Buat pertama kalinya aku join kontijen pembarisan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433H Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada 5 Februari 2012. Seawal jam 6 pagi lagi aku bergegas ke opis. mane taknye kalau lambat nanti kena berjalan jauh. Dah lah sepanjang-panjang jalan kat opis kerajaan tu tutup sampai tengahari. Kalau lambat mau kena parking jauh dan berjalan kaki ke tempat permulaan iaitu di hadapan mahkamah putrajaya tu.
Difahamkan hampir 12 ribu orang membanjiri putrajaya untuk menyertai perbarisan dan berselawat pada hari itu dengan berjalan sejauh lebih kurang 2.5 km. Sambutan kali tu dihangatkan lagi dengan derungan dari Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi. Dan tema pada tahun ini adalah
Persefahaman Asas Perpaduan Ummah...
Kali aku rasa sambutan yang ringkas dan padat..kerana dalam jam 11.00 pagi semuanye selesai. Antara pengisian sambutan kali ini adalah ucapan aluan menteri jabatan perdana menteri, titah yang dipertuan agong, ceramah, penyampaian anugerah maulidur rasul, dan paling penting makan...
|
Perbarisan Maulidur RAsul |
|
Kat kawasan Masjid Putra |
|
Ehem2..ngantok siot Haha |
|
Ole-Ole Maulidur Rasul |
p/s;
baju raya aku dah ade Hahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan