MyRAKAN

28 Mac 2011

KITAR SEMULA

Kitar semula memang dah tak asing pada kita semua. masing2 pun dah paham dan dah tau cuma kadang2 tu buat2 tak tau sahaja. bagi aku cakap tu memang senang tapi kalau nak amalkan memang memang susah. biasalah nak buat benda baik. kalau tak syaitan datang menghasud..SETAN yang datang memperlekehh.

aku ni bukan tak nak amalkan kitar semula tu, tapi cuba korang pikir, tak kanlah aku nak gi hantar botol kicap seketul tu ke pusat kitar semula. rumah aku kicap sebotol boleh pakai sebulan setengah. surat khabar masa cuti je beli. majalah setahun 2-3 ketul je pun. minuman tin tu masa nak balik kampung je kadang2 beli. TAPI sebenarnya tu semua ALASAN je pun. nak seribu daya kalau taknak tu beribu2 dalil kita bagi. nah amik ko...

akhirnya sabtu lepas aku berjaya menjejakkan kaki jugak ke pusat kitar semula putrajaya. untuk mengitar semula surat khabar yang aku kumpul selama 2 tahun haha...dua tahun oke dua tahun...tu pun terbantut entah beberapa kali. biasalah kan nak buat benda baik...

tengok 2 tahun aku kumpul dapat RM7.30 aje. okeylah tu dari bersepah2 kat umah aku baik aku jual. dapat jugak 7 hinggit.

sebagai tambahan, bagi kawan kawan yang nak buang komputer tu bolehlah di Kitar Semula Komputer mereka sedia membeli dengan harga yang berpatutan.


p/s: saya sudah anda bila lagi...

1 ulasan:

Irrahady berkata...

ok..setel
benda yang baik..kita mesti sokong