MyRAKAN

28 Februari 2014

ZAQWAN & ULTRAMAN

Salam Bahgia,
Anak aku dengan ultraman memang tak boleh dipisahkan...pegi mana-mana pun, ultramanlah pilihan utama dia..kadang-kadang marah jugak, asyik beli patung je..cubalah amik kereta ke, kapal terbang ke, kereta kontrol ke..boleh ayah main sekali hahahaha

Bila dah dua tiga hari tak beli mainan untuk dia...mula lah "ayah, kita nak beli cd lah". tapi bila sampai kat shoping kompleks atau pasar, bukan kedai cd yang ditujunya...tapi kedai mainan. huh tak tau lagi nak wat cam mana...layan je lah
p/s; sekarang dah jadi abang..tak boleh dah asyik nak mainan je

27 Februari 2014

MEGA PACG 2014


Penyertaan PPEOC buat kali pertamanya dalam acara anjuran Perbadanan Putrajaya iaitu Mega PACG 2014 (Putrajaya Autoshow Convoy & Gathering). Event ini adalah antara event terbesar yang mengumpulkan kelab-kelab kereta seluruh negara. Namun tahun ini penyertaan juga telah dibuka kepada kelab-kelab motor besar.

Bagi PACG 2014 kali ini, PPEOC telah bejaya menghantar sebanyak 40 jalopy dengan lebih kurang 50 ahli yang hadir bersama-sama memberi sokongan. Berbagai aktiviti telah disediakan oleh pihak penganjur seperti pameran kucing, drift, autoshow, gerai jualan, karaoke, pengiraan kenderaan yang hadir untuk Malaysia Book Of Record.
Taklimat konvoi dari HOM Central
Barisan kenderaan PPEOC yang hadir
Drifter
Cenderahati kenang-kenangan
Stiker Penyertaan dari PPEOC




























































































































































p/s; untuk lebih banyak gambar sila klik SINI

10 Februari 2014

LUKA DALAM

Akhirnya sabtu lepas, berkesempatan jugak aku pegi merawat luka di sona-ku...hahaha..bukan kemalanganlah tapi leaking kat minyak hitam tu...ikut abang pomen tu, kasi tukar sama itu gasket dah cap dia..jadinya setelah sekian lama..baru ni berkesempatan..sampai duit pun dah berkurangan hehehe

Kalau pasal kereta ni memang aku tak reti sangat...tapi takdelah zero tak tau lansung. 
Tempat yang terluka sampai kat tutup-tutup dia sekali. dulu penah ngadu kat satu bengkel ni..tapi dia kata ni normallah bang...nanti abang kasi basuh-basuh sama dia..bersihlah huhuhuhu...last-last cuba try test tanya kat kedai ni...dia pun bagitau kasi tukar gasket ngan cap..setel

Inilah rupa dia bila dah bukak cover
Alhamdulillah dah suci bersih semula kan..walau tak macam baru hahaha...tapi ni dalam percubaan lagi..kalau leaking lagi memang kena serbu kedai tu semula.

Ohh yer kalau korang nak tau nama kedai Putrajaya Auto Service..dekat pusat perindustrian presint 14 putrajaya...kedainya sebelum perodua service..tapi berhampiranlah.

Okey next bila gaji nanti adalah timing belt...memang dah sampai tempoh pun sebab dah 80k lebih..kopak-kopak...tpi demi keselamatan dan keselesaan untuk aku dan keluarga.

07 Februari 2014

WELCOME FEBRUARI

Dah seminggu pun di bulan februari...lama betul tak update-update belog ini. entah sejak tiga menjak ni agak rasa letih je...tak tau kenapa..mungkin sebab nak sambut orang baru kot hehehe...Orang kalau februari ni sinonim dengan bulan kasih sayang..yerlah valentime tak leh sambutkan hehe. Tapi tak kisahlah apa nama pun yang penting cara dan niat kita...

Ohh ya berbalik pada bulan februari tahun ini bagi aku...in shaa allah, minggu depan bertambah seorang lagi ahli keluarga aku...anak kedua, sama macam abangnya dulu...scan punye scan tapi tak nampak jugak jantina dia...tapi tak kisahlah apa pun jantina, moga dipermudahkan semuanya...selamat semuanya.

Februari satu lagi...adalah hari ulang tahun perkahwinan kami. semalam 6 februari 2009...alhamdulillah 5 tahun dah...semoga terus kekal selamanya.

Lepas tu bila ingat-ingat balik...ape lagi ekkk bulan februari ni...pikir panjang-panjang...lama-lama, tu jelah kot hehehe...maaflah aku kalau bab angka, nombor, tarikh ni memang selalu tak ingat..umor pun kadang aku lupe, kena wat kira-kira balik..cuma kalau ingat-ingatlah mesti aku ingat umor aku ni 22 hehehe..tapi dulu sekolah menengah aku matematik antara subjek kegemaran aku...ermmmm entahlah sampai tak cukup matematik biasa...amik math tambah..

p/s; apelah aku merapu pagi-pagi buta ni..dah lah tak dapat nak lelap huhuhu...selamat pagi buta semua Zzzzzzz