MyRAKAN

01 Oktober 2010

RAYA JKDM 2010

Alhamdulillah kenyang, makan sampai ke petang...

hari ni Jabatan Kastam DiRaja Malaysia telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Kastam DiRaja Malaysia...meriah memang sungguh meriah dengan kedatangan warga2 kastam yang memakai baju raya bling bling...

menu pulak aku rasa normal mane2 majlis raya jabatan...sate, ABC, mee kari, beriani, lemang, ketupat dan macam2 lagilah...kalau aku makan sorang kompom2 tak abis sampai basi...

gelagat orang yang datang
seribu satu macam, dengan pakaian yang dah macam PGL pun ade...masa ni lah nak tengok orang2 kastam melaram sebabnya hari2 biasa diorang ni memakai unipom yang disediakan...

masa nak makan plak
cam biasa agak2 nak abis ucapan tu masing2 dah standby untuk menyerbu ke arah makanan pilihan masing, tapi paling panjang que tempat nasi beriani ngan sate...yerlah bukan selalu kita dapat makan benda2 camtu, kalau ketupat ngan lemang raya2 ni biasa dah, rasa dah naik muak pun ade...

masa makan plak
ada yang ikut adab resam wanderpet 'ape yang penting kerjasama' satu meja tu tiap orang amik satu menu kumpul banyak2 dan bile meja dah penuh baru sesi makan bersama2...tak kurang gak yang makan sendiri2 walaupun duduk beramai2...ikutlah keselesaan masing dan masing2 ada alasan masing2

sebelum majlis
ketua pengarah kastam berbesar hati pusing setiap penjuru majlis untuk bersalaman dengan warga kastam serta jemputannya...terasa sedih dan sahdu kerana today is a lastday buat beliau sebagai ketua pengarah kastam malaysia

p/s: selamat bersara kepada yg bhg dato' seri hj ibrahim bin hj jaapar ketua pengarah kastam malaysia

Tiada ulasan: