MyRAKAN

28 Jun 2011

PEROKOK

Rasanya semua orang memang dah sedia maklum ASAP rokok ni amat merbahaya..bukan merbahaya pada penghisap je pada orang-orang disekeliling dia jugak. kalau diikutkan orang yang menghidu asap rokok ni jauh lebih berisiko dari orang yang menghisap rokok..betul tak fakta aku ni kalau salah tolong perbetulkan..

walaupun kerajaan telah mewartakan banyak tempat-tempat tumpuan ramai sebagai kawasan larangan merokok tapi aku tengok ramai juga orang tanpa segan silu dan takut menghisap rokok ditempat-tempat tersebut. dimanakah keberkesanannya dan dimanakah pemantauannya dan siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk menegur atau menganbil tindakan ke atas orang-orang ini..adakah pihak polis, tentera atau doktor?

kawasan masjid dan kawasan restoran adalah salah satu kawasan yang diwartakan..kenapa ade diletakkan lagi tempat habuk rokok tu! ohh ya takut orang buang habuk rokok sepah-sepah atas lantai? nape tak tegur je orang-orang yang nak isap rokok tu...gambar ni aku amik kat selera putra putrajaya.

ada jugak sesetengah tempat sediakan bilik merokok yang aku rasa cukup selesa..dengan econnye dan siap dengan tempat keluar asap sama ada tingkap terbuka atau corong asap (yang ni ada ke hehe). pada aku napa nak sediakan semua tu..napelah tak sediakan bilik kecil yang tiada lubang tuk asap tu keluar..biar asap berkumpul..biar bilik tu penuh dengan asap..biar semua perokok-perokok tu rasa dan tau macam mana orang lain yang terpaksa hidu asap rokok dia...

memanglah selalu perokok-perokok ni cakap..golongan diorang nilah penyumbang kewangan kepada kerajaan..tiap tahun harga rokok naik. tapi kena ingat jugak kerana rokok jugaklah antara penyumbang penyakit dan kematian sama ada dikalangan perokok sendiri atau orang-orang disekelilingnya...

macam tu wat ape tanam tembakau..wat ape jual rokok..kan senang kalau haramkan penjualan terus. macam-macam lagi lah alasan. masing-masing memang TAK NAK kalah..jadi berjayalah kempem kerajaan

p/s; sekadar luahan aku sahaja..

3 ulasan:

TeAqArH berkata...

da letak simbol x paham2 bahasa..kat kotak tu pun da ade gambar2 yg menggerunkan..
tp perokok tegar boleh lg wat bahan gelak gambar2 tu

Ryo Azhar Rahza berkata...

kalau di Hong Kong atau Korea,apa yang aku nampak la kan.....perokok ni dia akan merokok dan berdiri di sebelah tong sampah...samada kenal atau tidak,diorang akan merokok tepi tong sampah tu hingga habis dan padamkan disitu jugak sebelum berjalan..sebab tu jarang la jarang nampak puntung rokok.haha

ady berkata...

tulah pasal..diorang ni kadang buat2 xpaham je