MyRAKAN

03 Jun 2011

KONVOI

semalam lepas antar wife aku gi opis, dalam perjalanan nak ke opis aku tiba-tiba kena tahan dengan pak polisi..tunggu-tunggu rupanya ada konvoi basikal, sempena ape entah..tak sempat aku nak baca tapi ada keluar berita malam tadi tapi tak sempat jugak nak dengar betul-betul..nampak sangat tak amik berat kan..amikk kau

bukan aku nak citer pasal konvoi basikal tu...tapi gara-gara geng basikal nilah aku lambat sampai opis. agak tak boleh ke ko bergerak lepas peak hours, lepas 8.30 pagi orang semua dah sampai opis...

agak macam ni lah perasaan orang bila kita berkonvoi...nak nak plak ada eskot polis. siap kena tahan kat simpang..kat trafik light. kita dalam konvoi memang best..perasan VIP orang semua tengok sambil ternganga nganga..tak tau orang tu semua menyumpah nyumpah kat kita.

best bagi kita peserta konvoi..tapi sengsara bagi pengguna lain yang kena tahan bagi laluan kat kita. lagi-lagi pulak orang yang memang dah lambat terkejar-kejar sampai ke destinasi.

p/s; bukan senang nak puaskan hati semua orang...

Tiada ulasan: