MyRAKAN

01 Mac 2011

TANPA BEG PLASTIK

"minta maaf encik hari ini adalah hari tanpa beg plastik"

sebenarnya aku tak tanya pun. dah juruwang tu cakap camtu. aku pun takde masalah sebenarnya. setakat ni yang aku tau kebanyakan supermaket besar besar ngan kedai mesra petronas dah buat...

satu je kemuskilan aku "adakah kejayaan nya satu hari tanpa beg plastik manakala 6 hari lagi beg plastik melambak lambak". di manakah kejayaan nye...sama macam 1 orang berlawan dengan sekumpulan 6 orang. ikut logik sape menang...

kalau kat shoping kompleks kena bayar 20sen plak untuk dapat satu beg plastik. "kalau saya taknak beg takde plak ape ape kelebihan saya dapat". mengayakan lagi taukey tauke yang dah sedia kaya.

tapi orang sekarang bukan bodoh. dah tau sabtu takde beg plastik datang hari ahad isnin selasa rabu khamis atau jumaat. katakan tidak kepada hari sabtu. dimanakah kejayaannya kalau macam itu???

nape tak hari hari adalah hari tanpa beg plastik. bagi diskaun dalam 5-10 peratus ke kepada pelanggan pelanggan yang tak nak beg plastik atau bawak beg sendiri. barulah sedikit demi sedikit kita akan terdidik untuk membawa beg sendiri apabila membeli barang barang.

p/s; kalau taknak bagi diskaun pun pikir pikirlah "ape kami dapat tanpa beg plastik"

3 ulasan:

bukan datin berkata...

mentaliti rakyat msia nak subsidi je lebih, tapi disiplin diri takde.

Ady berkata...

utk itulah kena diberi galakan bkn hukuman...galakan tu mungkin dari segi percakapan ataupun ganjaran

Tanpa Nama berkata...

hari tanpa beg plastik atauu hari meniaga plastik .... shammajid