MyRAKAN
13 Oktober 2010
DETIK TERAKHIR SYAWAL
Walaupun dah 5 hari syawal berlalu tapi aku nak gak citer benda ni. tak kiralah ape korang nak cakap aku tak peduli inilah dunia aku hahaha...mungkin ramai yang akan berkata2 aku ketinggalan ketapi, citer dah basi tapi memang dah ari ni je aku sempat nak update, up to me lah
ok citer bermula begini....
jumaat lepas opis aku buat sambutan hari raya untuk cawangan penilaian dan setiap orang kena bawak satu jenis makanan atau masakan, ala kira pokluk lah...tak kira lah bawa ape pun, walaupun ada yang malas masak ataupun takut tak sedap, bawak lah pinggan mangkuk tembikai lemang yang memang semestinya belilah barangan buatan malaysia. tidak dibenarkan bawak diri ataupun perut okey...kalau boleh akulah antara orang2 nye yang akan berkelakuan begitu hehehe
inilah antara pembawakan dari semua yang terlibat. belum lagi termasuk sate, lodee, nasi minyak, kek dan orang2 yang datang makan...air pun lum ade gak, oren, sarsi, koke, teh dan kopi
ohh ya majlis bermula 9 pagi sampai makanan abis pada jam 4 petang...jangan pandang takde mata okey kami makan sambil keje dan keje sambil makan dan makan sambil makan
blah petang plak aku sekeluarga telah hadir satu lagi majlis penutup raya di redwok bangi bersama rakan2 gbs...walaupun kedatangan yang kureng memuaskan dari rakan2 tapi still enjoy dengan terciptanya satu sejarah world book recording artist
buat sekian lamanya muhamad zaqwan telah berjaya mendahului tiba dilokasi mengalahkan uncle zedi, untie jue dan untie shima hehehe...hari tu memang ujan rintik2 air bergelora mak bagi seposen ayah bagi seposen jadi mata...sampai kul 6 tengok2 lum ada sape2 lagi, ingat salah tempat ke, kerana selama ini memang aku tak penah sampai awal...
sekali aku call "zedi tak balik opis lagi" ok aku masuk dulu cop tempat tuk 10 orang...punyalah lama menunggu sampai mamat kedai tu jeling jekk "kata 10 orang tengok dari tadi 2 orang je udah lerz duk meja besar" dia tak cakap camni pun aku reka dari jelingan matanya
nasib baiklah kedai dia aman makmur dan harmoni, takde lah aku berasa bersalah sangat. kalau penuh sesak mau kena halau aku sekeluarga...
ok flasssback skit ondeway aku nak ke lokasi terpilih, redwok...dalam kekalutan nak cepat tu, yerlah ingatkan dah lambat, dengan jalan jem lagi, kalau ku tau tak payah aku susah2 baik punya cilok lari dari jem...aku sapu je terus kat roti
adelah satu lori mahayun main cilok2 tukar lorong, signal jangan haraplah, takde menyala pun, main redah je...hampir2 gak aku nak bersua muka ngan lori tu, kalau tidak tak taulah aku adakah ini syawal terakhirku...
kalau berlanggar kompom2 aku yang teruk, paling sakit pun keter calar balar, tak sakit ati ke???
p/s: kali ni aku wat punya entri 3 dalam 1
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan