MyRAKAN
27 Oktober 2010
NASI ARAB
Lunch tadi semua warga penilaian telah dijamu nasi arab kat cyberjaya. oklah sedap sebab free. boss belanja sebab dia naik pangkat dan bertukar opis. restoran saba cyberjaya telah terpilih dan kami semua ditempatkan di tingkat 2 kedai tersebut yang suasananya aku pun tak suka. lagi best makan kat kedai mamak
oleh kerana ramai dan masa yang suntuk maka seorang telah dihantar awal kesana untuk order makanan dengan harapan apabila kami semua sampai terus je makan. harapkan cerah hingga kepetang tapi hujan ditengahari, aku sampai dalam kul 1.00 petang hanya separuh order yang sampai...memang lembab kedai ni
ditambah lembab lagi minumam jus oren ngan jus epal sampai tahkala kami semua habis makan. "sian sape yang order" aku tumpang simpati. memang kalut lah staff situ. order on call tak mau kena order on duduk pastu kalut order tak sampai2. tu bodoh sombong namanya...
lepas kenyang makan nasi arab "kek time pulok" sempena befday salah sorang pegawai penilaian yang kebetulan jatuh hari ini. yang keberapa tanya sendiri kat orangnya sebab aku pun tak tau hehehe...beliau adalah seorang pegawai yang mesra rakyat, selalu mengambil berat kebajikan staf2 bawahan serta baik hati. semoga beliau diberi keberkatan dan dimurahkan rezeki...amin
p/s; rupanya banyak dahh kedai makan kat deret2 tu...jom lepak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan