Salam Bahgia,
Baru-baru ini...ceh padahal lama dah berlalu 30 April lagi..tapi tulah takde kesempatan tuk wat entry..tapi tak salahkan tuk aku kongsi dengan kawan-kawan semua.
Kalau tak kerana ini memang takdelah aku nak jejakkan kaki ke PICC..lagi-lagi untuk lunch..dengar pun dah tau....aduhhhh mesti mahal. Tapi sebenarnya salah semua sangkaan ku itu...PICC sekarang dah ada cafe atau restoran yang menawarkan buffet lunch semurah RM15 sahaja..ko makan lah sampai muntah hehe..untuk maklumat juga cafe ini dibuka pada isnin hingga jumaat dari jam 11 pagi hingga 3 petang sahaja. Makanan alhamdulillah berbaloi-baloi..sekali sekala kan ape salahnya
Ok..hari tu majlis sempena perpindahan pegawai CPP..yang hadir semua tu pun geng-geng kumpulan pelaksana...saje suka-suka makan sambil melihat pemandangan putrajaya
Selepas sudah makan kenyang...acara menyampai hadiah kepada pegawai bertukar dan kepada yang baru kawen...nak pegi majlis nun jaun di utara..jadi kami collect duit ramai-ramai dan sampaikan hadiah ajelah..pegawai yang bertukar tu salah sorangnya aku le orang nye hehehe...sebenarnya tak sangka jugak begitu awal diorang memberi wakakaka padahal kuatkuasa pertukaran aku DUA MINGGU lepas...terharu dan terima kasih kat semua kawan-kawan.
Gambar lagi dua orang tu..korang boleh tengok-tengok kat MyFOTO gambar nanti hehehe. Pasal menu pulak nanti aku story lain ekk.. dan last sekali gambar orang tengah makan hehehe..penuh meja kan memang berbaloi-baloi huhuhu
Pegawai berspek mata itu adalah antara yang dirai..puan rozita. penahlah sekejap kot kerja bawah dia dalam 4-5 bulan macam tu...kerja dengan dia memang sempoi, kurang tekanan walaupun kadang aku tau dia dalam tekanan kerana banyak yang perlu diselesaikan...ohh ya dia telah ditukarkan ke Bahagian GST.
Akhir sekali..untuk lebih banyak gambar boleh melawat kat MyFOTO :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan