MyRAKAN

02 April 2013

SAKIT MATA

Hari ini aku terpaksa cuti lagi...ni semua gara-gara mata zaqwan tak elok lagi. sampai doktor klinik suruh datang hospital lah sebab 5 hari tak surut-surut...dia pun takut ada ape-ape yang berlaku kan...tapi kenyataannya si zaqwan ni jenis yang susah nak taruk ubat...

Sampai-sampai kat hospital ape lagi...hammik ko mata kena korek...doktor bersihkan selaput-selaput mata tu pakai kapas je...aku tengok pun naek ngeri huhuhu..setakat ni dua kali dah ulang alik ke sepital..jumaat ni kena pegi lagi buat kali ketiga dan aku harap kali terakhir. tapi tulah mak ayah tak boleh dapat MC plak.

Alang-alang dah si anak kena sakit mata..aku pun cari skit info pasal penyakit ini untuk pengetahuan dan kongsikan sekali ngan kawan-kawan yang sudi membacanya. Mari sama-sama kita membacanya...

Konjunktivitis atau sakit mata adalah radang pada bahagian putih mata. Ia disebabkan oleh jangkitan kuman sama ada bakteria atau virus ataupun disebabkan oleh alahan. Konjunktivitis boleh merebak dengan cepat dari seorang pesakit kepada orang lain melalui pergaulan rapat ataupun 'close contact' dengan orang yang sakit mata ataupun berkongsi sapu tangan, tuala, bantal atau barang-barang peribadi yang lain. Antara tanda-tanda penyakit Konjunktivitis adalah:
  • Mata merah, berair dan pedih
  • Discaj atau tahi mata berlebihan
  • Mata terasa gatal
  • Mata sensitif terhadap cahaya
Untuk mencegah penyakit Konjunktivitis, kita mestilah membasuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas menyentuh mata. Elakkan dari bergaul rapat dengan pesakit Konjunktivitis. Jangan benarkan orang lain menggunakan barangan peribadi anda. Dapatkan rawatan di klinik atau hospital dengan segera jika anda mendapat jangkitan. Elakkan diri anda daripada jangkitan. Anda boleh melakukannya.
 
ok info ni aku amik dari web INFO SIHAT KEMENTERIAN KESIHATAN

p/s; doktor kat sepital tu pun cakap benda yang sama macam ni huhuhu

Tiada ulasan: