MyRAKAN

29 Julai 2010

MEE TARIK vs ICE ROOM

Aku ingatkan padam dah dari kamus korang pasal MEE TARIK...tiba2 je zedi tanya, ada bukak mukabuku...aku plak memang dah lama tak bukak

arini diorang ajak gi mee tarik...ermmm aku ON je, biasalah malas nak pening2 nanti tak ON menyesal tak sudah...

tanpa putus asa perjuangan tetap diteruskan walaupun 2 kali hampeh...ini kali ketiga okk kami terjah kedai tu tapi memang dah bukan rezeki kami, sekali lagi hampehhh...kali ni memang KOMPOM TUTUP selamanya so tutup fail pasni takde dahh mee tarik2 tu...sebab2 tidak diketahui, mungkin orang tu dah tarik diri sebab lupa cara2 buat mee tarik tu akibat daripada bercuti panjang hehe pandai2 je aku

namun ini semua tidak mematahkan perut kami...perjuangan tetap diteruskan dengan mangsa seterusnya ICE ROOM di bangi, berhampiran PKNS bangi


cantik kan kedai dia semua ijau, sejuk mata memandang...makanan semua oklah macam2 ade tapi member aku cakap menu utama dia aiskerim, aku pun taktau...harga plak bolehlah asal perut kenyang hati girang...menu2 dia nak sebut memang aku tak reti tapi nama kampung dia nasi lemak, nasi goreng, megi goreng, bihun tomyam, dan macam2 lagi winsten pun ado...kan senang pakai nama yang sedia ada ini tak baik2 nama mohd zaidi tukar rozaimi, aku pun tak paham mane celah dapat rozaimi tu

jeng jeng ini dia pencuci mulut yang telah dipilih...memang superbbb dan banyak gile sampaikan kami membazir2kan kat atas meja...dah lah malam2 sejuk makan lagi aiskerim yang sejuk, mau demam...
p/s: dalam perjalanan balik tu, ada plak orang bawak keter macam sial...cilok sana sini udah ler tak bagi isyarat...tak sempat plak aku nak snap gambar tapi aku ingat 2 buah myvi tu...

Tiada ulasan: