MyRAKAN

19 Oktober 2010

CITA-CITA

Masa sekolah2 dulu cikgu selalu tanya "nak jadi ape bile besar nanti". memang ramai cakap nak jadi polis. mungkin sebab rajin tengok cite gerak khas. aku pun sama tak terkecuali. tapi sebenarnya masa tu tak tau pun ape tu keje polis, yang kita tau tembak orang

pastu besar skit sekolah menengah cikgu tanya lagi "ape cita2 kamu bile besar nanti". aku pun tukar "saya nak jadi enjinear" ewah cite2 mesti tinggi walaupun dalam bahasa melayunya dekat enjin hahahaha

sekarang ni dah besar, polis pun tak jadi, enjinear pun jauh sekali. aku pulak tanya diri sendiri "ape cite2 aku sekarang ni". cita2 aku nak sampai 50KG...

boleh ke tercapai cita2 aku tu...dulu nak jadi polis tertukar enjinear terus terjadi kerani. dah elok2 jadi kerani nak tuko jadi 50KG pulak...50KG tu berat akulah. tak taulah ia satu cita2 atau azam tapi bagi aku sama jekk. pada 19 okt 2010 jam 8.15pagi berat aku 49kg.



dah lama aku bercita2 nak berat sampai 50kg. seumur idup aku memang lum sampai ke situ. paling tinggi pun sampai 49.5kg je pastu turun balik...

macam2 dah usaha aku buat termasuklah weight gain tapi tetap hampehh. kalau bab senam plak memang biasa akan hangat2 taik kambing pas senam makan, pas makan makan tak senam2 dahh. bab makan plak takdelah banyak tapi cukuplah 6 kali sehari

tapi walaupun aku macam ni alhamdulillah sihat wal'afiat. jantung paru2 hati usus kepala otak mata tangan kaki bontot semua berfungsi dengan baik sekali...*disahkan oleh persatuan doktor2 sewaktu dengannya...

p/s; orang lain sibuk kuruskan badan aku nak gemuk plak ermmm...

1 ulasan:

@Z berkata...

sama la ngan aku nak tambah berat badan.. skg aku 45kg... nak tambah lagi 5kg biar cukup 50kg.. masalahnya, nak naik 1kg pun seksaaa...huhu