MyRAKAN

14 Oktober 2010

MANTAN PERTEK

Tengahari tadi diadakan majlis perpisahan kepada pegawai2 yang naik pangkat dan bertukar. boleh sekalilah meraikan pegawai2 baru kat opis aku ni...dato mohamed khalid menggantikan dato sri ibrahim sebagai ketua pengarah kastam, dato hasan ganti dato govinden sebagai pengarah pertek dan tuan md noor belum ade ganti hehehe sape bran..apply lahh

diserikan lagi majlis dengan dendangan suara2 lunak warga pertek dan lagu HAMPA dari pengarah baru yang menurut beliau tiada kena mengena dengan hidup maupun mati.

memang tak sah rasanya kalau buat majlis terutama melibatkan orang2 besar ni kalau takde makan kecuali bulan pose. kena pulak salah satu menu daging kambing.

cite pasal daging kambing
adalah satu ketika bapak aku masak daging kambing ni pada majlis yassin dan tahlil kat umah aku kat kampung. sebagai rekod orang kampung aku tu memang ramai yang mengaku tidak akan sesekali boleh makan daging kambing. alasan; berbau lah darah tinggi lah pening kepala lah sakit hati lah dan seribu satu macam alasan yang diberi...

nak dijadikan cerita setelah daging kambing masak kari dihidangkan maka bertebaranlah tangan2 mereka termasuk yang TAK BOLEH MAKAN tu melantak daging kari tu sampai habis. fuhh memang sedap sangatlah bapak aku ni masak. patutlah selalu orang suruh bapak aku masak tuk kenduri kawin diorang. lepas 2 3 hari tu pasang2 lah telinga, tapi takde pun terdengar orang kampung yang masuk sepital akibat MAKAN DAGING KAMBING...

mungkin telah menjadi habit kita turun temurun, banyak sangat pantang larang tak boleh itu tak boleh ini. geli makan kambing sebab berbau tak mandi. pembersih sangat ke kita sampai tak boleh bau kambing tempoyak budu pudu dan berudu...bergembiralah kambing dan berdukacitalah ayam dan lembu yang sentiasa menjadi korban

p/s: rasa dah macam terkuar tajuk plak...SPAMMMM

2 ulasan:

zamz berkata...

pehhhh... gua daging kambeng la feveret...
kena plak bakar separuh masak... slurrrrppppp

ady berkata...

yg suke tu oklah...
ni yang cakap TAK MAKAN tapi sekali rasa sampai bulu2 kambing nak dilahapnya