MyRAKAN

20 Jun 2011

HARI BAPA

Semalam hari bapa ekk..aku pun baru tau hehehe. Kalau nak cerita pasal jasa seorang bapak ni memanglah banyak..

aku panggil bapa tu bapak..biasalah tu kot nampak kasar tapi panggil dengan penuh kasih sayang. dulu masa aku kecik-kecik bapak aku ni boleh kata garang jugak orangnya. pandangannya je dah boleh menakutkan anak-anak dia..

bapak aku ni seorang perokok tegar jugaklah..memang tak boleh dipisahkan lagi. tapi dia telah berjaya mendidik anak-anaknya tanpa rokok. aku tak pasti didikan macam mana bapak aku bagi kat anak-anak dia. setahu aku sejak di bangku tadika lagi aku dah disuruh ke kedai beli rokok. adik-adik aku pun macam tu jugak.

sekarang kerajaan tegah budak-budak bawah umur beli rokok walaupun beli untuk bapak dia..alasannya kerana kita akan menggalakkan kanak-kanak menghisab rokok. tapi tak terjadi pulak kat aku ngan adik-adik aku...dimanakah silapnya kajian itu?

walau ape pun
SELAMAT HARI BAPA KEPADA SEMUA BAPA-BAPA
KATAKAN TAKNAK! PADA ROKOK..peace

p/s; macam mana aku nak latih anak aku beli rokok sekarang ni...aku pun tak isap rokok

Tiada ulasan: