"

REVIEW KIBARKAN JALUR GEMILANG

Salam bahgia,
Sempena bulan kemerdekaan ini entry KIBARKAN JALUR GEMILANG menjadi pilihan pembaca belog DUNIA ADY. Terima kasih pada semua yang sudi membaca, belek-belek post lama.

Post ini adalah sempena bulan kemerdekaan 2011 dulu...tapi entahlah sekarang ni macam takde masa dah aku nak pegi cari bendera untuk di pasang..lagi-lagi sekarang ini aku dalam proses pindah rumah..bertambah-tambah lah tahap kesibukannya...tapi in shaa allah aku memang ada tekad dah untuk aku memasang bendera di kenderaan aku cuma tak tau lah nak bentuk macam mana..jeles tengok kawan-kawan ramai yang dah pasang hehehe

Semangat patrotik masih tebal lagi ok...tapi bukan sampai tahap fanatik! kalau itu memang nafsu mengusai akal...kita je yang betul..buat sesuatu pun ikut cara kita sahaja tanpa memikirkan orang lain dan yang lebih teruk lagi sampai ada yang melanggar undang-undang negara kita...tak taulah apa nak kata..macam dah tak bertamadun pun ada kan...
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta...marilah ramai-ramai kita kibarkan jalur gemilang di rumah, pejabat, kenderaan dan di mana kita berada sebagai memperingati pengorbanan pahlawan-pahlawan kita tak kira zaman dulu, zaman sekarang, zaman jepun, zaman british, zaman inggeris, zaman 50an, 60an, 70an, 80an, 90an atau zaman 2000an ini...semua mereka telah berbakti untuk keamanan tanahair kita Malaysia.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 
YANG KE-57
SEMOGA MALAYSIA AMAN SELAMANYA
MERDEKA!...MERDEKA!!...MERDEKA!!!

20 Ogos 2014

SELFIE

Salam bahgia,
Zaqwan sekarang ni dah pandai pulak sibuk-sibuk nak ambil gambar...tapi kalau kita suruh dia duduk diam kita nak amik gambar dia..dia tak mau pulak...Gambar atas ni aku amik sebab dia sibuk nak bergambar..gambar bawah ni pulak dia yang amik...semua nampak mata je hahaha 
Ikutkan aku ni bukan suka sangat amik gambar..tapi kalau bergambar memang laju..sebab tu kalau apa-apa aktiviti memang malas nak bawak kamera...kompom-kompom gambar kita takde kan..jadinya tunggu je lah juru-juru gambar mengambil dan uplod gambar hahahaha bijak tak?

Lama kan takde cerita pasal zaqwan...dia sekarang kadang tu tengok macam lain macam sikit...mungkin sebab dah berkongsi kasih dengan adik dia zaheera...tapi alhamdulillah setakat ni takde percubaan dia untuk mengapa-apakan adik dia tu...risau jugak kan.

Baru-baru ni adalah pegi jumpa cikgu tadika dia...tanya-tanya pasal pelajaran dia..sebab setakat kami tahu dia tak kenal huruf lagi ni..bunyi-bunyi suku kata pun dia tak tau...just menghafal je...tapi tu lah menurut cekgu dia kat sekolah dia memang pendiam sikit..tak banyak main..cuma kalau dah abis kerja sekolah baru pegi main ngan kawan-kawan dia...

Tapi kat rumah lain pulak perangai dia...mungkin takut kat cikgu kot..sebab garang...aku memang percaya kat cikgu...buatlah apa pun cuma jangan terlampau teruk sangat sudah..sampai tak boleh berjalan atau bangun...setakat lebam-lebam sebab dia nakal tu go on sahaja hehehe tapi setakat ni memang takdelah..lebam kena cubit ngan kawan adalah huhuhu...

Semoga muhamad zaqwan menjadi anak yang soleh dan sentiasa bahagia didunia dan akhirat...ayah dan umi sentiasa bersama zaqwan

19 Ogos 2014

KAMI SUPPORT GAZA

Salam bahgia,
Sebagai tanda sokongan terhadap Gaza dan mengecam sekeras-kerasnya kekejaman yang berlaku..maka terhasillah stiker ini...kredit kepada semua ahli putrajaya crew yang tampil memberi idea...
Sekarang ini bermacam-macam cara sebagai tanda sokongan mengikut kemampuan masing-masing... termasuk juga memboikot beberapa produk keluaran israil...tak kurang jugak yang menganjurkan demontrasi sebagai tanda boikot...

Bagi aku tak salah kita nak boikot sebagai melahirkan kemarahan kita terhadap israel tu...tapi tak perlulah sampai kita pun memaksa orang lain melakukan perkara yang sama..boikot adalah hak masing-masing..kita lakukan ape yang kita boleh lakukan..tak perlulah sampai kita hilang tatasusila kita sebagai umat islam... INGAT kita bukan saje BOIKOT produk israel..tapi BOIKOT kelakuan depa jugak!

18 Ogos 2014

SELAMAT HARI LAHIR FRIENZ

Salam bahgia,
Hari ni tiba-tiba aku terjebak pulak dengan surpise party befday kawan aku sorang ni, ZAIDI MAKZIN. Selama 10 tahun memang takdelah aku nak buat parti terkejut ni hehehe lagi-lagi untuk dia hahaha...yang sebenarnya tak ingat pun tarikh lahir dia wakakaka jangan marah die.......

Tengahari tadi macam biasa kuar lunch ngan dia dan kawan-kawan opis dia lah...aku pulak kuar lewat skit (sorry yer kawan-kawan, kalaulah saya tau awal......) Aku mula pun tak tau ape-ape lansung pasal projek diorang ni..memang licik lah sampai kita tak dapat nak hidu..last-last bila sedikit kekalutan berlaku, gara-gara zaidi kuar keta sebab nak order makan dulu...barulah diorang bagitau...so bermulalah memikirkan helah untuk membuatkan dia ni masuk balik dalam kereta dan akhirnya alhamdulillah berjaya!!!!

Party buih yang simple tapi aku tau ia menyentuh hati member aku tu...hampir-hampir mengalir air mata lah hehehe...maklumlah 3 tahun tak sambut befday hahaha...

SELAMAT HARI LAHIR 
ZAIDI
SEMOGA DIPANJANG UMUR, DIMURAHKAN REZEKI SERTA 
DIPERMUDAHKAN JODOH

14 Ogos 2014

HILANGNYA SATU KEPERCAYAAN

Salam bahgia,
Macam novel tak tajuk tu hahaha sebelum tu nak bagi tau..gambar atas tu takde kena mengena ekk sekadar hiasan sahaja hehehe...

9 Ogos lalu, zaheera dan berumur 6 bulan...masa yang ditunggu-tunggu sebab tengok masa raya hari tu pantang tengok orang makan...asyik nak menyebok je..siap menganga mulut. nak ikutkan hati memang kesian...tapi atas sebab menyokong target my wife tuk bagi susu ibu sahaja selama 6 bulan tu...jadi aku turutkan aje.

Jadi bila dah cukup 6 bulan maka my wife pun buzy lah pagi-pagi tuk sediakan makanan untuk zaheera... bukan main risau lagi dia...takut anak dia tak nak makan bubur yang dia buat tu...balik opis je amik zaheera dari pengasuh terus tanya..alhamdulillah, HABIS licin..cuma menurut pengasuh dia tak nak minum susu dah... tambah lagi fenomena baru...bagi aku ia sebab perubahan usia kanak-kanak...jadi ada pasang surutnya..tapi wife aku lain pulak..macam-macam andaian dia..biasalah naluri keibuan katanya hehehe

Baru-baru ini....setelah sekian lama, maka terjawab jugak segala persoalan yang bermain difikiran wife aku sejak dari sebelum raya lagi...lebih-lebih berkenaan isu zaheera tak nak minum susu...pengasuh zaheera mengaku dah lama dia bagi zaheera makan! Ini bermakna zaheera dah makan atau minum selain susu ibu sebelum berumur 6 bulan! Selama ni dia tak bagi tau ape-ape pun...dia cuma kata zaheera tak nak minum susu...tak nak minum susu...yerlah ko dah bagi makan benda lain...mestilah susu dia tak nak ataupun sebab dia dah kenyang.

Terasa macam tertipu hidup-hidup...misi kerajaan pun sentiasa bagi tau..jangan bagi makan sebelum umur 6 bulan..tak kan lah dia tak tau...berdaftar dengan jabatan kebajikan konon..pegi kursus itu ini..tak kan benda simple macam tu pun dia tak tau...

Dilema pasangan berkerjaya...nak cerewet sangat nanti takut dia lakukan sesuatu kat anak kita...jadi kebanyakkannya akan berdiam diri dan bersabar...sekadar berdoa semoga tiada ape-ape berlaku kat anak-anak kami.

Kadang-kadang jeles tengok orang yang tinggal dekat dengan mak bapak...anak kita pun diorang tolong jagakan...dah lah dapat jimat belanja..tenang datang ke pejabat..terasa anak tu selamat berada di samping ahli keluarga sendiri.

Walauapapun kita cuma mampu berdoa semoga semua ahli keluarga kita dilindungi dan dijauhkan dari sebarang musibah.